Teks pengacara majlis mesy agung pkj 2011

8
<Penerangan kepada hadirin tentang protokol sambutan tetamu kehormat> <Hadirin diminta berdiri apabila YBhg Datin dan rombongan masuk ke dalam dewan> <Hadirin akan terus berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku> Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-9 PKJ, Y Bhg Datin Siti Halimah Binti Haji Bahaman, isteri kepada YB Dato Mohd Kamil Bin Abd Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh. <Tunggu sehingga Datin dan rombongan masuk ke dewan mesyuarat> Majlis kita akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Sebagai menghormati lagu Negaraku, diminta semua hadirin berdiri dan bersama- sama menyanyikan lagu kebangsaan kita ini. <Nyanyian lagu Negaraku> Terima kasih dan dipersilakan hadirin duduk semula di tempat masing- masing untuk kita memulakan majlis. Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wassalatu wassalamu ala ashrafil anbiyai wal mursalin Wa ala alihi wasahbihi ajmain Rabbishrahli shadri wa yassirli amri wahlul uqdatan min lisani yafqahu qauli. Yang Berbahagia Datin Siti Halimah Binti Haji Bahaman, Tetamu Khas majlis Mesyuarat Agung Tahunan PKJ Yang Dimuliakan Datuk Ketua Kampung merangkap Pengerusi JKKK FBRU, Encik Abdul Talib Ahmad Yang Berusaha ..............................................................................., Penyelia Kemas Daerah Tampin Dihormati Tuan Pengurus FELDA BRU, Encik Abd Jalal Bin Ajat Puan Pengerusi PKJ Kemas FBRU, Puan Morni Binti Rais Tuan Imam Masjid FBRU, Encik Shahidi Bin Ahmad Ahli-ahli Jawatankuasa PKJ Kemas FBRU Ahli-ahli PKJ FBRU Ibu-ibu, Bapa-bapa, Kakak-kakak, Adik-adik dan seterusnya para hadirin sekelian

Transcript of Teks pengacara majlis mesy agung pkj 2011

Page 1: Teks pengacara majlis mesy agung pkj 2011

<Penerangan kepada hadirin tentang protokol sambutan tetamu kehormat><Hadirin diminta berdiri apabila YBhg Datin dan rombongan masuk ke dalam dewan><Hadirin akan terus berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku>

Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-9 PKJ, Y Bhg Datin Siti Halimah Binti Haji Bahaman, isteri kepada YB Dato’ Mohd Kamil Bin Abd Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh.

<Tunggu sehingga Datin dan rombongan masuk ke dewan mesyuarat>

Majlis kita akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Sebagai menghormati lagu Negaraku, diminta semua hadirin berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan kita ini.

<Nyanyian lagu Negaraku>

Terima kasih dan dipersilakan hadirin duduk semula di tempat masing-masing untuk kita memulakan majlis.

BismillahirrahmanirrahimAlhamdulillahi Rabbil ‘AlaminWassalatu wassalamu ‘ala ashrafil anbiyai wal mursalinWa’ala alihi wasahbihi ajmain

Rabbishrahli shadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatan min lisani yafqahu qauli.

Yang Berbahagia Datin Siti Halimah Binti Haji Bahaman, Tetamu Khas majlis Mesyuarat Agung Tahunan PKJ

Yang Dimuliakan Datuk Ketua Kampung merangkap Pengerusi JKKK FBRU, Encik Abdul Talib Ahmad

Yang Berusaha ..............................................................................., Penyelia Kemas Daerah Tampin

Dihormati Tuan Pengurus FELDA BRU, Encik Abd Jalal Bin Ajat

Puan Pengerusi PKJ Kemas FBRU, Puan Morni Binti Rais

Tuan Imam Masjid FBRU, Encik Shahidi Bin Ahmad

Ahli-ahli Jawatankuasa PKJ Kemas FBRU

Ahli-ahli PKJ FBRU

Page 2: Teks pengacara majlis mesy agung pkj 2011

Ibu-ibu, Bapa-bapa, Kakak-kakak, Adik-adik dan seterusnya para hadirin sekelian

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan rezeki dan izin-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul di petang yang mulia ini untuk kita bersama-sama melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-9 Pendidikan Kemahiran Jahitan (atau ringkasnya PKJ) Kemas FELDA Bukit Rokan Utara.

PKJ FBRU mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak – ahli-ahli PKJ, tuan-tuan, puan-puan, adik-adik dan kakak-kakak yang telah bersama-sama bertungkus-lumus sejak lebih seminggu yang lalu untuk membuat persiapan majlis ini, bersesuaian dengan motto Kemas iaitu “Komuniti Berdaya, Desa Berjaya”. Sekalung tahniah buat semua. Diharapkan kerjasama dan semangat berpasukan ini akan dapat diteruskan dengan lebih cemerlang selepas ini, terutamanya di kalangan adik-adik generasi pewaris kita.

Seperti yang telah sama-sama kita lihat sebentar tadi, ketibaan YBhg Datin dan tetamu kehormat kita telah disambut dengan paluan kompang dari 15 orang ahli PKJ yang kelihatan sangat menarik dan seolah-olah seperti satu pasukan kompang professional. Tetapi tahukah hadirin sekelian bahawa lebih kurang 10 hari yang lepas, ada di antara ahli pasukan tersebut yang langsung tidak pernah memalu kompang? Tapi dengan semangat dan daya usaha yang ditunjukkan oleh ahli-ahli pasukan ini yang majoritinya dari kalangan beliawanis dan generasi muda FBRU, mereka telah menunjukkan yang mereka mampu melakukannya selaras dengan cogankata Malaysia Boleh.

Satu perkara yang amat membanggakan tentang pasukan kompang ini ialah bilangan datang ke sesi latihan adalah jauh lebih ramai dari yang dijangkakan, terutamanya dari kalangan generasi muda. Namun disebabkan kekurangan kompang mereka tidak dapat bersama-sama turut serta dalam kumpulan yang membuat persembahan hari ini. Bahkan latihan juga terpaksa dibuat kepada 2 sesi. Kalau semangat seperti ini dapat dikekalkan, tidak mustahil mereka akan mampu melangkah lebih jauh hingga ke peringkat nasional. Insya-Allah.

Juga tidak lupa diucapkan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada tenaga pengajar pasukan kompang ini, iaitu Encik Pain Hj Abd Hamid dan Puan Aminah yang tidak jemu mendidik mereka sehingga hanya dalam tempoh lebih seminggu telah dapat membentuk satu pasukan

Page 3: Teks pengacara majlis mesy agung pkj 2011

kompang yang boleh dibanggakan. Berikan tepukan tahniah kepada mereka berdua.

<Break – 5 Seconds>

Page 4: Teks pengacara majlis mesy agung pkj 2011

Untuk tidak melengahkan masa dan bagi memohon hidayah dan keberkatan majlis Mesyuarat Agung Tahunan PKJ 2011 ini, saya dengan hormatnya menjemput Tuan Imam Masjid Kariah FBRU untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

<Bacaan Doa oleh Tuan Imam Masjid FBRU>

Terima kasih kepada Tuan Imam Masjid Kariah FBRU di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita hari ini mendapat keberkatan dan rahmat Allah s.w.t.

<Break – 5 seconds>

Sebelum kita meneruskan acara, izinkan saya memberikan sedikit penjelasan tentang aturcara majlis pada petang ini. Majlis hari ini selain dari Mesyuarat Agung, juga ada menganjurkan pertandingan masakan dan gubahan dari kalangan ahli-ahli PKJ dan penduduk FBRU. Selain itu, PKJ juga akan mengadakan cabutan bertuah pada akhir majlis ini nanti.

<Break – 5 seconds>

Majlis kita akan dimulakan dengan ucapan-ucapan tetamu jemputan diikuti ucaptama dan perasmian majlis Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-9 PKJ Kemas FBRU oleh YBhg Dati Siti Halimah binti Hj Bahaman.

Ia akan diikuti dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Nasyid PKJ.

Setelah selesai persembahan nasyid, kita akan memulakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-9 PKJ 2011 dengan melantik Pengerusi Sementara Mesyuarat. Pengerusi Sementara akan mempengerusikan mesyuarat ini sehingga selesai perlantikan AJK baru untuk tahun 2011.

Selesai mesyuarat, akan diadakan majlis penyampaian hadiah untuk para pemenang pertandingan serta penyampaian cenderahati. Ini akan diikuti dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada yang bertuah.

<Break – 5 seconds>

Page 5: Teks pengacara majlis mesy agung pkj 2011

Bagi meneruskan aturcara, saya dengan hormatnya menjemput Pengerusi PKJ, Puan Morni Binti Rais untuk menyampaikan sedikit ucapan. Dipersilakan.

<Ucapan Pengerusi PKJ>

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Morni yang telah menyampaikan amanat dan harapan beliau untuk PKJ ini. Di antara isi kandungan ucapan beliau tadi:

<Rumusan Ucapan>

Seterusnya, saya mempersilakan Pegawai Kemas Daerah Tampin, Puan ........................................................................................ untuk memberikan sedikit ucapan. Dijemput dengan hormatnya.

<Ucapan Pegawai Kemas Daerah Tampin>

Terima kasih kepada Puan ............................................................. yang telah menyampaikan ucapan beliau. Di antara isi kandungan ucapan beliau tadi:

<Rumusan Ucapan>

Page 6: Teks pengacara majlis mesy agung pkj 2011

Meneruskan majlis, dijemput Pengerusi JKKK merangkap Ketua Kampung, Encik Abd Talib Ahmad untuk memberikan sepatah dua kata. Silakan.

<Ucapan Pengerusi JKKK>

Terima kasih di atas ucapan Pengerusi JKKK merangkap Ketua Kampung sebentar tadi. Antara lain beliau ada menyebut:

<Rumusan Ucapan>

Page 7: Teks pengacara majlis mesy agung pkj 2011

Seterusnya, saya dengan hormatnya mempersilakan YBhg Datin Siti Halimah Binti Hj Bahaman tampil menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan majlis Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-9 PKJ Kemas FBRU ini. Dipersilakan.

<Ucapan YBhg Datin>

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YBhg Datin Siti Halimah di atas ucapan dan perasmian beliau sebentar tadi. Sedikit ulasan dan intipati ucapan beliau tadi:

<Rumusan Ucapan>

Page 8: Teks pengacara majlis mesy agung pkj 2011

Terima kasih sekali lagi kepada YBhg Datin. Meneruskan acara, saya ingin menjemput kumpulan nasyid yang dianggotai oleh ahli-ahli PKJ menampilkan persembahan mereka. Mereka akan menyampaikan sebuah lagu bertajuk Kasih Ibu Bapa. Dipersilakan.

YBhg Datin, Tuan-tuan dan puan-puan,

Sedikit mengenai latarbelakang kumpulan nasyid ini. Mereka terdiri daripada golongan orang lama dan generasi muda FELDA BRU. Kumpulan ini telah dibentuk pada serentak dengan penubuhan pasukan kompang dan ia bukanlah dikhususkan untuk majlis Mesyuarat Agung ini sahaja tetapi akan diteruskan dan dimantapkan untuk dijadikan sebuah kumpulan nasyid yang mampu melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.

Walaupun kumpulan ini hanya mempunyai 12 orang ahli sahaja yang membuat persembahan pada hari ini, hakikatnya pihak AJK PKJ terpaksa menghampakan ramai ahli yang lain disebabkan bilangan yang hadir pada sesi latihan adalah jauh lebih tinggi daripada jangkaan awal. Namun disebabkan faktor kekangan masa serta ruangan dewan ini yang agak kecil, PKJ tidak dapat mengambil kesemua mereka untuk membuat persembahan hari ini.

Namun, kami mengharapkan ibu-ibu, kakak-kakak dan adik-adik yang tidak terpilih masuk ke dalam kumpulan nasyid yang membuat persembahan hari ini tidak merasa kecewa. Bahkan teruskan memberi sokongan dan komitmen untuk berlatih kerana masih banyak peluang akan datang selepas ini. Begitu juga harapan kita kepada pasukan kompang PKJ. Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua mereka.

Dengan selesainya ucapan perasmian dan persembahan nasyid tadi, kita akan memulakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-9 PKJ Kemas FBRU. Namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, YBhg Datin Siti Halimah tidak dapat bersama-sama meneruskan Mesyuarat Agung Tahunan PKJ kali ini.

Oleh itu, saya dengan hormatnya mempersilakan ...................................................................................................................... untuk menyampaikan cenderahati kepada YBhg Datin. Silakan.

<Penyampaian Cenderahati kepada YBhg Datin>

<Break – 5 minit>

Page 9: Teks pengacara majlis mesy agung pkj 2011

Majlis kita teruskan lagi dengan memulakan Mesyuarat Agung Tahunan PKJ. Untuk itu, saya akan mengendalikan proses perlantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat. Dan saya buka kepada semua ahli untuk memberikan cadangan nama dan seorang ahli lain menyokong cadangan tersebut. Jika terdapat laebih daripada seorang calon, proses undian akan dijalankan.

<Proses Undian>

Dengan keputusan undian/sebulat suara ahli-ahli mesyuarat yang telah melantik Pengerusi Sementara Mesyuarat, maka saya dengan ini menyerahkan majlis kepada beliau. Silakan.