Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul Surau Tmn Nusantara (23 Jan 2016)

6
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SURAU TAMAN NUSANTARA (23 JAN 2016) (ALU-ALUAN) Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Yang Berbahagia Tn Hj Ab Razak B. Khalid, ____________________________________ Yang Berusaha Tn. Hj. Hassan B. Mohamad, Pengerusi AJK Surau Taman Nusantara. Yang Berusaha Tn. Hj Karim B. Rahmat, Tim. Pengerusi AJK Surau Taman Nusantara Yang Dihormati barisan AJK Surau Taman Nusantara, Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian. ه ركات ب له و ال مه ح م ور ك ي عل لام س ل ا ن لي س ر م لء وا ا ي ب) ن+ لا ا) رف/ ش+ ى ا عل لام س ل وا لاة ص ل وا ن مي ل عا ل ا له رب مد ل ح ل ا ن عي م ح+ ه ا حات ص+ له واB ى ا عل وSelamat datang diucapkan, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, ke Majlis Sambutan Maulidurrasul bg tahun 2016M/ 1437H pada pagi yang mulia ini. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia serta keizinanNya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Hadirin dan Hadirat sekalian, Tujuan diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan

description

Teks ini boleh digunakan sebagai panduan umum bagi pengacara majlis sambutan maulid dan seumpamanya.

Transcript of Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul Surau Tmn Nusantara (23 Jan 2016)

Page 1: Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul Surau Tmn Nusantara (23 Jan 2016)

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SURAU TAMAN NUSANTARA (23 JAN 2016)

(ALU-ALUAN)Sirih berlipat sirih pinang,Sirih dari Pulau Mutiara;

Pemanis kata selamat datang,Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia Tn Hj Ab Razak B. Khalid, ____________________________________Yang Berusaha Tn. Hj. Hassan B. Mohamad, Pengerusi AJK Surau Taman Nusantara.Yang Berusaha Tn. Hj Karim B. Rahmat, Tim. Pengerusi AJK Surau Taman NusantaraYang Dihormati barisan AJK Surau Taman Nusantara,

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

وبركاته الله ورحمة عليكم السالموالمرسلين األنبياء أشرف على والسالم والصالة العالمين رب لله الحمد

أجمعين وأصحابه آله وعلى

Selamat datang diucapkan, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, ke Majlis Sambutan Maulidurrasul bg tahun 2016M/ 1437H pada pagi yang mulia ini.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia serta keizinanNya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Tujuan diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

(BACAAN DOA)

Hadirin dan hadirat sekalian,

Menadah tangan pohon perkenanAgar majlis berjalan lancarAl-fatihah kita lafazkan,Apa dihajat moga terpancar.

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan al-Fadhil Ustaz ___________________ untuk menyampaikan bacaan doa.

Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.

Page 2: Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul Surau Tmn Nusantara (23 Jan 2016)

Amin, Ya Rabb al-Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Al fadhil Ustaz ______________ Semoga dengan bacaan doa oleh beliau itu tadi majlis kita akan dapat berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

(SELAWAT NABI)

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Pada sambutan hari ini juga, kita akan berselawat beramai-ramai sebagai meluahkan semangat dan perasaan cinta terhadap junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang kita cintai. Majlis dengan segala hormatnnya mempersilakan Imam ____________________ untuk mengetuai bacaan selawat. Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Imam ________________ atas alunan selawat itu tadi.

(PERSEMBAHAN NASYID)

Awan bersua citra berkisahUkiran sukma kilauan kelisaBacaan doa dan selawat selesai sudahPersembahan nasyid menyusul pula

Sekarang marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan nasyid dari kumpulan ___________________ dengan lagunya yang bertajuk ______________________.Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan ________________ atas persembahan itu tadi.

(BACAAN AL-QURAN)

Majlis pada pagi yang berbahagia ini diteruskan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang akan disampaikan oleh ________________________. Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada ________________________ atas bacaan ayat suci al-Quran sebentar tadi.

(UCAPAN ALU-ALUAN)

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Tibalah masa yang dinanti-nantikan. Majlis dengan segala sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan B. Mohamad, Pengerusi AJK Surau Taman Nusantara untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan penuh hormat dan takzim, majlis mempersilakan.

Page 3: Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul Surau Tmn Nusantara (23 Jan 2016)

Bunga selasih di dalam puan,Harum melati penyeri intanTerima kasih ucapan tuanKekal bersemi dalam ingatan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn. Hj. Hassan atas ucapan yang telah disampaikan.

(UCAPAN KETUA UMNO BAHAGIAN GELANG PATAH)

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Tn Hj Mohammad Khairi b. Abd Malik selaku Ketua Umno Bahagian Gelang Patah. Dengan penuh hormat dan takzim, majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn. Hj. Mohammad Khairi atas ucapan yang telah disampaikan.

(CERAMAH)

Yang Berbahagia Tn Hj Mohammad Khairi b. Abd Malik, Ketua Umno Bahagian Gelang Patah.Yang Berbahagia Tn Hj Ab Razak B. Khalid, ____________________________________Yang Berusaha Tn. Hj. Hassan B. Mohamad, Pengerusi AJK Surau Taman Nusantara.Yang Berusaha Tn. Hj Karim B. Rahmat, Tim. Pengerusi AJK Surau Taman NusantaraYang Dihormati barisan AJK Surau Taman Nusantara,Yang Dihormati Penceramah jemputan, Ustaz Badli Shah Alauddin Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

وبركاته الله ورحمة عليكم السالم

والمرسلين األنبياء أشرف على والسالم والصالة العالمين رب لله الحمدأجمعين وأصحابه آله وعلى

Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurniannya sekali lagi kita dapat berkumpul di perkarangan Surau Taman Nusantara untuk meneruskan majlis ilmu sempena Maulidur Rasul iaitu Ceramah.

Sebelum saya menjemput penceramah kita pada hari ini, ada eloknya jika saya membaca biodata penceramah kita. (baca biodata)

Di harap hadiri dan hadirat dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada ceramah yang akan disampaikan sebentar lagi.

Tanpa membuang masa saya menyerahkan majlis kepada Ustaz Badli Shah Alauddin untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk ___________________________. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Page 4: Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul Surau Tmn Nusantara (23 Jan 2016)

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Badli Shah Alauddin atas ceramah yang disampaikan sebentar tadi.

Diharap ceramah yang disampaikan tadi dijadikan sebagai pedoman dan pengajaran kepada hadirin dan hadirat. Marilah sama-sama kita di bulan yang mulia ini menanamkan azam yang lebih baik agar mendapat syafaat daripada Allah s.w.t.

Bila memandang ke muka laut,Nampak sampan mudik ke hulu;Bila terkenang mulut menyebut,

Budi yang baik ingat selalu

Sebagai tanda penghargaan kepada penceramah pada hari ini pihak majlis mempersilakan yang berbahagia Tn. Hj. Hassan B. Mohamad untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda rasa terima kasih kepada penceramah.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Ustaz Badli Shah Alauddin untuk menerima cenderahati. Diipersilakan.

Terima kasih yang berbahagia Tn. Hj. Hassan B. Mohamad.

(BERSURAI)

Selesailah sudah Majlis Sambutan Maulidurrasul pada hari ini.

Kalau ada jarum yang patah,Jangan disimpan di dalam hati,

Kalau ada silap dan salah,Jangan disimpan di dalam hati.

Majlis dengan hormatnya menjemput semua yang hadir untuk menikmati hidangan juadah yang telah disediakan.

Sebelum bersurai marilah sama-sama kita membaca surah Al-Asr dan tasbih Kafarah.

Wabilahitaufiq.....................................................................