Teks Pengacara Majlis Tadarus Al-quran Negeri Perak 2009

11

Click here to load reader

Transcript of Teks Pengacara Majlis Tadarus Al-quran Negeri Perak 2009

Page 1: Teks Pengacara Majlis Tadarus Al-quran Negeri Perak 2009

1

TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PENUTUP

MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2009M/1430H

DI SM TEKNIK GERIK, PERAK DARUL RIDZUAN 25 APRIL 2009

TINDAKAN TEKS

PARA TETAMU MENGAMBIL TEMPAT

MAKLUMAN AWAL

RUSLI

Para hadirin sekalian. Makluman kepada semua peserta Majlis Tadarus Al-Quran. Sekiranya anda diumumkan sebagai pemenang, untuk mengambil hadiah di atas pentas, sila gunakan tangga sebelah kanan pentas dan turun di sebelah kiri pentas. Manakala untuk Johan, mohon ada seorang pengiring yang ikut bersama pemenang naik ke atas pentas membantu membawa piala yang akan disampaikan.

RUSLI

Para hadirin sekalian. Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita sekiranya para hadirin dapat mengambil tempat masing-masing. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau tukarkan ke mod senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu majlis. Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih.

SETELAH DIBERI ISYARAT

UCAPAN PENGUMUMAN

RUSLI

Diumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Jabar, Pengarah Pelajaran Perak dan Dif-dif Jemputan.

PERARAKAN MASUK PERASMI & VIP

SETELAH PERASMI DAN VIP DUDUK

RUSLI

Hadirin dipersilakan duduk.

Page 2: Teks Pengacara Majlis Tadarus Al-quran Negeri Perak 2009

2

بسم اهلل الرمحن الرحيم وبركاته السالم عليكم ورمحة اهلل

احلمد هلل رب العاملني والصلوة السالم على اشرف األنبياء واملرسلني . وعلى أله وصحبه أمجعني

رب اشرح لي صدري ويسر لي امري .وحلل عكدة من لسلين يفكح قولي

Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Jabar Pengarah Pelajaran Perak Yang Berusaha Ustaz Wan Ramdzan bin Wan Mamat Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Perak Yang Berusaha Dr. Ahmad Damanhuri bin Ibrahim Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009M/1430H Yang Berusaha En. Abdul Rahim bin Ismail Pengetua Sekolah Menengah Teknik Selaku Tuan Rumah Yang Berusaha En. Rosli bin Hashim Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak Ketua-ketua Sektor Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Pengetua-pengetua Guru-guru Besar Jawatankuasa Pengelola Guru-guru Pengiring

Page 3: Teks Pengacara Majlis Tadarus Al-quran Negeri Perak 2009

3

Ibu bapa Para Peserta dan seterusnya Tuan-tuan & Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismilah pembuka kata.

بسم اهلل الرمحن الرحيم Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Penutup Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009M bersamaan 1430H ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kehadiran Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abd Jabar, Pengarah Pelajaran Perak kerana sudi hadir merasmikan Majlis Penutup Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009M bersamaan 1430H pada tengahari ini.

SHAHZATUL

بسم اهلل الرمحن الرحيم

Page 4: Teks Pengacara Majlis Tadarus Al-quran Negeri Perak 2009

4

RUSLI

Dengan tema kali ini iaitu Al-Quran Pemangkin Modal Insan Cemerlang, semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Sedari malam tadi hinggalah sebentar tadi 5 acara iaitu Tilawah Al-Quran, Tahfiz Al-Quran, Syarahan Agama, Bercerita Kisah Dari Al-Quran dan Kuiz Agama yang melibatkan 160 orang peserta mewakili setiap daerah telah dipertandingkan dalam Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak kali ini.

SHAHZATUL

5

RUSLI

Al-Quran diturun sebagai penyuluh, Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat, Angkat doa jari sepuluh, Doa minta biar selamat.

Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan Tuan Haji Zamri bin Zakaria untuk memimpin bacaan doa.

SHAHZATUL

Page 5: Teks Pengacara Majlis Tadarus Al-quran Negeri Perak 2009

5

RUSLI Dipersilakan...

BACAAN DOA

RUSLI

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Zamri bin Zakaria di atas bacaan doa itu tadi. Hadirin yang dimuliakan. Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha Dr. Ahmad Damanhuri bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009M/1430H untuk menyampaikan ucapan aluan.

SHAHZATUL

RUSLI Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH

RUSLI

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Dr. Ahmad Damanhuri bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak di atas ucapan aluan itu tadi. Kini menyusul pula ucapan perasmian penutup. Untuk itu, majlis dengan segala hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Jabar, Pengarah Pelajaran Perak untuk menyampaikan ucapan & perasmian penutup Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009M/1430H.

Page 6: Teks Pengacara Majlis Tadarus Al-quran Negeri Perak 2009

6

SHAHZATUL

RUSLI Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN PENGARAH PELAJARAN PERAK

RUSLI

Terima kasih majlis ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abd Jabar, Pengarah Pelajaran Perak atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. Hadirin yang dihormati sekalian, Kini sampailah masanya untuk kita mengetahui keputusan pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009M/1430H. Tetapi sebelum itu, mari kita sama-sama mendengar ulasan jemaah hakim mengenai pertandingan yang dijalankan. Untuk itu, majlis mempersilakan Tuan Haji Muhammad bin Haji Yahya, Pengerusi Jemaah Hakim untuk menyampaikan Ulasan Penghakiman Pertandingan.

SHAHZATUL

Page 7: Teks Pengacara Majlis Tadarus Al-quran Negeri Perak 2009

7

RUSLI Dipersilakan...

ULASAN PENGERUSI JEMAAH HAKIM

RUSLI

Terima kasih diucapkan. Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman keputusan pertandingan dan penyampaian hadiah dan cenderamata. Untuk menyempurnakan majlis ini, dijemput Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Jabar, Pengarah Pelajaran Perak dengan diiringi oleh Dr. Ahmad Damanhuri bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak naik ke pentas untuk menyampaikan cenderamata dan hadiah kepada para pemenang.

SHAHZATUL

RUSLI Dipersilakan...

PERASMI & PPD NAIK KE ATAS PENTAS

RUSLI

Majlis dimulakan dengan penyampaian cenderamata kepada tuan rumah. Dijemput En. Abdul Rahim bin Ismail, Pengetua Sekolah Menengah Teknik Gerik naik ke atas pentas untuk menerima cenderamata daripada Tuan Pengarah.

SHAHZATUL

Page 8: Teks Pengacara Majlis Tadarus Al-quran Negeri Perak 2009

8

RUSLI

Dipersilakan.. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada setiap ketua kontinjen. Untuk itu dipersilakan ketua-ketua kontinjen untuk menerima cenderamata.

SHAHZATUL

RUSLI

Kita mulai dengan daerah:

1. Batang Padang 2. Hilir Perak 3. Perak Tengah 4. Manjung 5. Kinta Utara 6. Kinta Selatan 7. Kuala Kangsar 8. Larut Matang Selama 9. Kerian 10. dan akhir sekali tuan rumah, Hulu Perak.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kini sampailah saat yang ditunggu-tunggu, pengumuman keputusan pertandingan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Keputusan telah berada di tangan kami. ...................................................

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG

RUSLI

Tahniah diucapkan kepada para pemenang Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009/1430H kali ini. Dan terima kasih kepada Tuan Pengarah kerana sudi menyampaikan cenderamata dan hadiah kepada para pemenang. Sebagai penghargaan pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Page 9: Teks Pengacara Majlis Tadarus Al-quran Negeri Perak 2009

9

Yang Berusaha Dr. Ahmad Damanhuri bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak untuk menyampaikan cenderamata kepada Tuan Haji Mohd Radzi bin Abd Jabar, Pengarah Pelajaran Perak. Dipersilakan.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PENGARAH

RUSLI

Terima kasih sekali lagi Tuan Pengarah Pelajaran Perak dan terima kasih juga kepada Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak kerana sudi menyampaikan cenderamata sebentar tadi. Acara penutup tengahari ini ialah __________________________________, Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009M/1430H. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ___________________________________________________

SHAHZATUL

RUSLI

Terima kasih diucapkan. Bunga melur bunga kenanga Cantik disusun penyeri anjung Al-Quran bagaikan intan permata Al-Quran dijunjung umat disanjung Bunga mawar cantik berseri Mekar disirami si embun pagi Majlis Tadarus Al-Quran mengundur diri Semoga tahun hadapan berjumpa lagi.

Alhamdulillah.. Dengan persembahan ________________________ sebentar tadi maka Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009M/1430H pada kali ini sampai ke penghujungnya.

Page 10: Teks Pengacara Majlis Tadarus Al-quran Negeri Perak 2009

10

Sekalung budi penghargaan terima kasih pihak majlis kalungkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abd Jabar, Pengarah Pelajaran Perak kerana sudi hadir ke majlis pada petang ini. Terima kasih juga kepada semua dif-dif jemputan, pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Perak, pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah seluruh negeri Perak, Guru-guru, para peserta yang mengambil bahagian, Jawatankuasa Pengelola dan seluruh pihak yang telah menjayakan Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009M/1430H ini.

SHAHZATUL

RUSLI

Seterusnya.. Dijemput kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abd Jabar, Pengarah Pelajaran Perak dengan diiringi oleh Dr. Ahmad Damanhuri bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak dan dif-dif jemputan ke jamuan makan tengahari. Kalau ada kepuk di ladang, Boleh juga tumpang mandi; Diberi Allah umur panjang, Boleh kita jumpa lagi.

Page 11: Teks Pengacara Majlis Tadarus Al-quran Negeri Perak 2009

11

Selamat pulang ke destinasi masing-masing. Semoga tiba dengan selamat.

SHAHZATUL

RUSLI

Akhir kalam, marilah kita tutup majlis ini dengan sama-sama membaca Surah Al-Asr. Sekian. WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.RT.

PENGUMUMAN

RUSLI

Kepada semua ketua kontinjen diharap dapat mengambil saguhati bagi acara yang tidak mendapat tempat Johan, Naib Johan atau ketiga dibelakang pentas selepas ini menerusi Jawatankuasa Hadiah. Terima kasih.

Teks disediakan oleh : USTAZ AHMAD RUSLI BIN HAJI ABDUL GANI & USTAZAH SHAHZATUL FAKHRIAH BT HJ SHAARANI SK SRI ADIKA RAJA, GERIK, PERAK APRIL 2009 [email protected]