PENGENALAN MURTADHA DAKWAH CENTRE (MADAD)€¦ · 10. TADARUS AL-QURAN STAFF Program Tadarus...

18
PENGENALAN MURTADHA DAKWAH CENTRE (MADAD) PENGENALAN Murtadha Dakwah Centre ditubuhkan pada awal Januari 2018 di Kampung Teluk Sungai Petani Kedah dan dikenali sebagai “Pusat Dakwah Darul Murtadha”. Pusat Dakwah Darul Murtadha diasaskan oleh Almarhum Ustaz Murtadha Yusof. Beliau telah terlibat dalam kemalangan tragis semasa pulang dari Riau Indonensia yang mengakibatkan kecederaan teruk dikepala. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 10 Januari 2018 selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Taiping, Perak. Almarhum Ustaz Murtadha Yusof meninggalkan seorang balu dan 2 orang cahaya mata yang berusia 4 tahun dan 6 tahun. Kemudian, pusat dakwah ini disambung oleh adik beliau iaitu Ustaz Mohammad Yaakub Yusra yang mengambil alih pengurusan untuk operasi pembangunan dan Pendidikan yang sekarang dikenali sebagai Murtadha Dakwah Centre (MADAD). MADAD kini telah 2 tahun beroperasi dengan mempunyai maahad sendiri yang menempatkan seramai 31 orang pelajar dan 5 orang tenaga pengajar. Maahad Integrasi Madad (MIM) memfokuskan hafalan dalam masa singkat yang berkualiti. MIM telah membuat kerjasama MOU bersama Karantina Indonesia untuk penggunaan sistem dan teknik dari sana. Sedikit berbeza berbanding pusat pengajian lain, MIM tidak mengenakan bayaran pendidikan selaras dengan misi menjadikan pusat ilmu percuma. Dari Selain daripada mengurus Pendidikan MIM, MADAD juga turut menyumbang tenaga dalam mengendalikan modul pembelajaran agama di Rumah Anak Yatim Che Bema yang mempunyai seramai 38 orang pelajar dan menyediakan 1 modul khas “ MUKMIN PROFESIONAL” yang berorientasikan program KAFA sekolah rendah tetapi di sesuaikan untuk pembelajaran lebih efektif untuk pelajar sekolah menengah. Buat masa sekarang MADAD membantu menguruskan 4sSekolah menengah kebangsaan biasa melebihi 700 pelajar. Program pendidikan umum turut dibuka kepada masyarakat sekitar Sungai Pentani dengan menyediakan pengajian percuma seperti Klinik Al-Fatihah dan Halaqah Pengajian Al-Quran & Fardu Ain. Murtadha Dakwah Centre lebih dikenali dengan majlis ilmunya yang sesuai dengan pelbagai lapisan masyarakat. Program yang sentiasa diperbaharui dengan keadaan dan isu semasa menjadikan pendekatan ini dianggap berjaya apabila pengunjung yang hadir adalah orang yang disasarkan dalam sesebuah program tersebut. Alhamdulillah, semua modul pendidikan MADAD diberikan secara percuma sebagai manfaat untuk masyarakat. Rancangan pembangunan Murtadha Dakwah Centre masih lagi diperingkat awal pelaksanaan. Segala yang dirangka dalam rancangan tersebut adalah untuk menjadikan Murtadha Dakwah Centre sebagai pusat rujukan utama pendidikan dan kebajikan kepada masyarakat.

Transcript of PENGENALAN MURTADHA DAKWAH CENTRE (MADAD)€¦ · 10. TADARUS AL-QURAN STAFF Program Tadarus...

PENGENALAN MURTADHA DAKWAH CENTRE (MADAD)

PENGENALAN Murtadha Dakwah Centre ditubuhkan pada awal Januari 2018 di Kampung Teluk Sungai Petani Kedah dan dikenali sebagai “Pusat Dakwah Darul Murtadha”. Pusat Dakwah Darul Murtadha diasaskan oleh Almarhum Ustaz Murtadha Yusof. Beliau telah terlibat dalam kemalangan tragis semasa pulang dari Riau Indonensia yang mengakibatkan kecederaan teruk dikepala. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 10 Januari 2018 selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Taiping, Perak. Almarhum Ustaz Murtadha Yusof meninggalkan seorang balu dan 2 orang cahaya mata yang berusia 4 tahun dan 6 tahun. Kemudian, pusat dakwah ini disambung oleh adik beliau iaitu Ustaz Mohammad Yaakub Yusra yang mengambil alih pengurusan untuk operasi pembangunan dan Pendidikan yang sekarang dikenali sebagai Murtadha Dakwah Centre (MADAD). MADAD kini telah 2 tahun beroperasi dengan mempunyai maahad sendiri yang menempatkan seramai 31 orang pelajar dan 5 orang tenaga pengajar. Maahad Integrasi Madad (MIM) memfokuskan hafalan dalam masa singkat yang berkualiti. MIM telah membuat kerjasama MOU bersama Karantina Indonesia untuk penggunaan sistem dan teknik dari sana. Sedikit berbeza berbanding pusat pengajian lain, MIM tidak mengenakan bayaran pendidikan selaras dengan misi menjadikan pusat ilmu percuma. Dari Selain daripada mengurus Pendidikan MIM, MADAD juga turut menyumbang tenaga dalam mengendalikan modul pembelajaran agama di Rumah Anak Yatim Che Bema yang mempunyai seramai 38 orang pelajar dan menyediakan 1 modul khas “ MUKMIN PROFESIONAL” yang berorientasikan program KAFA sekolah rendah tetapi di sesuaikan untuk pembelajaran lebih efektif untuk pelajar sekolah menengah. Buat masa sekarang MADAD membantu menguruskan 4sSekolah menengah kebangsaan biasa melebihi 700 pelajar. Program pendidikan umum turut dibuka kepada masyarakat sekitar Sungai Pentani dengan menyediakan pengajian percuma seperti Klinik Al-Fatihah dan Halaqah Pengajian Al-Quran & Fardu Ain. Murtadha Dakwah Centre lebih dikenali dengan majlis ilmunya yang sesuai dengan pelbagai lapisan masyarakat. Program yang sentiasa diperbaharui dengan keadaan dan isu semasa menjadikan pendekatan ini dianggap berjaya apabila pengunjung yang hadir adalah orang yang disasarkan dalam sesebuah program tersebut. Alhamdulillah, semua modul pendidikan MADAD diberikan secara percuma sebagai manfaat untuk masyarakat. Rancangan pembangunan Murtadha Dakwah Centre masih lagi diperingkat awal pelaksanaan. Segala yang dirangka dalam rancangan tersebut adalah untuk menjadikan Murtadha Dakwah Centre sebagai pusat rujukan utama pendidikan dan kebajikan kepada masyarakat.

VISI “Menjadi pusat aktiviti gaya hidup Islam yang terkemuka dengan pengetahuan terkini dan aktiviti yang berinovatif, bertujuan memperkayakan kehidupan melalui pembangunan nilai-nilai peribadi untuk ummah menjelang 2030”

MISI - Menjadi organisasi yang menyediakan pendidikan, dakwah, amal dan sistem automasi untuk ummah yang lebih baik. - Menjadikan setiap individu itu menambah nilai dalam diri dan memperkasa kualiti hidup. - Mewujudkan organisasi pengurusan Islam yang lebih baik dengan bersistematik dan automis. - Menyediakan informasi terkini yang tepat dan dinamik.

ORGANISASI MURTADHA DAKWAH CENTRE

MAHAAD INTEGRASI MADAD (MIM)

PENGENALAN Maahad Integrasi Madad (MIM) mula beroperasi pada hujung Disember 2019 dan menempatkan 31 orang pelajar dari pelbagai negeri. MIM telah mewujudkan kerjasama dengan Karantina Indonesia yang menekankan teknik hafalan dalam masa singkat dan berkualiti. Keunikkan Maahad Integrasi Madad adalah pusat pengajian yang tidak mengenakan yuran pengajian. Selain daripada itu, pelajar juga mempunyai jadual daet pemakanan khusus bagi meningkatkan daya ingatan pelajar. MIM berada pada fasa pertama pembangunan. Terkini, MIM baru menyiapkan ruang solat, bilik kuliah , tandas surau dan bilik asrama sementara.

RUANG KELAS

RUANG SURAU

MADAD EVENT

1. KELEBIHAN PROGRAM MURTADHA DAKWAH CENTRE a) Mempromosikan syarikat penganjur dan dikenali oleh masyarakat. b) Mendapat sokongan daripada jabatan- jabatan kerajaan. c) Mendapat perhatian daripada media untuk meluaskan jaringan Syarikat. d) Membantu penyumbang mengetahui saluran sumbangan yang boleh dipercayai.

2. PROGRAM-PROGRAM MURTADHA DAKWAH CENTRE

a) KARNIVAL DARUL MURTADHA - Karnival Darul Murtadha merupakan program sulung bagi Murtadha

Dakwah Centre. Ia berlangsung selama 3 hari iaitu pada tarikh 28-30 Jun 2018 yang bertempat di sekitar MADAD.

- Antara pengisian yg terdapat dalam program ini ialah Forum Perdana, Konsert Amal, Himpunan, Pameran- pameran dan lain.

- Antara artis atau figura agamawan yang terlibat dalam karnival ini adalah Ustaz Azhar Idrus, Baba Ismail Sepanjang Al Fathoni, Nasir Bilal Khan, Baddrol Bakhtiar, Along Exist dan ramai lagi.

b) GEMA AL-KAHFI 2019 - Gema Al Kahfi merupakan program yang memberikan impak yang besar

kepada Murtadha Dakwah Centre. Ia berlangsung selama 3 hari iaitu pada tarikh 18-19 Februari 2019 yang bertempat di sekitar MADAD.

- Program ini juga bertujuan untuk meraikan kedatangan ulama Indonesia iaitu Ustaz Abdul Somad.

- Antara pengisian yg terdapat dalam program ini adalah Forum Perdana, Bedah Al-Kahfi, Qiamullail Perdana, Pameran motosikal dan lain-lain.

- Alhamdulillah program Gema Al Kahfi menerima respon yang sangat positif daripada masyarakat.

- Antara figura yang terlibat dalam program ini adalah Ustaz Abdul Somad, Ustaz Fawwaz Mat Jan, Ustaz Auni, Ustaz Syamsul Debat, Ustaz Jafri Al Mahmoodi dan ramai lagi.

- Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang menarik dan berilmiah kepada masyarakat melalui program ini antaranya pertandingan AlKahfi Challenge yang memupuk masyarakat untuk menghafaz serta memahami isi kandungan dalam surah Al Kahfi tersebut.

c) MADAD SOCCER & ARCHERY 2019 - Madad Soccer & Archery merupakan program yang melatih peserta

dalam kemahiran bola sepak dan memanah. - Disampung itu, juga diselitkan dengan ilmu asas berkaitan solat yang

telah memberi impak yang sangat baik kepada peserta yang menyertai sekaligus dapat mempelajari ilmu agama daripada fasilitator yang bertauliah .

- Program ini telah mendapat kerjasama daripada Tuan Hj Akasha, pemilik padang bola sepak yang berhampiran MADAD untuk kegunaan program berlangsung.

- Tidak dilupakan juga kepada penaja yang sudi membantu dalam merialisasikan program ini yang terdiri daripada KHAS Event Management, Klinik Dr salina, Al-Haura, El-Izzah Travel dan Keluarga peserta yang tidak putus-putus memberi sumbangan dan sokongan semasa program .

- Untuk Makluman, program ini telah diadakan selama 9 hari dan disertai seramai 100 orang peserta (40 orang peserta memanah dan 60 orang peserta bola sepak) .

- Penganjur juga telah menjemput penampilan khas pemain bola sepak terkenal kesayangan orang Kedah iaitu Tuan Baddrol Bakhtiar selaku ikon Madad Soccer & Archery 2019.

d) KEM HAFALAN 3 JUZUK AL-QURAN 10 HARI - Kem Hafalan 3 Juzuk Al-quran 10 hari diadakan di Mahad Integrasi

Madad (MIM) yang membawa konsep hafalan ayat-ayat suci Al-Quran daripada Karintina Indonesia.

- Kem ini juga diketuai oleh Mudir Mahad Integrasi Madad iaitu Ustaz Mohd Asyraf Naim Bin Hj Yusof dan dibantu oleh 6 orang ustaz yang bertauliah .

- Selain itu, Kem ini juga sangat menitik beratkan penjagaan pemakanan peserta bagi memudahkan peserta untuk menghafal.

- Alhamdulliah seramai 26 peserta telah berjaya menamatkan kem ini dengan jayanya.

LENSA AKTIVITI MAHAD INTEGRASI MADAD

1. KELAS AL-QURAN & FARDHU AIN

Kelas Al-Quran & Fardhu Ain dijalankan pada setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad.

Waktu pengajian adalah bermula dari jam 9.00 – 11.00 pagi dan 9.00 – 11.00 malam. Pelajar boleh memilih waktu yang bersesuaian dengan jadual harian mereka.

Pengajian lebih menfokuskan kepada memperbetulkan bacaan Al-Quran, Tajwid & Kitab Tasawwuf, Aqidah dan Fekah.

Kelas yang disediakan adalah PERCUMA.

Pada awal penubuhan kelas ini tahun 2018 [Siri 1] mencatatkan seramai 107 orang yang terdiri daripada lelaki dewasa, remaja dan warga emas, manakala remaja perempuan, dewasa dan warga emas seramai 132 orang dan 14 orang kanak-kanak.

Siri 2 pada tahun 2019, peserta lelaki 37 orang dan perempuan 74 orang manakala kanak-kanak seramai 14 orang.

Siri 3 tahun 2019 lelaki 52 orang, perempuan 104 orang dan kanak-kanak 18 orang.

2. KELAS MENGAJI ANAK YATIM CHE BEMA

Kelas pengajian di Rumah Anak Yatim Che Bema dijalankan pada setiap hari, Ahad hingga Khamis bermula pada pukul 9.00-11.00 malam.

Ia melibatkan seramai 30 orang pelajar lelaki Rumah Anak Yatim Che Bema dan sebanyak 3 orang guru.

Pelajar akan didedahkan dengan bacaan Al-Quran yang betul, mempelajari hukum tajwid & fardhu ain mengikut silibus yang disediakan.

Kelas yang disediakan adalah percuma.

3. KLINIK AL-FATIHAH

Klinik Al-Fatihah mula diwujudkan pada bulan Oktober 2018 di bawah kelolaan Ustaz Ahmad Hafiz Muhammad.

Pada peringkat awal, pengajian ini menfokuskan kepada modul bacaan Surah Al-Fatihah mengikut makhraj yang betul dan diteruskan dengan modul bacaan surah Juzuk 30 dan surah-surah pilihan.

Guru turut menekankan hukum tajwid kepada pelajar ketika membaca Al-Quran.

Kelas berlangsung pada setiap Jumaat, bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang.

Sehingga kini jumlah peserta telah meningkat kepada 109 orang peserta lelaki dan perempuan.

Kelas yang disediakan adalah percuma.

4. PROGRAM MUKMIN PROFESSIONAL

Program Mukmin Professional merupakan program kerjasama di antara MADAD dengan sekolah-sekolah menengah sekitar Sungai Petani.

MADAD menghantar 6 hingga 8 orang guru ke sekolah-sekolah terpilih untuk mengajar Al-Quran, Tajwid & Fardhu Ain berdasarkan silibus yang telah disediakan.

Kelas dijalankan pada setiap hari Isnin, Selasa & Rabu mengikut waktu yang telah dipersetujui oleh pihak sekolah.

Antara sekolah yang terlibat dalam program ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail & Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar.

Pihak MADAD bercadang untuk meluaskan lagi program ini ke sekolah-sekolah lain untuk memberi manfaat untuk anak muda.

Jumlah keseluruhan peserta 207 orang.

Kelas yang disediakan adalah percuma.

5. PROGRAM KLINIK SOLAT

Program Klinik Solat merupakan program yang dianjurkan oleh Murtadha Dakwah Centre pada setiap hujung tahun.

Ia merupakan program yang menekankan berkaitan solat dan cara pelaksanaannya dengan sempurna. Setiap pelajar yang mengikuti Program Klinik Solat ini akan didedahkan dengan cara pelaksanaan solat dengan betul beserta rukun-rukunnya.

Program ini telah menarik minat kanak-kanak pada peringkat kali pertama dianjurkan apabila berjaya mendapat permintaan lebih 100 orang peserta .

Program yang disediakan adalah percuma.

6. PROGRAM IHYA RAMADHAN

Program Ihya Ramadhan merupakan program di bawah Jabatan Pendidikan Murtadha Dakwah Centre bersama Sekolah Kebangsaan Kampung Sera, Baling.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menanam semangat dan persiapan menyambut Ramadhan.

Ceramah bertajuk ‘Apalah Erti Hidup Tanpa Al-Quran’ telah disampaikan sendiri oleh Eksekutif Pendidikan Murtadha Dakwah Centre , Ustazah Nor Aini Binti Ahmad.

Program ini melibatkan seramai 120 orang pelajar.

Selain itu, Murtadha Dakwah Centre turut menyumbang 30 Naskhah Al-Quran dan 12 pasang telekung kepada murid sekolah sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah mengkhatamkan al-quran.

Pihak MADD bercadang untuk meluaskan lebar dakwah berkaitan program ini pada masa hadapan disekolah-sekolah yang berminat.

7. PENYEDIAAN MODUL

Staff di Jabatan Pendidikan Murtadha Dakwah Centre bertanggungjawab untuk menyediakan modul mengikut keperluan dan kesesuaian program yang bakal dianjurkan.

Antara modul yang sudah disiapkan ialah, Modul Klinik Fatihah, Modul Juzuk Amma, Modul Tajwid, Modul Al-Kahfi , Modul Fardhu Ain & Modul Klinik Solat.

8. PENYEDIAAN E-BOOK

Disamping menyediakan modul, staff di Jabatan Pendidikan juga ditugaskan untuk menyediakan E-book berkaitan program yang bakal dijalankan.

Hal ini selari dengan keperluan masyarakat semasa yang menginginkan ilmu secara pantas dan padat. Pihak MADAD mengambil inisiatif untuk menggunakan teknologi terkini untuk menyampaikan ilmu kepada orang awam.

Antara E-book yang telah disiapkan dan disebarkan untuk manfaat umum ialah E-book Tajwid, E-book Asas Fardhu Ain, E-book Takwim Solat dan E-book Gema Al-Kahfi dan E-book Klinik Solat.

9. PERPUSTAKAAN MINI

Tujuan penubuhan Perpustakaan Mini ialah untuk menyuburkan budaya membaca dalam kalangan staff dan menyebarkan ilmu walaupun sedikit.

Buku-buku ini datangnya dari sumbangan PTS publications & distributor sdn.bhd, orang awam dan hasil dari MADAD.

Sehingga kini, terdapat 92 buah buku dari pelbagai genre yang boleh dipinjam oleh staff pada bila-bila masa.

Perpustakaan Mini juga dalam proses dibawa keluar ke kawasan terdekat bagi memberikan manfaat pada penduduk berhampiran.

10. TADARUS AL-QURAN STAFF

Program Tadarus Al-Quran Staff telah dijalankan pada setiap kali bulan Ramadhan dimana ia melibatkan keseluruhan staff Murtadha Dakwah Centre.

Program ini dijalankan setiap hari di bulan Ramadhan bermula pukul 12.00-12.30 tengahari di Balai Ilmu, Murtadha Dakwah Centre.

Diakhir bulan Ramadhan, staff akan mengkhatamkan Al-Quran bersama-sama.

11. USRAH MINGGUAN STAFF

Usrah Mingguan Staff dijalankan pada setiap hari Khamis jam 5.00 sehingga 6.00 petang.

Ia melibatkan keseluruhan staff Murtadha Dakwah Centre dan dikendalikan oleh naqib & naqibah yang terpilih.

Usrah ini lebih menekankan pembentukan jati diri yang seimbang dari sudut duniawi dan ukhrawi.

PENAJA BERSAMA MURTADHA DAKWAH CENTRE AL HAURA KOPITIAM(LOGO) EL IZZAH TRAVEL TOUR(LOGO) KHAS EVENT(LOGO) KLINIK DR SALINA OK AUDIO SDN BHD AAA SDN BHD(LOGO) ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION SDN BHD(LOGO) JAMU TUN TEJA(LOGO) HASANI