Teks Pengacara Majlis Watikah Kepimpinan Smk Dato

6
TEKS PENGACARA MAJLIS WATIKAH KEPIMPINAN SMK DATO’ JAAFAR 2012 BI L TEKS CATATA N 1. Terima kasih diucapkan kepada pengacara majlis perhimpunan mingguan. 2. Yang berbahagia, ASP Airy Zaidi bin Nordin, IPD Johor Bahru Selatan Yang berusaha, En Jaheni bin Sidek, Pengetua Sek Men Keb Dato’ Jaafar En Arbain bin Miswan, Guru Penolong Kanan Akademik En Ahmad bin Yusof, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En Armugam a/l Ramachandran, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Tn Hj Mohamed Nordin bin Ahmad, Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 Barisan Guru Kanan, Guru Cemerlang, Barisan Pendidik, Pemimpin pelajar serta para pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera. 1

description

Teks Pengerusi Majlis Watikah Kepimpinan SMK Dato' Jaafar

Transcript of Teks Pengacara Majlis Watikah Kepimpinan Smk Dato

TEKS PENGACARA MAJLIS WATIKAH KEPIMPINAN SMK DATO JAAFAR 2012BILTEKSCATATAN

1.Terima kasih diucapkan kepada pengacara majlis perhimpunan mingguan.

2.Yang berbahagia, ASP Airy Zaidi bin Nordin, IPD Johor Bahru SelatanYang berusaha, En Jaheni bin Sidek, Pengetua Sek Men Keb Dato JaafarEn Arbain bin Miswan, Guru Penolong Kanan Akademik En Ahmad bin Yusof, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Armugam a/l Ramachandran, Guru Penolong Kanan KokurikulumTn Hj Mohamed Nordin bin Ahmad, Guru Penolong Kanan Tingkatan 6

Barisan Guru Kanan, Guru Cemerlang, Barisan Pendidik, Pemimpin pelajar serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

3. Bersyukur kehadrat ilahi dapat bersama-sama kita pada pagi yang mulia ini dalam menjayakan majlis Watikah Kepimpinan 2012 Sek Men Keb Dato Jaafar. Pelajar yang terlibat terdiri daripada ketua tingkatan, pengerusi kelab/persatuan/pakaian seragam, pengawas pusat sumber dan pengawas sekolah. Salah satu objektif penyampaian watikah kepimpinan adalah untuk melahirkan pemimpin yang hebat, tabah, cekal serta sabar dalam menjalani apa jua cabaran yang datang semasa menjalankan tugas atau dalam kehidupan seharian. Sekalung tahniah diucapkan kepada para peserta Kursus pemimpin Hebat pada 14 Julai 2012 bersamaan hari Sabtu lepas yang terdiri daripada penerima Watikah Kepimpinan 2012.

4. Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput yang berusaha, En Jaheni bin Sidek, pengetua SMK Dato Jaafar untuk menyampaikan sepatah dua kata.Dengan segala hormatnya dipersilakan.Terima kasih diucapkan kepada tn pengetua, En Jaheni bin Sidek atas ucapan beliau sebentar tadi.

5.Seterusnya, majlis mempersilakan yang berbahagia ASP Airy Zaidi bin Nordin, IPD Johor Bahru Selatan untuk menyampaikan ucapan beliau.Dengan segala hormatnya dipersilakan..Terima kasih diucapkan kepada ASP Airy Zaidi bin Nordin atas ucapan beliau sebentar tadi.

6.Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian Watikah Kepimpinan 2012.

Penyampaian watikah dimulakan dengan ketua tingkatan, pengerusi kelab/persatuan/pakaian seragam dan pengawas pusat sumber.

Dijemput, En Arbain bin Miswan - GPK Akademik, En Ahmad bin Yusof GPK Hal Ehwal Murid, En Armugam a/l Ramachandran GPK Kokurikulum, Tn Hj Mohamed Nordin bin Ahmad GPK Tingkatan 6 untuk menyampaikan watikah kepada pemimpin pelajar.Dipersilakan,Dimulai dengan **(rujuk senarai nama)

Terima kasih diucapkan kepada guru-guru penolong kanan.

7.Seterusnya penyampaian Watikah Kepimpinan untuk Badan Pemimpin Pelajar. Dijemput, En Jaheni bin Sidek, Pengetua SMK Dato Jaafar diiringi oleh En Ahmad bin Yusof, GPK HEM untuk menyampaikan watikah.Dengan segala hormatnya dipersilakan,..**(rujuk senarai nama pengawas sekolah)

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas penyampaian watikah sebentar tadi.

8.Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian watikah kepada ahli jawatankuasa tertinggi badan pemimpin pelajar SMK Dato Jaafar.

Majlis menjemput, ASP Airy Zaidi bin Nordin diiringi oleh Tn Pengetua, En Jaheni bin Sidek dan En Ahmad bin Yusof GPK HEM untuk menyampaikan watikah.Majlis mempersilakan,**(rujuk senarai nama AJKT pengawas)

Terima kasih diucapkan kepada ASP Airy Zaidi bin Nordin atas penyampaian watikah sebentar tadi.

9.Seterusnya,Ikrar Pemimpin pelajarDijemput, Jeep Wai Hong selaku kapten pelajar bagi mengetuai bacaan ikrar.Dipersilakan.Terima kasih atas bacaan ikrar sebentar tadi.

10.Seterusnya, majlis mempersilakan, En Jaheni bin Sidek, Pengetua SMK Dato Jaafar untuk menyampaikan cenderamata kepada tetamu kehormat kita pada hari ini, ASP Airy Zaidi bin Nordin.Dengan segala hormatnya dipersilakan..Terima kasih tuan pengetua atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.

11.Seterusnya, nyanyian lagu Negaraku.

Sebelum mengundur diri, ribuan kemaafan daripada saya andai ada terlanjur kata terkasar bicara sepanjang mengendalikan majlis ini.Para guru dan pelajar diminta tunggu untuk sesi fotografi selepas ini.

Sekian w.b.t wassalamualaikum

1