Teks Pengacara Sukan 2013

8
TEKS PENGACARA MAJLIS KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 13 SMK SERI INTAN 27 JUN 2013 ATURCAR A TEKS PENGACARA Mohon perhatian. Majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. Diminta semua kontinjen bersedia di tempat yang ditetapkan. Pengumum an ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, En. Razali bin Mohd Nor Yang Di Pertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan Ucapan alu-aluan Bismillahirrahamanirrahim, Assalamualaikum wwb Salam hormat Salam ukhwah dan Salam satu Malaysia. Yang Berusaha, Tuan Haji Razali bin Mohd Nor, Yang Di Pertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan, Kluang, Yang Berusaha , Tuan Haji Mohamad bin Yusof , Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan, Kluang, Yang Dihormati, Tn. Hj. Ismail bin Abdullah, Penolong Kanan Kurikulum, En. Jaffry b Abdul Aziz, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Hjh Zalila bt Mohd Tahir, Penolong Kanan Kokurikulum, En. Ismail b Jaafar, Penolong Kanan Petang, En Zakaria b Hashim, Penolong Kanan Pendidikan Khas, Guru kanan-guru kanan mata pelajaran, Para ibu bapa, guru-guru seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah karunianya maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kecergasan fizikal dan mental, didorong dan

description

PENGACARA SUKAN BOLEH MENGGUNAKAN TEKS INI SEBAGAI RUJUKAN DI PERINGKAT SEKOLAH

Transcript of Teks Pengacara Sukan 2013

TEKS PENGACARA MAJLIS KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 13SMK SERI INTAN 27 JUN 2013

ATURCARATEKS PENGACARA

Mohon perhatian.Majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. Diminta semua kontinjen bersedia di tempat yang ditetapkan.

Pengumuman ketibaanMengumumkan ketibaan Yang Berusaha, En. Razali bin Mohd Nor Yang Di Pertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan

Ucapan alu-aluanBismillahirrahamanirrahim,Assalamualaikum wwbSalam hormatSalam ukhwah danSalam satu Malaysia.

Yang Berusaha, Tuan Haji Razali bin Mohd Nor, Yang Di Pertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan, Kluang,

Yang Berusaha , Tuan Haji Mohamad bin Yusof , Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan, Kluang,

Yang Dihormati, Tn. Hj. Ismail bin Abdullah, Penolong Kanan Kurikulum, En. Jaffry b Abdul Aziz, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Puan Hjh Zalila bt Mohd Tahir, Penolong Kanan Kokurikulum,

En. Ismail b Jaafar, Penolong Kanan Petang,

En Zakaria b Hashim, Penolong Kanan Pendidikan Khas,

Guru kanan-guru kanan mata pelajaran,

Para ibu bapa, guru-guru seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah karunianya maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kecergasan fizikal dan mental, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk sama-sama memeriahkan Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan kali ke 13.

Pihak majlis serta seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan merasa berbesar hati mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan kedatangan Yang Di Pertua PIBG serta semua tetamu jemputan yang hadir.Semoga Kejohanan Balapan dan Padang pada tahun ini berjaya merealisasikan slogan Badan Sihat, Otak Cergas.

Lintas hormat

Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan kali ke 13 pada pagi ini dimulakan dengan perbarisan masuk kontijen rumah sukan dan pasukan badan beruniform.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En Radzali b Mohd Nor, Yang Di Pertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan dengan diiringi oleh Tn Hj Mohamed b Yusof, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan untuk menerima tabik hormat.

Perbarisan Rumah Sukan

Memulakan perarakan perbarisan pada pagi ini kelihatan dengan membawa bendera kejohanan oleh Pasukan Bulan Sabit Merah.

Mengetuai kontinjen perbarisan ialah saudara Mohd Nizam b Abd Rahim.

1. Rumah kuning

2. Rumah hijau

3. Rumah Biru

4. Rumah merah

5. Pendidikan khasPerbarisan masuk kontigen rumah sukan dimulakan dengan Rumah Wira, kuning diraja bersemangat waja.

Kuning cemerlang gemilang terbilang,Warna diraja penaung negeri,Semangat kental terus berjuang,Takkan mengalah menyerah diri.

Kelihatan lintas hormat rumah wira melambai penuh harapan untuk menggapai impian menjadi pemenang sekali lagi pada tahun ini.Diketuai oleh saudara Mohd Aidil b Jamaludin.--------------------------------------------------------------------------

Kontigen berikutnya, rumah Perdana. Hijau segar sentiasa mekar. Diketuai oleh saudara Mohd Fikri b Omar dengan moto Hijau beat the best, Hijau is the best.Tahun lalu menduduki tangga keempat. Tahun ini dengan bimbingan En Zulhasrizam b Abd Manaf kita percaya rumah Perdana mampu membuat kejutan.

------------------------------------------------------------------------

Biru kuat, Biru Hebat, slogan rumah Biru atau rumah Waja. Biru berombak pantang berganjak diketuai oleh saudara Steven Raj a/l Velauthan, perarakan perbarisan rumah biru menyusun langkah kuat dan hebat penuh bersemangat.

Perarakan lintas hormat rumah Waja biru sedia bersatu, kesulitan bukan halangan, kejayaan adalah kepastian.

--------------------------------------------------------------------------

Kontigen seterusnya, rumah merah membara pasti juara dengan diketuai oleh saudara Mohd Hafizul Syafiq b Roslan dengan warna merah lambang keberanian dan tak gentar sebarang halangan.

Rumah merah atau rumah putera membawa slogan Merah Berani Semangat Pahlawan, Pasti Boleh.Kelihatan lintas hormat kontigen rumah merah memancar semangat membara berjuang bermati-matian mencapai kemenangan yang diimpikan.

Diikuti kontigen Pendidikan Khas yang turut sama memeriahkan Kejohanan Balapan dan Padang pada pagi ini. Diketuai oleh saudara Mohd Hanif b Husin.Dengan moto Hearts to God, Hands to Care, mereka pernah mewakili peringkat negeri dalam acara lontar peluru dan 100m.

Perbarisan badan BeruniformSeterusnya, lintas hormat Pasukan Badan Beruniform Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan.

1. Perbarisan lintas hormat didahului oleh pasukan Pengakap yang diketuai oleh saudara Amirul Fikri b Amran dengan motto Selalu Sedia. 2.Seterusnya, Pasukan Kadet Polis Putera.

Antara objektif penubuhannya ialah mendisiplinkan para remaja serta membina sahsiah pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan negara.

Diketuai oleh saudara Mohd Afifi b Wahid

3.Diteruskan dengan Pasukan Kadet Polis Puteri.Dengan moto mesra, cepat dan betul.Antara misi Kadet Polis ialah; melaksanakan segala hak kuasa berlandaskan undang-undang dengan penuh tanggungjawab, telus, adil dan saksama.

Kadet Polis Puteri diketuai oleh Saudari Siti Nor Fatin bt Mohd Sorin.4.Pasukan Kadet Remaja Sekolah Putra.Dengan cogan kata Ilmu, Iman dan Amal.Berlogokan warna hijau yang melambangkan remaja yang masih boleh dibentuk, laluan hidup yang jelas dan alam sekitar.Sama gerak sama sekata,Inilah dia KRS hebat di mata.Diketuai oleh saudara Mohd Fauzan Hazwan b Ismail.Pasukan ini telah menduduki tempat keempat dalam pertandingan kawad kaki daerah kluang dibawah bimbingan En Aminudin b Othman.

5.Pertubuhan Puteri Islam MalaysiaPutih merah jambu jadi pilihanLemah gemalai langkah disusunPuteri Islam puteri rupawanTengok , comel tak?Pertubuhan Puteri Islam Malaysia diketuai oleh saudari Nur Amira Izzati bt Nor Azman.

6.Diteruskan dengan Persatuan Bulan Sabit Merah penabur bakti.Matlamatnya memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. PBSM diketuai oleh saudara Tan Wei Kang7.Diikuti Pasukan Pandu PuteriPersatuan Pandu Puteri Malaysia ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1917 dengan komitmen melahirkan golongan remaja wanita untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok.

Diketuai oleh saudari Foo Shu Yi

8.Pasukan terakhir ialah Pasukan Kadet Remaja Sekolah Puteri.Matlamat penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia, bagi mengisi wawasan 2020.Remaja wawasan Kadet Remaja Sekolah Puteri dibawah pimpinan saudari Nuri syafarahin bt Zulkifli

atiek

Demikianlah tadi berakhirnya acara perarakan perbarisan 13 buah kontigen penuh hebat dan gemilang.Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang berusaha En Razali bin Mohd Nor, Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan kerana sudi menerima lintas hormat Kontijen kejohanan dan pasukan beruniform

Bacaan doaBagi memberkati lagi Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-13 dijemput En. Aminudin bin Othman untuk memimpin bacaan doa, Dipersilakan.

*doa*

Ribuan terima kasih diucapkan kepada En Aminudin b Othman.

Ucapan alu-aluan

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakanYang berusaha Tuan Hj. Mohamad Bin Yusof Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan, selaku pengerusi Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-13 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Hj.Mohamad b Yusof atas ucapan itu tadi.

Ucapan PerasmianMeneruskan acara pada pagi yang indah ini, majlis kini mempersilakan Yang Berusaha En. Razali b Mohd Nor Yang DiPertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-13 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan.Dipersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang berusaha En. Razali B Mohd Nor atas ucapan dan kesudian merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-13 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan.

Dengan ini dijemput En Radzali b Mohd Nor dengan diiringi oleh Tuan Hj Mohamed b Yusof untuk upacara pemeriksaan barisan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*pemeriksaan selesai*

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian En Radzali b Mohd Nor memeriksa perbarisan kontingen.

syahirah

Bacaan ikrar kejohananUpacara seterusnya ialah Lafaz Ikrar Kejohanan. Bacaan ikrar kejohanan ini diketuai oleh Mohd Shahfizi b Rejab diiringi oleh empat orang ketua rumah sukan masing-masing. Dengan sukacitanya dipersilakan.

*lafaz ikrar*

Demikian tadi lafaz ikrar Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-13 di bawah pimpinan Saudara Mohd Shahfizi b Rejab selaku ketua pemimpin pelajar.

Penyampaian cenderamataAkar keladi melilit kasihSelasih tumbuh tepi jambanganKalungan budi junjungan kasihMesra kenangan sepanjang zaman.

Bagi meneruskan majlis, dijemput Yang Berusaha Tuan Hj. Mohamad B. Yusof untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha En. Razali B Mohd Nor, Yang DiPertua PIBG Sebagai tanda kenangan atas kesudian bertandang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan.Dipersilakan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

syahirah

Perbarisan keluar kontigenDengan itu sempurnalah sudah Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan bagi tahun 2013.

Perbarisan keluar kontijen rumah sukan dan pasukan beruniform.

Jamuan Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Tn Hj Mohamad b Yusof untuk mempersilakan Yang Berusaha En Razali b Mohd Nor, para jemputan dan guru-guru penolong kanan untuk menikmati jamuan ringan.Dipersilakan.

Pengumuman bermula acaraHadirin sekalian,

Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 13 akan berlangsung sebentar sahaja lagi.

Dengan ini majlis mempersilakan semua pegawai kejohanan mengambil tempat masing-masing.Dipersilakan.