Teks Pengacaraan Majlis Mesyuarat Agung Pibg 2012

download Teks Pengacaraan Majlis Mesyuarat Agung Pibg 2012

of 6

Transcript of Teks Pengacaraan Majlis Mesyuarat Agung Pibg 2012

  • 8/2/2019 Teks Pengacaraan Majlis Mesyuarat Agung Pibg 2012

    1/6

    TEKS PENGACARAAN MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG

    SK RAWANG KALI KE 39

    2012

    Mengumumkan ketibaan:

    Yang Berbahagia Dato Luey bin Puteh diiringi oleh Yang DiPertua PIBG,

    Puan Guru Besar dan tetamu-tetamu jemputan.

    Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk

    Kasihnya ibu membawa ke syurga

    Kasihnya ayah berkorban nyawa

    Kasihnya guru mencurah ilmu

    Pemacu segala pelita dan lampu

    Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

    Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

    Menjalankan tugas dengan amanah yang berkat

    Seribu tahun menjadi hikmat

    Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam keilmuan.

    Yang Berbahagia Dato Luey bin Puteh, Pengerusi Eksekutif PUTP EXCELL

    SDN BHD.

    Yang Berusaha, Pn. Salmah bt Abd Ghani,

    Guru Besar SK Rawang dan barisan pentadbir.

    Yang Berusaha, Yang Dipertua PIBG SK Rawang, En Mohd Rafi bin Abd

    Rahman dan barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Rawang sesi

    2011 2012.

    Yang Berusaha, mantan Guru Besar SK Rawang, En Sahardin bin Yusof.

    Yang Dihormati lagi dikasihi, guru-guru, ibu bapa dan para hadirin sekalian.

    Pada petang Jumaat yang berbahagia ini, marilah sama-sama kita

    memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta limpah

    rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis

    Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 39 SK Rawang.

  • 8/2/2019 Teks Pengacaraan Majlis Mesyuarat Agung Pibg 2012

    2/6

    Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato

    Luey bin Puteh ke majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 39.

    Saya juga melahirkan rasa banga dan mengucapkan ribuan terima kasih

    dengan kehadiran ibu bapa dan guru-guru dalam menunaikan amanahsebagai Ahli PIBG. Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk kita

    mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik persamaan bagi menjulang

    dan meledakkan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik,

    kokurikulum, disiplin dan sahsiah.

    Pepatah Melayu ada menyatakan, kalau tidak dipecahkan ruyung,

    manakan dapat sagunyakalau kita dapat satukan dan sepadukan

    idea, pasti kecemerlangan menjadi

    milik kita bersama.

    Hadirin yang dihormati,

    Majlis kita pada petang ini dimulakan dengan persembahan dari murid-

    murid Sk Rawang. Persembahan pertama mendapat bimbingan daripada

    Pn Norazlin bt Zainol. Persembahan nyanyian dan gerakan daripada

    murid Prasekolah ini diberi tajuk Chan Mali Chan & Suriram.

    Dipersilakan.

    Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas persembahan

    bertenaga itu tadi.

    Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

    Persembahan kedua kita akan disampaikan oleh gabungan murid tahun 5

    dan 6. Kumpulan Nasyid Sotul Khoir di bawah bimbingan Pn Sohara bt

    Suratman, pernah membuat persembahan di pertandingan nasyid

    peringkat daerah baru-baru ini. Dipersilakan kumpulan Sotul Khoir dengan 2

    buah nasyid yang bertajuk Kitab Al-Quran Menjana Transformasi

    Ummah & Islam Yang Telah Berkembang. Dipersilakan.

    Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas persembahan yang

    cukup harmoni itu tadi.

    Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

    Persembahan ketiga kita, akan disampaikan oleh adik Nur Umairah bt

    Fadlin. Adik Nur Umairah merupakan pelajar Prasekolah. Beliau akan

    menyampaikan cerita bertajuk My Family. Dipersilakan.

    Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas persembahan adik NurUmairah itu tadi.

  • 8/2/2019 Teks Pengacaraan Majlis Mesyuarat Agung Pibg 2012

    3/6

    Hadirin dan hadirat sekelian,

    Bagi memberkati dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah

    tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat.

    Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Tuan Imam Masjid Rawang,

    Tn. Hj Salleh bin Md Som untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

    Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Imam, Tuan Hj

    Salleh bin Md Som atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

    Kepimpinan diteladani,

    Program dirancang dan direalisasikan,

    Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi

    Majlis pada petang ini dimulakan dengan dengan menjemput Guru Besar SK

    Rawang, Yang Berusaha Pn. Salmah bt Abd Ghani, merangkap Penasihat

    PIBG SK Rawang untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan..

    Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha Pn. Salmah bt Abd

    Ghani, Guru Besar SK Rawang. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

    Seterusnya, majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang DiPertua

    PIBG SK Rawang, Yang Berusaha En Mohd Rafi bin Abd Rahman untuk

    menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan.

    Demikian tadi ucapan oleh Yang DiPertua PIBG SK Rawang, En Mohd Rafi

    bin Abd Rahman. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

    Sidang hadirin yang budiman,

    Kalau Dato pikat kenari,

    Jangan patahkan batang jerami;

    Kepada Dato ruang diberi,

    Mohon rasmikan majlis kami

    Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia

    Dato Luey bin Puteh bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya

    menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Rawang kali

    ke - 39.

  • 8/2/2019 Teks Pengacaraan Majlis Mesyuarat Agung Pibg 2012

    4/6

    Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

    Dengan Bismillah kita mulai,

    Alhamdulillah wassola tannabi,

    Dengan takdir Ilahi Rabbi,Selesai sudah upacara merasmi.

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang

    Berbahagia Dato Luey bin Puteh, Pengerusi Eksekutif PUTP EXCELL SDN

    BHD atas ucapan perasmian sebentar tadi.

    Orang berbudi,

    Kita berbahasa.

    Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian cenderamata kepada

    semua Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2011, guru-guru dan kakitangan

    sekolah di atas sumbangan tenaga yang tidak pernah kenal erti penat dan

    lelah.

    Dengan itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang berbahagia

    Dato Luey bin Puteh dengan diiringi Yang Berusaha Pn. Salmah bt Abd

    Ghani, Guru Besar SK Rawang untuk menyampaikan cenderamata.

    Dipersilakan.

    Cenderamata untuk AJK PIBG sesi 2011 dimulakan dengan menjemput :

    1. Pn Salmah bt Abd Ghani GB

    2. En Mohd Rafi bin Abd RahmanYDP

    3. En Zakaria bin A. Majid NYDP

    4. En Shahrum bin Hj Abd Shukor SU

    5. Pn Rahayu bt Abd Rahim Bendahari

    AJK ( IBU BAPA )6. En. Daud bin Ithnin

    7. En Shahrom bin Kahar

    8. En Khalid Azari bin Mat Tab

    9. En Shafie bin Hj Hashim

    10. Pn Zuraidah bt Abd Rahman

    11. Pn Rashidah bt Sunardi

    12. Pn Rohana bt Atan

    13. Pn Norhayati bt Idris

    AJK ( GURU )

  • 8/2/2019 Teks Pengacaraan Majlis Mesyuarat Agung Pibg 2012

    5/6

  • 8/2/2019 Teks Pengacaraan Majlis Mesyuarat Agung Pibg 2012

    6/6

    Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato.

    Tinggi bukit silang-gemilang,

    Air pasang tenang-tenangan,

    Budi sedikit takkan hilang,Dalam hati kenang-kenangan.

    Kalau ada jarum yang patah,

    Jangan di simpan di dalam peti,

    Kalau ada khilaf dan salah,

    Jangan disimpan di dalam hati.

    Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Rawang kali

    ke - 39 2012. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang

    Berbahagia Dato Luey bin Puteh dan para jemputan sekalian, atas

    kesudian menghadiri majlis pada hari ini.

    Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Dato Luey bin Puteh, diiringi

    Puan Guru Besar, Yang Berusaha Pn. Salmah bt Abd Ghani dan YDP PIBG En

    Mohd Rafi bin Abd Rahman, untuk menikmati juadah yang disediakan di

    kelas Tahun 3. Majlis mempersilakan.

    Para ibu bapa dan hadirin diminta menunggu sebentar sementara

    menunggu agihan makanan dilakukan.

    Agenda seterusnya selepas jamuan ini ialah Mesyuarat Agung PIBG SK

    Rawang kali ke 39 yang akan dipengerusikan oleh Yang DiPertua PIBG SK

    Rawang, Encik Mohd Rafi bin Abd Rahman.

    Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.