Teks Pengerusi Forum

download Teks Pengerusi Forum

of 12

description

hf

Transcript of Teks Pengerusi Forum

Terima kasih saudara pengacara majlis

CUEANN

Terima kasih saudara pengacara majlis.

Bismillah....

Alhamdulillah......

Assalamualaikum wrh wbh

dan Salam sejahtera.

YBhg En. Ariffin bin Yahya,

Pengarah, IP Perlis, Perlis;

YBsh Dr. Hamzah bin Ihsan,

Timb. Pengarah IP Perlis,

Barisan Ahli Panel yang arif,

Ketua-ketua Jabatan,

Ketua-ketua Unit,

Pengerusi dan Jawatankuasa Seminar,

Para Pensyarah,

Tuan-tuan, Puan-puan

Hadirin yang dikasihi sekalian.

CUEANN

Alhamdulilah Syukur ke hadrat ALLAH SWT

atas limpah kurnia dan keizinan-Nya

dapat kita terus berkumpul dalam suatu majlis ilmu

pada petang ini.

Kali ini tibalah giliran saya untuk menjadi teraju utama

dalam sesi yang terakhir ini

sesi Forum Pendidikan yang berkonsepkan

SEMBANG-SEMBANG GURU

Tapi bukan sembang sembarangan

Sembang ilmu atas tajuk

BERPUSAT GURU ATAU PELAJAR: BIJAK SANA BIJAK SINI

Tajuk yang begitu menarik untuk diperdebat atau diperbincangkan. Tajuk yang agak kontradik antara tuntutan institusi perguruan dengan kehendak sekolah.

Sehubungan dengan itu, untuk merungkai persoalan ini maka pihak urus setia seminar telah mengundang tiga orang panel

yang mempunyai kepakaran,dan pengetahuan berdasarkan pengalaman dan keterlibatan dalam dunia pendidikan lebih daripada tiga dekad.

Saya dengan segala hormatnya mempersilakan ahli-ahli panel untuk mengambil tempat di hadapan. Dipersilakan.

CUEANN

Sebelum forum Sembang-sembang Guru ini dimulakan,

Izinkan saya membacakan serba sedikit biodata tiga orang panel.

PEMBUKA DISKUSISebagai pembuka bicara forum pada petang ini, lebih afdhal kalau

kita mulakan dengan PENGALAMAN KERJA MASING-MASING termasuk pandangan terhadap sistem pendidikan dahulu dengan sistem pendidikan sekarang.

Untuk itu, saya mempersilakan Tuan Haji Yaakob Ibrahim selaku tuan rumah untuk memulakan sesi ini.

Dipersilakan.

Diikuti Ustaz Abdul Hadi bin Osman

Seterusnya Cikgu Azizah bt. Hj. Taib

CUEANN

SENARIO PENDIDIKAN SEKARANGBAGAIMANA MENILAI SISTEM PENDIDIKAN SEKARANG?

Pencapaian pelajar sekarang: Lebih pandai dan keratif atau sebaliknya.

Keputusan peperiksaan baik tapi masih gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi atau memperoleh pekerjaan?

Kenapa senario seperti ini boleh berlaku?

CIKGU AZIZAH BT. HJ. TAIB

Masih timbul gejala-gejala sosial seperti masalah ponteng sekolah, buli, dadah dan Mat Rempit. Gejala soaial kini semakin membimbangkan.

Adakah disebabkan kelemahan sistem pendidikan sekarang?

USTAZ ABD. HADI BIN OSMANCEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG cogankata yang baik tapi agak menggerunkan khususnya apabila kita kaitkan cogankata ini dengan situasi persekolahan.

Kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan pencapaian murid di sekolah ada hubungkait dengan kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan kualiti guru.

Bagaimanakah kualiti guru Malaysia pada hari ini? Adakah semakin rajin, semakin kreatif atau sudah kurang perasaan kasih sayangnya terhadap murid dan tugas.

TUAN HAJI YAACOB BIN IBRAHIM

CUEANN

DEFINISIBerbalik kepada tajuk forum Sembang-sembang Guru pada petang ini.

DEFINISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN GURU DAN PELAJAR.

Saya mempersilakan Tuan Haji Yaakob Ibrahim selaku tenaga pengajar yang terlibat secara langsung dalam Ilmu Pendidikan untuk mengemukakan definisi ini.

Dipersilakan.

KAITAN DEFINISI DENGAN SISTEM P&P DI SEKOLAHSepanjang perkhidmatan dan pengalaman mengajr di sekolah, bagaimanakah pandangan atau reaksi guru berdasarkan definisi yang telah disentuh oleh Tuan Haj. Yaacob tadi. Adakah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar tidak relevan dilaksanakan di sekolah.

CIKGU AZIZAH

Bagaimanakah cara pengajaran bagi mata pelajaran Agama Islam?

USTAZ ABD. HADI

CUEANN

KAITAN DEFINISI DENGAN SISTEM P&P DI SEKOLAHKEBIASAANNYA, APABILA TOKOH-TOKOH PENDIDIK BERBAHAS TENTANG FOCUS P&P INI AKAN TIMBUL SATU ISU PENGAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR SEBAGAI PENGAJARAN YANG LEBIH BERKESAN MEMINGGIRKAN PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU DAN SECARA TIDAK LANGSUNG AKAN HILANG RASA HORMAT MURID TERHADAP GURU SEPERTI YANG DIPERKATAKAN RODNEY DANGERFIELD GETS NO RESPECT.Jadi, adakah benar pengajaran berpusatkan guru sudah tidak ada tempat sebagai cara pengajaran yang berkesan?

Mungkin Cikgu Azizah dapat berikan sedikit pandangan dari segi akauntabiliti sekolah terhadap keputusan peperiksaan, harapan ibu bapa, prestasi sekolah dan sebagainya.Bagaimanakah Ustaz Abd Hadi dapat kaitkan persoalan ini dari sudut system penilaian kita yang lebih berorientasikan peperiksaan?

Sebagai institusi yang bakal melahirkan golongan pendidik yang berwibawa, bagaimanakah persoalan ini dapat dikaitkan dengan pengalaman guru permulaan atau guru-guru pelatih yang diajarkan dengan cara pengajaran demokratik atau berpusatkan pelajar.

Dipersilakan Tuan Haji Yaacob Ibrahim.

CUEANN

MEMINGGIRKAN PELAJAR EKSTROVERT ATAU INTROVERTPENGAJARAN BERPUSATKAN GURU ATAU PELAJAR BOLEH MEMINGGIRKAN GOLONGAN TERTENTU KERANA DIKATAKAN KEDUA-DUA BENTUK PENGAJARAN INI TIDAK DAPAT MELAYANI KEPERLUAN PELAJAR SECARA MENYELURUH.

ADAKAH PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU AKAN MEMINGGIRKAN PELAJAR YANG BERSIFAT EKSTROVERT ATAU PELAJAR AKAN BERSIFAT INTROVERT DALAM PENGAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR?

Bagaimanakah pandangan puan terhadap isu ini dari segi melahirkan pelajar sebagai manusia yang mampu berfikir dan menimbu ilmu dengan sendiri? Sejauh manakah kemampuan mereka untuk bertindak secara tiga kendiri, iaitu Akses Kendiri, Kadar Kendiri dan Terarah Kendiri?CIKGU AZIZAH

Bagaimanakah Ustaz Abd Hadi dapat kaitkan persoalan ini dari sudut sistem penilaian kita yang lebih berorientasikan peperiksaan?

USTAZ ABD. HADI

Kalau dikaitkan dengan sistem KBSR/KBSM, kedua-dua system ini menggalakkan penggunaaan cara pengumpulan(grouping) sedangkan di sekolah masih lagi menekankan system pengaliran. Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku?

Dipersilakan TUAN HAJI YAACOB IBRAHIM.

CUEANN

SEMUA MATA PELAJARAN MENGGUNAKAN SATU CARA PENGAJARANSEMUA SEKOLAH DI MALAYSIA, MAHU PUN DI DUNIA MENGAJARKAN PELBAGAI JENIS MATA PELAJARAN DENGAN KAEDAH PENGAJARAN YANG BERBEZA-BEZA. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, BOLEHKAN SEMUA MATA PELAJARAN INI DIAJARKAN DENGAN SATU CARA PENGAJARAN SAHAJA, IAITU SAMA ADA PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU ATAU SEBALIKNYA?Sekiranya salah satu daripada cara pengajaran ini diamalkan di sekolah pada hari ini, adakah cara ini berupaya untuk melahirkan sumber manusia yang berwibawa dalam konteks globalisasi?CIKGU AZIZAH

Selain dapat melahirkan sumber manusia yang berwibawa, adakah tumpuan kepada satu cara pengajaran akan dapat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi rohani. Dalam erti kata lain, bina insan individu?

USTAZ ABD. HADI

Adakah institusi perguruan hanya memberi tumpuan terhadap salah satu cara pengajaran ini dalam sesi latihan perguruan? Kenapa?TUAN HAJI YAACOB IBRAHIM.

CUEANN

BERPUSATKAN GURU BE OUTMODEDPERLUKAN CARA PENGAJARAN DI MALAYSIA BERPUSATKAN GURU BE OUTMODED?

Adakah cara pengajaran seperti ini sesuai diamalkan dalam konteks melahirkan sistem pendidikan bertaraf dunia?

CIKGU AZIZAH

Kita ada pelbagai tahap prestasi dan minda pelajar di sekolah. Bagaimanakah cara pengajaran seperti ini dapat disesuaikan dengan pelajar yang tidak berkemampuan untuk membuat keputusan yang bijak dan banyak terlibat dengan gejala sosial?

USTAZ ABD. HADI

Era globalisasi menyaksikan dunia hari ini bersifat tanpa sempadan yang penuh dengan ledakan maklumat. Maklumat di hujung jari. Tekan sahaja papan kekunci macam-macam maklumat boleh diperolehi. Bagaimanakah pandangan tuan terhadap cara pengajaran ini dalam konteks ledakan maklumat?

TUAN HAJI YAACOB IBRAHIM.

CUEANN

RUMUSAN

SEMUA AHLI PANEL DIBERI MASA UNTUK MEMBUAT RUMUSAN TERHADAP ISU YANG DIPERKATAKAN PADA PETANG INI.

AKHIRI DENGAN PANTUN:

BERBURU KE PADANG DATAR

DAPAT RUSA BELANG KAKI

BERGURU KEPALANG AJAR

BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI

BERGURU KEPALANG AJAR

BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI

ANDAI GURU TAK PANDAI MENGAJAR

ANAK DIDIK YANG AKAN RUGI.

ZainalAriffMat/PengerusiForumPendidikan/MPPP/2006TEKS PENGERUSI FORUM

SEMBANG-SEMBANG GURU

FORUM PENDIDIKAN

BERPUSAT GURU ATAU PELAJAR: BIJAK SANA BIJAK SINIZainalAriffMat/PengerusiForumPendidikan/MPPP/2006HOTEL BRASMANA,

KUALA PERLIS,

PERLIS

2006