teks perhimpunan pagi

8
Teks Pengacara Perhimpunan Pagi 1.1 Yang berusaha Tuan Guru Besar Puan Yahtimi Sipin Yang dihormati Guru Penolong Kanan 1 Puan Norrashidah Musuroh Guru Penolong Kanan HEM Puan Maznah Ibrahim Guru Penolong Kanan Kokurikulum En Mohd Zuami Erfan Guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa yang dikasihi dan dirahmati Allah swt. sekalian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.... 2.2 Perhimpunan mingguan pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian rangkaian tiga buah lagu : Negaraku , Lagu Bangsa Johor

description

teks

Transcript of teks perhimpunan pagi

Page 1: teks perhimpunan pagi

Teks Pengacara Perhimpunan Pagi

1.1 Yang berusaha Tuan Guru Besar Puan Yahtimi

Sipin

Yang dihormati Guru Penolong Kanan 1 Puan

Norrashidah Musuroh

Guru Penolong Kanan HEM Puan Maznah

Ibrahim

Guru Penolong Kanan Kokurikulum En Mohd

Zuami Erfan

Guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan

Kampong Jawa yang dikasihi dan dirahmati Allah

swt. sekalian,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

2.2 Perhimpunan mingguan pada pagi ini dimulakan

dengan nyanyian rangkaian tiga buah lagu :

Negaraku , Lagu Bangsa Johor dan Lagu

Page 2: teks perhimpunan pagi

Sekolah. Dengan segala hormatnya, hadirin

diminta berdiri.

2.3 Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dengan

segala hormatnya dipersilakan pengawas

bertugas,

saudara ................................................. untuk

merafakkan doa. Dengan segala hormatnya

dipersilakan.

Page 3: teks perhimpunan pagi

DOA PERHIMPUNAN SEKOLAH

حمن الله بسم الر حيم الرالعالمين، رب لله على /الحمد الم الة والس سيدنا /والص

د /محمآله أجمعين/ وأصحابه / وعلى

Ya Allah. / Ya tuhan kami. / Bersempena dengan perhimpunan ini, / kami mohon taufik dan inayahMu. / Kurniakanlah kepada kami /

kesejahteraan serta / kesihatan rohani dan jasmani. / Bukakanlah hati-hati kami / dan lapangkanlah dada kami / untuk menerima ilmu / dan

pengetahuan / serta bimbingan para guru / yang kami kasihi.Ya Allah / Ya Rahman / Ya Rahim

Kami memohon dengan kudratMu / dan IradatMu. / Berikanlah kekuatan / dan ketabahan bagi kami / menghadapi perjuangan kami / menimba dan mencari ilmu pengetahuan. / Anugerahkanlah kejayaan /

dan kecemerlangan / kepada kami / dalam semua ujian / yang kami tempuhi.

Ya Allah, Ya Zal Jala Li Wal Ikram,Tambahkanlah kepada kami / kecintaan kepada segala kebaikan. /

Jadikanlah kami, / guru-guru kami, / pemimpin-pemimpin kami / agar terus beristiqamah semasa berkhidmat / dan menabur bakti / membangunkan umat dan masyarakat, / agama dan negara.

األخرة / / وفي حسنة الدنيا في ءاتنا ربناالنار / عذاب وقنا / حسنة

وصحبه / ءاله وعلى د محم على الله وصلىوسلم /

العالمين رب .والحمدلله

Page 4: teks perhimpunan pagi

2.4 Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan

doa itu tadi. Kita teruskan majlis dengan

mempersilakan pengawas bertugas

saudara................................................... untuk

mengetuai pembacaan ikrar rukun negara dan

ikrar sekolah. Dipersilakan.

Page 5: teks perhimpunan pagi

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Kami juga berikrar / untuk mencapai kecemerlangan/ dalam bidang akademik/ dan kokurikulum/ serta mengamalkan / prinsip-prinsip / dalam Rukun Islam dan Rukun Iman.

 

Page 6: teks perhimpunan pagi

2.5 Majlis mengucapkan terima kasih.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Untuk tidak membuang masa majlis dengan

segala hormatnya mempersilakan guru bertugas

minggu lepas , Encik / Puan/ Cik ........untuk

menyampaikan laporan bertugas mingguan.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan

2.6 Terima kasih diucapkan kepada guru bertugas

minggu lepas En/Puan....................................atas

ucapan beliau yang mengandungi nasihat dan

teguran berguna buat kita semua. Apa yang

disampaikan sebentar tadi diharap dapat

dipatuhi, dituruti dan dijadikan iktibar buat kita.

2.7 Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati

sekalian.

Untuk makluman semua, guru yang bertugas

pada minggu ini ialah

Page 7: teks perhimpunan pagi

Encik/Puan/Cik .....................................................

..............

Untuk itu, marilah sama-sama kita mendengar

ucapan oleh beliau. Dengan segala hormatnya

dipersilakan.

2.8 Majlis mengucapakan terima kasih atas ucapan

itu tadi.

Seterusnya dipersilakan Tuan Guru Besar / Guru

Penolong Kanan 1/ Guru Penolong Kanan

HEM / Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk

menyampaikan ucapannya.

2.9 Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu

tadi . Semoga ucapan itu menjadi panduan

kepada kita untuk menjalankan tugas dengan

baik dan sempurna.

2.10 Untuk mengakhiri perhimpunan pada pagi ini,

marilah sama-sama kita membaca tasbih kifarah

dan suratul Asr’. Sekian, wabillahi taufiq

Page 8: teks perhimpunan pagi

walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah

wabarakatuh.