teks-ucapan-1-malaysia.doc

5
TEKS UCAPAN MAJLIS PENGHAYATAN 1MALAYSIA SMK CHERAS JAYA OLEH : WAKIL PENGETUA PADA : 6 FEBRUARI 2010

Transcript of teks-ucapan-1-malaysia.doc

TEKS UCAPAN MAJLIS PENGHAYATAN 1MALAYSIASMK CHERAS JAYA

OLEH :

WAKIL PENGETUAPADA :

6 FEBRUARI 2010Assalamualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih puan pengerusi majlis,

Yang Berbahagia Datuk Hoh Hee LeeYang Berusaha,

Puan Sofia Nor Binti Molhit

(Penolong Kanan SMK Cheras Jaya)

Puan Anita Mazlina Bt Azman Arash (PK Kokurikulum)

Encik Termizi Bin Mohd Tahir

(PK Petang)

Yang dihormati,

Barisan Ketua Bidang,

Guru-guru Cemerlang,

Para guru,

Seterusnya pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Pertama kali, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya jua, dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini untuk meraikan sambutan 1 Malaysia yang turut dilancarkan serentak di seluruh negara. Sebagai rakyat Malaysia yang mendukung prinsip Rukun Negara, sewajarnyalah konsep 1 Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia dapat difahami dengan jelas. Sekolah sebagai institusi pendidikan memainkan peranan penting untuk menyampaikan hasrat murni kerajaan kerana pelajar-pelajar sekolah merupakan 40% daripada bilangan penduduk Malaysia yang akan mencorakkan kepimpinan negara pada masa akan datang.

Sambutan yang diadakan pada hari ini merupakan manifestasi kepada pelaksanaan konsep 1 Malaysia yang berteraskan perpaduan kaum. Sekolah kita ini merupakan mini malaysia kerana menghimpunkan pelbagai bangsa, kaum dan agama. Di sekolah ini, selain Melayu, Cina dan India, terdapat juga kelompok minoriti daripada kaum Sikh, Thai, Kadazan-Dusun dan sebagainya. Walaupun kaum Melayu merupakan kaum majoriti, namun kaum yang lain turut mendapat layanan dan keistimewaan yang sama. Kita hidup untuk saling mengenali antara satu sama lain. Kita berdiri di atas bumi yang sama dan menghirup udara yang sama, justeru 1 Malaysia melihat kepelbagaian sebagai satu keunikan. Bayangkanlah jika kita saling bertelagah, dengki-mendengki dan khianat-mengkhianati, dan bergaduh sesama sendiri, sudah tentu banyak masa yang akan terbuang begitu sahaja. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran, guru-guru juga tidak dapat menjalankan pengajaran dengan berkesan. Tuntasnya, semua pihak akan menanggung kerugian jika kita tidak bersatu padu.Pada pelajar yang di kasihi sekalian,

Di sekolah kita ini, banyak usaha telah pun dilaksanakan untuk memupuk perpaduan kaum. Konsep 1 Malaysia telah lama didukung dan dipertahankan. Di dalam kelas, pelajar-pelajar disusun tanpa mengikut kaum tertentu sahaja. Melalui RIMUP, pelajar-pelajar belajar mengenali siapa sahabat mereka, apakah budaya yang diamalkan oleh sahabat mereka, apakah perkara yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan dan yang penting sekali ialah saling memberi dan menerima. Melalui kelab dan persatuan, pelajar-pelajar memahami pelbagai budaya masyarakat Malaysia. Pelajar-pelajar juga boleh mempelajari dan berkongsi budaya masyarakat lain yang sebelum ini tidak diketahui. Tak kenal maka tak cinta. Jadi, salah faham dan prasangka negatif tentu akan berjaya disingkirkan.Hadirin sekalian,

Sukalah saya berpesan kepada semua agar konsep 1 Malaysia tidak hanya meniti di bibir sahaja tetapi tidak difahami dan diamalkan. Satu perkara yang lebih penting ialah kesetiaan kepada negara hendaklah mengatasi kesetiaan kepada kelompok sendiri sahaja. Kepada negara yang manakah lagi yang perlu kita tumpahkan taat dan setia kita jika bukan di bumi yang kita pijak ini? Semua kaum perlu menganggap bahawa kita adalah bangsa Malaysia iaitu segala-galanya perlu dikongsi bersama. Di sekolah pula, semua harta benda dan kemudahan yang ada merupakan milik bersama bukannya milik persendirian. Jadi, perbuatan laku musnah terhadap harta benda sekolah seperti kerusi meja, tandas, buku teks dan sebagainya merupakan perbuatan yang menyimpang daripada aspirasi 1 Malaysia. Akhir sekali, sekali lagi saya berharap agar pada hari yang bersejarah ini pelajar-pelajar dapat mempelajari sesuatu yang amat penting sebagai warganegara Malaysia. Bersyukurlah kerana inilah uniknya Malaysia yang kita sama-sama dapat menikmati Cuti-cuti 1 Malaysia.

Sekian, terima kasih.