teks ucapan

19
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada, yang dihormati tuan pengerusi majlis, yang berbahagia pensyarah subjek sosiologi seksyen 6 Profesor Madya kamarolzaman bin Hj Mohd Jidi serta para rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT dan terima kasih diucapakan kerana pada pagi yang mulia ini sudi memberi peluang kepada saya untuk memberi ucapan berkenaan tajuk “ Membina kearah keluarga cemerlang”. Objektif ucapan saya pada hari ini adalah untuk mendedahkan strategi pembinaan modal insan, menjana ekonomi, pendapatan dan peluang pekerjaan dalam sesebuah institusi kekeluargaan. SAYANGI KELUARGA Bahagia seluruh semesta bermula dari sebuah keluarga dari titis susu ibu tersayang terbinalah sungai kasih yang panjang Tumbuh dari keringat ayah kita perah pengorbanannya yang melimpah air matanya mengalir di darah kita membina semangat dan cita-cita Rentaslah seribu lautan kembaralah di serata benua tak kan kau temui semurni cinta

description

sosio

Transcript of teks ucapan

Page 1: teks ucapan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada, yang dihormati tuan pengerusi

majlis, yang berbahagia pensyarah subjek sosiologi seksyen 6 Profesor Madya kamarolzaman

bin Hj Mohd Jidi serta para rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT dan

terima kasih diucapakan kerana pada pagi yang mulia ini sudi memberi peluang kepada saya

untuk memberi ucapan berkenaan tajuk “ Membina kearah keluarga cemerlang”. Objektif

ucapan saya pada hari ini adalah untuk mendedahkan strategi pembinaan modal insan,

menjana ekonomi, pendapatan dan peluang pekerjaan dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

SAYANGI KELUARGA

Bahagia seluruh semesta

bermula dari sebuah keluarga

dari titis susu ibu tersayang

terbinalah sungai kasih yang panjang

Tumbuh dari keringat ayah

kita perah pengorbanannya yang melimpah

air matanya mengalir di darah kita

membina semangat dan cita-cita

Rentaslah seribu lautan

kembaralah di serata benua

tak kan kau temui semurni cinta

semurni cinta keluarga

Bila langkah remajamu ditusuk sembilu

kembara dewasamu diamuk nafsu

kenanglah pesan ibu

Page 2: teks ucapan

ingatlah madah ayah:

Kembalilah ke jalan Allah

Keluarga boleh didefinisikan sebagai satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui

pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Perkataan keluarga berasal dari

bahasa Sanskrit iaitu kula dan warga (kulawarga) yang bererti "anggota", "kelompok kerabat".

Manakala, menurut Kamus Dewan pula keluarga ialah seisi rumah tangga yang terdiri daripada

suami dan isteri sahaja atau bersama anak-anak. Keluarga juga merupakan asas sesebuah

masyarakat yang di dalamnya terjalin interaksi dari segi kognitif atau efektif antara ahli keluarga.

Pembangunan dan pembentukan sesebuah institusi kekeluargaan dalam sesuatu masyarakat

itu akan menjadi faktor penentu dalam pembangunan sesebuah negara. Setiap manusia yang

dikurniakan keluarga seharusnya bersyukur kerana bukan semua orang bernasib baik, ada juga

yang dilahirkan sebagai yatim piatu. Oleh itu kita seharusnya bersyukur dan menghargai nikmat

pemberian Tuhan. Kasih sayang keluarga adalah harta yang tidak ternilai dan tidak dapat

diganti dengan wang ringgit.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

Terang menerangi sesama kita

Membiayai membelanja itulah dijaga

Sayang menyayangi antara kita

Bahagia keluarga itulah berharga

Dengan kemelut dirumah kita

Marilah disemak bukan dicela

Jangan kedekut beramah mesra

Pujilah anak dikeesempatan ada

             Institusi keluarga terdiri daripada bapa, ibu, anak-anak dan saudara mara. Setiap unit

mempunyai peranan yang jelas dan tersendiri. Walaupun keluarga merupakan agen sosial yang

terkecil dalam masyarakat,namun keluarga memainkan peranan yang amat besar dalam

melahirkan insan yang cemerlang. Ibu bapa terutamanya, mempunyai tanggungjawab yang

besar kerana anak-anak diibaratkan seperti sehelai kain putih dan ibu bapalah yang perlu

mencorakkannya. Malah, hadis Rasulullah S.A.W. ada mengatakan bahawa setiap anak yang

Page 3: teks ucapan

dilahirkan adalah dalam keadaan yang bersih melainkan dua orang tuanya yang berperanan

mencorakkannya menjadi Yahudi, Nasrani,atau Majusi. Jelaslah di sini bahawa keluarga

memainkan peranan yang begitu penting dalam membentuk diri anak-anak dari segala aspek.

Persoalannya,pernahkah ibu bapa renungkan sejauh mana peranan yang mereka mainkan

berpengaruh dalam perjalanan hidup anak mereka? Rumah tangga yang bahagia dan ceria

akan melahirkan warga yang juga memiliki ciri-ciri kejiwaan yang sihat seperti gembira, yakin

akan kebolehan diri dan sebagainya. Seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang bahagia

akan sentiasa dihargai dan diberi sokongan moral dalam apa-apa jua perkara yang

dilakukannya. Galakan dan perangsang daripada ibu bapa yang penyayang dan adik-beradik

yang memahami akan membentuk jati diri yang sempurna dalam kalangan ahli keluarga itu.

Namun begitu, pepatah ada mengatakan bahawa bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi. Kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab membentuk kebahagiaan keluarga itu di

tangan salah seorang ahli keluarga sahaja seperti ibu, bapa atau anak-anak. Setiap ahli dalam

sesebuah keluarga itu perlu bersedia memainkan peranan masing-masing untuk saling bertolak

ansur, saling memahami serta saling menghormati di antara mereka. Apabila sifat ini dapat

diwujudkan oleh setiap ahli dalam sesebuah keluarga, maka suasana yang harmoni akan dapat

diwujudkan.

            Slogan ‘Rumahku Syurgaku’ membawa erti keluarga yang bahagia. Dalam hal ini,ibu

bapa amat berperanan dalam melahirkan keluarga yang aman dan damai. Menurut Dr. Hassan

Ali,Pengarah Akademi Keluarga Bahagia Malaysia,kesejahteraan bermula dari rumah,maka ibu

bapa hendaklah menjadikan rumah seperti syurga yang penuh dengan kedamaian dan

keindahan kepada anak-anak. Kesejahteraan di rumah akan dapat mewujudkan keluarga

penyayang. Oleh itu,ibu bapa harus peka dan faham serta mempunyai iltizam untuk melahirkan

insan yang utuh dari segi emosi,akhlak,dan moraliti dalam mengharungi ranjau serta liku yang

sentiasa menghambat kesejahteraan keluarga. Anak-anak yang membesar dalam lingkungan

kebahagiaan lebih mudah menerima perkara-perkara positif dalam membina jati diri mereka.

Oleh itu,anak-anak terutamanya remaja yang baru sahaja berumur setahun jagung,darah

setampuk pinang ini,tidak akan bercermin di air keruh. Selain itu,mereka juga lebih tenang dan

lebih mudah menerima pelajaran bagi memastikan kecemerlangan mereka dalam bidang

akademik. Mereka tidak akan teraba-raba dalam mencari hala tuju kerana mereka sudah

mempunyai keluarga bahagia yang menjadi tulang belakang mereka. Justeru,dapatlah

disimpulkan bahawa keluarga yang bahagia menjadi sumber kekuatan mereka dalam

menempuh usia remaja yang penuh cabaran.

Page 4: teks ucapan

Hadirin yang dihormati sekalian,

Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan

dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu

bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak diibaratkan

sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna

pelangi atau semalap masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat

harus menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata

pepatah ,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya”. Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa

hendaklah mengajar anak-anak untuk membezakan “yang mana intan, yang mana kaca”. Ibu

bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang

baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu

bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak.

Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti

“menatang minyak yang penuh”. Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam

jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.

Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti

“kapal tanpa nakhoda”. Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa

untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha

menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu

bapa janganlah begitu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga

mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukuma-hakam Arab pernah

mengatakan bahawa anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk

adalah yatim.  Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu

bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk

membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan

keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme,

lumba haram, menagih dadah dan sebagainya. Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang

jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti “kacang lupakan kulit”. Anak-anak janganlah lupa

bahawa ibu bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu bapa,

siapakah kita? Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli

keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan

mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga

Page 5: teks ucapan

bahagia ialah keluarga yang harmani, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga akan saling

membantu dan bekerjasama, bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama

dijinjing”. Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi

keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata.

Keluarga bahagia banyak memerlukan unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama,

toleransi dan sebagainya. “Rumahku, syurgaku” Keluarga bahagia ialah keluarga impian saya.

Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi

memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan

kebahagiaan keluarga mereka. Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan

mengikuti kursus-kursus praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan

oleh pejabat agama daerah masing-masing. Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan

mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia melalui ceramah dan bengkel-

bengkel yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat

ilmu tersebut, perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk

melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh dengan sinar kebahagiaan. Pada era yang

penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari

nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa

kini yang semakin meningkat. Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Hal

ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang

memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa

mereka. Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Oleh itu, demi membentuk keluarga

yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu

meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka. Pada masa ini,

kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum. Manakala pihak swasta pula ,

turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan.

Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil

merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau

berekreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di

samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antara mereka. Sekiranya masa

yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam

sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan.

Page 6: teks ucapan

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

Selain itu, ibu bapa bertanggungjawab memberikan ilmu kepada anak-anak. Peranan

ilmu dalam kehidupan seseorang individu sememangnya tidak dapat dinafikan. Oleh itu, anak-

anak mestilah dipupuk supaya mencintai ilmu. Misalnya, ibu bapa wajar membudayakan

amalan membaca dalam keluarga. Sesungguhnya, ilmu umpama cahaya yang akan menerangi

hidup kita dengan membawa kejayaan. Menurut Islam,menuntut ilmu itu difardhukan kepada

setiap muslim. Malah,Rasulullah S.A.W. pernah bersabda,tuntutlah ilmu hingga ke negeri

China. Hal ini jelas menunjukkan betapa pentingnya ilmu kepada anak-anak supaya mereka

mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik yang seterusnya akan melahirkan insan

yang lebih intelektual dan berketrampilan. Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga

sakinah adalah amat penting. Ibu bapa perlu menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak. Mereka

harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak.

Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri

dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain. Apabila

anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani

sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa borek, anak rintik.

Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti pertengkaran, maki

hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan

jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak. Mereka

juga akan sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain. Jika hal ini terjadi, rumah

akan menjadi neraka kepada anak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah tidak dapat dinikmati,

maka anak-anak akan berusaha mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran

serta melepak di pusat-pusat beli belah. Adalah lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu

berumah tangga kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telah

diwarisi oleh mereka daripada kedua - dua orang tua mereka.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Dalam hal ini Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda yang bermaksud : setiap bayi

dilahirkan dalam keadaan fitrah, suci murni, kedua ibu bapanya yang bertanggungjawab

mencorakkannya sama ada menjadikannya yahudi atau nasrani ataupun majusi. Berasaskan

Page 7: teks ucapan

kepada hadith ini, saya berpendapat untuk memastikan generasi muda kita bebas daripada

perangkap gejala sosial dan untuk membina sahsiah yang cemerlang, merupakan

tanggungjawab utama ibu bapa dalam institusi keluarga. Anak-anak memerlukan tunjuk ajar,

perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang berterusan. Ibu bapa perlu menjadi "Role model"

untuk dicontohi. Tetapi, bagaimana kalau Ibu bapa dan rumah tangga bermasalah, porak

peranda, tidak stabil dan tidak harmoni? Sudah tentu anak-anak dalam keadaan serba salah,

psikologinya terancam, emosinya terganggu dan adalah sukar untuk membina generasi yang

cemerlang dan keluarga yang bahagia. Pembentukan Institusi Keluarga Bahagia dan mantap

memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan pembangunan keluarga dan

keibubapaan. Dalam hal ini sukalah saya menyatakan bahawa pihak Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM) telah melancarkan program "Rumahku Syurgaku" beberapa tahun yang lalu.

Program ini merupakan satu matlamat jangka panjang dalam usaha meningkatkan kualiti

institusi keluarga dengan memberi penekanan kepada pembangunan keluarga secara

menyeluruh iaitu meliputi aspek-aspek pembangunan fizikal, mental, psikologikal dan spiritual.

Saya berharap program ini dapat dipertingkatkan supaya mesej-mesej utama disampaikan

kepada setiap keluarga dan individu. Salah satu lagi langkah yang telah dilaksanakan oleh

JAKIM dan Jabatan-jabatan Agama Islam negeri-negeri ialah mengenakan pra-syarat kepada

pasangan yang ingin berkahwin, perlu mengikuti kursus pra-perkahwinan yang menggunakan

modul bersepadu kursus pra-perkahwinan Islam yang telah dimulakan sejak tahun 1997.

Semua usaha murni ini bertujuan untuk memartabatkan institusi keluarga sebagai pusat

kecemerlangan kemanusiaan yang utama dan perlu mendapat sokongan semua pihak.

Pembentukan keluarga bahagia memerlukan setiap ahlinya saling harga menghargai dan

bekerjasama, sentiasa komited untuk mewujudkan kebahagiaan dan kebajikan ahli keluarga

dengan mengamalkan budaya pengasih dan penyayang, bersedia mendengar masalah dan

luahan perasaan anak-anak dan pasangan masing-masing. Suami-suami Perlu menghormati

isteri, jangan menganiayakan anak dan isteri dan jangan menyakitkan isteri serta lepas tangan

dan tidak bertanggungjawab dalam urusan kekeluargaan. Sebagai teras kepada keutuhan dan

kebahagiaan keluarga, pegangan agama dan mengamalkan nilai-nilai murni adalah sangat

penting. Orang dewasa perlu menjadi contoh kepada anak-anak dan generasi muda. Wanita

sebagai pengurus institusi keluarga, perlu mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang kuat,

di samping berbagai kemahiran hidup yang lain untuk merealisasikan Wawasan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w. ada menegaskan berkaitan dengan kehebatan dan

keistimewaan wanita atau ibu iaitu : "Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu". Ini bererti, ibu-ibu

Page 8: teks ucapan

di dalam sesebuah institusi keluarga mempunyai peranan sangat penting dalam menentukan

kesejahteraan dan keselamatan ahli keluarganya. Kejayaan para suami dan kecemerlangan

anak-anak banyak didorong oleh ibu-ibu atau para isteri. Ramai orang menuduh wanita sebagai

punca gejala sosial dan keruntuhan moral. Saya kurang bersetuju dengan pandangan ini

kerana jika kita melihat kepada kes rasuah di kalangan wanita hanyalah lebih kurang 2.2

peratus daripada jumlah 1,264 orang yang ditangkap dalam tempoh tahun 1994 hingga 1997

atau hanya 28 orang sahaja adalah wanita. Walaupun angka ini tidak serius, salahlaku tersebut

perlu dibenteras segera habis-habisan dan wanita perlu bebaskan diri daripada perbuatan-

perbuatan dan amalan rasuah. Secara jujur saya sebutkan di sini, bahawa saya sangat

berharap kepada semua pertubuhan wanita supaya memainkan peranan yang aktif

mengadakan program untuk membantu kerajaan membenteras perbuatan rasuah dan

menangani gejala sosial ini yang sangat buruk akibatnya kepada individu, keluarga, bangsa dan

negara. Saya sedar untuk mengatasi perbuatan rasuah dan menangani gejala sosial bukanlah

mudah, namun kita tidak boleh berputus asa dan mengaku kalah. Dengan bergabung tenaga,

wanita seluruh negara boleh mengubah corak 4 juta keluarga ke jalan yang lurus, benar dan

bebas daripada amalan-amalan yang tidak sihat. Penerapan nilai-nilai murni dan budaya ikram

perlu dimulakan di dalam keluarga, kemudian diteruskan di institusi pendidikan, dan seterusnya

di Jabatan-jabatan Kerajaan dan Swasta, pertubuhan-pertubuhan dan organisasi, semuanya

selangkah seiring jalan, bersatu tenaga dan berusaha tanpa jemu. Insya-Allah dengan cara ini,

kita akan dapat menangani gejala sosial dan perbuatan rasuah serta lain-lain penyelewengan,

demi keselamatan dan kesejahteraan bangsa dan negara kita. Saya berkeyakinan penuh, jika

kita berusaha lebih gigih, apa juga masalah akan dapat kita atasi. Kita tidak sepatutnya

menyalahkan orang lain apabila berlaku sesuatu perkara buruk.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Mari kita fokuskan skop pemikiran kita kepada perkara seterusnya iaitu didikan agama

dan moral mampu membentuk sebuah keluarga bahagia. Ibu bapa berperanan mendidik dan

membimbing anak-anak mereka supaya menjadi insan yang mulia kelak. Obligasi tersebut

haruslah dilaksanakan dengan penuh hikmah dan dedikasi. Kita sudah maklum bahawa

pendidikan sahsiah bukanlah suatu mata pelajaran yang boleh dipelajari di sekolah. Oleh itu,

anak-anak seharusnya dididik sejak kecil persis pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari

rebungnya. Sementelahan itu, ibu bapa sewajarnya memberi dorongan dan galakan kepada

anak-anak. Mengapa? Anak-anak akan berasa diri mereka lebih dihargai dan disayangi.

Page 9: teks ucapan

Tamsilnya, ibu bapa haruslah memberi dorongan dan semangat kepada anaknya yang bakal

menyertai pertandingan melalui kata-kata semangat. Namun begitu, dorongan dan galakan

haruslah diberi ke arah kebaikan dan bukan ke arah keburukan. Mari kita lensakan skop

pemikiran kita kepada perkara yang terakhir iaitu ibu bapa sewajarnya memberi nasihat dan

teguran sekiranyan anak-anak mereka melakukan kesalahan. Mengapa? Anak-anak

seharusnya diberi teguran dan nasihat untuk mengelakkan kesilapan berulang lagi. Anak-anak

ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mewarnakannya. Ibu bapa yang sudah lama makan

garam hendaklah memberi nasihat atau teguran dengan cara berhemah dan lembut yang

bersesuaian dengan keadaan. Anak-anak pula seharusnya menerima nasihat atau teguran

tersebut dengan hati yang terbuka dan bukan seperti mencurahkan air ke daun keladi.

Pada era globalisasi dan modenisasi ini,tugas mendidik,menjaga dan melindungi anak-

anak daripada perkara yang negatif bukanlah suatu perkara yang ringan dan mudah bagi

sesebuah keluarga. Bekalan pendidikan yang berkualiti dari sekolah,menanamkan rasa

tanggungjawab dan disiplin,tidak cukup sekiranya tidak diimbangi dengan bekal pendidikan

agama yang baik. Kita sendiri dapat melihat hakikat bahawa golongan yang berpelajaran turut

terlibat dalam kes-kes jenayah yang berlaku pada hari ini. Oleh itu,tidak lengkaplah seorang

individu itu sekiranya tidak menghayati nilai-nilai agama. Dalam hal ini,ibu bapa mesti bertindak

sejak peringkat akar umbi lagi dalam usaha menerapkan nilai agama. Bak kata

pepatah,sebesar rumah bermula dengan seketul bata. Menurut Presiden Persatuan Penggerak

Komuniti Malaysia,Norizan Sharif mengatakan bahawa ibu bapa sebagai golongan veteran

haruslah membina kekuatan dalaman diri anak-anak dengan asas agama. Sememangnya tidak

dapat disangkal lagi,didikan agama yang secukupnya akan menjadi benteng yang kukuh dalam

menangkis segala anasir yang tidak baik dan seterusnya akan memandu mereka ke arah

kecemerlangan. Justeru, ibu bapa amat berperanan dalam memberikan didikan agama yang

baik dalam usaha menjadikan mereka insan yang cemerlang. Didikan agama dan moral yang

sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat menyumbang ke arah pembentukan

sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan, pegangan agama serta nilai moral yang

kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda. Kualiti ini akan

melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan

rumah tangga dengan efektif. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu

mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Kesabaran kerana

iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan

yang kadangkala tidak munasabah. Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama

Page 10: teks ucapan

yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-

anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik

beradik bak kata peribahasa, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan

dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan

harmoni akan dapat dilahirkan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Di samping itu, ibu bapa perlu bertindak sebagai agen pertama dalam pembentukan

sahsiah dan penjana kecemerlangan anak-anak. Oleh hal yang demikian,mereka mesti menjadi

role model kepada anak-anak. Bagi menjadi role model yang baik, ibu bapa mestilah

memulakannya daripada diri mereka sendiri. Ibu bapa tidak boleh menjadi seperti ketam yang

mengajar anak berjalan lurus. Misalnya,dari segi penampilan diri,ibu bapa yang menjadi role

model ini,perlu berketrampilan sopan dan tidak melanggar batasan agama dan budaya. Mereka

juga perlu menjadi pengurus rumahtangga yang baik iaitu dari segi pengurusan

masa,pengurusan diri,sehinggalah ke pengurusan kewangan. Pepatah Melayu ada mengatakan

bahawa,ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,bapa borek anak rintik,dan bagaimana

acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar

anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak

bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Keluarga yang bahagia akan sentiasa

menjaga maruah ahli keluarganya. Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan jika

mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka itu

akan menconteng arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan

kebahagiaan yang dikecapi.

          Tambahan pula,keluarga merupakan sumber inspirasi kepada setiap individu. Sentuhan

kasih sayang dan dakapan mesra menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan anak-anak.

Lantaran itu, ibu bapa seharusnya menjadi pemudah cara kepada anak-anak supaya mereka

dapat membebaskan diri daripada belenggu masalah. Sebagai contoh,apabila anak-anak

berhadapan dengan masalah pelajaran atau gangguan emosi,ibu bapa perlu menjadi

pendengar yang setia dan membantu menyelesaikan masalah mereka. Terdapat juga anak-

anak yang mengalami tekanan sehingga mereka hilang kawalan diri dan putus asa,ibu bapalah

Page 11: teks ucapan

orang pertama yang seharusnya menghidupkan kembali semangat mereka dan memberikan

bimbingan untuk meneruskan kehidupan. Jika tidak,mereka pasti akan mencari orang luar yang

belum tentu dapat menjadi penggalak dan pembimbing ke jalan yang benar. Justeru,ibu

bapalah yang harus menjadi penggalak dan pembimbing yang terbaik supaya mudah bagi

mereka untuk mengharungi segala cabaran dalam usaha menjadi insan yang cemerlang. Pada

masa yang sama, anak-anak mestilah diberikan perhatian. Ibu bapa mestilah peka terhadap

faktor-faktor di sekeliling anak-anak mereka. Misalnya,ibu bapa mestilah mengawal dan

memantau pergaulan anak-anak dengan rakan supaya mereka tidak akan mudah terdedah

kepada perkara-perkara yang tidak baik sekiranya tersilap langkah dalam memilih rakan.

Malah,kita dapat melihat pada setiap hari,isu negatif yang melibatkan generasi muda menghiasi

lembaran akhbar. Contohnya, gejala merokok dalam kalangan remaja. Isu negatif seumpama

ini bertitik tolak daripada pengaruh rakan sebaya. Hal ini bermakna,ibu bapa berperanan

mengawal dan melindungi anak-anak mereka daripada terjebak dengan perkara negatif yang

akhirnya akan menjadi penghalang kepada kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan. 

           Untuk menggulungkan segala yang diperkatakan di atas, suatu jaringan kolaborasi

hendaklah diwujudkan antara ahli keluarga. Dengan cara ini, institusi keluarga akan menjadi

lebih utuh. Segala pertikaian dalam keluarga dapat diselesaikan jua ibarat air dicencang tidak

akan putus. Berdasarkan cambahan minda di atas, kesimpulan yang dapat dibuat ialah sukar

untuk menafikan bahawa kecemerlangan ibu bapa menjadi modal insan yang utama untuk

menjana kecemerlangan anak-anak. Oleh itu,ibu bapa mestilah melengkapkan diri dengan ilmu

keibubapaan sebelum melayari bahtera rumahtangga demi melahirkan ibu bapa yang prihatin.

Pengisian ilmu keibubapaan yang merangkumi tanggungjawab suami,isteri,dan anak-anak serta

batasan-batasan hak mereka ini diharapkan dapat membantu mereka dalam membentuk

sahsiah atau disiplin anak-anak. Sesungguhnya disiplin yang kukuh adalah pencetus

kecemerlangan dan kegemilangan. Hal ini seiring dengan kata-kata mantan Perdana

Menteri,Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi yang berhasrat menjana rakyat Malaysia menjadi

cemerlang,gemilang,dan terbilang dalam usaha mewujudkan negara yang maju. Hal ini jelas

menunjukkan kepada kita bahawa peranan keluarga ini sebenarnya memberi sumbangan

dalam pembentukan sesebuah negara. Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa maju

atau mundur sesebuah negara terletak di tangan ibu bapa yang membentuk sesebuah institusi

keluarga. Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu

yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan

sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama

Page 12: teks ucapan

mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini.

Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang

dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah masyarakatnya. Semoga

impian negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan demi

kebaikan barsama.

kalau ada sumur diladang boleh saya menumpang mandi,

kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi.

Sekian. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

RUJUKKAN

Buku

1. Norlela Ibrahim (2012), Doa & Tip Keluarga Bahagia, Published by Karya Bestari.

Page 13: teks ucapan

2. Saat Sulaiman (2013), Melakar syurgawi idaman: tip membina keluarga yang bahagia

dan cemerlang, Published by Telaga Biru.

3. Parent and child (2008), Anak Cemerlang, displayed by permission of Alaf 21.

4. Abdul Rahman Rukaini (2001), Munakahat: membina keluarga bahagia, Published by

Synergymate.

5. Wan Shuhairi Wan Mohamad (2007), Membina keluarga bahagia: koleksi doa bagi seisi

keluarga, PTS publication & distributors Sdn. Bhd.

6. Safwan Fathy (2000), Membina keluarga bahagia menurut perspektif islam, Published

by Pustaka Wira.

7. Mohd Yaakub Mohd Yunus (2013), Formula Keluarga Bahagia, Published by Karya

Bestari.

Internet

1. Dr Fadzilah Kamsah, 2013, 50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia, 04 Dec 2015,

https://www.facebook.com/notes/muslimah-trend-collections/50-tips-terbaik-membina-

keluarga-bahagia-oleh-dr-fadzilah-kamsah/465135506880631/

2. Norazifi Mohamad @ Mohamed, 2015, Hijrah Membentuk Keluarga Cemerlang, 04 Dec

2015, http://www.islam.gov.my/en/hijrah-membentuk-keluarga-cemerlang

3. Habib Ahmad, 2009, Disiplin dalam Membina Keluarga Cemerlang, 04 Dec 2015,

https://pondokhabib.wordpress.com/2009/02/26/disiplin-dalam-membina-keluarga-

cemerlang/

4. Ummie, 2009, Disiplin dalam Membina Keluarga Cemerlang, 04 Dec 2015,

http://permatahatiku123.blogspot.my/2009/11/disiplin-dalam-membina-keluarga.html