TEKS UCAPAN

download TEKS UCAPAN

of 2

description

ucapan pengarah projek big

Transcript of TEKS UCAPAN

TEKS UCAPAN PENGARAH PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 5

Salam Sejahtera dan Salam 1 MalaysiaTerima kasih saudari Pengacara Majlis.

Yang Dihormati, Wakil Guru Besar / Penolong Kanan Pentadbiran , ........................

Yang Dihormati, Puan Rohyati binti Suratman, Guru Cemerlang mata pelajaran KTYang Berbahagia, En. Musaidi bin Mustaffa, Penyelaras Bina Insan Guru Semester 6, IPG Kampus PerlisYang Berusaha, En. Ahmad Salehee bin Abdul, Mentor kumpulan PISMP Sejarah Semester 6

barisan Jawatankuasa Kerja, Bina Insan Guru Fasa 5, Guru-guru sekolah dan rakan-rakan yang dihormati sekalian.

Bersyukur kepada hadrat Tuhan kerana dengan limpah kurniaNYA dapat kita berkumpul dalam majlis penutup bagi program Penanda Aras Bina Insan Guru Fasa 6. Sebelum saya meneruskan ucapan, terlebih dahulu saya Malarvilee a/p Elamkhovan, selaku pengerusi Jawatankuasa Bina Insan Guru fasa 6 IPG Kampus Perlis ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam dalam menjayakan program kami ini.Secara peribadinya, saya amat terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah kerana sudi menerima kehadiran kami dengan tangan yang terbuka. Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Rohyati binti Suratman selaku Guru Cemerlang mata pelajaran Kajian Tempatan sekolah ini kerana sudi berkongsi ilmu dan kepakaran dalam bidang profesion beliau sebagai guru serta bersusah payah menyediakan tempat yang selesa untuk menjayakan program ini.Hadirin yang dihormati sekalian,

Penganjuran lawatan ini secara khususnya adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada guru pelatih tentang ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi seorang guru yang berinovasi dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Di samping itu lawatan ini juga bertujuan untuk mengenal pasti apakah amalan PdP guru cemerlang ,ciri2 profesionalisme dan komitmen seorang guru cemerlang.

Adalah diharapkan melalui Lawatan Penanda Aras ini, perkongsian ilmu dengan guru pelatih dapat dijadikan panduan untuk meneruskan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang guru yang komited dan berinovatif. Semoga program sebegini akan menjadi wadah pencetus semangat inovasi agar perjuangan pendidikan akan sentiasa berlaku sepanjang hayat.

Akhir sekali, saya mewakili semua guru pelatih program Bina Insan Guru fasa ke-6 ini mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Rohyati binti Suatman atas ilmu yang disampaikan tadi serta jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kebangsaan bandar bukit kayu hitam atas kerjasama yang diberikan.

Sekian, Terima Kasih.