Teks Ucapan Gb

download Teks Ucapan Gb

of 3

Transcript of Teks Ucapan Gb

TEKS UCAPAN GURU BESAR SKSR BAGI

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 201422 SEPTEMBER 2014Terima kasih pengacara majlis,

Yang saya hormati, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Pn Morni Bt Yusoff, Guru Penolong Kanan HEM En Abdul Rashid Bin Muhd Rawther, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum En Mohd Zaiki Bin Mansor, AJK Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2014 peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Relau, para guru dan seterusnya murid-murid yang dikasihi, selamat pagi dan Salam Perpaduan. Terlebih dahulu saya berasa gembira kerana kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini sempena Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Relau bagi tahun 2014.Guru-guru dan murid sekalian,

Sesungguhnya, kehadiran warga SKSR pasti akan menyemarakkan lagi program kita pada pagi ini dan seterusnya memberi sokongan yang padu dalam aktiviti yang telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Untuk makluman semua, pada hari ini juga sambutan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat SKSR bagi tahun 2014 sedang berlangsung. Saya amat berharap majlis seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim, persefahaman, kemesraan dan kerjasama sesama kita. Jalinan kesemua faktor ini penting bagi menjamin perpaduan dan keharmonian warga SKSR khususnya serta rakyat di negara ini amnya.Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ini kesemuanya berpaksikan kepada satu matlamat iaitu menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan kita semua sebagai warganegara. Ibarat kata bidalan, jika tidak lalu dandang di air, di gurun dirangkakan. Inilah saatnya bagi kita semua menumpahkan taat setia dan meluahkan kecintaan buat negara Malaysia yang tercinta. Sebagai warganegara, kita seharusnya berasa bertuah menjadi sebahagian daripada rakyat negara yang berdaulat dan merdeka kerana kita dapat mengecap kehidupan dalam suasana yang harmonis, aman serta sejahtera.Dengan nikmat kemerdekaan, rakyat di negara ini hidup lebih selesa, harmoni dan makmur serta bertolak ansur dalam menjalin hubungan sekali gus perpaduan kaum. Perpaduan adalah suatu nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai harganya. Oleh itu, ia perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara dalam diri kita semua agar kemerdekaan Malaysia dapat dipertahankan sampai bila-bila walaupun jasad, nyawa serta maruah menjadi taruhan. SKSR sebagai institusi melahirkan modal insan yang berguna sudah menjadi tugas dan tanggungjawab kita semua untuk menjadi nadi serta penggerak utama dalam arus pembangunan negara. Kita juga seharusnya menggembleng tenaga secara bersepadu dalam mencorakkan murid-murid yang berjiwa patriotisme dan kental akar umbi nasionalismenya. Mereka inilah yang bakal menjadi barisan pelapis kepimpinan negara suatu hari nanti. Pada saat kita, menyanyikan lagu patriotik, saya menyeru kepada semua warga SKSR merenung sejenak kepada perjuangan yang telah dilalui oleh pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Dek kerana usaha gigih dan pengorbanan mereka tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran supaya kita sebagai anak cucu mereka boleh hidup dalam suasana penuh aman dan damai.

Guru-guru dan murid sekalian,

Apabila kita mengibar Jalur Gemilang, secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan dalam kalangan kita semua tanpa mengira latar belakang agama yang kita anuti, warna kulit yang menyaluti tubuh badan kita, pangkat atau darjat. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kata-kata azimat tersebut sudah cukup menggambarkan betapa kita perlu bersatu hati. Sejarah telah membuktikan betapa keagungan sesuatu empayar itu bukan hanya terletak kepada kepimpinan yang bijak bestari semata-mata tetapi semangat jati diri dan permuafakatan rakyat.Elemen-elemen tersebutlah menjadi rahsia dan tonggak kekuatan mereka. Saya amat bertuah dan berbangga kerana warga SKSR selama hari ini telah menunjukkan sikap yang positif, saling membantu serta bekerjasama dalam setiap bidang pekerjaan. Ia cukup sejajar dengan budaya kerja kita yang mementingkan semangat berpasukan. Benarlah sudah kata bidalan, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan pasti apa jua pekerjaan yang dilakukan akan berhasil. Dalam setiap aktiviti yang dianjurkan di peringkat sekolah, warga SKSR telah membuktikan permuafakatan dan perpaduan yang telah terjalin sekelian lamanya menjadi resipi kelancaran penganjuran program tersebut.Saya amat berharap sikap sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa kerana perjalanan kita sebagai institusi pendidikan ini masih jauh. Saya ingin menyeru warga SKSR teruskanlah usaha meggembleng tenaga dan upaya membangunkan SKSR agar menjadi sekolah yang terbaik.. Sehubungan dengan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Relau bagi tahun 2014.

Sekian, terima kasih.Terima kasih pengacara majlis,

Yang berusaha Guru Besar SKSR Pn Norsilawati bt, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Pn Morni Bt Yusoff, Guru Penolong Kanan HEM En Abdul Rashid Bin Muhd Rawther, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum En Mohd Zaiki Bin Mansor, para guru dan seterusnya murid-murid yang dikasihi, selamat pagi dan Salam Perpaduan. Kita mengambil sedikit masa perhimpunan ini untuk menyambut Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysiadengan penuh kedamaian dan keamanan. Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa negara ini berada dalam kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup bersama . Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan beri iltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik.Tanpa melengahkan masa, Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Pn Norsilawati selaku Guru Besar SKSR untuk menyampaikan ucapan serta merasmikan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan. Dipersilakan.Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan peramian beliau sebentar tadi.Sebagai aktiviti seterusnya, majlis penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan koir dan pertandingan menghias kelas sempena bulan kemerdekaan.Bagi pertandingan koir bagi tahun 3 dimenangi oleh tahun 3 Arif

Tahun 4 pula..4 Arif

Bagi tahun 5 ialah 5 Arif.

Seterusnya bagi pertandingan menghias kelas

Bagi tahap 11 bestari

Tahap 2.. 4 bestari.