Teks Ucapan GB_Mazlan_Mesyuarat Agung PIBG 2015

13
Teks Ucapan Guru Besar SK Bukit Rok Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Rok Kali Ke-28 Tahun 2013 Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Saudari Pengacara Majlis, Pn………………………………………… Yang Dihormati En. Asyraaf b ………….. YDP PIBG SK SK(2) JLN Selangor Yang saya hormati En. Azruuazi b. ………….. NYDP PIBG SK(2) JLN Selangor Barisan Penolong-Penolong Kanan AJK PIBG Guru-Guru,Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini, sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-….. bagi Sekolah Kebangsaan (2) Jalan Selangor. Saya bagi pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran dan merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu-bapa ataupun waris-waris pelajar kerana sudi hadir pada pagi ini. Ibu-bapa yang hadir pada pagi ini sebenarnya adalah ibu-bapa yang 1

description

Teks ucapan mesy agung PIBG

Transcript of Teks Ucapan GB_Mazlan_Mesyuarat Agung PIBG 2015

Page 1: Teks Ucapan GB_Mazlan_Mesyuarat Agung PIBG 2015

Teks Ucapan Guru Besar SK Bukit RokMesyuarat Agung PIBG SK Bukit Rok Kali Ke-28 Tahun 2013

Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.Saudari Pengacara Majlis,Pn…………………………………………

Yang Dihormati En. Asyraaf b ………….. YDP PIBG SK SK(2) JLN Selangor

Yang saya hormati En. Azruuazi b. …………..NYDP PIBG SK(2) JLN Selangor

Barisan Penolong-Penolong KananAJK PIBGGuru-Guru,Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah

kurnia dan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia

ini, sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-….. bagi Sekolah

Kebangsaan (2) Jalan Selangor. Saya bagi pihak sekolah mengalu-alukan

kehadiran dan merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu-bapa ataupun

waris-waris pelajar kerana sudi hadir pada pagi ini. Ibu-bapa yang hadir

pada pagi ini sebenarnya adalah ibu-bapa yang cemerlang. Tahniah dan

syabas saya ucapkan. Di sini saya ingin hulurkan sejambak bunga tanda

penghargaan kepada YDP PIBG, Jawatankuasa PIBG dan guru-guru serta

staff sekolah kerana telah dapat merancang, mengelola dan seterusnya

melaksanakan mesyuarat ini. Terima kasih tidak terhingga daripada saya.

1

Page 2: Teks Ucapan GB_Mazlan_Mesyuarat Agung PIBG 2015

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Seperti yang kita sedia maklum, semua Mesyuarat PIBG sekolah mesti

diadakan pada setiap tahun sebelum 31 Mac dengan memilih dan melantik

AJK PIBG pada setiap kali Mesyuarat Agung diadakan. Di samping itu

harus diingatkan bahawa perkara berkaitan dengan Batasan Kuasa

Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) perlu dipatuhi pada setiap masa

seperti mana yang tercatat dalam SPI Bilangan 5 Tahun 2001 yang

dikeluarkan oleh pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, KPM.

Perkara-perkara yang disentuh di dalam surat pekeliling itu ialah PIBG

sekolah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan

guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan

dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama

dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan

pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan

perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat

(school home community partnership).

Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ’saling melengkapi’

terhadap fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana,

kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan

guru-guru di sekolah berkenaan. Seterusnya dalam Peraturan 5

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA

GURU) 1998 yang berkuatkuasa pada 26 Mac 1998, dengan jelas telah

menggariskan tujuan dan batasan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di

2

Page 3: Teks Ucapan GB_Mazlan_Mesyuarat Agung PIBG 2015

sekolah. Dalam subperaturan (5) dan (6) ada dinyatakan batasan-batasan

yang dikenakan kepada Persatuan, iaitu :

Subperaturan (5) – Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa

Persatuan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran

sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan

yang lain dalam sekolah.

Subperaturan (6) – Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi

menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan antara

Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua atau kakitangan sekolah di

mana Persatuan ditubuhkan atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Pejabat

Pendidikan Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian

Pendidikan atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

Di samping itu, kepimpinan PIBG di sekolah-sekolah juga diingatkan

supaya tidak sekali-kali membabitkan Persatuan dan sekolah dengan apa

juga kegiatan yang boleh menggugat kestabilan sistem persekolahan dan

perpaduan masyarakat setempat. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar

kepimpinan PIBG terlibat dengan aktiviti-aktiviti anti kerajaan atau

menjadikan Persatuan sebagai platform untuk berpolitik atau bagi tujuan

memperoleh kepentingan peribadi. Jika keadaan ini berlaku, dikhuatiri

Persatuan akan menyeleweng daripada matlamat asal penubuhannya, dan

akhirnya akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran,

sekaligus akan merugikan pendidikan anak-anak murid di sekolah. Saya

Guru Besar SK (2) Jalan Selangor selaku ex-officio dan Penasihat PIBG

dikehendaki memaklumkan kandungan Peraturan-Peraturan Pendidikan

(Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998 ini kepada semua ahli jawatankuasa

3

Page 4: Teks Ucapan GB_Mazlan_Mesyuarat Agung PIBG 2015

PIBG yang dilantik dan ibu bapa keseluruhannya agar ia dipatuhi pada

setiap masa.

Tuan-tuan dan Puan-Puan

Sebelum saya melanjutkan bicara, izinkan saya untuk menyatakan

perkembangan sekolah ini. Untuk makluman tuan puan, tiga orang guru

kita telah berpindah sekolah iaitu Pn Azlina bt Zaidil, Pn Kasmaniza bt

Kamis dan Pn Hayati. Namun kita telah menerima 4 orang guru. 2 di

antaranya pertukaran secara Redeployment daripada SK PJ iaitu En Thawi

dan Pn Sakinah. En Thawi adalah guru matematik dan Pn Sakinah J-Qaj.

Kita juga menerima 2 orang guru baru, fresh keluar dari IPG, iaitu Cik Zora

Farhanes, guru sains dan Cik Dinah Nabilah guru pemulihan. Menjadikan

tenaga pengajar sekarang seramai 18 org. Bila campur dengan staf

sokongan berjumlah 21 orang semuanya.

Bilangan murid kita sekarang 98 orng. Saya sangat risau kerana bilangan

murid kita semakin bertambah kurang. Kesannya, peruntukan oleh KPM

juga semakin kecil. Bila peruntukan kecil, maka menjadi masalah bagi

membiayai segala pembayaran dan juga melaksanakan program-program

yang dirancang. Di sini saya amat mengharapkan kerjasama dan bantuan

PIBG bagi memberi sokongan moral berusaha mencari dana agar dapat

menangani permasalahan yang melibatkan kewangan.

Tuan-tuan dan Puan-Puan Yang saya hormati sekalian.

Sesungguhnya, majlis pada pagi ini amat bermakna, di mana pihak

sekolah dan ibu bapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata

4

Page 5: Teks Ucapan GB_Mazlan_Mesyuarat Agung PIBG 2015

sepakat, demi kepentingan dan masa depan anak-anak masing-masing.

Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan

sekolah dengan mengambil kira batasan-batasan kuasa PIBG seperti yang

telah saya terangkan tadi. Selain daripada memilih dan melantik

Jawatankuasa PIBG yang baru dan membincangkan usul-usul daripada ibu

bapa, diharapkan juga mesyuarat PIBG pada pagi ini akan berbincang dan

mendapat persetujuan bersama berkaitan sumbangan PIBG bagi Tahun

2015 ini. Seperti arahan JPN, permohonan kutipan ini mesti dihantar ke

JPN. Diharapkan perkara ini dapat diputuskan dengan sebaik mungkin

tanpa menimbulkankan masalah kepada pihak sekolah dan waris murid-

murid.

Dalam proses pembinaan insan yang dinamakan murid-murid ini, pelbagai

inisiatif, usaha dan program telah dilakukan oleh pihak KPM. Ini

termasuklah pelbagai transformasi pendidikan seperti program IM1S,

KSSR, PBS, MBM MBI dan di samping itu pelbagai bantuan khas juga

diberikan kepada murid-murid termasuk mereka yang berada di

prasekolah, asrama dan juga murid keseluruhan hendaknya. Transformasi

penilaian murid di masa kini telah ditukarkan. Pentaksiran sekolah telah

ditukarkan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (yang dipanggil PBS)

dan sekarang ia telah dilaksanakan bermula tahun1 hingga tahun 5.

Diharapkan ibu bapa mengambil berat makluman ini kerana tiada lagi

penomboran kedudukan kelas berasaskan individu dan penilaian yang

dilakukan adalah berterusan dan tidak melangkaui bidang akademik

sahaja, malahan juga bidang kokurikulum , sahsiah dan juga emosi. Ingin

dimaklumkan di sini terdapat 6 band penggredan pengetahuan murid yang

5

Page 6: Teks Ucapan GB_Mazlan_Mesyuarat Agung PIBG 2015

dinilai berasaskan PBS iaitu Band 1 hingga Band 6. Band 1 (Tahu), Band

2 (Tahu dan Faham), Band 3 (Tahu, faham dan boleh buat), Band 4 (Tahu,

faham dan boleh buat dengan beradab), band 5 (Tahu, faham dan boleh

buat beradab terpuji), Band 6 ( Tahu, faham dan boleh buat beradab

mithali).

Tuan-tuan dan puan-puan,

Harus juga diingatkan kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula

di rumah. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada

anak-anak kita terdidik dengan nilai-nilai yang murni dan mempunyai

kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala gejala negatif di luar

rumah. Jelas, tanggungjawab menentukan keperibadian anak-anak

sebenarnya adalah tanggungjawab ibu bapa. Amat tidak adil untuk

melepaskan tanggungjawab itu sewenang-wenang ke atas bahu guru dan

pihak sekolah semata-mata. Dalam konteks ini, PIBG sekolah perlulah

bersikap proaktif untuk menyumbang ke arah usaha tersebut selain

daripada membantu dalam kebajikan pelajar, guru dan juga pembangunan

sekolah. Alhamdulillah, setakat ini kerjasama yang baik dan erat telah

ditunjuk oleh oleh pihak sekolah dan PIBG.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Kerjasama yang baik ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah dalam

melonjakkan prestasi UPSR tahun ini. Pada tahun lepas keputusan UPSR

kita merosot banyak daripada 90.5 % kepada 58.8 %. Walaupun begitu kita

berbangga kerana masih ada seorang pelajar kita yang telah berjaya

mendapat 5A dan 3 orang mendapat 4A 1B. Pada tahun lepas walaupun

6

Page 7: Teks Ucapan GB_Mazlan_Mesyuarat Agung PIBG 2015

peratus kelulusannya tinggi tetapi tiada seorangpun yang mendapat 5A. Ini

bermakna kita telah dapat meningkatkan dari segi kualiti walaupun tidak

dari segi kuantiti. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru dan

tidak lupa kepada PIBG yang sentiasa menyokong usaha-usaha

peningkatan akademik sekolah tanpa jemu.

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, UPSR tahun ini

merupakan UPSR yang terakhir bagi KLSR dan pada tahun hadapan akan

diganti dengan UPSR KSSR yang melibatkan pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS). Adalah amat diharapkan UPSR tahun ini kita akan dapat

meningkatkan sebanyak 20% menjadikan sekurang-kurangnya 78.8%

kelulusan dengan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) 2.08. Pada

peringkat permulaan ini, pihak sekolah telah mengenalpasti punca

kelemahan murid-murid ini. Ternyata matapelajaran matematik dan sains

menjadi punca kemerosotan ini. Justeru, pihak sekolah telah merancang

banyak program bagi mengagatasi masalah ini. Di antaranya mengadakan

kelas-kelas tambahan, Kem motivasi pelajar dan Program Strategi

Menjawab Soalan UPSR. Kita juga mengadakan kelas matematik di awal

pagi bermula jam 6.30 pagi hingga 7.30 dipanggil Santai Pagi yang

dikendalikan oleh Cigu Thawi. Murid-murid tahun 6 diminta untuk datang

awal bagi mengikuti kelas ini. Dari pemantauan saya lihat nampaknya

penyertaan ini amat menggalakkan.

Di samping itu kita tidak mengabaikan murid-murid tahun 1 hingga 5. Kita

akan memastikan tiada murid yang tidak menguasai kemahiran 4M, iaitu

membaca, menulis, mengira dan menaakul. Memastikan semua murid

7

Page 8: Teks Ucapan GB_Mazlan_Mesyuarat Agung PIBG 2015

menguasai semua kemahiran ini. Penguasaan ini penting bagi

membolehkan murid-murid menguasai kemahiran yang lebih tinggi.

Perancangan saya seterusnya adalah meningkatkan keceriaan SK(2) Jalan

Selangor samada di dalam mahupun di luar kelas. Saya benar-benar

berharap agar sekolah ini mejadi ‘second home’ kepada murid kita. Pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia, meminta semua sekolah untuk

menjadikan kelas Abad ke 21, di mana setiap kelas mestilah dapat

mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif bagi

menjalankan PdP. Ini penting agar murid-murid gembira dan seronok

berada di sekolah. Namun perancangan ini memerlukan sumber tenaga

yang besar malahan kos pelaksanaannya juga memerlukan dana yang

besar juga.

Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,

Diharapkan tahun ini kepimpinan baru JK PIBG dapat membantu pihak

sekolah meningkatkan kecemerlangan sekolah, memantapkan lagi

hubungan guru bersama ibu bapa melalui aktiviti anjuran bersama seperti

Program Motivasi, Kecemerlangan UPSR, Sukan, Hari Anugerah Sekolah

dan sebagainya. Selain dari pencapaian di bidang akademik, diharapkan

murid-murid sekolah ini akan cemerlang dalam bidang-bidang lain. Terima

kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua kerana

menghantar anak ke sekolah ini. Insya Allah kepercayaan dan keyakinan

tuan-tuan dan puan-puan terhadap guru-guru di sekolah ini dalam mendidik

anak-anak tuan-tuan dan puan-puan tidak akan dipersiakan dan didoakan

murid-murid di sekolah ini akan dapat terus menempa kejayaan yang lebih

besar pada masa hadapan. Di samping itu, sebagai ibu bapa diharapkan

8

Page 9: Teks Ucapan GB_Mazlan_Mesyuarat Agung PIBG 2015

jasa guru-guru sekolah ini dihargai dan sekiranya ada masalah berkaitan

anak-anak berbincanglah dengan penuh hemah dan bijaksana. Pintu bilik

saya sentiasa terbuka, mengalu-alukan kehadiran tuan puan untuk

berbincang demi kebaikan anak-anak kita dan sekolah amnya. Tindakan

yang terburu-buru dan cepat melenting tidak akan mendatang kebaikan

kepada semua pihak. Oleh itu, peranan PIBG dalam membantu sekolah

menerangkan dan menghebahkan program, aktiviti dan tindakan sekolah

amat membantu pihak sekolah.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan di

sini untuk mengucapkan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan

kerana sudi hadir dan mendengar pada pagi ini. Saya juga ingin

mengucapkan syabas dan tahniah kepada JK PIBG yang bakal dipilih dan

dilantik sebentar nanti. Harapan saya ialah supaya Mesyuarat Agung

PIBG Kali ke-____ ini akan dapat berjalan lancar dan teratur.

Sekian, terima kasih dan wassalamualaikum wbh.

9