TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA...
Transcript of TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … · TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA...
TEKS UCAPAN
KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
BIL. 10/2013
_______________________________________
01 OKTOBER 2013 (SELASA)
IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
1
Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara
Majlis,
Yg Berusaha En. Chang Hon Fong,
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Yg Berusaha Tn. Hj. Ismail bin Talib
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)
Pengarah-Pengarah Bahagian,
Pegawai-pegawai kanan Jabatan,
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi
sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
2
MUKADIMAH
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat
Allah s.w.t. kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya, dapat kita bersama-sama dalam
Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia
Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2013
pada pagi yang berbahagia ini.
2. Saya ingin mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan terima kasih kepada
warga kerja Bahagian Penyelidikan dan
Jaminan Kualiti (PJK), penganjur perhimpunan
bulanan bulan Oktober 2013 kerana telah
berusaha gigih dalam memastikan
perhimpunan kali ini berjalan dengan jayanya.
3
3. Pada kesempatan ini, saya ingin
merakamkan salam takziah kepada En.
Abdullah bin Mohd Yusof dari Bahagian IKTD
dan ahli keluarga di atas pemergian isteri
tercinta, Allahyarhamah Hjh Shadiah binti
Mohammad yang telah pergi meninggalkan
kita semua pada tanggal 10 September 2013
yang lalu. Jasa baik dan segala hasil usaha
beliau akan semua warga KIMIA kenang
hingga ke akhirnya. Marilah kita semua sama-
sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada
Allahyarhamah.
4
Hadirin sekalian,
PERSARAAN, KENAIKAN PANGKAT DAN
KURNIAAN PINGAT KEBESARAN
4. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada
kakitangan KIMIA Malaysia yang telah
i) bersara wajib pada bulan September
yang lalu iaitu Tn Hj Shaharuddin bin
Hasan, Pengarah JKMC Pulau Pinang
yang telah bersara wajib pada 26
September 2013;
ii) bersara awal pada bulan Oktober ini
iaitu Puan Fatimah binti Senawi,
Pembantu Makmal C22 dari Bahagian
PJK yang akan bersara pada 16 Oktober
ini.
5
5. Seterusnya ucapan syabas dan tahniah
kepada warga kimia Malaysia yang telah
dikurniakan pingat kebesaran Persekutuan
oleh Yang Dipertua Agong pada tahun ini.
Mereka adalah
i) En. Wong Kok Fah, Pengarah
Bahagian Kesihatan Alam Sekitar
(KAS), dari Jabatan Kimia Malaysia
IbuPejabat yang dianugerah pingat
Kesatria Mangku Negara (KMN);
ii) Dr. Seah Lay Hong, Pegawai Sains
Gred C52 dari Seksyen DNA
Forensik, Bahagian Forensik
IbuPejabat yang mendapat pingat
Ahli Mangku Negara (AMN); dan
6
iii) En. Mohd Yusni bin Abu Kassim,
Pembantu Am Pejabat Gred N4
yang telah menerima Pingat
Pangku Negara (PPN) dari
Bahagian Kesihatan Alam Sekitar.
Hadirin sekalian,
6. Sukacita dimaklumkan bahawa seramai
5 orang kakitangan Kimia Malaysia telah
diluluskan pemangkuan pada bulan September
dan Oktober. Mereka ialah:
1. En. Abdullah bin Mohd Yusof dari
Bahagian IKTD memangku Gred C54
berkuatkuasa hari ini dan akan bertugas
di Bahagian PJK;
7
2. En. Mohd Fauze bin Mohamad Ayob
pegawai kader di Kementerian Dalam
Negeri, Putrajaya memangku Gred C48
mulai 23 September yang lalu dan telah
ditempatkan di JKMC Bintulu;
3. Pn. Rozita binti Zakaria dari JKMC Kelantan
memangku Gred C48 berkuatkuasa hari ini
dan akan bertugas di Bahagian PJK;
4. En. Clarence Pereira dari Bahagian IKTD
memangku Gred C26 berkuatkuasa 17
September yang lalu dan telah ditempatkan
di JKMC Pulau Pinang; dan
5. Pn. Hasimah binti Hamdi dari JKMC
Kuching juga memangku Gred C26
berkuatkuasa hari ini dan akan bertugas di
8
Bahagian Kesihatan Alam Sekitar (KAS),
IbuPejabat.
7. Diharapkan semoga mereka dapat
menjalankan tugas dengan lebih cemerlang
bagi memacu dan membawa Kimia Malaysia
ke mercu kegemilangan pada masa akan
datang.
Hadirin sekalian
LAWATAN YBHG. DATO’ DR. ROSLI BIN
MOHAMED, KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN
INOVASI
9
8. Pada 26 September 2013 yang lalu,
IbuPejabat Jabatan Kimia Malaysia, Petaling
Jaya telah menjadi hos untuk Mesyuarat
Jawatankuasa Tindakan Pembangunan
Kementerian Bil. 9/2013. Mesyuarat ini telah
dipengerusikan oleh YBhg. Dato. Dr. Rosli bin
Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi. Mesyuarat ini
dihadiri oleh TKSU (Sains), TKSU (Dasar),
SUB (Perancangan), Ketua Pengarah-Ketua
Pengarah agensi-agensi di bawah MOSTI dan
pegawai-pegawai kanan agensi-agensi.
9. Di kesempatan ini, beliau telah
mengadakan lawatan singkat ke galeri KIMIA
10
dan beberapa seksyen di Jabatan Kimia
Malaysia iaitu Seksyen DNA Forensik,
Kriminalistik, Pemeriksaan Dokumen, Narkotik,
IKTD dan Bioteknologi. Saya ingin
merakamkan setinggi penghargaan kepada
semua warga KIMIA kerana memberikan
kerjasama dan komitmen dalam menjayakan
mesyuarat dan lawatan tersebut.
Hadirin sekalian
PROGRAM KREATIVITI DAN SCIENCE4U -
MOSTI
10. Di bawah kepimpinan Menteri dan
Timbalan Menteri yang baru, Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah
11
menganjurkan program Kreativiti dan
Science4U di beberapa lokasi pada bulan
September 2013 iaitu di 5-7 September 2013
di Ulu Sugut, Ranau, Sabah, pada 18
September 2013 di Ayer Keroh, Melaka dan
pada 21 September 2013 di SMK Tun Hj Abdul
Malek, Melaka.
11. Jabatan Kimia Malaysia dalam
menunjukkan sokongan padu dan komitmen
sebagai salah satu agensi di bawah MOSTI
telah turut serta mengambil bahagian dalam
program tersebut melalui makmal-makmal
Cawangan iaitu JKMC Kota Kinabalu dan
JKMC Melaka. Program ini bertujuan untuk
12
meningkatkan tahap kesedaran pentingnya
sains dan kreativiti di kalangan pelajar sekolah
dan masyarakat setempat. Terima kasih saya
ucapkan kepada JKM Cawangan yang
mengambil bahagian mewakili Jabatan.
Hadirin Sekalian
KURSUS PHYSICAL/TRACE EVIDENCE
MANAGEMENT AND ANALYSIS
(LABORATORY PERSPECTIVE) AND
PRESENTATION IN COURT AS A
FORENSIC EXPERT
12. Pada 02 – 05 Oktober 2013 ini akan
diadakan satu kursus “Physical/Trace
Evidence Management and Analysis
13
(Laboratory Perspective) and Presentation
in Court as a Forensic Expert”. Objektif
kursus ini diadakan untuk meningkatkan
kemahiran saintifik kakitangan Forensik
khususnya dalam pemeriksaan dan analisis
barang bukti forensik secara sistematik. Kursus
ini turut memberi pendedahan kepada
teknologi baru yang diamalkan oleh makmal-
makmal forensik di negara-negara lain serta
menambah pengetahuan dan kefahaman
warga Forensik dalam menilai dan
menambahbaik pengurusan pelbagai bahan
bukti kes jenayah.
14
13. Peserta kursus akan diberikan latihan
teori dan praktikal secara formal. Kursus ini
diadakan bagi memenuhi salah satu keperluan
latihan di mana Kimia Malaysia di akreditasi di
bawah Sistem Kualiti Forensik American
Society of Crime Laboratory Directors /
Laboratory Accreditation Board (ASCLD/LAB).
Diharap kursus ini dapat meningkatkan
pengetahuan dan keyakinan peserta dalam
memberi keterangan sebagai seorang saksi
pakar di mahkamah.
14. Bagi melaksanakan kursus ini, Jabatan
Kimia Malaysia akan mendapatkan khidmat
penceramah pakar dari luar negara (Amerika
15
Syarikat) yang terkenal diperingkat
antarabangsa iaitu Dr. Henry Lee. Pemilihan ini
adalah berdasarkan pengalaman dan
kepakaran penceramah yang amat luas dalam
bidang Sains Forensik dan telah berkecimpung
dalam bidang ini selama 40 tahun. Sekarang
beliau adalah Chief Emeritus, di Connecticut
State Police, juga seorang pengasas dan
professor bagi Program Sains Forensik di
University New Haven, USA.
15. Diharap peserta kursus menggunakan
sepenuhnya peluang yang diberikan untuk
mengambil sebanyak mungkin ilmu yang ada
pada beliau dan memberikan sepenuh
16
tumpuan sepanjang kursus agar ilmu yang
diperolehi dapat digunakan dalam menjalankan
tugas seharian.
Hadirin Sekalian
PEMBUKAAN STUDIO KARAOKE
16. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada
Kelab Sukan dan Kebajikan Kimia Malaysia
kerana telah membuka studio karaoke sebagai
satu inisiatif bagi membantu warga KIMIA
menghilangkan stress kerja dan secara tidak
langsung membantu Kelab menjana
pendapatan sendiri. Walaubagaimanapun saya
berharap semua warga KIMIA mematuhi
tempoh masa penggunaannya bagi
17
memastikan kerja-kerja hakiki berjalan seperti
biasa dan tiada sebarang rungutan / aduan
diterima dari penyelia masing-masing.
Hadirin Sekalian
DISIPLIN WARGA KIMIA
17. Mulai sekarang saya akan memberi
tumpuan kepada pengurusan disiplin warga
kerja Kimia Malaysia pula. Untuk pengetahuan
saudara/saudari sehingga kini tak kurang
daripada 10 orang pegawai Jabatan di Ibu
Pejabat dan Cawangan yang mempunyai
masalah disiplin dan menunggu untuk diambil
tindakan tatatertib. Antara perlanggaran
18
tatatertib yang dikesan ialah tidak hadir
bertugas tanpa cuti/ kebenaran/ alasan
munasabah; mengemuka sijil cuti sakit palsu
dan cuai semasa menjalankan tugas. Usaha ini
sejajar dengan saranan kerajaan supaya
pengurusan pegawai bermasalah dilakukan
dengan cekap dan berkesan.
Hadirin Sekalian
PENUTUP - SAMBUTAN HARI RAYA
AIDILADHA 1434M
18. Sebelum saya akhiri ucapan ini, seperti
semua sedia maklum, pada bulan ini kita akan
menyambut Hari Raya Aidiladha yakni ibadah
korban iaitu pada 15 Oktober 2013 bersamaan
19
10 Zulhijjah 1434M. Alhamdulillah, bersyukur
kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan sifat
Rahman dan RahimNya maka kita
dianugerahkan lagi dengan sambutan
Aidiladha. Bagi mereka yang mempunyai
rezeki lebih sedikit tidak salah untuk membuat
ibadah korban ini. Sangat digalakkan, sunat
muakkad dan ganjarannya sangatlah banyak.
19. Akhir kata, saya mengucapkan Selamat
Hari Raya Aidiladha kepada semua warga
Kimia. Marilah kita bersama-sama meraikan
sambutan Aidiladha ini melalui semangat
1Malaysia yang turut memperlihatkan