TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan kp kimia...Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)...

17

Click here to load reader

Transcript of TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan kp kimia...Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)...

Page 1: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan kp kimia...Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-pegawai kanan Jabatan, Tuan-tuan dan puan-puan warga

SA/TU/2012

TEKS UCAPAN

KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

BIL. 2/2012

____________________________________

20 FEBRUARI 2012 (ISNIN)

IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan kp kimia...Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-pegawai kanan Jabatan, Tuan-tuan dan puan-puan warga

2

Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara

Majlis,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Yg Berusaha Tn. Hj. Ismail bin Talib

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)

Pengarah-Pengarah Bahagian,

Pegawai-pegawai kanan Jabatan,

Tuan-tuan dan puan-puan warga kerja Kimia

Malaysia yang dikasihi sekalian.

Page 3: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan kp kimia...Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-pegawai kanan Jabatan, Tuan-tuan dan puan-puan warga

3

MUKADIMAH

1. Alhamdulillah, segala puji dan syukur

dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana

dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat kita

bersama-sama berkumpul pada pagi yang

mulia ini di Majlis Perhimpunan Ibu Pejabat

Jabatan Kimia Malaysia bagi Bulan Februari

2012.

2. Terima kasih kepada Pengarah dan

semua pegawai serta kakitangan Bahagian

Kesihatan Alam Sekitar yang menganjurkan

majlis perhimpunan pada kali ini.

Page 4: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan kp kimia...Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-pegawai kanan Jabatan, Tuan-tuan dan puan-puan warga

4

3. Saya juga ingin mengucapkan tahniah

kepada Pn. Hajjah Sarah bt. Ahsan,

Setiausaha Pejabat Gred N28 di JKM

Cawangan Negeri Johor dan Cik Wan Aminah

bt. Wan Jaafar, Setiausaha Pejabat Gred N28

di Bahagian Industri Klasifikasi Tariff

Dagangan (IKTD) kerana telah dinaikkan

pangkat ke Gred N32 berkuatkuasa 28

Disember 2012. Namun begitu, kedua-duanya

kekal di tempat kerja sekarang untuk terus

berkhidmat dengan Jabatan Kimia Malaysia.

4. Saya kira belum terlambat untuk

mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada

semua muslimin dan muslimat serta Selamat

Page 5: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan kp kimia...Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-pegawai kanan Jabatan, Tuan-tuan dan puan-puan warga

5

Hari Thaipusam kepada penganut agama

Hindu. Tidak ketinggalan juga kepada warga

KIMIA yang meraikan Chap Goh Mei. Seperti

kita tahu, setiap sambutan atau perayaan yang

saya sebutkan tadi mempunyai cerita di

sebaliknya dan juga melambangkan

perpaduan kaum di Negara Malaysia ini yang

tidak pernah menghalang rakyatnya daripada

mengamalkan budaya atau kepercayaan

agama masing-masing. Oleh itu, sama-

samalah kita menjaga keharmonian ini agar

kekal sepanjang masa.

Page 6: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan kp kimia...Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-pegawai kanan Jabatan, Tuan-tuan dan puan-puan warga

6

TAHUN SAINS DAN GERAKAN INOVASI

NASIONAL 2012

Hadirin sekalian,

5. Seperti ucapan saya sebelum ini, Tahun

2012 telah diisytiharkan sebagai Tahun Sains

dan Gerakan Inovasi Nasional. Yang

Berhormat Menteri MOSTI dalam ucapannya

pada Hari Inovasi MOSTI, 30 Januari yang lalu

memaklumkan bahawa sebagai peneraju

program, MOSTI dan semua agensi di

bawahnya akan bekerjasama rapat dengan

pelbagai Kementerian dan agensi Kerajaan,

Kerajaan Negeri, Institusi Pengajian Tinggi dan

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Objektif

Page 7: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan kp kimia...Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-pegawai kanan Jabatan, Tuan-tuan dan puan-puan warga

7

program ini adalah untuk meningkatkan

kesedaran dan membudayakan sains dan

inovasi di kalangan segenap lapisan

masyarakat iaitu kanak-kanak, belia dan orang

dewasa. Logo dan lagu Tahun Sains &

Gerakan Inovasi Nasional 2012 telahpun

dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri

MOSTI pada 11 Februari lalu dan YAB

Perdana Menteri dijadual merasmikan majlis

pelancaran program ini dalam masa terdekat.

6. Berikutan dengan penglibatan aktif

Jabatan Kimia dalam program nasional

bersama MOSTI sebelum ini, Jabatan Kimia

Malaysia sekali lagi dipilih sebagai Urusetia

Page 8: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan kp kimia...Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-pegawai kanan Jabatan, Tuan-tuan dan puan-puan warga

8

program ini di Zon Sabah dan terkini, kita diberi

seluas-luasnya ruang untuk mempamerkan

apa sahaja hasil inovasi dan perkhidmatan

kimia di Zon Timur yang dijangka pada bulan

April di Jeli, Kelantan. Oleh itu, saya harap kita

menggunakan peluang ini untuk menunjukkan

kepada rakyat, para pelanggan dan

stakeholders bahawa Jabatan Kimia ini sangat

relevan dengan perkembangan semasa malah

akan kekal relevan sepanjang masa.

Tunjukkan keupayaan kita, tunjukkan sikap

profesionalisme kita dan tunjukkan bahawa

rakyat Malaysia dan dunia memerlukan kita.

InsyaAllah, semua pihak akan memandang

tinggi kepada kita nanti.

Page 9: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan kp kimia...Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-pegawai kanan Jabatan, Tuan-tuan dan puan-puan warga

9

Hadirin sekalian,

7. Yang Berhormat Menteri MOSTI dalam

ucapannya juga mengucapkan terima kasih

kepada seluruh warga MOSTI dan agensi di

bawahnya atas komitmen dan dedikasi yang

begitu tinggi dalam menjalankan tugas

sehingga MOSTI mencapai prestasi 150%

pada tahun 2011. Beliau juga turut menyentuh

mengenai kepentingan hubungan dan jalinan

kerjasama dengan rakan strategik samada

daripada dalam mahupun luar negara untuk

mewujudkan strategi lautan biru seperti yang

disarankan oleh YAB Perdana Menteri.

Page 10: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan kp kimia...Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-pegawai kanan Jabatan, Tuan-tuan dan puan-puan warga

10

8. Bagi Jabatan Kimia, perkara ini tidak

dipandang sepi malah kita sentiasa berusaha

untuk menambah rakan strategik samada dari

dalam mahupun luar negara untuk sama-sama

memartabatkan perkhidmatan sains. Perkara

ini telah dibuktikan apabila kita berjaya

melaksanakan 10 program kolaborasi dengan

rakan strategik pada tahun lepas dan pada

tahun ini kita merancang untuk menambah

sekurang-kurangnya 2 lagi program kolaborasi

dengan rakan strategik.

Page 11: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan kp kimia...Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-pegawai kanan Jabatan, Tuan-tuan dan puan-puan warga

11

PERANCANGAN TAHUN 2012

Hadirin sekalian,

9. Dalam Mesyuarat Ketua-Ketua

Bahagian/Cawangan Jabatan Kimia Malaysia

Bil.1/2012 baru-baru ini, pihak pengurusan

Jabatan telah mengkaji semula prestasi

pencapaian 2011 mengikut pelan tindakan,

Pelan Korporat 2011-2015. Perancangan

tahun 2012 juga telah dirangka dengan

terperinci mengikut Pelan Tindakan 2012. Oleh

itu, adalah tanggungjawab saya sebagai Ketua

Jabatan untuk memastikan seluruh warga kerja

Jabatan Kimia Malaysia secara berpasukan

bekerja ke arah mencapai matlamat yang kita

tetapkan. Saya minta agar semua Pengarah

Page 12: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan kp kimia...Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-pegawai kanan Jabatan, Tuan-tuan dan puan-puan warga

12

Bahagian dan Cawangan, Ketua Seksyen

mahupun Ketua Unit memastikan agar sasaran

2012 seiring dengan matlamat Jabatan.

10. Alhamdulillah, sehingga kini peratusan

kepuasan pelanggan kita sentiasa melebihi

99% dan saya harap kita dapat kekalkan

peratusan ini atau tidak mustahil juga untuk

mencapai 100%. Bilangan aduan juga diharap

dapat dikurangkan tidak kiralah samada aduan

terhadap laporan dan kredibiliti Kimia, aduan

terhadap pegawai atau kakitangan mahupun

surat layang kerana setiap aduan sudah

tentunya sedikit sebanyak menjejaskan imej

Jabatan walaupun dari satu sudut boleh

Page 13: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan kp kimia...Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-pegawai kanan Jabatan, Tuan-tuan dan puan-puan warga

13

dijadikan teladan. Mengenai latihan pula, saya

telah mengarahkan Pusat Latihan Kimia

Malaysia untuk merangka suatu pelan latihan

menyeluruh dengan mengambilkira

kepentingan semua pegawai di pelbagai gred

jawatan. Beberapa sasaran lain tidak juga

pentingnya tetapi saya harap ia dibincangkan

dalam mesyuarat di peringkat bahagian dan

cawangan masing-masing.

SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

(SBPA)

Hadirin sekalian,

11. Seperti yang kita semua sedia maklum,

SBPA kini sedang dikaji semula oleh satu

Page 14: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan kp kimia...Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-pegawai kanan Jabatan, Tuan-tuan dan puan-puan warga

14

Pasukan Petugas yang diketuai oleh YABhg.

Tan Sri Ismail Adam, mantan KPPA . SBPA

digubal dengan matlamat untuk

mentransformasikan Perkhidmatan Awam

Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih

dinamik, responsif dan berorientasikan

prestasi. Dalam usaha mentransformasikan

perkhidmatan awam, penambahbaikan secara

berterusan dalam penyampaian perkhidmatan

awam sangat diberi tumpuan. Ini bagi

merangsang pembangunan negara kita ke

arah negara berpendapatan tinggi sesuai

dengan inisiatif Model Ekonomi Baru dan

Rancangan Malaysia Ke-10 yang menekankan

Page 15: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan kp kimia...Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-pegawai kanan Jabatan, Tuan-tuan dan puan-puan warga

15

kepada kepantasan membuat keputusan serta

pendekatan berasaskan keberhasilan.

12. Dengan perubahan persekitaran yang

dinamik dan kompleks, sektor awam perlu

menjadi lebih mantap dan berdaya saing.

Melalui SBPA ini, sektor awam

dirasionalisasikan untuk memperbaharui

struktur serta prosedur pentadbiran kerajaan

supaya berproduktiviti tinggi, lebih kreatif,

inovatif dan lebih efisien bagi mencapai

sasaran negara maju. Pada masa yang sama,

gaji penjawat awam disemak semula agar lebih

kompetitif dan menggalakkan budaya kerja

cemerlang dan berprestasi tinggi.

Page 16: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan kp kimia...Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-pegawai kanan Jabatan, Tuan-tuan dan puan-puan warga

16

13. Sebelum mengakhiri ucapan saya

marilah kita bersama-sama merenungi kata-

kata ini untuk mereka yang ingin menjadi juara:

Timbulnya keinsafan daripada perasaan,

Timbulnya kemampuan daripada keinginan,

Timbulnya keyakinan daripada kepercayaan,

Timbulnya kemajuan daripada perubahan,

Timbulnya kepandaian daripada kerajinan,

Timbulnya ikhlas daripada hati yang sabar,

Timbulnya kekuatan daripada perpaduan, dan

Timbulnya kesedaran daripada pengajaran.

Page 17: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … ucapan kp kimia...Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-pegawai kanan Jabatan, Tuan-tuan dan puan-puan warga

17

PENUTUP

Akhir kata, dengan semangat 1Malaysia dan

1KIMIA saya akhiri ucapan saya pada pagi ini

dengan lafaz

Wabillahittaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh

Sekian, terima kasih dan selamat bertugas.