TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH MAJLIS … · Tuan-tuan dan puan-puan warga Kerja Jabatan Kimia...

13
SA/TU/2012 TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL.7/2012 DAN MAJLIS PELANCARAN MINGGU OSH (Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan /Occupational Safety & Health) ____________________________________ 9 JULAI 2012 (ISNIN) DATARAN KIMIA IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Transcript of TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH MAJLIS … · Tuan-tuan dan puan-puan warga Kerja Jabatan Kimia...

Page 1: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH MAJLIS … · Tuan-tuan dan puan-puan warga Kerja Jabatan Kimia sekalian. MUKADIMAH . 3 ... (Pelan Strategik ICT) ... kursus pertolongan cemas dan

SA/TU/2012

TEKS UCAPAN

KETUA PENGARAH

JABATAN KIMIA MALAYSIA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL.7/2012

DAN

MAJLIS PELANCARAN MINGGU OSH

(Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

/Occupational Safety & Health)

____________________________________

9 JULAI 2012 (ISNIN)

DATARAN KIMIA

IBU PEJABAT

JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH MAJLIS … · Tuan-tuan dan puan-puan warga Kerja Jabatan Kimia sekalian. MUKADIMAH . 3 ... (Pelan Strategik ICT) ... kursus pertolongan cemas dan

2

Terima kasih saudara dan saudari Pengacara

Majlis,

Assalamualaikum w.b.t.,

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia –

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Yang Berusaha En. Chang Hon Fong

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Yang Berusaha Tuan Haji Ismail bin Talib

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Pengarah-Pengarah Bahagian,

Pegawai-pegawai kanan Jabatan,

Tuan-tuan dan puan-puan warga Kerja

Jabatan Kimia sekalian.

MUKADIMAH

Page 3: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH MAJLIS … · Tuan-tuan dan puan-puan warga Kerja Jabatan Kimia sekalian. MUKADIMAH . 3 ... (Pelan Strategik ICT) ... kursus pertolongan cemas dan

3

1. Alhamdulillah, beryukur kita kehadrat

Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan

izinNya, dapat kita bersama-sama pada pagi

yang berbahagia ini. Terlebih dahulu saya

merakamkan penghargaan kepada Pengarah

dan para pegawai serta semua kakitangan

Bahagian Forensik yang menganjurkan majlis

perhimpunan pada kali ini. Keduanya, saya

mengucapkan terima kasih kepada Pengarah

dan para pegawai serta kakitangan Bahagian

Industri, Klasifikasi & Tarif Dagangan (IKTD)

yang menjemput saya merasmikan Majlis

Pelancaran Minggu OSH (Occupational Safety

& Health / Keselamatan & Kesihatan

Pekerjaan) yang juga akan berlangsung pada

pagi ini. Ini bermakna kita sedang meraikan

dua (2) program secara serentak iaitu Majlis

Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia

Bulan Julai 2012 dan Minggu OSH 2012.

Page 4: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH MAJLIS … · Tuan-tuan dan puan-puan warga Kerja Jabatan Kimia sekalian. MUKADIMAH . 3 ... (Pelan Strategik ICT) ... kursus pertolongan cemas dan

4

Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada

kedua-dua Jawatankuasa Penganjur.

2. Saya juga ingin mengambil kesempatan

di sini untuk memaklumkan kepada tuan-tuan

dan puan-puan (mungkin ada yang sudahpun

tahu) bahawa Y, Bhg. Dato’ Sri Dr. Ali bin

Hamsa telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha

Negara yang baru (ke-13) berkuatkuasa 24

Jun 2012 lalu menggantikan Tan Sri Mohd

Sidek bin Hassan yang telah tamat

perkhidmatannya pada 23 Jun 2012. Oleh itu,

marilah kita ucapkan tahniah kepada KSN baru

kita dan bersama-sama memberi sokongan

kepada beliau untuk meneruskan

penyampaian perkhidmatan yang terbaik

kepada rakyat.

3. Sementara itu, Y. Bhg. Datuk Farida

Mohd Ali, Timbalan Ketua Pengarah

Page 5: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH MAJLIS … · Tuan-tuan dan puan-puan warga Kerja Jabatan Kimia sekalian. MUKADIMAH . 3 ... (Pelan Strategik ICT) ... kursus pertolongan cemas dan

5

Perkhidmatan Awam (Pembangunan) pula

dilantik memangku jawatan Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam (KPPA) berkuatkuasa 2

Julai 2012 lalu menggantikan Tan Sri Abu

Bakar Abdullah yang telah tamat

perkhidmatannya pada 1 Julai 2012.

Hadirin sekalian,

KE ARAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

4. Sebagai sebuah perkhidmatan awam,

kita sentiasa berusaha dengan gigih dan

bersungguh-sungguh serta terancang untuk

mencapai peningkatan dari segi prestasi

supaya pelanggan, rakyat dan ‘stakeholders’

akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang

kita tawarkan. Memetik kata-kata YAB.

Perdana Menteri Malaysia yang menekankan

bahawa perkhidmatan awam perlu dikenali

dengan beberapa ciri yang boleh dijadikan

panduan supaya kita tidak bekerja seperti

Page 6: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH MAJLIS … · Tuan-tuan dan puan-puan warga Kerja Jabatan Kimia sekalian. MUKADIMAH . 3 ... (Pelan Strategik ICT) ... kursus pertolongan cemas dan

6

urusan biasa atau ‘business as usual’, satu

akronim CTI telah disimpul sebagai panduan

iaitu Cepat, Tepat dan BerIntegriti dan

disokong pula dengan akronim yang sudah

biasa kita gunakan iaitu PCI yang bermaksud

Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi. Dua akronim

CTI dan PCI ini mencerminkan proses

pembaharuan yang inovatif dalam mencari

idea-idea baru yang bernas tetapi yang penting

adalah bukan ‘ouput’ tetapi ‘outcome’ yakni

keberhasilan dan impak keberhasilan itu

sendiri.

5. Beliau turut memberi contoh Pusat

Transformasi Bandar/Urban Transformation

Center (UTC ) di Melaka yang baru 6 minggu

beroperasi. Asalnya ia sebuah bangunan

kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang

‘compartmentalize’ dan ‘silo’ dengan hal

masing-masing tetapi kini semuanya berada di

Page 7: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH MAJLIS … · Tuan-tuan dan puan-puan warga Kerja Jabatan Kimia sekalian. MUKADIMAH . 3 ... (Pelan Strategik ICT) ... kursus pertolongan cemas dan

7

bawah satu bumbung di mana memudahkan

orang ramai untuk membayar cukai, zakat,

bayar saman dan mendapatkan passport atau

my Kad. Tuan-tuan dan puan-puan jangan

terkejut kerana waktu pejabat di UTC ini

bermula seawal 8.30 pagi hingga 10.00 malam

setiap hari.

Hadirin sekalian,

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-5

JABATAN KIMIA CAWANGAN KEDAH

6. Pada 1 Julai yang lalu, Majlis Ulang

Tahun Ke-5 Jabatan Kimia Malaysia

Cawangan Negeri Kedah telah diadakan dan

disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Panglima

Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains,

Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Alhamdulillah,

majlis tersebut telah berlangsung dengan

jayanya dan mendapat liputan meluas para

media tetapi apa yang ingin saya kongsikan di

Page 8: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH MAJLIS … · Tuan-tuan dan puan-puan warga Kerja Jabatan Kimia sekalian. MUKADIMAH . 3 ... (Pelan Strategik ICT) ... kursus pertolongan cemas dan

8

sini adalah semangat kerjasama dan

berpasukan yang amat kuat antara warga kerja

JKMC Kedah daripada peringkat pegawai

tertinggi hinggalah kepada kakitangan

terendah, semuanya memainkan peranan

masing-masing. Walaupun ada perubahan ‘last

minute’, mereka masih mampu laksanakan

dengan jayanya. Syabas dan tahniah saya

ucapkan. Semoga cerita ini menjadi panduan

dan contoh kepada warga di cawangan-

cawangan lain dan juga di Ibu Pejabat sendiri

bak kata pepatah ‘yang baik jadikan tauladan,

yang buruk jadikan sempadan’. Terima kasih

juga saya ucapkan kepada para pegawai dari

Ibu Pejabat dan pihak MOSTI yang turut

membantu menjayakan majlis ini.

Page 9: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH MAJLIS … · Tuan-tuan dan puan-puan warga Kerja Jabatan Kimia sekalian. MUKADIMAH . 3 ... (Pelan Strategik ICT) ... kursus pertolongan cemas dan

9

MESYUARAT KETUA-KETUA BAHAGIAN /

CAWANGAN BIL.2/2012

7. Untuk makluman hadirin, pada 4 - 6 Julai

lalu telah diadakan Mesyuarat Ketua-Ketua

Bahagian / Cawangan Bil.2/2012 yang

bertujuan untuk memantau pencapaian

setengah tahun (Januari – Jun) dan

merancang menambahbaik pelan setengah

tahun berkahir 2012 (Julai – Disember).

Setakat ini, rata-ratanya menunjukkan

pencapaian mengikut jadual dan ada juga yang

telah melebihi sasaran tetapi apa yang

merisaukan kita adalah masih ada yang belum

mencapai sasaran. Saya amat berharap

mesyuarat dan pemantauan di peringkat

bahagian dan cawangan diadakan untuk

memaklumkan para pegawai dan kakitangan,

status pencapaian masing-masing setakat ini

dan masa berbaki 6 bulan ini masih sempat

untuk kita capai apa yang dirancang.

Page 10: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH MAJLIS … · Tuan-tuan dan puan-puan warga Kerja Jabatan Kimia sekalian. MUKADIMAH . 3 ... (Pelan Strategik ICT) ... kursus pertolongan cemas dan

10

8. Daripada mesyuarat ini juga, saya telah

dimaklumkan oleh Unit IT bahawa Soal Selidik

ISP (Pelan Strategik ICT) baru mencapai 30%

kerana ramai daripada warga Kimia tidak

memberi maklumbalas terhadap kajian ini.

Untuk makluman, Soal Selidik ISP ini akan

digunakan sebagai input untuk merangka

Pelan Strategik Teknologi Maklumat Jabatan

2011-2015. Oleh itu, berilah sokongan dengan

menjawab soal selidik ini kerana tuan-tuan dan

puan-puan juga yang akan menjadi ‘end user’

kepada pelaksanaan pelan ini nanti.

Hadirin sekalian,

MINGGU OSH 2012

9. Program Minggu OSH 2012 yang akan

berlangsung pada 9 hingga 13 Julai 2012

bertujuan untuk:

Page 11: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH MAJLIS … · Tuan-tuan dan puan-puan warga Kerja Jabatan Kimia sekalian. MUKADIMAH . 3 ... (Pelan Strategik ICT) ... kursus pertolongan cemas dan

11

i) Meningkatkan kesedaran berkaitan

Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

(OSH) di tempat kerja;

ii) Berkongsi maklumat, pengetahuan dan

amalan-amalan terbaik keselamatan di

makmal.

10. Saya dimaklumkan bahawa beberapa

aktiviti telah disusun oleh Jawatankuasa

Penganjur sepanjang Minggu OSH ini

termasuk ceramah, kempen derma darah,

pemeriksaan kesihatan, mesyuarat pengurus-

pengurus OSH, kursus pertolongan cemas dan

acara kemuncaknya ialah Kuiz OSH yang

diadakan setiap 2 tahun sekali. Saya juga

dimaklumkan bahawa satu seminar bertajuk

‘Health & Safety In The Laboratory’ akan

diadakan dengan kerjasama Institut Kimia

Malaysia (IKM) yang para pesertanya turut

melibatkan pihak makmal-makmal luar.

Page 12: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH MAJLIS … · Tuan-tuan dan puan-puan warga Kerja Jabatan Kimia sekalian. MUKADIMAH . 3 ... (Pelan Strategik ICT) ... kursus pertolongan cemas dan

12

Kepada JKM Cawangan Johor dan

Terengganu, saya ucapkan semoga Minggu

OSH yang diadakan serentak dengan Ibu

Pejabat ini juga dimuatkan dengan program-

program menarik dan juga bermanfaat kepada

para pegawai dan kakitangan kita di sana.

11. Saya juga amat berharap Minggu OSH

yang diadakan ini akan berjaya mencapai

matlamatnya untuk mempertingkatkan

kesedaran dan pengetahuan warga Kimia

terhadap keselamatan dan kesihatan

pekerjaan. Adalah juga menjadi harapan saya

agar Sistem Pengurusan OSH yang sedia ada

dapat ditambahbaik secara berterusan.

PENUTUP

12. Sebelum saya akhiri ucapan pada pagi

ini, marilah kita bekerja sebagai satu pasukan

berdasarkan perkhidmatan yang cepat, tepat

Page 13: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH MAJLIS … · Tuan-tuan dan puan-puan warga Kerja Jabatan Kimia sekalian. MUKADIMAH . 3 ... (Pelan Strategik ICT) ... kursus pertolongan cemas dan

13

dan berintegriti dan juga memberi tumpuan

kepada produktiviti, kreativiti dan inovasi

sambil menjaga kesihatan dan keselamatan

kita ketika bekerja.

13. Dengan kata-kata itu tadi, saya dengan

sukacitanya merasmikan Minggu OSH 2012.

Sekian, Wabillahittaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.