Teks Ucapan Ketua Sektor Pendidikan Islam

3
TEKS UCAPAN KETUA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA & PERTANDINGAN KALAM JAMAIE PERINGKAT ZON TENGGARA م ي ح ر ل ا ن م ح ر ل له ا م الس ب. ن عي م ح ه ا حاب ص له وا ى ا عل ،" و ن لي س ر م لء وا ا ي, ب. ن الأ. رف5 ش ى ا عل لأم س ل وا; وة ل ص ل ، وا ن مي ل عا ل ا له رب مد ل ح لا. Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t, kerana dengan limpah dah kasihnya kita masih dapat menikmati kehidupan pada hari ini untuk bersama-sama bersatu dan berkumpul dalam majlis yang penuh gemilang ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga pendidikan zon tenggara Negeri Sabah ini kerana dapat menjayakan Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Pertandingan Kalam Jamaie bagi tahun ini dengan izinNya. Bertemakan ‘Al-Quran Nadi Transformasi Ummah’, membawa kita agar menghasilkan suatu perubahan ke arah kebaikan dengan berpaksikan Al- Quran yang menjadi wahyu kepada umat Islam dan sumber ilmu yang terbesar dalam tamadun ini. Sabda Rasulullah s.a.w "Ku tinggalkan kepadamu dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat, iaitu Kitab Allah dan sunnahku". Maka dengan ini, jelaslah bahawa al-quran ini merupakan panduan yang hakiki. Al-quran bukan sekadar untuk dibaca malah inti pati al-quran wajib dilaksanakan. Jika masyarakat hari ini mengamalkan kandungan al-quran, maka akhlak masyarakat akan mengikut akhlak Rasulullah s.a.w kerana Saidatina ‘Aisyah pernah berkata, "Akhlak Rasulullah itulah akhlak Al-Quran". Oleh itu,kita mesti melangkah dengan seribu kekuatan untuk kembali kepada fitrah dengan menjadikan Al-Quran sebagai pegangan hidup. Secara khususnya, Al-Quran amat dihormati bermula daripada menyentuhnya yang memerlukan suci daripada hadas atau mestilah berwuduk, dibaca dengan bertajwid tidak seperti membaca akhbar mengikut selera dan khatamnya juga diadakan satu majlis. Hakikatnya khatam al-Quran mempunyai banyak kelebihan, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang baru saja berlalu meninggalkan kita. Amalan yang dilakukan bersempena khatam al-Quran ialah berdoa dan istighfar. Selain itu hendaklah menyaksikan kebesaran Allah SWT dan merenung kelemahan diri sebagai hamba Allah. Betapa manusia perlu kepada kuasa Allah dan betapa rahmatnya Allah memberi banyak nikmat kepada hamba sama ada yang melakukan kebaikan atau kejahatan.

description

teks ucapan

Transcript of Teks Ucapan Ketua Sektor Pendidikan Islam

Page 1: Teks Ucapan Ketua Sektor Pendidikan Islam

TEKS UCAPAN KETUA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAMMAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA & PERTANDINGAN KALAM JAMAIE

PERINGKAT ZON TENGGARA

.بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلـوة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين، وعلى

.آله وأصحابه أجمعين

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t, kerana dengan limpah dah kasihnya kita masih dapat menikmati kehidupan pada hari ini untuk bersama-sama bersatu dan berkumpul dalam majlis yang penuh gemilang ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga pendidikan zon tenggara Negeri Sabah ini kerana dapat menjayakan Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Pertandingan Kalam Jamaie bagi tahun ini dengan izinNya.

Bertemakan ‘Al-Quran Nadi Transformasi Ummah’, membawa kita agar menghasilkan suatu perubahan ke arah kebaikan dengan berpaksikan Al-Quran yang menjadi wahyu kepada umat Islam dan sumber ilmu yang terbesar dalam tamadun ini. Sabda Rasulullah s.a.w "Ku tinggalkan kepadamu dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat, iaitu Kitab Allah dan sunnahku". Maka dengan ini, jelaslah bahawa al-quran ini merupakan panduan yang hakiki. Al-quran bukan sekadar untuk dibaca malah inti pati al-quran wajib dilaksanakan. Jika masyarakat hari ini mengamalkan kandungan al-quran, maka akhlak masyarakat akan mengikut akhlak Rasulullah s.a.w kerana Saidatina ‘Aisyah pernah berkata, "Akhlak Rasulullah itulah akhlak Al-Quran". Oleh itu,kita mesti melangkah dengan seribu kekuatan untuk kembali kepada fitrah dengan menjadikan Al-Quran sebagai pegangan hidup.

Secara khususnya, Al-Quran amat dihormati bermula daripada menyentuhnya yang memerlukan suci daripada hadas atau mestilah berwuduk, dibaca dengan bertajwid tidak seperti membaca akhbar mengikut selera dan khatamnya juga diadakan satu majlis. Hakikatnya khatam al-Quran mempunyai banyak kelebihan, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang baru saja berlalu meninggalkan kita. Amalan yang dilakukan bersempena khatam al-Quran ialah berdoa dan istighfar. Selain itu hendaklah menyaksikan kebesaran Allah SWT dan merenung kelemahan diri sebagai hamba Allah. Betapa manusia perlu kepada kuasa Allah dan betapa rahmatnya Allah memberi banyak nikmat kepada hamba sama ada yang melakukan kebaikan atau kejahatan.

Setiap tahun siaran langsung solat tarawih dari Mekah telah menyaksikan ramai umat Islam berterawih di sana. Pada malam khatam al-Quran, jumlah yang hadir boleh dikatakan menyamai jumlah musim haji. Imamnya akan membaca doa khatam al-Quran dalam tempoh tidak kurang setengah jam memohon kesejahteraan umat Islam dan kejayaan Islam. Oleh yang demikian, rebutlah peluang sempena majlis khatam al-Quran yang diadakan di tempat kita. Banyak rahmat Allah dan kelebihan yang diturunkan semoga rahmatnya berkekalan bersama kita. Perlu juga diingatkan khatam al-Quran bukan bermaksud sudah cukup membaca al-Quran untuk tahun ini tetapi teruskan membaca al-Quran.

Page 2: Teks Ucapan Ketua Sektor Pendidikan Islam

Bagi menyemarakkan lagi majlis khatam al-quran ini, pada tahun ini ditambah dengan pengisian pertandingan kalam jamaie antara sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mendedahkan generasi muda kepada bahasa al-Quran.

Bersesuaian dengan Kitab al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia juga adalah di dalam bahasa Arab dan seluruh umat Islam digalakkan membaca, memahami, menghafal, mengikuti segala ajaran dan melaksana serta menterjemahkan segala panduan di dalam kehidupan seharian. Membaca al-Quran seolah-olah kita sedang berdialog dan berkomunikasi dengan Allah s.w.t secara langsung, satu pengalaman yang amat unik dan perlu dijadikan amalan harian umat Islam. Realiti ini menjadikan bahasa Arab mampu melonjak corak dan tahap pemikiran manusia yang lebih holistik, komprehensif dan membentuk satu anjakan paradigma ke arah menjadi individu yang versatil dalam menangani survival semasa umat Islam.

Dalam pada itu juga, kita dapat lihat potensi yang ditonjolkan oleh anak-anak dalam pertandingan kalam jama’ie ini. Pertandingan kalam jama’ie ini dapat membantu murid dalam memupuk minat untuk mendalami bahasa Arab. Selain itu, pertandingan yang menerapkan bahasa arab ini dapat melatih murid untuk bertutur dengan lebih fasih dalam bahasa arab. Seterusnya, ia dapat meningkatkan tahap keyakinan dan keberanian murid untuk berhadapan dengan umum. Pertandingan ini juga adalah suatu usaha kerajaan untuk memastikan generasi pada hari ini dapat menguasai bahasa Arab dan sekaligus dapat mendalami keluasan ilmu yang terkandung di dalam al-Quran.

Dengan menguasai bahasa Arab juga akan memudahkan kita mendalami intipati dan pengertian al-Quran, hadis Rasulullah dan kitab-kitab muktabar para ulama silam yang kebanyakannya ditulis di dalam bahasa Arab. Kemahiran bahasa Arab juga membolehkan kita memahami maksud setiap bacaan di dalam sembahyang, doa-doa, wirid, zikir dan sebagainya di mana sebahagian besar umat Islam tidak tahu pengertiannya walaupun sudah berpuluh tahun mengamalnya hatta ada yang tidak tahu pengertian doa iftitah dan qunut yang dibaca setiap hari dalam sembahyang. Kejahilan dan kelemahan umat Islam mendalami bahasa Arab akan hanya mewujudkan sebuah masyarakat tidak kreatif, kurang dinamik dan pak turut yang hanya menuturkan sesuatu yang tidak difahami seumpama burung kakak tua yang bijak berbicara. Oleh yang demikian, umat Islam perlu mencari jalan memahami dan mendalami bahasa al-Quran ini sebaik mungkin.

Secara umumnya, jika kita tahu teknik dan kaedah yang betul serta sesuai untuk mempelajarinya tidak mustahil untuk kita mahir dalam Bahasa Arab. Bayangkan setiap hari kita membaca Al-Quran, tanpa kita sedari kita telah menyebut sehingga berpuluh-puluh sehingga ratusan perkataan dalam Bahasa Arab tanpa kita sedari kerana bahasa Al-Quran merupakan Bahasa Arab. Alangkah bagus dan indahnya sambil membaca Al-Quran sambil kita mengenal Bahasa Arab. Itu pada peringkat awal untuk kita mengenal Bahasa Arab, seharusnya kita perlu ada pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk kita mempelajari Bahasa Arab secara mendalam dan mudah.

Oleh itu, bersama-samalah kita mengukuhkan Bahasa Arab serta melazimkan diri untuk berbahasa dengan Bahasa Syurga ini. Semoga usaha ini dapat merealisasikan impian ibu bapa dan seluruh umat islam dalam memastikan generasi kita dan seterusnya terpelihara sebagai muslim dan muslimah yang bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat juga.

Page 3: Teks Ucapan Ketua Sektor Pendidikan Islam

Akhir kalam, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Zon Tenggara ini. Sekian,

.وبالله التوفيق والهداية، والسالم عليكم ورحمة الله وبركاته