Teks Ucapan Ladap Bm

6
Teks pengerusi majlis Kursus Latihan dalam Perkhidmatan LADAP bersama SISC BM dan MATH Bismillahirrahmanirrahim … Assalamualaikum !! Salam sejahtera " salam h#rmat dan salam perpaduan $ang Berusaha %n&ik Muhammad 'adill b M#hd Tisan (uru Besar SK Seremban )a*a $ang Dih#rmati %n&ik +imi Bin Abdul )alil (PK Kurikulum $ang Dih#rmati Tuan Haji ,aharuddin bin Haji Ahmad (PK H%M $ang Dih#rmati %n&ik Ismari-al Bin Ismail (PK Kurikulum $ang Dih#rmati Puan .#rahimah Bt .#rdin (PK Pendidikan Khas Dan seterusn*a rakan guru SK Seremban )a*a *ang dikasihi sekalian Bers*ukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan ina*ah dan kurnia/.*a dapat kita berkumpul pada petang *ang berbahagia ini Marilah kita mengikhlaskan kehadiran k dalam majlis ilmu ini demi ke&emerlangan pendidikan dan demi kebaikan sekalian mu kita Tahniah kepada tuan/tuan dan puan/puan *ang sanggup berk#rban untuk berada sek#lah pada hari ini dan berja*a menangguhkan segala keinginan *ang mun&ul dalam minda ketika ini

description

teks ucapan

Transcript of Teks Ucapan Ladap Bm

Teks pengerusi majlis Kursus Latihan dalam Perkhidmatan LADAP bersama SISC BM dan MATH

Bismillahirrahmanirrahim ..Assalamualaikum w.w. Salam sejahtera , salam hormat dan salam perpaduan .

Yang Berusaha Encik Muhammad Fadill b Mohd TisanGuru Besar SK Seremban Jaya

Yang Dihormati Encik Rimi Bin Abdul JalilGPK Kurikulum

Yang Dihormati Tuan Haji Zaharuddin bin Haji AhmadGPK HEM

Yang Dihormati Encik Ismarizal Bin IsmailGPK Kurikulum

Yang DihormatiPuan Norahimah Bt NordinGPK Pendidikan Khas

Dan seterusnya rakan guru SK Seremban Jaya yang dikasihi sekalian

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan inayah dan kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada petang yang berbahagia ini. Marilah kita mengikhlaskan kehadiran kita dalam majlis ilmu ini demi kecemerlangan pendidikan dan demi kebaikan sekalian murid kita. Tahniah kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sanggup berkorban untuk berada di sekolah pada hari ini dan berjaya menangguhkan segala keinginan yang muncul dalam minda ketika ini.

Bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan kedatangan pegawai SISC BM dan MATH ke sekolah ini. Terima kasih tuan/puan atas kesediaan memenuhi undangan pihak sekolah dan selamat berkenalan. Di hadapan tuan ialah lebih 40 orang guru yang sangat komited dan berpengalaman luas. Guru-guru SK Seremban Jaya memang bersikap terbuka dan sentiasa mengalu-alukan sebarang idea pembaharuan atau inovasi dalam amalan pendidikan.

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama membaca ummul kitab . al fatihah

.Tuan pengetua, dan guru-guru yang dihormati, untuk slot Ladap atau bengkel kita pada hari ini, saya mempersilakan Puan Noraini Binti Hassan untuk menyampaikan taklimat tentang Pengajaran Abad ke 21 dan iTHink. Usaha usaha ini penting selari dengan enam aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid supaya berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin , kemahiran dwibahasa , etika dan kerohanian , identity social , pengetahuan dan kemahiran berfikir Dipersilakan.

Terima kasih ______________ atas penerangan itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan slot ceramah yang kedua, iaitu Hala Tuju Sekolah yang akan disampaikan oleh Tuan Pengetua. Dipersilakan.

Majlis merakam ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas kesudian menyampaikan ceramah itu tadi.

Syabas cikgu-cikgu atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang slot Ladap/benkel kali ini. Mudah-mudahan tuan puan beroleh manfaat yang melimpah ruah.Semoga bengkel pada hari ini bakal melahirkan suasana bilik darjah yang berkesan dan mewujudkan pembelajaran yang kondusif .Usaha usaha ini penting selari dengan enam aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid supaya berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin , kemahiran dwibahasa , etika dan kerohanian , identity social , pengetahuan dan kemahiran berfikir .

Guru hebat guru cemerlangSelesai Ladap mari kita pulang.

Majlis sudah sampai ke penghujungnya. Saya selaku wakil urus setia memohon beribu-ribu kemaafan jika ada tersilap kata sepanjang mengendalikan majlis ini. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum wbt.

Disediakan oleh ,

NORAISHAH BINTI MASDANSK SEREMBAN JAYA3 MAC 2015

Assalamu alaikum w.w.Salam sejahtera dan selamat pagiYang Berusaha, Pengetua SMK St. Michael, Ipoh, Puan Loh Wei Seng, Penolong-penolong Kanan, guru kanan dan seterusnya guru SMK St. Michael, Ipoh yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi, justeru dengan Inayah dan Kurnia-Nya dapat kita berkumpul bersama-sama dalam auditorium yang indah pada pagi yang hening ini. Marilah kita mengikhlaskan kehadiran kita dalam majlis ilmu pada pagi ini demi kecemerlangan pendidikan dan demi kebaikan sekalian murid dan pelajar kita. Tahniah kepada tuan puan yang sanggup berkorban untuk berada di sekolah pada hari Sabtu dan berjaya menangguhkan segala keinginan yang muncul di dalam minda ketika ini.

Bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan kedatangan tuan penceramah dan pemudah cara program Ladap guru SMK St. Michael, Ipoh buat kesekian kalinya ini. Terima kasih tuan atas kesediaan memenuhi undangan pihak sekolah dan selamat berkenalan. Di hadapan tuan ialah lebih 140 orang guru yang sangat penyayang dan berpengalaman luas. Guru-guru SMI memang bersikap terbuka dan senantiasa mengalu-alukan sebarang idea pembaharuan atau inovasi dalam amalan pendidikan. Pendek kata, guru-guru di hadapan tuan pada pagi ini properubahan belaka, serta dijamin bukan pelindung idea diri sendiri yang tegar.

Tuan pengetua, dan guru-guru SMI yang dihormati,Sebelum slot Ladap diserahkan kepada penceramah merangkap pemudah cara undangan, izinkan saya menyatakan serba sedikit latar belakang beliau. Tuan Haji Ismail bin Desa ialah seorang pendidik yang berjaya dan disegani. Beliau memperoleh ijazah asas dari Universiti Sains Malaysia, diploma psikologi kaunseling dari UKM dan seterusnya Sarjana Kaunseling juga dari UKM. Tuan Haji Ismail memiliki pengalaman yang panjang sebagai pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Perak sebelum bersara sebagai pengetua di SMK Raja Chulan, Ipoh. Kecintaan Tuan Haji Ismail dalam bidang pendidikan tidak pernah pudar, justeru sehingga hari ini beliau masih menabur bakti sebagai pegawai kanan di Institut Teknologi Perak.

Sebelum slot Ladap dimulakan, majlis memohon peserta lelaki dan wanita duduk berasingan mengikut jantina atas keperluan aktiviti yang bakal dikendalikan nanti. Silakan cikgu...

(usai asing). Terima kasih tuan puan. Maka, majlis dengan segala sukacitanya mempersilakan Tuan Haji Ismail bin Desa untuk mengendalikan sesi Ladap guru-guru SMK St. Michael, Ipoh dengan tema Guru Penyayang.

Silakan tuan.

............................................

Teks berakhir ceramah

Terima kasih Tuan Haji Ismail bin Desa

Syabas cikgu-cikgu atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang slot Ladap kali ini. Mudah-mudahan tuan puan beroleh manfaat yang melimpah ruah.

(Sebagai tanda kenangan, saya bagi pihak majlis mempersilakan Puan Loh Wei Seng, pengetua SMK St. Michael, Ipoh menyampaikan cenderamata kepada Tuan Haji Ismail bin Desa......Terima kasih Puan Loh Wei Seng dan Tuan Haji Ismail)

Majlis diakhir dengan pantun dua kerat:

Guru penyayang guru cemerlangSelesai Ladap mari kita pulang.

Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah.Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.