Teks Ucapan Majlis Maulidur Rasul

9
TEKS UCAPAN PENGETUA SMK KULAI BESAR, PUAN HAJAH FOUZIAH BINTI ABU HAMID SEMPENA MAJLIS MAULIDUR RASUL, 1432H. Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis, bismillahirrahmanirrahim, alhamdullilahi rabil alamin wassolatu wassolamu ala ashrafil anbiyar iwar mursolin waala alihi wasohbihi aj’main. Yang Berusaha Encik Muhammad Jaysuman bin Puspanathan, Penceramah yang dijemput khas dari UTM Skudai. Encik Samsol Kamal bin Md. Nasir, Naib Yang Dipertua PIBG SMK Kulai Besar, Kulaijaya, Johor Darul Takzim. Yang Dihormati Encik Azman bin Safii, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kulai Besar, Encik Masaud bin Baharom, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal

Transcript of Teks Ucapan Majlis Maulidur Rasul

Page 1: Teks Ucapan Majlis Maulidur Rasul

TEKS UCAPAN PENGETUA SMK KULAI BESAR,PUAN HAJAH FOUZIAH BINTI ABU HAMID

SEMPENA MAJLIS MAULIDUR RASUL, 1432H.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis,

bismillahirrahmanirrahim, alhamdullilahi rabil alamin wassolatu

wassolamu ala ashrafil anbiyar iwar mursolin waala alihi wasohbihi

aj’main.

Yang Berusaha Encik Muhammad Jaysuman bin Puspanathan,

Penceramah yang dijemput khas dari UTM Skudai. Encik Samsol

Kamal bin Md. Nasir, Naib Yang Dipertua PIBG SMK Kulai Besar,

Kulaijaya, Johor Darul Takzim.

Yang Dihormati Encik Azman bin Safii, Guru Penolong Kanan

Pentadbiran SMK Kulai Besar, Encik Masaud bin Baharom, Guru

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Mohd Tahir bin Ismail, Guru

Penolong Kanan Kokurikulum.

Yang Dihormati Guru-guru Kanan Bidang, guru-guru, dan

murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.

Page 2: Teks Ucapan Majlis Maulidur Rasul

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan kesyukuran ke

hadrat Allah subhanallah Taala kerana dengan izin dan inayah-Nya

dapat saya bersama dengan guru-guru dan murid-murid SMK Kulai

Besar, Kulaijaya, Johor Darul Takzim pada hari ini sempena Majlis

Sambutan Maulidur Rasul, 1432H. Saya ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kepada Yang Berusaha, Encik Muhammad Jaysuman bin

Puspanathan, Penceramah yang dijemput khas dari UTM Skudai

kerana sudi hadir untuk memberikan sedikit ceramah sempena Majlis

Maulidur Rasul peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar,

Kulaijaya, Johor Darul Takzim. Terima kasih juga diucapkan kepada

Encik Samsol Kamal bin Md. Nasir, Naib Yang Dipertua PIBG SMK

Kulai Besar, Kulaijaya, Johor Darul Takzim kerana sudi hadir dalam

majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah Menengah

Kebangsaan Kulai Besar, Kulaijaya, Johor Darul Takzim pada hari ini.

Murid-murid SMK Kulai Besar yang dikasihi sekalian,

Page 3: Teks Ucapan Majlis Maulidur Rasul

Setiap tahun pihak sekolah mengadakan majlis sambutan Maulidur

Rasul untuk memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi

Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti

perarakan, tilawah al-Quran, pertandingan syarahan dan ceramah.

Melalui majlis ini pihak sekolah berharap murid-murid dapat

mengingati perjuangan Rasulullah s.a.w. Kita sebagai umat Islam

hendaklah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai uswah hasanah (contoh

teladan yang baik) dalam kehidupan kita sebagai khalifah Allah di

muka bumi ini. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 21,

yang bermaksud;

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah s.a.w itu

contoh ikutan yang baik”

Murid-murid SMK Kulai Besar yang dikasihi sekalian,

Page 4: Teks Ucapan Majlis Maulidur Rasul

Rasulullah s.a.w telah menjadi contoh kepada kehidupan sebenar

seorang Muslim. Sifat-sifat kenabian Baginda iaitu Sidiq (Benar),

Amanah, Tabligh (Menyampaikan) dan Fatanah (Bijaksana) perlu

menjadi contoh dan teladan kepada seluruh umat Islam. Pada

sambutan Maulidur Rasul kali ini marilah kita bersama-sama melihat

bagaimanakah sifat dan keperibadian Rasulullah s.a.w boleh memberi

kekuatan kepada kita untuk memperbaik diri bagi menyahut cabaran

pendidikan pada alaf baru. Kita perlu mengembalikan penghormatan

dunia terhadap umat Islam dengan menguasai ilmu duniawi dan

ukhrawi. Sehubungan dengan itu, kita perlu menjadi seorang yang

intelek serta menjadi sumber rujukan kepada semua cabang ilmu

seperti yang pernah umat Islam lakukan pada satu ketika dahulu.

Murid-murid SMK Kulai Besar yang dikasihi sekalian,

Page 5: Teks Ucapan Majlis Maulidur Rasul

Sebagai seorang pelajar, murid-murid perlu sentiasa amanah dalam

melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar , tuntutlah ilmu dengan

penuh ikhlas dan rasa tanggungjawab untuk mencari keredhaan Allah

s.w.t. Hal yang demikian kerana, murid-murid merupakan generasi

yang bakal mengangkat martabat bangsa di mata dunia pada masa

depan. Pada sambutan Maulidur Rasul kali ini marilah kita sama-sama

menginsafi diri serta merenung untuk memperbaik diri untuk menjadi

umah yang terbaik.

Murid-Murid Yang dikasihi,

Sebagai pengakhir kata marilah kita renung kisah ini dan tanyalah

pengajarannya pada diri kita masing-masing. Terdapat satu kisah yang

diceritakan oleh Abdullah Ibnu Dinar ,

“Pada suatu hari, saya berjalan bersama Khalifah Umar Al-Khatab di

Mekah. waktu itu saya bertemu dengan seorang budak pengembala

kambing yang sedang mengembala kambingnya”.

Page 6: Teks Ucapan Majlis Maulidur Rasul

Kemudian Saidina Umar berkata kepada budak itu. “Juallah kambing

itu kepadaku”.

Jawab budak itu “Kambing itu bukan kambingku, tetapi kepunyaan

tuanku”.

Kemudian Saidina Umar cuba memujuk sekali lagi, “Bukankah engkau

dapat mengatakan satu darinya telah dimakan serigala, pastinya

tuanmu tidak mengetahui”.

Kata budak itu “Tidak, saya tidak mahu, sesungguhnya Allah Maha

Mengetahui”.

Mendengar kata-kata itu Saidina Umar menangis kerana jujurnya

budak itu.

Kita renungkanlah bersama dan semoga sambutan Maulidur Rasul

pada hari ini memberi ingatan kita kepada akan perjuangan Rasulullah

s.a.w untuk menyebarkan Syiar Islam.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah

menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah

Menengah Kebangsaan Kulai Besar pada hari ini.