Teks Ucapan MC Utk Watikah JPP 08-09

7
Teks Ucapan Pengerusi Majlis Sempena Majlis Perhimpunan Rasmi Bulanan (April 2008 )& Majlis Watikah Perlantikan JPP Sesi 08/09 Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia Tuan Haji Amin B Mohd Rashid, Pengarah Institut Perguruan Islam selangor. diiringi oleh Tn Hj. Sasman Bin Hj. Yasir, Timbalan Pengarah Institut Perguruan Islam Dr. Mohamad Husin Bin Mohamad Yusof, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, En Mohd Zain Bin Thambi, Wakil Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Ketua-ketua jabatan, Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar / masuk ke dewan. Hadirin dan hadirat diminta berdiri. ------------------------------------BERHENTI SEKETIKA------------------------- Kita mulakan Perhimpunan umum bulanan kita pada pagi ini dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti dengan nyanyian nasyid Asmaul Husna. (nyanyian lagu negaraku dan asmaul husna) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas nyanyian itu sebentar tadi. Hadirin dan hadirat dipersilakan duduk. ---------------------------- BERHENTI SEKETIKA ------------------------------ Yang Berbahagia Tuan Haji Amin B Mohd Rashid, Pengarah Insitut Perguruan Islam Selangor. Yang berusaha Tn Hj. Sasman Bin Hj. Yasir, Timbalan Pengarah Institut Perguruan Islam Selangor. Dr Mohamad Husin bin Mohamad Yusof, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, En Mohd Zain Bin Tambi, 1

description

teks ucapan

Transcript of Teks Ucapan MC Utk Watikah JPP 08-09

Page 1: Teks Ucapan MC Utk Watikah JPP 08-09

Teks Ucapan Pengerusi Majlis Sempena Majlis Perhimpunan Rasmi Bulanan (April 2008 )& Majlis Watikah Perlantikan JPP Sesi 08/09

Mengumumkan ketibaan,Yang Berbahagia Tuan Haji Amin B Mohd Rashid,

Pengarah Institut Perguruan Islam selangor.diiringi olehTn Hj. Sasman Bin Hj. Yasir,

Timbalan Pengarah Institut Perguruan IslamDr. Mohamad Husin Bin Mohamad Yusof,

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,En Mohd Zain Bin Thambi,

Wakil Ketua Jabatan Hal Ehwal PelajarKetua-ketua jabatan, Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar / masuk ke dewan.Hadirin dan hadirat diminta berdiri. ------------------------------------BERHENTI SEKETIKA-------------------------

Kita mulakan Perhimpunan umum bulanan kita pada pagi ini dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti dengan nyanyian nasyid Asmaul Husna.

(nyanyian lagu negaraku dan asmaul husna)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas nyanyian itu sebentar tadi. Hadirin dan hadirat dipersilakan duduk.

---------------------------- BERHENTI SEKETIKA ------------------------------ Yang Berbahagia Tuan Haji Amin B Mohd Rashid,

Pengarah Insitut Perguruan Islam Selangor. Yang berusaha Tn Hj. Sasman Bin Hj. Yasir,

Timbalan Pengarah Institut Perguruan Islam Selangor.Dr Mohamad Husin bin Mohamad Yusof,

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,En Mohd Zain Bin Tambi,

Wakil Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,Ustaz Ismail b. Che Ku,

Penasihat umum Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009,Ketua-Ketua Jabatan,Ketua-ketua unit,Para pensyarah, Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009barisan exco jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2008/2009

1

Page 2: Teks Ucapan MC Utk Watikah JPP 08-09

barisan mantan jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2007/2008 seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah swt. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sebelum aturcara dimulakan, eloklah kiranya tirai majlis Perhimpunan Umum Bulanan, bagi Bulan April 2008 kita pada hari ini dibuka dengan bacaan umul furqan Al-Fatihah bagi memohon berkat kasih Ilahi . Sama-sama kita bacakan. Al-Fatihah.

------------------------------------BERHENTI SEKETIKA------------------------- Hadirin dan hadirat sekalian,Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana limpah dan inayahnya dapatlah kita bersama-sama berkumpul di dewan besar Nik Mohd Muhyiddin Musa pada pagi yang mulia ini bagi menjayakan Perhimpunan Umum Bulanan bagi bulan April 2008 dan Majlis Watikah Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2008/2009.

------------------------------------BERHENTI SEKETIKA-------------------------

Hadirin dan hadirat sekalian,Agenda majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan saudara Nurhakim Bin Mohd Nor untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Beliau akan mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran daripada surah An-Nisa’ ayat 58 hingga ayat 63 diikuti dengan bacaan terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran tersebut oleh saudara Mohd Firdaus Bin Kamarudin . Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

(bacaan Al-Quran)(bacaan terjemahan Al-Quran)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas bacaan Al-Quran dan terjemahan sebentar tadi.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Pada pagi yang mulia ini kita akan menyaksikan satu majlis yang begitu penting kepada warga Institut Perguruan Islam Selangor iaitu Majlis Watikah Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2008/2009.

Untuk makluman hadirin, jawatankuasa ini terdiri daripada 26 orang ahli. Mereka dipilih melalui satu pilihanraya umum Institut Perguruan Islam Selangor yang telah diadakan pada 29 Februari 2008.

2

Page 3: Teks Ucapan MC Utk Watikah JPP 08-09

Agenda majlis ini dimulakan dengan Majlis menandatangani surat ikrar Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Dengan itu majlis dengan hormatnya menjemput Ustaz Ashaari B. Mahat, Ketua Jabatan Bahasa Arab dan Ust Abdul Ra’ani bin Ahmad, Ketua Jabatan Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah untuk menjadi saksi kepada majlis ini.

Majlis dimulakan dengan menjemputSaudara Mohd Firdaus Bin Saad, Yang diPertua Jawatankuasa

Perwakilan Pelajar diiringi oleh saudara Hafidzuddin B. Yahya, mantan naib yang diPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Seterusnya Muhammad Yasir Bin Zainal Abidin, naib yang dipertua Muhammad Faiz bin Abdul Razak Setiausaha agong kehormat

diiringi oleh MOHD SHAHRIN BIN SHAMSUDDIN,Mantan Setiausaha agong kehormat

Siti azizah binti Muhammad naib setiausaha agong kehormat diiringi oleh NAZIHAH BINTI AHMAD SOFI, Mantan Naib Setiausaha agong kehormat

Muhammad fahmi b mohd isa bendahari kehormat diiringi oleh TG. BUDIMAN B. TG. MOHD ALI, Mantan Bendahari kehormat.

Muslihah bt zaki naib bendahari kehormat diiringi oleh NORSYUKURIAH BINTI KAMARUDDIN, Mantan Naib bendahari kehormat

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Ashaari B. Mahat dan Ust Ra’ani Bin Ahmad

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyerahan tugas dan perancangan strategi oleh saudara Hafizudin Bin Yahya, mantan naib yang dipertua jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2007/08 kepada saudara Mohd Firdaus bin Saad, yang dipertua jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2008/2009

(penyerahan tugas dan perancangan srategi)

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian portfolio dan sijil perlantikan kepada semua ahli Jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2008/2009. Dengan ini, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Tn. Hj. Amin B. mohd Rashid Pengarah Institut Perguruan Islam Selangor diringi oleh Tn Hj. Sasman B. hj Yasir, Timbalan Pengarah Institut Perguruan Islam Selangor untuk naik ke pentas.

3

Page 4: Teks Ucapan MC Utk Watikah JPP 08-09

Dimulakan dengan saudara…………….selaku……………….BIL NAMA JAWATAN1. MOHD FIRDAUS B. SAAD YANG DI PERTUA 2. MUHAMMAD YASIR B. ZAINAL ABIDIN NAIB YANGDIPERTUA 3. MUHAMMAD FAIZ B. ABDUL RAZAK SETIAUSAHA AGONG KEHORMAT

4. SITI AZIZAH BT MUHAMMAD NAIB SETIAUSAHA AGONG KEHORMAT

5. MUHAMMAD FAHMI B. MOHD ISA BENDAHARI KEHORMAT

6. MUSLIHAH BT ZAKI NAIB BENDAHARI KEHORMAT

7. AHMAD MUNSIF B. ISMAIL EXCO DAKWAH DAN KEROHANIAN

8. NIK AZMAN B. MOHD ZAIN NAIB EXCO DAKWAH DAN KEROHANIAN

9. NORSYAHIDAH BT MUZAKIR EXCO HAL EHWAL WANITA ISLAM

10. HANNAN BT MOHD NASURDIN NAIB EXCO HAL EHWAL WANITA ISLAM

11. ABDUL HADI B. AHMAD SAZILI EXCO KEBAJIKAN12. SITI MARIAM BT MOHD YUSOF NAIB EXCO KEBAJIKAN

13. MOHD KAMIL B. HJ UJANG EXCO KOLEJ KEDIAMAN

14. AIN NAZIHA BT ABD MAJID NAIB EXCO KOLEJ KEDIAMAN

15. ZAIHAN AZUAN B. ABDUL RASHID EXCO SUKAN DAN KEBUDAYAAN

16. RAZLINDA BT AZLAN NAIB EXCO SUKAN DAN KEBUDAYAAN

17. MOHAMAD YAZID B. AHMAD EXCO EKONOMI

18. AINA FARHANAH BT GHAZALI NAIB EXCO EKONOMI

19. NORFARAHIN BT MOHD ZAMRI EXCO PENERBITAN

20. NUR SYAKIRAH BT ZAKARIA NAIB EXCO PENERBITAN

21. AHMAD FIKRI B. ZULKIFLI EXCO SERANTA DAN TEKNOLOGI

22. ELIZA DORA BT ABDUL HALIM NAIB EXCO SERANTA DAN TEKNOLOGI

23. MUHAMMAD BIN MUSTAFA EXCO PENGURUSAN MASJID 24. MOHD ZAKI B. MOHAMED SOM NAIB EXCO PENGURUSAN MASJID

25 MUHAMMAD IKMAL NASSIR B. ZULKIFLI PERWAKILAN KPLI (LELAKI)

26 NOR IZURA BT. MOHD SALLEH PERWAKILAN KPLI (PEREMPUAN)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Tn. Hj. Amin b. Abd Rashid atas kesudian beliau menyampaikan portfolio sebentar tadi.

4

Page 5: Teks Ucapan MC Utk Watikah JPP 08-09

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar oleh barisan Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009 yang akan diketuai oleh saudara Mohd Firdaus B Saad, selaku Yang diPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

……….(bacaan ikrar) (*VIP akan berdiri dahulu sewaktu terima ikrar)…………..

Demikianlah bacaan ikrar daripada barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009

……….(JPP 08/09 mengambil tempat)………….

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Marilah kita bersama-sama mendengarkan ucapan pembukaan wadah kepimpinan jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2008/2009. Majlis dengan ini menjemput saudara mohd Firdaus B. Saaad, Yang diPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009 untuk menyampaikan ucapan beliau.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…

------------------------------------BERHENTI SEKETIKA-------------------------

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan beliau sebentar tadi.

Seterusnya majlis dengan sukacitanya menjemput Tuan Hj Amin b Mohd Rashid, Pengarah Institut Perguruan Islam selangor bagi menyampaikan ucapannya. Dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan.

------------------------------------BERHENTI SEKETIKA-------------------------

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Hj Amin b Mohd Rashid, atas ucapan yang telah disampaikan.

Hadirin dan hadirat sekalian.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan saudara Mohd Shahril bin Shafie bagi mengetuai bacaan doa.Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan...

(bacaan doa)Amin2x ya rabbal alamin,Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.Sidang dewan sekalian,

5

Page 6: Teks Ucapan MC Utk Watikah JPP 08-09

Dengan Berakhirnya bacaan doa itu sebentar tadi, maka berakhirlah aturcara Majlis Perhimpunan Umum Bulanan bagi bulan april kali ini. Jika terdapat sebarang kekurangan yang berlaku sepanjang saya mengendalikan majlis kita kali ini, saya selaku pengacara majlis, mewakili Ajk pelaksana, memohon ribuan kemaafan. Segala yang baik jadikan teladan, segala yang kurang harap dimaafkan.

Sebelum tirai majlis dilabuhkan, marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu Guru Malaysia dan Lagu Institut Perguruan Islam. Untuk itu, hadirin dan hadirat diminta berdiri.

Sebelum bersurai, sama-samalah kita menutup majlis dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al-asr.

Sekian. Wabillah hittaufiq wal hidayah wassalamualaikum w.b.t

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Tuan Haji Amin b Mohd Rashid, Pengarah Insitut Perguruan Islam , Di iringi oleh,Tn. Hj. Sasman Bin Hj. Yasir, Timbalan Pengarah Insititut Perguruan IslamUstaz Ismail b Che Ku, Penasihat Umum JPP sesi 2008/2009, dan para pensyarah untuk meninggalkan dewan.

(Paluan Kompang) & (PENGUMUMAM)

6