Teks Ucapan Penuh Hari Usahawan

5
TEKS UCAPAN PENUH : Bismilillahirahmanirahim Terima kasih Pengerusi Majlis, 1. Y.Bhg. Dato' Sohaimi Shahadan Pengerusi Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia. 2. Y.Bhg. Professor Madya Datuk Dr. Azarae Hj. Idris Timbalan Naib Chanselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaya Kepada Para Ahli Panel:- 3. Y.Bhg. Dato Ameer Ali Mydin Pengarah Urusan Mydin 4. Y.Bhg. Datuk Edmund Santhara CEO Masterskills Education Group 5. En Malik Abdullah Pengarah Urusan D' Tandoor 6. Mr. Albert Chiang Pengarah Urusan Bonia Corporation Moderator kita yang tidak asing lagi En Syed Farradino Omar Astro Awani Peserta-peserta program, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh Dan Salam

description

Teks pengacara

Transcript of Teks Ucapan Penuh Hari Usahawan

Page 1: Teks Ucapan Penuh Hari Usahawan

TEKS UCAPAN PENUH :

Bismilillahirahmanirahim

Terima kasih Pengerusi Majlis,

1. Y.Bhg. Dato' Sohaimi ShahadanPengerusi Biro Ekonomi & Pembangunan UsahawanPemuda UMNO Malaysia.

2. Y.Bhg. Professor Madya Datuk Dr. Azarae Hj. IdrisTimbalan Naib Chanselor Hal Ehwal Pelajar dan AlumniUniversiti Malaya

Kepada Para Ahli Panel:-

3. Y.Bhg. Dato Ameer Ali MydinPengarah Urusan Mydin

4. Y.Bhg. Datuk Edmund SantharaCEO Masterskills Education Group

5. En Malik AbdullahPengarah Urusan D' Tandoor

6. Mr. Albert ChiangPengarah Urusan Bonia Corporation

Moderator kita yang tidak asing lagi En Syed Farradino OmarAstro Awani 

Peserta-peserta program, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

1. Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T. kerana izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama dalam di majlis Perasmian BePU ENTREPRENEUR’ S LECTURES SERIES pada malam yang berbahagia ini. Sebuah program

Page 2: Teks Ucapan Penuh Hari Usahawan

dialog yang dianjurkan oleh Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia. Tahniah kepada Y.Bhg. Dato' Sohaimi Shahadan, selaku pengerusi yang begitu bertungkus lumus menjayakan program ini.

Dato/ Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

2. Saya amat yakin program ini akan dapat memberi manfaat kepada kita lebih-lebih lagi tokoh-tokoh yang dijemput dalam forum malam ini.Kita amat mengalu-alukan peranan Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan, Pemuda UMNO Malaysia dalam melaksanakan program-program membangunkan usahawan di kalangan generasi muda memandangkan hari ini peranan parti politik bukan lagi sekadar berpolitik tetapi turut bersama –sama berperanan sebagai agen pembangunan masyarakat dalam membangunkan ekonomi negara.

3. Bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, peranannya bukan terhad kepada pembangunan prasarana dan penguatkuasaan undang-undang tetapi juga pembangunan modal insan. Kementerian turut terlibat sama ada secara langung atau tidak langsung dalam membangunkan keusahawanan di negara ini. Justeru kerjasama NGO atau badan parti politik amat dialu-alukan. 

Dato/ Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

4. Dalam proses melahirkan usahawan, kita sememangnya akui bahawa ia bukanlah suatu perkara yang mudah untuk membentuk seseorang menjadi usahawan, Justeru, sudah tiba masanya untuk kita sama-sama menggerakkan usaha bagi memberi kesedaran kepada golongan muda di negara betapa pentingnya kerjaya sebagai usahawan dijadikan pilihan utama sebagai salah satu pendekatan bagi menikmati hasil kekayaan negara.

5. Saya percaya, usahawan-usahawan yang telah berjaya ini sudah menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang mengusahakan perniagaan mereka. Justeru, penglibatan para usahawan yang telah berjaya ini boleh membantu terutama dalam konteks berkongsi pengalaman lepas semasa memulakan perniagaan

Page 3: Teks Ucapan Penuh Hari Usahawan

sehinggalah bergelar usahawan berjaya. Selain itu, usahawan-usahawan yang telah berjaya ini juga boleh berkongsi maklumat serta idea dengan usahawan-usahawan baru tentang pelbagai pendekatan untuk memantapkan lagi institusi perniagaan masing-masing.

Dato/ Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

6. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan jelas membuktikan peranannya membantu usahawan. Melalui Jabatan Kerajaan Tempatan yang bertanggungjawab terhadap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pelbagai program telah diusahakan. Ia adalah seperti:

i.) Program Latihan Keusahawan yang dianjurkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan

ii.) menyediakan peruntukan khas tahunan ahli Parlimen RM30,000 untuk mengadakan program yang sesuai di Parlimen. 

iii.) Program Local Agenda 21- Yang turut melibatkan masyarakat setempat iaitu program "bottom-up", atau dariakar umbi ke atas bukan sahaja dalam pembangunan fizikal tetapi pembangunan ekonomi. 

iv.) Menetapkan dasar-dasar dan pekeliling kepada PBT berhubung permit perniagaan kecil PBT (Pekeliling KSU Bilangan 3 Tahun 2008) dan Penambahbaikan Lesen Perniagaan (Pekeliling KSU Bilangan 2 Tahun 2008). Semua ini adalah usaha Kerajaan untuk mempermudahkan dan mempercepatkan urusan rakyat.

7.) Melalui pekeliling KPKT kepada PBT misalnya proses permohonan permit perniagaan kecil untuk pelanggan boleh dibuat secara on-linebagi PBT yang sedia ada sistem tersebut, kaunter bergerak di tempat tumpuan ramai seperti di pusat membeli-belah dan kaunter di PBT. Oleh kerana aktiviti perniagaan kecil tidak menimbulkan sebarang risiko, maka permit boleh dikeluarkan serta merta. Bukan itu sahaja KPKT mengarahkan bayaran fi bagi memproses permohonan permit perniagaan kecil

Page 4: Teks Ucapan Penuh Hari Usahawan

wajar dikecualikan

8. Semua ini menunjukkan hasrat kerajaan sesuai dengan slogan Y.A.B Perdana Menteri “1Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian di Utamakan”. Oleh yang demikian generasi muda harus mengambil peluang ini untuk terlibat dalam bidang keusahawanan dan perniagaan bermula dari perniagaan yang kecil sehinggalah perniagaan yang besar. Dato/ Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

9. Cabaran bagi melahirkan ramai usahawan di negara ini menjadi semakin hebat dengan tercetusnya krisis ekonomi global ketika ini. Oleh itu, kita bukan sahaja perlu menumpukan kepada inisiatif melahirkan usahawan semata-mata, tetapi juga perlu memberi perhatian kepada usaha membentuk usahawan-usahawan yang memiliki daya tahan dan daya saing yang tinggi supaya usahawan-usahawan kita mampu bertahan dan bersaing meskipun berhadapan dengan persekitaran ekonomi yang lembap serta tidak menyokong perkembangan perniagaan mereka.

10. Sehubungan dengan itu, kerajaan akan sentiasa bekerja keras dan komited dalam usaha untuk membangunkan usahawan khususnya Bumiputera supaya lebih dinamik dan berdaya saing. Untuk berjaya, para usahawan perlulah mengubah sikap ke arah yang lebih positif dan dinamik serta berminat untuk menambah ilmu dalam pelbagai aspek pengurusan perniagaan. Ini kerana dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan (k-economy) pada hari ini, hanya mereka yang berpengetahuan dan bermaklumat sahaja yang boleh maju dan berjaya. 

Dato/ Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,11. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.Bhg. Dato' Sohaimi Shahadan Pengerusi Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia atas pelawaan untuk menyempurnakan majlis Perasmian BePU ENTREPRENEUR’ S LECTURES SERIES.

Akhir sekali, dengan lafaz Bismillah Hirahman Nirahim

Page 5: Teks Ucapan Penuh Hari Usahawan

saya menyempurnakan majlis dengan rasminya.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.