Teks Ucapan Perasmian Penutup Rektor

6

Click here to load reader

Transcript of Teks Ucapan Perasmian Penutup Rektor

Page 1: Teks Ucapan Perasmian Penutup Rektor

Teks Ucapan Perasmian PenutupMajlis Aqiqah, Khatam al-Quran dan Iftar Perdana

IPGM-Kampus Pendidikan Islam15 Ramadan 1431 H/ 25 Ogos 2010

Oleh

YBHG Dato Dr. Haili DolhanRektor IPG KPM

Yang Berbahagia, Tuan Haji Amin bin Mohd.Rashid, Pengarah IPGM-Kampus Pendidikan Islam

Yang Berusaha Tuan Haji Anuar bin Ahmad , Timbalan Pengarah IPGM-Kampus Pendidikan Islam

Yang Dihormati, Pegawai-pegawai dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia,

Yang Dihormati, Ketua-Ketua Jabatan dan Unit, Barisan Pensyarah dan staf pengurusan

Yang Dikasihi, Yang diPertua JPP dan Barisan Pengerusi Biro-Biro JPP,

Yang Dikasihi para pelajar IPG Kampus Pendidikan Islam,

Seterusnya para hadirin dan hadirat yang dimuliakan sekalian,

Assalamu’alaikum wbrkth,

1. Alhamdulillah, Segala pujian dan keagungan dipanjatkan kehadrat Ilahi Rabbul Jalil, Selawat dan Salam ke atas Junjungan Mulia Muhammad al-Amin ibnu Abdullah, yang telah menghapuskan kejahilan dari muka bumi dan menyinari alam ini dengan cahaya Islam, yang telah mendamaikan alam ini dengan kemukjizatan ayat-ayat suci kalam Allah, al-Quranulkarim. Selawat dan salam juga ke atas keluarga baginda dan seterusnya para sahabat yang telah meneruskan kesinambungan menyebarkan risalah Allah di muka bumi ini.

2. Terima kasih kepada jawatankuasa Masjid Imam As-Syafie kerana menjemput saya merasmikan Majlis Aqiqah, Khatam Al_Quran dan Iftar Perdana bagi tahun 1431H/2010M. Merangkumkan empat program dalam satu majlis bertepatan dengan langkah perbelanjaan berhemah bertepatan dengan ajaran Islam yang tidak menggalakan pembaziran. Tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang pasti telah bertungkus-lumus dalam memastikan majlis ini berjalan lancar.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah;

3. Bulan Ramadan ini dianggap bulan mulia dan berkat dalam Islam. Atas keberkatan dan kemuliaannya, ibadah puasa wajib dilakukan dalam bulan Ramadan. Saya berasa amat gembira kerana warga IPGM-Kampus Pendidikan Islam, Bangi, turut bersama-sana memuliakan bulan Ramadan ini dengan amalan yang cukup dituntut iaitu amalan

1

Page 2: Teks Ucapan Perasmian Penutup Rektor

bertadarus al-Quran dan seterusnya majlis khatam al-Quran tadi. Malah sebentar nanti kita akan berbuka bersama-sama dalam melaksanakan program Iftar Ramadan Perdana. Saya juga dimaklumkan program ini telah dimulakan sejak 6.45 pagi dengan majlis Aqiqah. Tahniah kepada Jawatankuasa Pelaksana yang berjaya menyusun atur program yang bermaafat dalam bulan penuh rahmat dengan jayanya. Saya juga berasa kagum kerana warga IPGM-Kampus Pendidikan Islam, khasnya jawatan kuasa pengurusan Masjid Imam As-Syafie dan JPP telah mengambil inisiatif dengan melibatkan semua pelajar dalam aktiviti ini. Malah dalam menunaikan ibadah berpuasa, bertadarus, beraqiqah, bertarawih turut diselitkan juga majlis tahlil dan zikir sempena hari kemerdekaan peringkat IPG Kampus Pendidikan Islam. Tahniah dan syabas atas kejayaan menganjurkan majlis Iftar Ramadan ini.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan Allah,

4. Beribu-ribu syukur dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t. kerana kita dapat menjalankan ibadah puasa dalam suasana tenang dan aman sejahtera. Keselamatan terjamin, makanan mencukupi cuaca sederhana dan nyaman terasa. Hal ini berbeza dengan jutaan saudara kita di Pakistan. Mereka sedang diuji Allah dengan mala-petaka banjir besar. Lebih 1500 orang terkorban. Berjuta-juta rumah dihanyutkan banjir. Tanaman, ternakan dan mangsa yang hilang tidak terhitung jumlahnya. Namun ibadah puasa tetap mereka teruskan. Tentulah pahala puasa mereka lebih tinggi darjatnya daripada puasa kita kerana ujiannya terlalu besar. Dan saudara kita di Palestin jangan dilupakan. Hidup mereka sangat sensara dengan kepungan tentera Zionis sejak tiga tahun lalu. Sekatan terhadap bekalan makanan, ubat-ubatan dan bahan binaan menambah perit dan derita mereka dalam melaksanakan ibadah bulan ini.

5. Marilah kita berdoa semoga mereka diberikan rahmat dan kekuatan melalui semua cubaan ini. Sesungguhnya setiap sesuatu kejadian pasti tersembunyi rahmat. Dan anggaplah semua kesukaran itu sebagai ujiandaripada Allah s.w.t.

Saudara dan saudari yang dikasihi.

6. Hukum melaksanakan aqiqah untuk anak yang baru dilahirkan adalah sunat dan sangat digalakkan dalam Islam. Pendapat sedemikian merupakan pendapat jumhur imam-imam dan ahli fiqh. Oleh itu hendaklah ibu bapa melaksanakannya jika ada kemampuan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W ini. Ibadah Aqiqah juga akan menerima keutamaan dan pahala di sisi Allah S.W.T. Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis yang mafhumnya:

“Sesungguhnya manusia pada hari kiamat nanti akan diminta tanggungjawabnya atas aqiqah, sebagaimana akan diminta tanggungjawabnya atas solat-solat lima waktu.”

Jelas di sini ibadah Aqiqah juga merupakan sunnah nabi dan amatlah afdal dilaksanakan bagi setiap kelahiran.

Tuan-tuan dan puan puan yang dirahmati Allah.

7. Islam menggalakkan umatnya untuk hidup bahagia di dunia dan akhirat. Oleh itu Allah telah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w supaya dapat memimpin umatnya ke arah hidup yang sempurna;

2

Page 3: Teks Ucapan Perasmian Penutup Rektor

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 1-5

Mafhumnya

“Alif Laam Mim. Demikianlah kitab al-Quran tidak ada ragu-ragu lagi di dalamnya, ia memberi petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa (berbakti kepada Allah). Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib (tidak dapat diketahui atau tidak dapat dilihat) dan mereka mendirikan sembahyang (solat) dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepada mereka. Dan mereka beriman pada apa yang diturunkan kepada kamu (Injil, Zabur, Taurat) dan di akhirat nanti Allah akan meletakkan mereka di tempat yang sempurna. Mereka itulah yang menerima

Oleh itu, sebaik-baik hamba itu ia membaca al-Quran serta mendalami, mengkaji dan menghayati segala kandungannya kemudian mengajarkannya. Oleh itu sempena kemuliaan dan keberkatan Ramadan, saya menyeru diri saya dan hadirin hadirat sekalian meneruskan aktiviti beribadah dan bertadarus ini walaupun Ramadan telah berakhir.

Muslimin dan muslimat sekalian.

8. Apa makna kemerdekaan bagi kita? Sebagai kelompok terbesar daripada keseluruhan rakyat Malaysia, umat Islam seharusnya dapat mengutip makna kemerdekaan tersebut daripada al-Quran. Dalam kitab suci ini ditunjukkan pelbagai kisah kemerdekaan orang-orang terdahulu yang dapat mengilhami kita, bagaimana seharusnya menjadi bangsa merdeka dalam era globalisasi ini.

Pertama, makna kemerdekaan dapat dipetik daripada kisah Nabi Ibrahim a.s ketika baginda membebaskan diri daripada orientasi asasi yang keliru dalam kehidupan manusia. Dalam surah al-An’am ayat 76-79 dikisahkan perjalanan spiritual Nabi Ibrahim dalam mencari Tuhan. 

Pencarian spiritual tersebut merupakan usaha Nabi Ibrahim dalam membebaskan hidup daripada orientasi kehidupan yang diyakininya keliru, namun hidup subur dalam masyarakatnya.

Sebagaimana diketahui, masyarakat yang melingkungi Ibrahim a.s ketika itu menyembah berhala. Bagi Ibrahim a.s, peyembahan terhadap berhala merupakan kesalahan besar kerana secara logiknya pun perbuatan itu membawa manusia kepada perlakuan penghambaan yang menjatuhkan harkat dan martabat diri mereka sendiri sebagai manusia. 

Bentuk penghambaan yang menjatuhkan harkat-martabat manusia seperti itu juga terjadi pada era moden. Penghambaan terhadap materialisme dan hedonisme telah membawa manusia moden untuk melakukan pelbagai ‘kesalahan’ seperti rasuah tanpa rasa bersalah, mengorbankan nyawa-nyawa tidak berdosa, menghalalkan pelbagai cara untuk meraih kedudukan dan kekuasaan, dan seterusnya.

  Sidang hadirin yang dihormati,

3

Page 4: Teks Ucapan Perasmian Penutup Rektor

9. Kedua,, makna kemerdekaan juga dapat dipetik daripada kisah Nabi Musa a.s ketika membebaskan bangsanya daripada penindasan Firaun. Kekejaman Firaun terhadap Bani Israil dikisahkan menerusi pelbagai ayat di dalam al-Quran. Firaun merupakan ‘bayangan masyarakat’ yang angkuh dan tamak akan kekuasaan di muka bumi.

Keangkuhan pemimpin atau penguasa seperti ini membuat mereka tidak segan silu membunuh dan memperhambakan kaum lelaki Bani Israil dan menistakan kaum wanitanya. Keangkuhan inilah yang mendorong Musa a.s tergerak memimpin bangsanya untuk membebaskan diri daripada penindasan, dan akhirnya meraih kemerdekaan sebagai bangsa yang mulia dan bermartabat (Al-A’raaf: 127, Al-Baqarah: 49, dan Ibrahim: 6)

Seperti halnya kisah kejayaan Nabi Musa a.s, perisytiharan kemerdekaan 31 Ogos 1957 hakikatnya juga merupakan catatan sejarah yang mengakhiri episod keangkuhan dan penindasan kolonial. Satu keangkuhan yang membuat bangsa kita terhina selama ratusan tahun.

10. Tugas dan tanggungjwab terberat daripada sebuah bangsa merdeka sesungguhnya adalah bagaimana mempertahankan kemerdekaan dirinya sebagai bangsa merdeka, serta bebas daripada hegemoni dalaman dan luaran yang menindas. Merdeka daripada hegemoni penindasan dalaman bererti bebas daripada pemimpin-pemimpin dan kelompok-kelompok tertentu yang berpengaruh, yang bertindak dan bertingkah laku laksana penjajah asing yang lupa akan perjuangan orang-orang terdahulu dan ‘tidak segan silu’ berusaha merombak ‘keharmonian’ hidup masyarakat.

Kita memerlukan pemimpin yang sayang dan cinta kepada rakyat dan negaranya sendiri. Tidak hanya cinta sebatas di bibir, namun juga mencintai dan menzahirkannya dalam bentuk dan tindakan yang nyata.

Tuan-tuan dan puan puan,

11. Sesungguhnya di tangan tuan-tuan dan puan-puanlah yang akan mewarnai rupa dan bentuk bangsa merdeka ini kerana perjalanan kehidupan tuan-tuan dan puan-puan masih jauh.

Akhir kata, saya ucapkan selamat berpuasa, menyambut hari raya puasa dan dengan lafaz mulia Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan penutupan Majlis Aqiqah, Khatam al-Quran dan Iftar Perdana peringkat IPGM-Kampus Pendidikan Islam bagi tahun 2010 bersamaan tahun 1431 Hijrah.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

4