TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL...

30
1 TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI VETERAN TENTERA MALAYSIA

Transcript of TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL...

Page 1: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

1

TEKS UCAPAN PERASMIAN

YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH

ABDULLAH

PRESIDEN ANGKASA

MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT

AGUNG PERMULAAN KOPERASI

VETERAN TENTERA MALAYSIA

Page 2: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

2

3 OGOS 2019 (SABTU)

9.00 PAGI

BILIK ILMUAN 1, ARAS 2, ANJUNG

MENARA TUN ABDUL RAZAK, UTM

JALAN SEMARAK, KL

Bismilahirrahmanirahim.

Page 3: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

3

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh dan salam sejahtera

Terima kasih saudara/saudari

Pengacara Majlis

[SALUTASI DISEDIAKAN OLEH

URUSETIA PROGRAM]

Page 4: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

4

Tuan-tuan dan puan-puan yang

dihormati sekalian

1. Di pagi yang mulia ini, marilah

kita bersama-sama mengucapkan

syukur ke hadrat ALLAH S.W.T.

kerana mengurniakan kepada kita

kesihatan berpanjangan yang

Page 5: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

5

membolehkan kita bersama-sama

berkumpul pada hari ini.

2. Saya mengucapkan setinggi

penghargaan dan terima kasih

kepada tuan-tuan semua yang

telah sudi menjemput saya ke majlis

ini dan seterusnya merasmikan

Page 6: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

6

Mesyuarat Agung Permulaan

Koperasi Veteran Tentera Malaysia

Berhad. Kepada Jawatankuasa

penaja, tahniah atas kejayaan

mengadakan mesyuarat agung

permulaan yang pertama seperti

mana ditetapkan oleh peraturan-

peraturan koperasi negara kita.

Page 7: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

7

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

3. Kerajaan telah mengambil

langkah bijak melaksanakan Dasar

Koperasi Negara. Dasar ini

merupakan pelan pembangunan

gerakan koperasi Malaysia untuk

tempoh 10 tahun (2011 – 2020).

Page 8: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

8

Melaluinya, dasar-dasar penting

koperasi digariskan termasuk sektor-

sektor/bidang-bidang keberhasilan

utama yang perlu difokuskan.

Dalam merancang aktiviti-aktiviti,

saya sarankan juga koperasi rujuk

DKN bagi mendapat gambaran

lebih luas mengenai bidang-bidang

Page 9: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

9

perniagaan yang digalakkan

diceburi koperasi.

4. Saya mengambil kesempatan

di sini untuk mengimbas sedikit

pengalaman-pengalaman dan

perkembangan gerakan koperasi di

Malaysia. Gerakan koperasi

Page 10: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

10

diperkenalkan di Malaysia sejak 96

tahun yang lalu, berperanan

sebagai sebuah institusi untuk

membangunkan taraf sosio-

ekonomi anggotanya dengan

menitikberatkan penerapan konsep

bekerja bersama-sama, tolong

menolong dan bantu membantu

Page 11: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

11

demi memenuhi keperluan dan

manfaat bersama.

5. Gerakan koperasi diteraskan

oleh nilai-nilai sejagat seperti

berdikari, demokrasi, persamaan

hak (equality), keadilan (equity)

dan semangat bersatu padu

Page 12: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

12

(solidarity) dan nilai etika seperti

ketelusan, kejujuran dan keikhlasan,

semangat mementingkan

tanggung jawab sosial dan berbakti

kepada masyarakat.

6. Gerakan awal koperasi tidak

bertujuan memaksimumkan

Page 13: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

13

keuntungan sehingga mahu

melakukan penindasan atau

penipuan terhadap anggotanya

sendiri. Sebaliknya, koperasi

bertujuan memberikan keperluan

atau perkhidmatan pada kadar

yang berpatutan. Prinsip ini yang

perlu dijaga supaya identitinya

Page 14: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

14

kekal.

7. Koperasi juga mempunyai

falsafahnya sendiri. Ia tidak

mementingkan keuntungan yang

maksimum, tetapi apa yang

diutamakan ialah kebajikan

anggotanya. Koperasi juga

Page 15: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

15

bertujuan menawarkan

perkhidmatan dan barangan

dengan harga yang berpatutan.

Perkhidmatan yang ditawarkan

hendaklah berkualiti dan boleh

menjadi alternatif yang baik

kepada masyarakat.

Page 16: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

16

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

8. Koperasi dikawal, ditadbir dan

diuruskan oleh anggotanya sendiri

sebagai pemilik dan pelanggan.

Keunikan ini memudahkan koperasi

menjalankan aktiviti-aktiviti bagi

meningkatkan taraf pendapatan

Page 17: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

17

anggotanya. Pada masa yang

sama koperasi akan mempunyai

jaminan pasaran di kalangan

anggotanya bagi aktiviti atau

projek yang dijalankan.

9. Koperasi dimiliki oleh

anggotanya dan koperasi bergerak

Page 18: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

18

serta berniaga atas sokongan para

anggotanya yang bersemangat

koperasi. Koperasi dipunyai oleh

anggota yang dikawal secara

demokrasi di kalangan anggota

dan aktiviti koperasi dilanggani oleh

anggota sendiri. Berdasarkan

prinsip ini, kita dapat melihat

Page 19: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

19

bahawa masa depan gerakan

koperasi banyak bergantung

kepada anggotanya. Anggota

koperasi adalah teras kepada

kejayaan koperasi itu sendiri.

10. Saya ingin menegaskan

bahawa tuan-tuan sebagai

Page 20: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

20

anggota koperasi mempunyai

tanggungjawab yang berat bagi

memastikan koperasi tuan-tuan

berada di landasan kejayaan

sepenuhnya. Sebagai anggota kita

juga mesti menanamkan semangat

kekitaan dan sayangkan koperasi di

dalam diri kita. Kita juga mesti

Page 21: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

21

menyatakan komitmen dan

dedikasi yang tidak berbelah bagi

untuk menghindar sebarang gejala

yang tidak diingini meresap dan

menular di dalam koperasi kita.

11. Koperasi ini telah kita bina

bersama dan lantaran itu kita mesti

Page 22: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

22

mempertahankannya supaya ia

terus berkembang dan berdaya

maju serta mampu bersaing di

dalam arus pembangunan nasional

dan menyertai pelbagai aktiviti

pembangunan ekonomi negara.

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

Page 23: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

23

12. Seperkara yang utama

yang hendak saya sampaikan

kepada pemimpin koperasi ini ialah

tuan-tuan harus mampu untuk

menukar gaya kepimpinan cara

lama kepada pendekatan yang

lebih moden yang berteraskan ciri

kepercayaan dan ketelusan.

Page 24: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

24

13. Untuk itu, pemimpin-

pemimpin koperasi semestinya

bersedia untuk mengalami

perubahan melalui penerapan

tabiat suka membaca, menghadiri

siri-siri latihan yang berkaitan dan

tidak segan untuk bergaul dengan

ahli-ahli korporat yang telah

Page 25: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

25

berjaya. Kita mesti mempunyai

fikiran yang terbuka.

14. Pemimpin koperasi juga

harus bersedia untuk mengamalkan

ciri-ciri kepimpinan yang terbaik

dan melaksanakannya selaras dan

seiring dengan kehendak dan

Page 26: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

26

citarasa anggota. Idea atau

pandangan daripada anggota

mesti ditimbang dengan

sewajarnya dan tidak dipandang

sepi begitu sahaja. Kita mestilah

selalu mengingati bahawa tampuk

kepimpinan koperasi adalah

ditentukan oleh anggota.

Page 27: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

27

15. Pemimpin koperasi

hendaklah sentiasa aktif

memikirkan masa depan koperasi di

dalam semua aspek. Kita tidak

boleh mengambil sikap sambil lewa

ketika menjalankan

tanggungjawab dan hendaklah

sentiasa berusaha untuk

Page 28: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

28

mengurangkan pergantungan

koperasi kepada sumber luar.

16. Sebelum mengakhiri

ucapan ini saya ingin berpesan

supaya koperasi Veteran Tentera

Malaysia Berhad sentiasa peka

dengan perkembangan-

Page 29: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

29

perkembangan yang berlaku

khususnya di dalam sektor ekonomi

negara. Mana-mana

perkembangan yang boleh

diterjemahkan sebagai peluang

hendaklah direbut dengan segala

kekuatan yang ada.

Page 30: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/...TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH ... ciri-ciri kepimpinan

30

17. Akhir kata, dengan lafaz

suci Bismillahi rahmanirahim saya

merasmikan Mesyuarat Agung

Permulaan Koperasi Veteran

Tentera Malaysia Berhad.

Sekian, terima kasih.