TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH...

28
1 TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT, REDIRECT BIN TO GARDEN DAN PENYERAHAN

Transcript of TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH...

Page 1: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

1

TEKS UCAPAN PERASMIAN

YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH

ABDULLAH

PRESIDEN ANGKASA

MAJLIS PERASMIAN PROJEK

KHIDMAT MASYARAKAT, REDIRECT

BIN TO GARDEN DAN PENYERAHAN

Page 2: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

2

MESIN KOMPOS SISA MAKANAN

KEPADA SEKOLAH KEBANGSAAN

SUNGAI RAMAL DALAM

10 JANUARI 2020 (JUMAAT)

10.00 PAGI

Page 3: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI

RAMAL DALAM, KAJANG,

SELANGOR

Bismillahhirrahmanirrahim

Page 4: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

4

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh, Selamat Sejahtera

dan Salam 1 Koperasi

Terima Kasih Pengacara Majlis

[SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA

PROGRAM]

Page 5: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

5

1. Pertamanya, marilah kita

memanjatkan kesyukuran ke hadrat

ALLAH S.W.T. yang mengizinkan

Majlis Perasmian Projek Khidmat

Masyarakat, Redirect Bin To Garden

dan Penyerahan Mesin Kompos Sisa

Makanan Kepada Sekolah

Kebangsaan Sungai Ramal Dalam

Page 6: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

6

dapat dijalankan dengan jayanya

pada hari ini.

2. Saya mengucapkan tahniah

dan syabas kepada Penasihat

Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar

Mohd Ali dan pasukan L.I.F.E Squad

siswazah tahun akhir Sarjana

Page 7: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

7

Pentadbiran Perniagaan, UKM yang

berjaya merealisasikan idea

inovatif Projek Redirect: Bin to

Garden.

3. Saya juga menyanjung tinggi

sokongan padu yang dihulurkan

agensi-agensi Kerajaan seperti

Page 8: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

8

Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ),

Perbadanan Pengurusan Sisa

Pepejal dan Pembersihan Awam

(Swcorp), pihak sekolah SK Sungai

Ramal Dalam serta kerjasama

beberapa organisasi yang

berganding bahu menjayakan

program ini sebagai

Page 9: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

9

tanggungjawab sosial dan korporat

(CSR) mereka.

4. Untuk makluman, ANGKASA

sebagai badan Apeks gerakan

koperasi Malaysia yang memayungi

lebih 14,000 koperasi dengan

bilangan ahli koperasi melebihi 6

Page 10: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

10

juta orang; syer/yuran berjumlah

RM15.2 bilion; aset RM143.6 bilion

dan menyumbang perolehan

sebanyak RM24.6 bilion menyokong

penuh sebarang usaha ke arah

kelestarian alam dan

pembangunan mampan selaras

dengan pegangan prinsip ketujuh

Page 11: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

11

koperasi berprihatin terhadap alam

sekitar dan meletakkan

tanggungjawab sosial sebagai

agenda utama gerakan koperasi

Malaysia.

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

Page 12: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

12

5. Pembaziran makanan

menjadi masalah besar dalam

kalangan masyarakat kita dan

semakin tenat serta

membimbangkan. Dianggarkan

rakyat Malaysia menjana lebih

daripada 16,000 tan sisa makanan

sehari dan daripada jumlah

Page 13: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

13

tersebut, 3,000 tan sisa makanan

masih boleh dimakan. Lebih

mengejutkan lagi, kuantiti

pembaziran makanan di Malaysia

cukup untuk memberi makan

kepada 12 juta orang tiga kali

sehari. Jumlah ini menjadi semakin

kritikal dan meningkat sebanyak 15-

Page 14: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

14

20 peratus semasa musim perayaan

berlangsung.

6. Dari kaca mata global, nilai

sisa makanan yang dikumpulkan

boleh mencecah sehingga USD 1

Trillion. Hal ini jelas menunjukkan

kerugian besar dan pelbagai impak

Page 15: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

15

negatif yang bakal ditanggung

penduduk dunia sekiranya

fenomena ini dibiarkan berterusan

tanpa tindakan.

7. Statistik ini mengambarkan

masalah ini perlu dipandang serius

dan ditangani segera. Program

Page 16: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

16

hijau anjuran pelajar tahun akhir

Sarjana Pentadbiran Perniagaan

daripada Universiti Kebangsaan

Malaysia yang menzahirkan

komitmen dan pendirian tegas

terhadap isu global ini menerusi

projek Redirect: Bin to Garden harus

Page 17: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

17

dipuji dan diberi perhatian

sewajarnya.

8. Usaha ini perlu diangkat

sebagai tanda sokongan kepada

17 bidang utama dalam Matlamat

Pembangunan Mampan

(Sustainable Develompent Goals)

Page 18: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

18

yang dikemukakan oleh

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(PBB) dalam Perhimpunan Agung

PBB pada 2015 untuk dicapai pada

2030 sebagai agenda demi

pembangunan dan kemaslahatan

manusia dan Bumi.

Page 19: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

19

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

9. Tiga Matlamat Pembangunan

Mampan (SDG) sangat relevan

dengan fenomena yang sedang

berlaku dewasa ini di Malaysia dan

di seluruh dunia iaitu KELAPARAN

SIFAR (SDG 2) dan PENGGUNAAN,

Page 20: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

20

PENGELUARAN MAMPAN DAN

PERUBAHAN IKLIM (SDG 12 DAN SDG

13).

10. Menurut laporan

Pembangunan Lestari Kerajaan

Malaysia pada 2018, Kelaparan sifar

dan kekurangan zat makanan pula

Page 21: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

21

berkurangan sebanyak 90% dari

1990 hingga 2014. Malaysia adalah

antara 15 negara di dunia yang

berjaya mencapai peratusan yang

tinggi ini. Dengan usaha

pengurusan bijak lebihan sisa

makanan adalah diharap menjadi

langkah yang rasional dalam

Page 22: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

22

perjalanan untuk mewujudkan

Malaysia yang lebih mampan dan

mesra alam.

11. Aktiviti kitar semula, sifar

sisa, pengurusan sisa yang efektif

dan mampan mestilah menjadi

amalan yang wajib dilakukan bagi

Page 23: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

23

memastikan pembangunan lestari

pada waktu ini dan pada masa

akan datang. Aktiviti-aktiviti seperti

ini jika boleh diamalkan secara

berterusan akan membantu

mengurang atau menghapuskan

pelepasan karbon dioksida ke alam

sekitar.

Page 24: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

24

12. Sekolah adalah tempat

terbaik untuk memupuk kesedaran

terhadap pemeliharaan dan

pemuliharaan alam sekitar.

Pemilihan Sekolah Kebangsaan

Sungai Ramal Dalam sebagai pilot

projek ini amat bertepatan untuk

Page 25: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

25

pendidikan kecintaan terhadap

alam sekitar.

13. Jelas usaha murni

kumpulan pascasiswazah UKM

memberi mesin inovatif teknologi

hijau yang mengurai sisa makanan

kepada kompos secara tidak

Page 26: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

26

langsung memberi impak positif

kepada generasi muda untuk lebih

bijak dan berhemah dalam

pengurusan sisa makanan. Hasil

kompos tersebut akan digunakan

sebagai baja untuk tanaman pokok

bunga dan sayuran di kawasan

landskap sekolah.

Page 27: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

27

14. Diharapkan lebih banyak

organisasi akan mengikuti langkah

UKM dan seterusnya mencapai

objektif pengurangan makanan

pada pertengahan 2030. Bersama

sama menjaga kelestarian alam

sekitar dan sayangi bumi kita.

Page 28: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/... · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... Projek Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali dan

28

15. Saya dengan lafaz

bismillahirrahmanirahim

merasmikan Projek Khidmat

Masyarakat, Redirect Bin To Garden

dan Penyerahan Mesin Kompos Sisa

Makanan Kepada Sekolah

Kebangsaan Sungai Ramal Dalam.

Sekian, terima kasih.