teks ucapan pibg

6
Terima kasih pengacara majlis. Bismilla hirrahma nirahim. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Yang dihormati uan Haji Iskandar Molanah, Pengerusi Kumpulan Sarana Ibu Bapa,. Yang dihormati Puan Yahtimi Sipin, Guru Besar SK Kampong JAwa, Yang berusaha Pn Shamsiah Ahmad, Timbalan Pengerusi PIBG, Ahli –ahli Jawatankuasa PIBG Guru-guru, para ibu bapa dan para pelajar yang saya hormati sekalian. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam majlis yang mulia ini sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Kampong Jawa bagi tahun 2015 in. Pertama sekali, saya merakam ribuan terima kasih kepada Tn Hj Iskandar kerana sudi hadir dalam majlis kita pada hari ini walaupun kita tahu YB amat sibuk dengan tugasan . Saya juga mengucapkan syabas dan terima kasih atas kehadiran tuan/puan, para ibu bapa yang menggambarkan kesungguhan dan komitmen kita dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak kita pada masa hadapan. Hadirin dan hadirat sekalian. Bunga selasih di tapak tangan,

description

teks

Transcript of teks ucapan pibg

Page 1: teks ucapan pibg

Terima kasih pengacara majlis. Bismilla hirrahma nirahim.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Yang dihormati uan Haji

Iskandar Molanah, Pengerusi Kumpulan Sarana Ibu Bapa,. Yang dihormati

Puan Yahtimi Sipin, Guru Besar SK Kampong JAwa, Yang berusaha Pn

Shamsiah Ahmad, Timbalan Pengerusi PIBG, Ahli –ahli Jawatankuasa

PIBG Guru-guru, para ibu bapa dan para pelajar yang saya hormati

sekalian. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-

Nya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam majlis yang mulia ini

sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Kampong Jawa bagi tahun 2015 in.

Pertama sekali, saya merakam ribuan terima kasih kepada Tn Hj Iskandar

kerana sudi hadir dalam majlis kita pada hari ini walaupun kita tahu YB

amat sibuk dengan tugasan . Saya juga mengucapkan syabas dan terima

kasih atas kehadiran tuan/puan, para ibu bapa yang menggambarkan

kesungguhan dan komitmen kita dalam meningkatkan kecemerlangan

anak-anak kita pada masa hadapan. 

Hadirin dan hadirat sekalian. 

Bunga selasih di tapak tangan, 

Dipetik orang harum mewangi, 

Segunung kasih kami taburkan.

Keprihatinan tuan dijunjungi tinggi. 

Alhamdulillah. Masa terus berlalu, tanpa kita sedar tahun ini, sekolah ini

telah mencecah usia 65 tahun. Dalam usia begitu, banyak kecemerlangan

dan kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang

akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Kejayaan dan

Page 2: teks ucapan pibg

kecemerlangan ini menggambarkan kejayaan usaha guru-guru di sekolah

kita yang tidak pernah berasa putus asa dalam mendidik anak-anak kita.

Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan doa kita serta kerjasama

yang terjalin kukuh antara guru dan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah

swt. Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG

menyokong segala usaha pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti.

Umpamanya, Program Solat Hajat bulanan,. Pihak PIBG juga banyak

memberi sumbangan dalam bentuk kewangan untuk pelbagai aktiviti

kurikulum dan kokurikulum sekolah serta hadiah kecemerlangan untuk

pelajar-pelajar yang berjaya. Pada hari ini juga kita berbesar hati

menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang telah mencapai kejayaan

cemerlang dalam UPSR yang lalu, Penghargaan seumpama ini diharapkan

akan menjadi titik tolak, membakar semangat para pelajar untuk berusaha

lebih gigih mencapai kecemerlangan dalam UPSR. Walau bagaimanapun,

anak-anak sekalian janganlah kita berusaha belajar untuk Berjaya dengan

cemerlang kerana mengharapkan penghargaan dan hadiah semata-mata.

Belajarlah untuk mencapai kecemerlangan bagi mengubah hidup anak-

anak pelajar dan juga keluarga pada masa hadapan kelak. 

Hadirin hadirat yang dimuliakan, 

Sumbangan yang PIBG berikan dalam menjayakan semua aktiviti ini

adalah sebahagian besarnya daripada hasil sumbangan yang kita

sumbangkan dalam tabung PIBG. Tabungan PIBG tiada mempunyai

sumber lain kecuali melalui sumbangan daripada pihak tuan-puan juga.

Justeru, saya ingin menyeru kepada semua yang hadir hari ini agar kita

Page 3: teks ucapan pibg

sama-sama memberi sumbangan kepada tabung derma yang akan

diedarkan nanti.

Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada

kepada hebatnya guru-guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus

sekolah, malahan perlu seiringan dengan kecemerlangan murid dari aspek

akademik, sahsiah dan kokurikulum serta komitmen padu para ibu bapa

dan komuniti setempat. Kita tidak boleh lepas tangan menyerahkan bulat-

bulat urusan mendidik anak-anak kita kepada pihak sekolah semata-mata.

Amat molek kiranya kita boleh duduk berbincang tanpa ada rasa sangsi

antara kita. Jika pihak sekolah mengambil tahu segala tindak-tanduk anak-

anak tuan-puan dari sekecil-kecil laku umpama tidak menyiapkan kerja

sekolah, membawa kepada masalah ponteng kelas atau ponteng sekolah

kepada sebesar-besar masalah, umpama gejala vandalisme atau

merosakkan harta benda sekolah, pergaduhan sesama mereka malahan

juga kes buli, serta cabul, itu menggambarkan kecaknaan guru-guru dan

pihak sekolah terhadap anak-anak kita. Sewajarnya lah kita memberi

kerjasama kepada guru-guru ini dan juga pihak sekolah. Kita juga harus

mengelakkan sikap menunding jari sesama kita, tetapi patut mengambil

jalan tengah penyelesaian secara bersama untuk kebaikan kita bersama

juga.

hadirin dan hadirat sekalian,

 Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan

pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham

sesama kita. Kita jadikan diri kita, guru-guru dan masyarakat setempat

Page 4: teks ucapan pibg

sebagai satu komuniti yang saling lengkap-melengkapi. Masalah disiplin

dan tingkah laku anak-anak perlu kita tanganinya bersama. Masalah

ponteng sekolah yakni tidak hadir ke sekolah mesti diambil tindakan

segera. Jangan kita biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab yang

munasabah. Saya merasakan para guru akan merasakan bangga jika kita

sebagai ibu bapa sentiasa mengambil berat dengan disiplin anak-anak kita

di sekolah. Kita harus sedar, kecemerlangan seseorang pelajar ini amat

bergantung kepada pendisiplinan mereka dalam menuntut ilmu. Mereka

mesti disiplin dengan peraturan agama Islam. Mereka juga mesti berdisiplin

dengan peraturan sekolah. Untuk ini, kita perlu mendampingi dan selalu

bertanya khabar dengan guru tentang anak-anak kita. Jangan ambil

tindakan melulu berdasarkan maklumat daripada anak-anak kita semata.-

mata. Mungkin sikap mereka di rumah tidak sama dengan sikap mereka

ketika di sekolah. Akhir kata, sebelum saya menutup ucapan ini, saya ingin

merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama kepada

guru-guru dan ibu bapa atas kerjasama padu demi melihat kejayaan anak-

anak pelajar semua.

Sampan kotak hilir mudik,

Dayung patah galah sebatang;

Ikhtiar tidak datang menggolek,

Akal tidak datang melayang .

 Sekian, terima kasih.