Teks Ucapan Wakil Pelajar

4
TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA MAJLIS PERTUKARAN GURU BESAR CIKGU NAZARUDIN Terima kasih Pengerusi Majlis.. Yang Diraikan Encik Nazarudin, Guru Besar SK Bakap Indah, Yang Dihormati _______________________________ Yang Dipertua PIBG Yang Dihormati Guru Penolong Kanan Pentadbiran – Encik Shukri, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid – Puan Halimah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Encik Zainudin ,guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah

description

teks ucapan

Transcript of Teks Ucapan Wakil Pelajar

Page 1: Teks Ucapan Wakil Pelajar

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA MAJLIS PERTUKARAN GURU

BESAR CIKGU NAZARUDIN

Terima kasih Pengerusi Majlis..

Yang Diraikan Encik Nazarudin, Guru Besar SK Bakap Indah,

Yang Dihormati _______________________________ Yang Dipertua PIBG

Yang Dihormati Guru Penolong Kanan Pentadbiran – Encik Shukri,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid – Puan Halimah,

Guru Penolong Kanan Kokurikulum Encik Zainudin

,guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa

Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama

meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini.

Para Hadirin Yang Diraikan dan Dikasihi Sekalian,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap

perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika

Page 2: Teks Ucapan Wakil Pelajar

bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat

dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan seorang guru yang

amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, guru ini bukan sekadar guru, tetapi

ibarat bapa kami dalam sebuah keluarga besar di Sekolah Kebangsaan Bakap

Indah ini.

Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab.

Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai Cikgu Nazarudin.

Sepanjang tempoh perkhidmatan di Sekolah Kebangsaan Bakap Indah, beliau

telah banyakmenyumbangkan jasa dan bakti buat anak bangsa terutamanya para

pelajar di sekolah ini. Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang,

melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan

pelajar melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang berhati

murni dan sentiasa memberikan yang terbaik buat para pelajarnya.

Hadirin dan Hadirat sekalian, pada kesempatan ini, saya sebagai wakil

murid – murid SekolahKebangsaan Bakap Indah merakamkan setinggi-tinggi

ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Nazarudin yang tidak pernah

mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak- anak

muridmu.

Page 3: Teks Ucapan Wakil Pelajar

Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan

peliharaan-Nya kepada Cikgu Nazarudin serta keluarga, dipanjangkan usia,

diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi

manfaat agama, bangsa dan negara.Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang

tak kata. Benar kata pepatah Melayu,patah kan tumbuh, hilang kan berganti,

namun yang hilang akan tetap kekal menjadi kenangan abadi. Saya akhiri ucapan

saya dengan Wabillahitaufik walhidayahwassalamualaikum warah matullah

hiwabarakatuh.Sekian, terima kasih.