Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup ...
Transcript of Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup ...
TEKS UCAPAN Y.BHG. TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA
MAJLIS PENUTUP PERSIDANGAN SURUHANJAYA-SURUHANJAYA PERKHIDMATAN
AWAM MALAYSIA
6 OKTOBER 2011 (KHAMIS), 11.00 PAGI
SULTAN AHMAD SHAH INTERNATIONAL CONVENTION
CENTRE KUANTAN, PAHANG
1
Bismillahir rahmanir rahim
Assalaamualaikum warahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam 1Malaysia
Y. Bhg. Tan Sri Jamaluddin Bin Hj.
Ahmad Damanhuri
Pengerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia
Y. Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin
Haji Awang
Pengerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran
Y. Bhg. Dato' Haji Alias Bin Abdullah
Pengerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Negeri Pahang
2
Y.H. Dato’ Mohamad Ridzwan Mohd
Tahar, Timbalan SUK Pahang
Pengerusi-Pengerusi Suruhanjaya
serta Timbalan-Timbalan Pengerusi
Suruhanjaya
Ahli Suruhanjaya-Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia
Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan
dan Negeri
Y.Bhg. Dato’-Dato’, Datin-Datin,
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang
dihormati sekalian.
3
Alhamdulillah, marilah kita
memanjatkan kesyukuran ke hadrat
Allah SWT kerana dengan limpah
kurnia dan keizinan Nya jua, kita
dapat berkumpul di dalam dewan ini
bagi menyempurnakan Majlis
Penutup Persidangan Suruhanjaya-
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Malaysia Tahun 2011.
2. Saya merakamkan ucapan
terima kasih dan tahniah kepada
semua peserta Persidangan
Suruhanjaya-Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia
Tahun 2011 kerana telah dapat hadir
4
dan memberi sumbangan dalam
persidangan yang penting lagi
bermakna ini. Persidangan
Suruhanjaya-Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia ini
merupakan satu forum yang amat
penting bagi Ahli-Ahli Suruhanjaya
untuk berbincang, bertukar fikiran,
mendapatkan input serta idea baru
dan seterusnya menghasilkan
rumusan terbaik bagi memastikan
perkhidmatan awam negara kita
adalah cekap dan berkualiti.
Komitmen yang diberikan oleh
semua peserta terhadap
persidangan kali ini melambangkan
5
sokongan terhadap agenda
transformasi negara bagi
membentuk perkhidmatan awam
yang lebih inovatif lagi.
3. Saya menaruh penuh harapan
dan keyakinan bahawa melalui
persidangan ini, banyak manfaat
telah diperolehi sebagai usaha
berterusan menerokai peluang dan
alternatif baru bagi memperkasakan
pengurusan modal insan sektor
awam yang bersifat dinamik.
Persidangan seperti ini jelas
menunjukkan kesungguhan
Suruhanjaya-Suruhanjaya
6
Perkhidmatan Awam untuk sentiasa
menambah baik penyampaian
perkhidmatan kepada stakeholders
terutamanya rakyat. Melalui tema
persidangan, iaitu “Perkhidmatan
Awam Dinamik Pemacu
Kecemerlangan”, adalah diharapkan
suatu hala tuju yang konkrit dapat
dirumuskan bersama dalam usaha
menyemarakkan lagi pencapaian
dan kecemerlangan negara kita.
Saudara-saudari sekalian,
4. Pada hari kelmarin, iaitu hari
Selasa, 5 Oktober, saya telah
mempengerusikan mesyuarat MSC
7
Malaysia Flagship Coordination
Committee atau FCC, mengenai
kemajuan projek-projek ICT
Kerajaan seperti E-Government,
Smart School, Telehealth dan
sebagainya. Pada akhir mesyuarat,
Urus setia telah membentangkan
FCC versi 2.0 mengenai hala tuju
Jawatankuasa tersebut pada masa
hadapan supaya lebih mantap serta
selari dengan aspirasi dan hasrat
kerajaan. Namun, saya telah
mencabar Urus setia serta ahli
mesyuarat – mengapa FCC 2.0?;
mengapa tidak FCC 10.0? Adalah
amat penting bagi kita merancang
8
mengenai perkara-perkara yang
lebih jauh ke masa hadapan dan
bawanya ke hari ini, iaitu fikir dan
laksanakannya sekarang – baik
dalam peranan kita di dalam
jawatankuasa seperti FCC mahupun
sebagai penjawat awam mahupun
sebagai ahli Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam.
5. Pelukis terkemuka dunia,
Leornardo Da Vinci, pada tahun
1480 telah mula melukis mengenai
kapal terbang. Beliau mempunyai
lebih 100 buah lukisan yang
melakarkan pemikiran beliau
9
mengenai mesin yang boleh
membawa manusia untuk
“terbang”. Sebagaimana kita
ketahui, penerbangan pertama yang
berjaya dilakukan oleh manusia
ialah pada 17 Disember 1903 oleh
Orville Wright, iaitu lebih 400 tahun
setelah Leornardo Da Vinci mula
melukis mengenai penerbangan
manusia. Malah, helikopter yang
kita lihat pada hari ini adalah
berasaskan kepada reka bentuk
yang dilakarkan oleh Leonardo da
Vinci di dalam salah sebuah
lukisannya yang dinamakan
Ornithopter.
10
6. Begitu juga Jules Verne,
penulis science fiction yang tidak
asing lagi, pada tahun 1863 telah
menulis sebuah novel bertajuk
Paris in the Twentieth Century.
Novel tersebut mengisahkan
seorang pemuda yang tinggal di
dalam sebuah bangunan pencakar
langit, perjalanan menaiki kereta api
berkelajuan tinggi, kereta yang
berkuasa gas, serta jaringan
komunikasi seluruh dunia. Namun,
penerbit buku-buku beliau pada
masa itu, mencadangkan supaya
Verne menunggu 20 tahun lagi
untuk menerbitkan bukunya. Verne
11
menyimpan manuskripnya itu di
dalam sebuah peti besi. Lebih 120
tahun kemudian, pada tahun 1989
seorang cicit beliau terjumpa
manuskrip tersebut, dan pada tahun
1994 buku tersebut akhirnya
diterbitkan. Kalau saudara-saudari
masih ingat, pada sekitar tahun
1993 dan 1994, masa buku beliau
diterbitkan, Internet baru sahaja
mula dikenali oleh masyarakat
dunia sebagai saluran komunikasi
penting, sedangkan Jules Verne
telah pun berfikir mengenainya
pada tahun 1863.
12
Saudara-saudari sekalian,
7. Bertitik tolak dari cerita-cerita
tersebut, cuba kita bayangkan apa
yang dihasratkan oleh Kerajaan dan
rakyat terhadap peranan kita
sebagai penjawat awam.
Bagaimana kita lihat peranan kita 20
tahun dari sekarang, atau seperti di
dalam tulisan Jules Verne, 100
tahun dari sekarang. Seterusnya,
kita fast forward dan laksanakannya
pada hari ini juga. Tidak perlu
tunggu 20 tahun atau 100 tahun lagi
untuk merealisasikannya. Dengan
cara ini, pastinya kita akan sentiasa
13
berada di hadapan keluk atau
“ahead of the curve” aspirasi dan
harapan stakeholders kita serta
aspirasi dan harapan sendiri.
8. Asas utama kepada Program
Transformasi Ekonomi yang sedang
giat dilaksanakan oleh Kerajaan
pada masa ini, ialah sebuah sektor
swasta yang cergas bagi menarik
lebih banyak pelaburan,
mewujudkan pekerjaan nilai tinggi,
dan menempatkan Malaysia, negara
kita di pasaran global untuk
memacu pertumbuhan pendapatan
tinggi yang berkekalan. Bagi
14
menjayakan ini sokongan daripada
sektor awam yang juga berprestasi
tinggi adalah amat penting.
9. Mari kita sama-sama fikirkan
apakah ciri-ciri yang perlu ada di
dalam sektor awam yang
berprestasi tinggi? Pastinya yang
paling utama adalah integriti;
disiplin yang tinggi; bersih – bukan
dari aspek fizikal sahaja, malah
lebih penting termasuk juga
tatalaku; berani; dan kompeten.
Pada hari Sabtu dan Ahad lepas,
saya menerima delegasi dari
Singapura sempena Malaysia-
Singapore Joint Seminar and Civil
15
Service Games. Rata-rata umur
Setiausaha Tetap mereka, iaitu
setara dengan Ketua Setiausaha
Kementerian-Kementerian kita,
adalah di dalam lingkungan umur
empat puluhan sahaja. Umur rakan
sejawat saya, iaitu Mr. Peter Ong,
Head of Civil Service of Singapore
adalah 50 tahun sahaja. Dan beliau
telah menjadi Setiausaha Tetap
selama lebih 10 tahun. Isu penting
yang saya mahu utarakan bukanlah
umur. Banyak diperkatakan akan
kecekapan perkhidmatan awam
Singapura. Malah diperkatakan
seantero dunia bahawa
pembangunan dan kemajuan
16
Singapura hari ini disumbangkan
sebahagian besarnya oleh
perkhidmatan awamnya. Juga saya
yakin dan percaya, yang juga diakui
oleh pelbagai pihak akan
sumbangan besar perkhidmatan
awam kita terhadap kemajuan
negara kita.
10. Namun demikian, mari kita
cabar status quo – bagaimana kita
boleh lakukan lebih baik dari
sekarang, lebih baik dari masa
lepas, lebih baik dari masa
kegemilangan kita. Bagaimana kita
boleh lakukan lebih baik dari rakan-
rakan kita di Singapura. Malah, kita
17
berusaha lakukan yang lebih baik
daripada apa rakan-rakan di
Singapura lakukan, supaya
perkhidmatan awam kita pula
menjadi bench mark bagi Singapura
dan juga benchmark bagi negara-
negara lain yang lebih maju di kala
ini.
Saudara-saudari sekalian,
11. Sering kali kita mendengar
ungkapan, “input determines output
and eventually outcome” ataupun
“What you put into something is
what you will get out of it”. Begitu
juga, kemasukan pegawai-pegawai
18
yang berkualiti dan berprestasi
tinggi, pastinya akan memastikan
perkhidmatan awam yang turut
berkualiti. Proses pemilihan
pegawai-pegawai untuk berkhidmat
ke dalam Perkhidmatan Awam
hendaklah stringent agar mereka
yang terpilih adalah betul-betul
yang akan membanggakan
perkhidmatan awam, tetapi lebih
penting dibanggakan oleh negara
kita.
12. Pastinya pemilihan hendaklah
berdasarkan merit, mereka yang
mempunyai pengetahuan dan ada
kemahiran, berketerampilan dan
19
sikap yang sesuai. Ini kerana
pegawai-pegawai yang dipilih pada
hari ini adalah penentu hala tuju
perkhidmatan awam kita, hatta
negara kita dalam tempoh 30 tahun
atau lebih yang akan datang. Maka,
kita semua yang berperanan
mencorak masa hadapan perlu
menghayati Leonardo Da Vinci dan
Jules Verne, betapa pentingnya kita
perlu mengunjur atau project the
scenario perkhidmatan awam di
tahun-tahun mendatang, tetapi lebih
baik dari Leornardo Da Vinci tidak
perlu menunggu beratus-ratus
tahun untuk dinikmati, kita alami
penambahbaikan itu di hari ini juga.
20
13. Saya amat tertarik dengan
sebuah cerita “Have a Little Faith”
oleh Mitch Albom. Ia mengisahkan
perihal seorang pemuda mencari
pekerjaan di sebuah ladang. Beliau
memberikan surat sokongan
kepada bakal majikannya. Di dalam
surat sokongan tersebut hanya
tertulis, "Dia tidur di dalam ribut".
Memandangkan beliau sangat
memerlukan seorang pembantu,
pemilik ladang tersebut terus
mengambil pekerja itu bekerja di
ladangnya. Beberapa minggu
berlalu, dan pada suatu malam,
ribut yang kuat datang melanda.
21
Terkejut dengan bunyi hujan lebat
serta angin yang kuat, pemilik
ladang melompat keluar dari bilik
tidurnya dan menjerit memanggil
pemuda yang baru diupahnya
beberapa minggu yang lalu, tetapi
pemuda tersebut sedang tidur
dengan nyenyaknya. He slept
through the storm. Pemilik ladang
terus berlari ke bangsal, tetapi
dengan penuh hairan melihat
semua haiwan peliharaan telah
dikurung dengan selamat serta
mempunyai makanan yang banyak.
Pemilik ladang kemudiannya berlari
ke ladang, dan melihat ikatan
22
gandum yang dibalut kemas dengan
kain tarpaulin serta tersusun yang
amat rapinya. Beliau seterusnya ke
tempat simpan makanan, didapati
pintu terkunci rapat dan bijirin
dalam keadaan kering dan
tersimpan dengan baik. Barulah
pemilik ladang tadi memahami
maksud “Dia tidur di dalam ribut”
atau “He sleeps in a storm”. Pada
saya mesejnya amatlah mudah
tetapi penting.
14. Ciri-ciri yang terdapat pada
pemuda tadi lah yang kita inginkan
sebagai pewaris perkhidmatan
23
awam negara kita. Seorang yang
cekap dan berpengetahuan serta
tahu apa yang perlu dilaksanakan.
Dalam apa jua keadaan pekerja
yang hebat boleh “tidur dengan
nyenyak” kerana telah bersiap sedia
terlebih dahulu bagi menghadapi
apa jua kemungkinan. Tetapi yang
lebih penting, kita yang memilih,
mendidik dan mengasuh pekerja-
pekerja untuk negara kita, kita akan
dapat tidur dengan nyenyak dan
lenanya kerana mendapat pekerja-
pekerja yang boleh tidur dengan
nyenyaknya.
24
Saudara-saudari sekalian, 15. Sebelum mengakhiri ucapan,
ingin saya tegaskan bahawa
pengurusan modal insan yang
efektif tidak tertumpu kepada aspek
reward semata-mata. Aspek
punishment perlu juga ditekankan,
khususnya bagi anggota-anggota
yang melakukan kesalahan serta
menyalahi peraturan dan undang-
undang sedia ada. Pada masa yang
sama, ia akan juga memberi
pengajaran serta iktibar kepada
anggota lain agar tidak melakukan
kesalahan yang boleh menjejaskan
integriti serta kredibiliti
perkhidmatan kita.
25
16. Dalam hubungan yang sama,
perlu diwujudkan exit policy yang
jelas bagi anggota-anggota yang
bermasalah, yang tidak berdisiplin,
mahupun mereka yang tidak
menunjukkan prestasi
perkhidmatan yang sepatutnya.
Perkara mengenai exit policy ini
telah saya bangkitkan di dalam
persidangan yang sama pada tahun
2007, namun demikian
pelaksanaannya mungkin boleh
diperbaiki lagi. Mungkin aspek ini
perlu dikaji untuk dimantapkan lagi
pelaksanaannya, mahupun
mendapatkan kaedah yang terbaik
26
bagi “melepaskan” anggota-
anggota yang bermasalah dari terus
berkhidmat di dalam perkhidmatan
awam. Namun demikian, sebarang
tindakan yang diambil hendaklah
telus dan adil bagi mengelakkan
sebarang penganiayaan.
17. Dengan kepadatan sesi
perbincangan dan forum serta
pembentangan kertas yang bernas
dari pelbagai perspektif dan
kepakaran, saya berharap objektif
Persidangan Suruhanjaya-
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Malaysia ke-14 ini dapat dicapai
27
sepenuhnya. Saya percaya
perkongsian maklumat dan
pengalaman pada persidangan ini
dapat memberikan idea yang bernas
bagi Suruhanjaya-Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam untuk
menggerakkan agenda
transformasi dengan rapi dan cekap
bagi memenuhi kehendak
pelanggan yang sentiasa
diutamakan. Semoga semua usaha
murni dan komitmen yang telah
diberikan dalam persidangan ini
dapat menjana peningkatan tadbir
urus sektor awam dengan lebih
cemerlang lagi.
28
18. Saya mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan syabas dan
tahniah kepada Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Pahang dan Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran yang telah
berganding bahu menganjurkan
Persidangan Suruhanjaya-
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Malaysia ke-14 ini. Setelah
mendengar ucapan daripada Y.
Bhg. Tan Sri Jamaluddin Bin Hj.
Ahmad Damanhuri, Pengerusi SPA,
saya yakin dan percaya, kita Insya
Allah akan dapat tidur dengan
nyenyak dan lenanya.
29
19. Akhir kata, dengan lafaz
Bismillahhir rahmannir rahim, saya
dengan rasminya menutup
Persidangan Suruhanjaya-
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Malaysia ke-14 ini.
Sekian
Wabillahittaufiq walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi
Wabarakatuh.