teks_pengerusi_BIG2014

7
TEKS UCAPAN PENUTUPAN PENGERUSI BIG 2014 Yang berbahagia, Serta hadirin hadirat sekalian. Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin- Nya, kita diberi peluang untuk bersua di Majlis Penutupan Program Bina Insan Guru, Lawatan Penanda Aras Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 5 bagi tahun 2014. Terlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amoi_Kawaii’s Prop

description

Contoh teks ucapan pengerusi

Transcript of teks_pengerusi_BIG2014

TEKS UCAPAN PENUTUPAN PENGERUSI BIG 2014

Yang berbahagia,

Serta hadirin hadirat sekalian.Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, kita diberi peluang untuk bersua di Majlis Penutupan Program Bina Insan Guru, Lawatan Penanda Aras Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 5 bagi tahun 2014. Terlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berbahagia kerana sudi menghadiri majlis ini. Sesungguhnya, kami amat berbesar hati kerana Puan dapat meluangkan masa bersama kami meskipun sibuk dengan urusan-urusan rasmi di sekolah ini.

Hadirin hadirat sekalian,Seperti yang kita sedia maklum, Program Bina Insan Guru (BIG), Lawatan Penanda Aras ini merupakan salah satu aspek utama yang dititikberatkan dalam program latihan dan pendidikan perguruan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) masa kini. Dalam usaha melahirkan guru permulaan yang berkesan, Program BIG merupakan wahana ke arah matlamat tersebut. Oleh yang demikian, dengan mengadakan lawatan penanda aras ke SK Convent Muar ini, kami sebagai guru pelatih diberi peluang untuk memahami realiti dan tanggungjawab seorang guru di samping mendapat pendedahan awal tentang realiti sebenar sebuah institusi sekolah dari segi pengurusan, kepimpinan, iklim dan budaya sekolah serta infrastruktur persekolahan.Dikesempatan ini, saya mewakili semua Guru Pelatih Opsyen Matematik 1 PISMP SEM 5 IPG Kampus Tun Hussein Onn mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga atas kesudian pihak sekolah menerima kehadiran kami pada hari ini. Sesungguhnya, segala pengetahuan dan juga maklumat yang kami perolehi daripada program ini akan kami jadikan sebagai asas dalam membangunkan diri dan membantu pihak kerajaan memajukan tahap pendidikan di negara ini pada masa-masa yang akan datang. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini,. Segala titik peluh yang dicurahkan amatlah dihargai dan semoga Tuhan Yang Esa jualah yang membalasnya.Saya juga memohon seribu kemaafan andai kedatangan kami dan sepanjang keberadaan kami di sini menimbulkan ketidakselesaan kepada warga SK Convent Muar. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, terimalah serangkap pantun daripada saya.

GULAI PARI SEDAP DIRASABUAT KITA YANG SEDANG LAPARADATNYA DIRI MANUSIA BIASATERKASAR KATA HARAP DILUPA

TEKS UCAPAN PEMBUKAAN PENGERUSI BIG 2014

Yang berbahagia,

Serta hadirin hadirat sekalian.Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Bersyukur kita kepada Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita diberi peluang untuk bersua di Majlis Pembukaan Program Bina Insan Guru, Lawatan Penanda Aras Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 5 bagi tahun 2014. Saya mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia kerana sudi menghadiri dan merasmikan majlis pembukaan Program Bina Insan Guru, Lawatan Penanda Aras bagi tahun 2014.

Hadirin hadirat sekalian,Matlamat bagi perlaksanaan program ini adalah untuk mendedahkan dan memberi kesedaran kepada kami sebagai guru pelatih dengan kefahaman yang menyeluruh berkaitan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan sesama guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesionalisme. Saya berharap agar semua peserta program ini dapat memberi komitmen yang penuh demi mencapai objektif-objektif yang telah digariskan. Saya mewakili jawatankuasa kerja program ini sekali lagi mengucapkan penghargaan atas sokongan pihak sekolah kepada kami. Semoga program kita pada hari ini dapat berlangsung dengan jayanya.

GULAI PARI SEDAP DIRASABUAT KITA YANG SEDANG LAPARADATNYA DIRI MANUSIA BIASATERKASAR KATA HARAP DILUPA

Amoi_Kawaiis Prop