Tema 1

3
Tema 1: Kesedaran Tubuh Badan Tumpuan kepada pergerakan keseluruhan tubuh badan dan bahagian badan untuk melahirkan idea atau perasaan. a) Keseluruhan Tubuh Badan Adalah untuk bergerak dan berhenti daripada bergerak secara bebas atau terkawal. Pergerakan ini dapat mengawal aliran pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor. Pergerakan ini boleh berubah-ubah iaitu bergerak atau berhenti mengikut rangsangan yang diberi contohnya apabila muzik dimainkan. Rangsangan pergerakan: suara, muzik, gambar, peta pergerakan, alat perkusi. b) Bahagian Tubuh Badan Pergerakan dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul. Pergerakan ini menunjukkan persediaan tubuh badan untuk menyokong dan menerima berat badan. Contohnya, pergerakan merangkak menggambarkan kucing berjalan. Tema 2: Kesedaran Rintangan kepada Beban dan Masa

Transcript of Tema 1

Page 1: Tema 1

Tema 1: Kesedaran Tubuh Badan

Tumpuan kepada pergerakan keseluruhan tubuh badan dan bahagian badan

untuk melahirkan idea atau perasaan.

a) Keseluruhan Tubuh Badan

– Adalah untuk bergerak dan berhenti daripada bergerak secara bebas atau

terkawal. Pergerakan ini dapat mengawal aliran pergerakan lokomotor

atau bukan lokomotor.

– Pergerakan ini boleh berubah-ubah iaitu bergerak atau berhenti mengikut

rangsangan yang diberi contohnya apabila muzik dimainkan.

– Rangsangan pergerakan: suara, muzik, gambar, peta pergerakan, alat

perkusi.

b) Bahagian Tubuh Badan

– Pergerakan dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan seperti bahu,

siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul.

– Pergerakan ini menunjukkan persediaan tubuh badan untuk menyokong

dan menerima berat badan.

– Contohnya, pergerakan merangkak menggambarkan kucing berjalan.

Tema 2: Kesedaran Rintangan kepada Beban dan Masa

Memberi tumpuan kepada cara tubuh badan bergerak dan membantu individu

mengawal pergerakan mereka supaya dapat melahirkan perasaan melalui

pergerakan.

a) Beban

Beban memberi rintangan kepada sesuatu pergerakan untuk mengawal

pergerakan tersebut. Kesan beban ini menghasilkan kesan halus-ringan

dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan.

Rangsangan pergerakan: suara, muzik, gambar, peta pergerakan, alat

perkusi.

b) Masa

Page 2: Tema 1

Kesedaran rintangan kepada masa memberi tumpuan kepada cara tubuh

badan bergerak dan pengawalan pergerakan serta-merta atau kawal-

lambat. Tema ini memberi tumpuan kepada ruang untuk menimbulkan

perasaan. Kesedaran ruang melibatkan penggunaan kawasan dan arah

untuk melakukan pergerakan.

Serta-merta: pergerakan yang dilakukan dalam masa yang singkat secara

cepat, tegas, spontan dan dinamik serta eksplosif.

Kawal-lambat: pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat

dikawal. Perlakuan secara lambat, licin, beralun dan berayun. Dilakukan

dengan bahagian tubuh badan bersaingan seperti kepala, bahu, siku, jari

dan sebagainya.

c) Kawasan

Penggunaan kawasan dalam pergerakan memberi tumpuan kepada ruang

diri dan ruang am. Pergerakan yang melibatkan penggunaan kawasan

juga melibatkan penggunaan arah.

d) Arah

Memberi tumpuan kepada arah pergerakan iaitu ke hadapan, belakang,

sisi, atas dan bawah. Pergerakan yang melibatkan penggunaan kawasan

dan arah boleh dilakukan dengan menggunakan peta pergerakan sebagai

panduan.