TEMPLATE HUB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NAMA...

7
TEMPLATE HUB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NAMA INOVASI: PORTAL PEROSAK DAN PENYAKIT KOKO (CROPED) AGENSI: LEMBAGA KOKO MALAYSIA BIL. PERKARA Nama Inovasi: Portal Perosak dan Penyakit Koko (CROPED) Diterbitkan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM) melalui kerjasama dalaman Bahagian Teknologi Huluan Koko dan Unit Pengurusan Teknologi Maklumat, LKM. 1. Latar Belakang Inovasi: Portal Perosak dan Penyakit Koko (CROPED) dirasmikan oleh YB Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sempena Malaysian International Commodity Conference & Showcase (MICCOS) pada 26 Oktober 2013. Ia boleh diakses oleh pengguna di laman sesawang http://croped.koko.my . Portal CROPED ini memberikan informasi lengkap berkaitan perosak dan penyakit koko di Malaysia. Sehingga Julai 2015, sebanyak 50 artikel dimuat naik melibatkan 28 paparan serangga, 6 paparan penyakit, 6 paparan mamalia serta serangga berkesan di persekitaran koko. Maklumat perosak dan penyakit yang dipaparkan adalah lengkap bermula dari penerangan awal, simptom serangan serta langkah kawalan. Ia dilengkapkan dengan galeri gambar sebagai rujukan tambahan bagi sesuatu spesies atau penyakit yang dihadapi terutama oleh penanam koko di Malaysia. Sebelum penubuhan portal ini, jaringan maklumat adalah terhad hanya kepada Kursus Asas dan Lanjutan Koko, lawatan in-situ dan ex-situ namun ini hanya terbatas kepada peserta program yang berdaftar di bawah LKM. Sumber maklumat lain juga melalui bahan hebahan bertulis dalam bentuk ‘hard copy’ seperti lembaran flyers, brosur, buku dan poster. Rujukan antarabangsa juga boleh diperolehi, namun hampir 95% adalah di dalam Bahasa Inggeris. Portal CROPED dibina menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara, jadi memudahkan ia di akses oleh hampir keseluruhan ‘client’ utama LKM iaitu pekebun kecil koko. Portal ini boleh diakses melalui capaian internet di mana sahaja, serta menggunakan aplikasi teknologi yang boleh dilayari menggunakan sistem komputer, peranti mudah alih serta telefon pintar. Jadi maklumat boleh diperolehi lebih awal, berkesan dan murah jika dibandingkan perlu menggunakan telefon atau mengunjungi Pusat LKM bagi bertanya maklumat berkaitan perosak dan penyakit koko. Penjimatan kos juga boleh dilakukan tanpa melibatkan telefon atau lawatan kerana soalan boleh terus dikemukakan melalui email kepada administrator portal. Secara ringkasnya, kewujudan portal CROPED ini merupakan satu pendekatan berkesan, informatif, kos rendah dan interaktif di antara pengguna dan LKM. Ia juga merupakan satu inovasi dalam memberi hebahan maklumat kepada masyarakat dalam dunia tanpa sempadan yang lebih cepat, tepat dan sejajar dengan matlamat ‘Low cost to the government and high impact to the rakyat’.

Transcript of TEMPLATE HUB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NAMA...

Page 1: TEMPLATE HUB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1535-portal-perosak-dan... · Kursus Asas dan Lanjutan Koko, lawatan in-situ dan ex-situ namun

TEMPLATE HUB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NAMA INOVASI: PORTAL PEROSAK DAN PENYAKIT KOKO (CROPED) AGENSI: LEMBAGA KOKO MALAYSIA

BIL. PERKARA

Nama Inovasi: Portal Perosak dan Penyakit Koko (CROPED) Diterbitkan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM) melalui kerjasama dalaman Bahagian Teknologi Huluan Koko dan Unit Pengurusan Teknologi Maklumat, LKM.

1. Latar Belakang Inovasi: Portal Perosak dan Penyakit Koko (CROPED) dirasmikan oleh YB Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sempena Malaysian International Commodity Conference & Showcase (MICCOS) pada 26 Oktober 2013. Ia boleh diakses oleh pengguna di laman sesawang http://croped.koko.my. Portal CROPED ini memberikan informasi lengkap berkaitan perosak dan penyakit koko di Malaysia. Sehingga Julai 2015, sebanyak 50 artikel dimuat naik melibatkan 28 paparan serangga, 6 paparan penyakit, 6 paparan mamalia serta serangga berkesan di persekitaran koko. Maklumat perosak dan penyakit yang dipaparkan adalah lengkap bermula dari penerangan awal, simptom serangan serta langkah kawalan. Ia dilengkapkan dengan galeri gambar sebagai rujukan tambahan bagi sesuatu spesies atau penyakit yang dihadapi terutama oleh penanam koko di Malaysia. Sebelum penubuhan portal ini, jaringan maklumat adalah terhad hanya kepada Kursus Asas dan Lanjutan Koko, lawatan in-situ dan ex-situ namun ini hanya terbatas kepada peserta program yang berdaftar di bawah LKM. Sumber maklumat lain juga melalui bahan hebahan bertulis dalam bentuk ‘hard copy’ seperti lembaran flyers, brosur, buku dan poster. Rujukan antarabangsa juga boleh diperolehi, namun hampir 95% adalah di dalam Bahasa Inggeris. Portal CROPED dibina menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara, jadi memudahkan ia di akses oleh hampir keseluruhan ‘client’ utama LKM iaitu pekebun kecil koko. Portal ini boleh diakses melalui capaian internet di mana sahaja, serta menggunakan aplikasi teknologi yang boleh dilayari menggunakan sistem komputer, peranti mudah alih serta telefon pintar. Jadi maklumat boleh diperolehi lebih awal, berkesan dan murah jika dibandingkan perlu menggunakan telefon atau mengunjungi Pusat LKM bagi bertanya maklumat berkaitan perosak dan penyakit koko. Penjimatan kos juga boleh dilakukan tanpa melibatkan telefon atau lawatan kerana soalan boleh terus dikemukakan melalui email kepada administrator portal. Secara ringkasnya, kewujudan portal CROPED ini merupakan satu pendekatan berkesan, informatif, kos rendah dan interaktif di antara pengguna dan LKM. Ia juga merupakan satu inovasi dalam memberi hebahan maklumat kepada masyarakat dalam dunia tanpa sempadan yang lebih cepat, tepat dan sejajar dengan matlamat ‘Low cost to the government and high impact to the rakyat’.

Page 2: TEMPLATE HUB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1535-portal-perosak-dan... · Kursus Asas dan Lanjutan Koko, lawatan in-situ dan ex-situ namun

2

BIL. PERKARA

2. Tujuan Projek Inovasi:

Sebagai pangkalan data maklumat berkaitan perosak dan penyakit di ekosistem koko

Memudahkan akses maklumat berkaitan perosak dan penyakit koko dengan melihat kepada gambar dan keterangan yang diberikan

Memberikan cadangan langkah kawalan sekiranya sesuatu serangan penyakit ataupun perosak berlaku

Mendekatkan pengguna dan orang awam dengan tanaman koko Memberi maklumat berkaitan biodiversiti terutama serangga di

persekitaran koko Sumber rujukan kepada golongan sasar yang berminat mendalami

bidang entomologi, mamalia dan patologi koko

3. Kumpulan Sasar:

Pekebun kecil koko - merupakan sasaran utama kepada Lembaga

Koko Malaysia berikutan pekebun kecil merangkumi hampir 95% dari

jumlah kawasan tanaman koko di Malaysia. Maklumat di dalam portal

dipersembahkan dalam bentuk teks ringkas yang padat dan mudah

difahami dan disertakan dengan visual bagi setiap tajuk. Sekiranya

pekebun koko mengalami serangan sama ada perosak ataupun penyakit

yang mereka tidak ketahui, maka mereka boleh membuat perbandingan

berdasarkan simptom dialami dan gambar di dalam galeri. Seterusnya

mereka boleh merujuk terus kepada ruangan teks yang disediakan, di

mana ia dapat membantu serba sedikit di dalam pengenalpastian

sesuatu serangan ataupun spesies. Seterusnya, simptom, penilaian

serangan serta langkah kawalan di dalam teks dapat di jadikan panduan

dalam pengawalan serangan perosak atau penyakit yang di alami.

Kakitangan LKM – sebahagian besar kakitangan LKM yang bertugas di

lapangan sering kali berdepan dengan pelbagai simptom dan serangan

perosak serta penyakit koko. Dengan keterbatasan ilmu dan rujukan,

pasti sukar mereka melaksanakan tugasan dengan baik, terutama

melibatkan agen pengembangan. Rujukan boleh dilakukan di dalam

portal terbabit sebagai garis panduan dalam menangani masalah yang di

hadapi dalam aspek biologi, morfologi dan kawalan perosak dan penyakit

koko.

Pelajar IPTA/IPTS/Sekolah – LKM merupakan antara agensi yang

sering menerima lawatan pelajar-pelajar dari pelbagai peringkat usia,

pengajian dan skop tugasan. Pelajar Latihan Industri juga sering

ditempatkan di Pusat Penyelidikan LKM. Portal ini dapat membantu

pelajar mengakses maklumat berkaitan perosak dan penyakit koko,

membantu mereka mengenal pasti simptom seterusnya boleh membuat

tindakan kawalan sekiranya serangan berlaku. Ruangan soalan lazim

Page 3: TEMPLATE HUB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1535-portal-perosak-dan... · Kursus Asas dan Lanjutan Koko, lawatan in-situ dan ex-situ namun

3

BIL. PERKARA

boleh membantu membimbing mereka dengan soalan yang sering

ditanya. Sekiranya mempunyai soalan khusus, pertanyaan boleh dibuat

secara atas talian melalui email kepada administrator portal CROPED,

dan balasan pertanyaan akan cuba diemail kembali dalam tempoh

terdekat.

Orang awam – Terdapat banyak pertanyaan dari orang awam walaupun

mereka tidak terlibat secara langsung dengan tanaman koko. Ini ada

sebilangan kecil perosak turut berkongsi hos dengan tanaman lain.

Orang awam sering kali membuat perbandingan spesies terutama

serangga di tanaman mereka, dan melihat kesamaan dari segi simptom.

Seterusnya langkah kawalan bagi spesies yang hampir sama juga boleh

dilaksanakan walaupun komoditi dan tanaman adalah berbeza.

4. Proses Pelaksanaan Inovasi: Perlaksanaan inovasi ini lebih meliputi konsep capaian maklumat secara siber, interaktif, mudah dan boleh diakses di mana sahaja. Proses capaian maklumat ini dibahagikan kepada beberapa skop lliputan yang terdiri daripada ruangan home, pengenalan, perosak koko, penyakit koko, penerbitan, carian, galeri, soalan lazim, pertanyaan dan pautan.

Home

Merupakan paparan awal portal di mana dilengkapi dengan galeri gambar, segmen artikel baru, artikel popular, daftar pengguna, undian dan bilangan hits.

Pengenalan

Ruangan pengenalan melibatkan penerangan berkaitan objektif penubuhan portal serta sasaran pengguna. Penerangan mendalam berkaitan makmal-makmal penyelidikan yang menjalankan kajian berkaitan perosak dan penyakit koko di Pusat Penyelidikan LKM di seluruh Malaysia.

Perosak koko

Menerangkan spesies perosak koko yang terdiri daripada serangga dan perosak mamalia. Disertakan bersama simptom dan langkah kawalan bagi setiap perosak.

Penyakit koko

Menerangkan berkaitan penyakit koko, simptom serangan dan kawalan penyakit yang di temui di persekitaran koko. Setiap penyakit disertakan gambar simptom serangan bagi membantu pengecaman penyakit.

Penerbitan

Ruangan penerbitan daripada pegawai LKM boleh diakses selepas pengguna mendaftar sebagai pengguna. Pendaftaran adalah percuma

Page 4: TEMPLATE HUB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1535-portal-perosak-dan... · Kursus Asas dan Lanjutan Koko, lawatan in-situ dan ex-situ namun

4

BIL. PERKARA

dan pelajar boleh memuat turun artikel secara percuma sebagai rujukan. Terdapat 34 penerbitan yang boleh diakses terus dan terdiri daripada kertas kerja dan jurnal saintifik dalam bidang perosak dan penyakit koko.

Carian

Ruangan carian menyediakan pelayar medium bagi pelayaran maklumat yang dikehendaki di mana pelayar boleh mengisi kata kunci yang akan dikaitkan terus kepada artikel, pautan web, kategori dan seksyen.

Galeri

Ruangan galeri menyediakan 20 galeri perosak dan penyakit koko di mana ia dibahagikan kepada tajuk khusus. Setiap tajuk mempunyai gambar-gambar dan boleh di link terus kepada artikel yang berkaitan.

Soalan lazim

Soalan-soalan lazim yang sering diutarakan oleh pelayar di sediakan, bagi memudahkan sekiranya terdapat sebarang soalan yang berkaitan. Ia dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu soalan umum, soalan berkaitan perosak dan soalan berkaitan penyakit tanaman koko.

Pertanyaan

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, pelayar boleh menghantar soalan sama ada bertulis kepada LKM ataupun terus kepada administrator portal. Pertanyaan akan dikemukakan terus melalui email dan akan dibalas dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan pengguna memperoleh jawapan bagi soalan yang dibangkitkan.

Pautan

Ruangan pautan menyediakan pautan kepada laman web antarabangsa yang berkait dengan perosak dan penyakit koko. Sebanyak 34 buah pautan disediakan dan boleh diakses oleh pelayar melalui portal CROPED ini.

5. Impak Inovasi:

a. Inovatif/Kreativiti

Unik/pendekatan di luar kotak (asli atau adaptasi)

Kreativiti asli yang dicetuskan, dijana dan dilaksanakan di peringkat dalaman LKM bermula dari peringkat perancangan, susun atur lay-out, pembangunan portal sehingga kepada pengisian input yang berkala. Susun atur portal adalah ringkas dan bersesuaian dengan isi kandungan yang lebih fokus ke arah penjanaan ilmu pengetahuan. Merupakan satu-satunya portal khusus berkaitan perosak dan penyakit koko yang diterbitkan di Malaysia dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.

Penyelesaian kreatif yang melangkaui ekspektasi

Penyelesaian kreatif di mana selama ini pelanggan terutama pekebun koko sering berdepan kesukaran untuk menyalurkan pertanyaan

Page 5: TEMPLATE HUB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1535-portal-perosak-dan... · Kursus Asas dan Lanjutan Koko, lawatan in-situ dan ex-situ namun

5

BIL. PERKARA

terhadap tanaman koko yang menghadapi masalah. Dengan adanya maklumat yang boleh dilayari di dalam portal, ia serba sedikit memberi panduan ringkas terutama aspek pengenalpastian simptom dan kawalan sekiranya sesuatu masalah berkaitan perosak dan penyakit di kesan. Penggunaan ‘open source’ iaitu Joomla! Versi 1.5 yang percuma diguna pakai dengan sebaiknya dan secara optimum.

Mempermudah kan keadaan semasa

Mempermudah kan konsep penyaluran ilmu dan tidak hanya terhad kepada kursus, latihan dan helaian ‘hard-copy’ dalam penyebaran ilmu. Maklumat boleh diperoleh bila-bila masa dan di mana sahaja bagi lokasi yang mempunyai capaian internet. Sebelum kewujudan portal CROPED ini, perolehan maklumat adalah terhad, rigid dan terbatas dan tidak dapat disebarkan kepada semua kumpulan sasaran. Pekebun koko sebelum ini boleh mengakses beberapa laman web terbitan antarabangsa, namun perolehan maklumat adalah terhad akibat kekangan medium bahasa penghantar yang digunakan.

i.

b. Keberkesanan

Hasil yang ketara

Hasil ketara dari sudut keberkesanan penyampaian maklumat kepada pelanggan LKM dengan lebih mudah, pantas dan interaktif. Pelayar tidak berdepan dengan kesulitan berikutan informasi dibahagikan mengikut segmen tertentu bagi memudahkan pelayaran mengikut skop dan tajuk bagi setiap perosak dan penyakit tanaman koko.

Tahap kepuasan kumpulan sasar

Undian tahap kepuasan pengguna menunjukkan pelayar 100% menyatakan portal ini memberi input dan matlamat mencukupi. Ia mencerminkan keberkesanan dalam penyampaian maklumat yang padat, tepat dan jitu. Maklum balas daripada pelajar-pelajar juga memuaskan kerana mereka boleh membuat rujukan saintifik berkaitan perosak dan penyakit koko melalui informasi dan kertas kerja yang boleh dimuat turun dari ruangan penerbitan. Sejak penubuhan portal CROPED, lebih banyak interaksi dari masyarakat luar diterima berdasarkan bilangan email yang diperoleh setiap bulan oleh administrator portal.

Penciptaan nilai

Nilai kebergantungan kepada teknologi semasa dalam membantu perolehan ilmu di alam maya. Membantu mendidik masyarakat ke arah konsep lebih celik IT. Penerimaan pengunjung berkaitan portal adalah sangat menggalakkan berdasarkan maklum balas diterima berkaitan kebolehan mengakses maklumat walaupun ketika berada di dalam kebun koko. Mereka mampu membuat perbandingan simptom serangan dengan merujuk terus kepada galeri gambar yang disediakan.

Page 6: TEMPLATE HUB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1535-portal-perosak-dan... · Kursus Asas dan Lanjutan Koko, lawatan in-situ dan ex-situ namun

6

BIL. PERKARA

Pelaksanaan dalam garis masa yang singkat

Perolehan ilmu dalam tempoh singkat dan pantas serta capaian di hujung jari. Selain itu, portal ini juga dibina dalam tempoh yang bersesuaian, dan di kemas kini dari masa ke semasa. Sebarang maklumat tambahan serta gambar terkini boleh di muat naik ke dalam portal dalam tempoh yang pendek dan dapat diakses pengguna serta-merta.

c. Signifikan

Keberhasilan yang memenuhi objektif inisiatif

Berjaya mencapai objektif sebagai satu-satunya pangkalan data perosak dan penyakit koko di Malaysia, memudahkan akses maklumat oleh pelayar portal, memberi informasi berkaitan tanaman koko serta penjagaan dari aspek entomologi, patologi dan perosak mamalia.

Penjimatan kos/sumber

Penjimatan kos kepada pekebun koko kerana tidak perlu membuat panggilan telefon ataupun hadir ke Pusat Penyelidikan sekadar untuk mengetahui masalah yang di hadapi. Lawatan kebun akan dilakukan berdasarkan laporan yang di nyatakan sekiranya sesuatu masalah mempunyai risiko terhadap kerugian hasil kelak. Penyampaian maklumat kini tidak hanya terhad kepada kursus, lawatan in-situ atau ex-situ semata-mata dan menjimatkan kos perjalanan terutama kepada agen pengembangan LKM. Pekebun koko dari kawasan terpencil turut dapat menjimatkan kos dengan pertanyaan terus melalui email tanpa kunjungan ke Pusat. Masa turut dijimatkan kerana susunan informasi merangkumi pelbagai aspek utama penjagaan tanaman koko.

Kepentingan yang nyata

Kepentingan yang nyata dari sudut penyebaran ilmu berkaitan penjagaan tanaman koko secara virtual memberikan konsep capaian ilmu yang pantas dan berkesan. Laporan dari pelayar terutama pekebun koko amat memuaskan, berdasarkan soalan dan maklum balas yang diterima. Secara keseluruhannya, portal ini berjaya mencapai objektif di mana ia memberikan impak yang menyeluruh terutama kepada golongan sasar melalui perolehan maklum balas yang diterima setakat ini.

d. Relevan

Memenuhi Agenda Nasional

Memenuhi konsep ‘low cost to the government and high impact to the public’ serta celik IT. Memenuhi Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) pertama dari aspek memperluaskan aspek pendidikan berkualiti dan berkemampuan, inovasi penggunaan ICT, Program Transformasi Kerajaan (GTP) menggunakan enjin transformasi bagi mencapai Keberhasilan Utama yang pantas, ke arah pencapaian Malaysia’s National Blue Ocean Strategy (NBOS) bagi menjadi negara maju serta

Page 7: TEMPLATE HUB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NAMA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1535-portal-perosak-dan... · Kursus Asas dan Lanjutan Koko, lawatan in-situ dan ex-situ namun

7

BIL. PERKARA

Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) bagi pengurangan perbelanjaan kerajaan.

Mengambil kira persekitaran semasa dan sesuai di peringkat

tempatan/global

Menepati persekitaran semasa dan sesuai di peringkat tempatan berikutan portal dicipta di dalam Bahasa Melayu yang difahami dengan mudah terutama kepada pelanggan utama LKM yang terdiri dari pekebun kecil koko. Sesuai dengan peredaran masa iaitu melibatkan teknologi terkini dan boleh diakses oleh sebilangan besar peranti.

Seamless dan kolaborasi strategik

Kolaborasi pelbagai peringkat perjawatan, unit dan bahagian berkaitan di dalam LKM bagi menerbitkan portal CROPED. Penggunaan kolaborasi kakitangan dalaman menjimatkan kos dan memenuhi garis panduan masa penerbitan portal ini agar sentiasa di kemas kini dari masa ke semasa.

Bahagian Teknologi Huluan Koko & Unit Pengurusan Teknologi Maklumat Lembaga Koko Malaysia