TEMPLET HBAE 1103 Pengenalanan Pendidikan Seni Visual ZAIDAH

download TEMPLET HBAE 1103 Pengenalanan Pendidikan Seni Visual ZAIDAH

of 15

Transcript of TEMPLET HBAE 1103 Pengenalanan Pendidikan Seni Visual ZAIDAH

  • 7/30/2019 TEMPLET HBAE 1103 Pengenalanan Pendidikan Seni Visual ZAIDAH

    1/15

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER : SEPTEMBER 2012

    HBAE 1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

    SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG BAHASA MELAYU

    MATRICULATION NO :

    IDENTITY CARD NO. :

    TELEPHONE NO. :

    E-MAIL :

    LEARNING CENTRE : OUM, TAWAU

  • 7/30/2019 TEMPLET HBAE 1103 Pengenalanan Pendidikan Seni Visual ZAIDAH

    2/15

    HBAE 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

    1

    ISI KANDUNGAN

    BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

    1 PENGENALAN 2

    2 EMPAT ASPEK UTAMA ORGANISASI KURIKULUM 3

    2.1 Pemerhatian secara aktif 4

    2.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan 5

    2.3 Apresiasi seni visual secara mudah 6

    2.4 Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan 7

    3 PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF, EFEKTIF,

    PSIKOMOR, KREATIVITI DAN SOSIAL MELALUI

    EMPAT ASPEK UTAMA ORGANISASI KURIKULUM

    8

    3.1 Perkembangan Domain Kognitif 8

    3.2 Perkembangan Domain Efektif 9

    3.3 Perkembangan Domain Psikomotor 10

    3.4 Perkembangan Domain Kreativiti 11

    3.5 Perkembangan Domain Sosial 11

    4 KESIMPULAN 12

    5 Bibliografi 14

  • 7/30/2019 TEMPLET HBAE 1103 Pengenalanan Pendidikan Seni Visual ZAIDAH

    3/15

    HBAE 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

    2

    1. PENGENALAN

    Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran yang diperkenalkan bagi

    menggantikan Mata Pelajaran Pendidikan Seni dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah.

    Keadaan ini disebabkan takrifan seni yang begitu luas seperti seni lukis, seni drama, seni

    muzik dan sebagainya. Pendidikan Seni Visual merujuk kepada seni tampak seperti

    kemahiran menggambar, membuat dan membina binaan dan kraf tradisonal.

    Matlamat pengenalan mata pelajaran ini di sekolah rendah adalah untuk memberi peluang

    kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan

    kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata

    pelajaran lain. Selain itu juga, pengenalan wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan

    Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad turut mempengaruhi kepada

    penggubalan kurikulum Pendidikan Seni Visual ini kerana cabaran yang terkandung dalam

    sembilan cabaran tersebut adalah masyarakat Malaysia yang harmonis dan masyarakat yang

    berkemahiran saintifik.

    Pengenalan mata pelajaran ini juga adalah untuk melengkapkan matlamat mata pelajaran

    yang lain kerana pemupukan nilai-nilai murni yang mempengaruhi perkembangan potensi

    diri seperti kreativiti dan kognitif dilakukan melalui indikator yang berbeza iaitu melalui

    penghayatan keindahan dan keharmonian nilai karya seni visual. Indikator ini adalah

    bertepatan dengan fitrah manusia itu sendiri yang cintakan keindahan dan kecantikan.

    Pengenalan mata pelajaran ini juga adalah untuk memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan bagi melahikan insan yang seimbang dan harmonis yang akan menyumbang

    kepada kemajuan dan kesejahteraan negara di masa akan datang.

  • 7/30/2019 TEMPLET HBAE 1103 Pengenalanan Pendidikan Seni Visual ZAIDAH

    4/15

    HBAE 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

    3

    Sungguhpun begitu, kepentingan dan kelebihan mata pelajaran ini dalam menyediakan

    masyarakat Malaysia yang seimbang dan harmonis sering diperkecilkan oleh masyarakat

    termasuk golongan pendidik sendiri. Persepsi ini berlaku keana mata pelajaran ini tidak diuji

    dalam peperiksaan awam yang menjadi parameter kepada kelayakan kemasukkan ke Pusat

    Pengajian Tinggi dan alam pekerjaan. Keadaan ini menyebabkan proses pengajaran dan

    pembelajaran mata elajaran ini berlaku dalam keadaan yang dingin dan hambar. Impliasi

    persepsi ini mengakibatkan mid-muid idakbersungguh-sungguh menguasai kemahiran mata

    pelajaran ini.

    Berdasarkan kepada kenyataan ini, penulisan ini akan mengpas menai empat aspek utama

    yang digariskan dalam organisasi kurikulum Pendidikan Seni Visual dan bagaimana melalui

    kempat-empat aspek ini akan membolehkan perkembangan kognitif, efektif, psikomotor,

    kreativiti dan sosial dapat dilakukan. Kupasan dan penerangan ini akan ditunjangi dengan

    pendapat-pendapat tokoh yang berkaitan dengan dunia seni dan hasil-hasil kajian terdahulu

    yang berkaitan. Di akhir penulisan pula, rumusan hasil penulisan akan dinyatakan.

    2. EMPAT ASPEK UTAMA ORGANISASI KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

    VISUAL

    Laura Chapman (1986) menjelaskan 4 aspek utama organisasi kurikulum yang mempunyai

    persamaan dengan organisasi Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah di Malaysia Empat

    aspek utama tersebut adalah pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan

    alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua

    aspek kehidupan.

  • 7/30/2019 TEMPLET HBAE 1103 Pengenalanan Pendidikan Seni Visual ZAIDAH

    5/15

    HBAE 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

    4

    2.1 Pemerhatian secara aktif

    Keberkesanan penerimaan kemahiran dan pengetahuan bagi seseorang individu akan lebih

    bermakna sekiranya organ deria seperti mata dan telinga dan anggota badan seperi tangan

    dapat dilibatkan melalui proses lihat, dengar dan rasa. Dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran di dalam sesebuah kelas, guru digalakkan menggunakan bahan bantu belajar

    untuk merangsang minat dan memudahkan kefahaman terhadap sesuatu perkara. Baban bantu

    belajar ini boleh disediakan dalam bentuk audio, video, imej dan teks. Begitu juga halnya

    dengan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Hasil-hasil karya terdahulu, dijadikan sebagai

    bahan rangsangan untuk menggalakkan murid menghasilkan karya yang sama ataupun yang

    lebih baik. Hasil-hasil karya yang terpilih dan menepati objektif dilihat mampu merangsang

    deria pemerhati untuk memahami sesebuah karya.

    Aspek organisasi kurikulum ini menyarankan murid untuk membuat pemerhatian yang aktifterhadap sesebuah karya. Menurut Noriati Binti A. Rashid (2000), perhatian secara aktif

    meliputi pemerhatian yang melibatkan pengetahuan sedia ada murid, benda yang konkrit,

    bahan bunyi dan boleh mencetus idea dan imaginasi.

    Menurut Kurikulum Standard sekolah Rendah, Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual

    (2011) pula, aktiviti yang berbentuk kajian akan membantu perkembangan emosi dan

    imaginasi murid. Selain dari itu, perkembangan kognitif murid akan dapat ditingkatkan

    melalui pemahaman terhadap asas seni visual. Melalui kajian, murid akan membuat

    pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. untuk membolehkan mereka

    merasai pengetahuan dan pengalaman secara konkrit dan seterusnya membentuk imej mental.

    Cara ini juga membantu secara tidak langsung ke arah menyelaraskan idea, imaginasi dan

    alam fantasi murid ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

  • 7/30/2019 TEMPLET HBAE 1103 Pengenalanan Pendidikan Seni Visual ZAIDAH

    6/15

    HBAE 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

    5

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni

    Visual Tahun Lima menjelaskan pemerhatian aktif sebagai pemerhatian yang merangkumi

    kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi

    murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan, ia juga melibatkan pancaindera lain

    melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan

    imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan

    pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek

    buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi

    mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea,

    imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

    2.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) menyatakan Peringkat ini menggalakkan murid

    membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan

    menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan

    kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik

    mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan

    menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat

    penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga

    dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan

    datang.

    Proses penghasilan karya seni dalam Pendidikan Seni Visual seperti kegiatan menggambar

    memerlukan alatan atau bahan tertentu yang dipilih seperti jenis warna, kertas lukisan, berus

    warna dan pensil. Kegagalan menentukan bahan yang sesuai akan menyebabkan hasil karya

    tidak menarik dan membosankan. Pemilihan ini termasuklah warna imej, bentuk imej, kertas

    lakaran dan sebagainya. Dalam proses pemilihan ini, kreativiti dan pemikiran yang kritis

  • 7/30/2019 TEMPLET HBAE 1103 Pengenalanan Pendidikan Seni Visual ZAIDAH

    7/15

    HBAE 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

    6

    amat dituntut agar hasil karya yang dihasilkan mempunyai daya tarikan seperti unik dan imej

    yang hidup atau abstrak.

    Menyentuh soal kreativiti pula., kreativiti atau kreatif dapat ditafsirkan sebagai kebolehan

    berimaginasi atau mencipta sesuatu yang baharu. Mengikut Viktor Lowengfeld (1975) pula,

    kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang.

    Naluri itu adalah faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan

    tentang masalah kehidupan. Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang

    berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan

    bertindak. Ia merupakan satu kebolehan menjana idea baharu dengan menggabung,

    mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Ada juga yang berpendapat bahawa kreativiti

    dapat menyumbangkan idea atau hasil baharu dalam budaya dan ia dianggap gabungan unik

    dan berguna. Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti

    penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan.

    2.3 Apresiasi seni visual secara mudah

    Pusat Perkembangan Kuikulum (2003), menyatakan apresiasi seni visual memberi

    pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam

    pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian

    perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja.

    Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita,

    lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Murid diperkenalkan dengan tokoh-tokoh seni dan

    menghargai sumbangan mereka..

  • 7/30/2019 TEMPLET HBAE 1103 Pengenalanan Pendidikan Seni Visual ZAIDAH

    8/15

    HBAE 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

    7

    Menurut Modul Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah (2012) pula, apresiasi didefinisikan

    sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni

    mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka

    memilih tema dan "subject matter" serta gaya dan stail tertentu mereka. Semuanya ini

    berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Selain itu, murid

    juga terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni

    melalui hasil kerja. Penyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara

    seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Murid diperkenalkan kepada

    tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

    Berdasarkan kepada dua kenyataan di atas aspresiasi seni secara mudah dapatlah dikatakan

    sebagai satu proses penilaian hasil seni secara mudah seperti penggunaan warna, bentuk imej,

    keseimbangan dan sebagainya. Matlamat aspresiasi seni adalah untuk membolehkan murid

    menyatakan pendapat, menerima pendapat, membuat kritian dan menerima kritikan.

    2.4 Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

    Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk

    dengan nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan

    kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai

    patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat

    pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

    Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), selain diberi pengalaman membuat

    apresiasi seni visual secara mudah,murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai

    segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah

    memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.

  • 7/30/2019 TEMPLET HBAE 1103 Pengenalanan Pendidikan Seni Visual ZAIDAH

    9/15

    HBAE 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

    8

    Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan

    semua keadaan.

    Penghasilan Kraf Tradisional merupakan salah satu contoh aktiviti yang menerapkan nilai

    menghargai dan berbangga terhadap seni kraf tradisi. Selain itu juga, penggunaan bahan

    terbunaguntuk membina model dan menghasilkan kolaj turut menerapkan nilai menghargai

    alam sekitar.

    3. PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF, EFEKTIF, PSIKOMOR,

    KREATIVITI DAN SOSIAL MELALUI EMPAT ASPEK UTAMA

    ORGANISASI KURIKULUM

    Sepertiyang dijelaskan di awal penulisan ini, matlamat pengenalan Penddikan Seni Visual

    adalah selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahikan insan

    yang seimbang dan harmonis. Melalui Pendidikan Seni Visual, hasrat ini hendak dicapai

    melalui penekanan keempat-empat aspek utama organisasi kurikulum.

    3.1 Perkembangan Domain Kognitif

    Iberahim Hassan (2001), menjelaskan bahawa domain kognitif adalah ilmu yang berkaitan

    dengan gubahan, prosedur, sejarah dan aplisiasi, estetika serta seni dalam kehidupan.

    Manakala B.S. Bloom (1965), telah menemukakan taksonomi objektif kognitif yang

    merangkumi pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Ia

    mementingkan perkembangan potensi pelajar dari segi interlek.

  • 7/30/2019 TEMPLET HBAE 1103 Pengenalanan Pendidikan Seni Visual ZAIDAH

    10/15

    HBAE 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

    9

    Dari segi bahasa pula, domain kognitif membawa pengertian hal-hal yang berkaitan dengan

    pemikian. Mazlan Mohamad (1997) pula menerangkan bukuPlanning Art Education in the

    Middle/ secondary School of Ohio, yang dikeluarkan oleh State of Ohio Department of

    Education 1977, mengambarkan hubungan antara tujuan, matlamat, objektif, pendekatan dan

    aktiviti. Aras pencapaian objektif dipadukan daripada taksonomi domain kognitif, ia bukan

    sahaja merupakan alat pengukur terhadap pencapaian pelajar tetapi boleh dijadikan sebagai

    aras berbicara.

    Melalui aktiviti pemerhatian secara aktf, murid digalakkan untuk membuat kritikan terhadap

    sesebuah hasil seni. Bagi membolehkan kritikan yang dibina bertepatan, murid akan

    melakukan kajian terhadap hasil seni tersebut melalui pembacaan buku, majalah ataupun

    bahan internet. Melalui kajian ini, kognitif murid akan terus berinteraksi dengan bahan-bahan

    yang dirujuk untuk kajian. Aktiviti ini secara tidak langsung akan memperkembangkan

    domain kognitif. Selain itu juga, melalui pemerhatian secara aktif, murid secara tidak

    langsung akan terdorong untuk mencari maksud atau mesej yang disampaikan melalui karya.

    Oleh itu, secara tidak langsung perkembangan domain kognitif murid akan berlaku.

    Perkembangan domain kognitif juga akan berlaku melalui aktiviti interaksi yang kritis dan

    kreatif dengan alat dan bahan. Ini kerana proses ini melibatkan penggunaan pengetahuan

    sedia ada murid untuk menghasilkan sebuah idea yang baru. Selain itu juga, murid juga perlu

    mencari dan memperoleh pengalaman baru bagi membolehkan bahan dan alatan digunakan

    dengan betul dan mampu menghasilkan produk yang baru. Sebagai contohnya, dalam proses

    penghasilan anyaman. Murid mungkin telah tahu cara menganyam tetapi berdasarkan kepada

    pengetahuan baru, mid akan menghasilkan corak atau gabungan bentuk yang lebih menarik.

    3.2 Perkembangan Domain Afektif

    Iberahim Hassan (2001) mentakifkan domain aktif sebagai suatu aspek yang berkaitan

    dengan nilai, sikap, minat, keperihatinan, pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai

    sahsiah yang baik.manakala D. R. Krathwohl (1965) pula mengatakan domain ini

    mementingkan perkembangan emosi dan perasaan.

  • 7/30/2019 TEMPLET HBAE 1103 Pengenalanan Pendidikan Seni Visual ZAIDAH

    11/15

    HBAE 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

    10

    Perkembangan domain ini melalui perlaksanaan akiviti empat aspek utama organisasi

    kurikulum berlaku apabila murid menghayati keindahan yang disampaikan oleh sesebuah

    hasil seni. Keindahan yang diamati secara tidak langsung akan menghadirkan perasaan

    syukur dan kagum terhadap kuasa maha pencipta. Selain itu juga, keberkesanan maksud yang

    disampaikan oleh pengkarya juga akan mempengaruhi pemerhati melalui sentuhan perasaan

    seperti lukisan yang menunjukkan penderaan bayi, kesan dadah dan seumpamanya. Melalui

    sentuhan ini, perkembangan dii yang berkaitan dengan efektif akan berlaku.

    Selain itu juga, melalui pemupukan nilai baik melalui aktiviti menghargai nilai baik dalam

    semua kehidupan perkembangan domain efektif akan dapat dilakukan. Proses penghasilan

    karya menuntut murid melakukan kerja dengan sistematik dan tertib. Nilai yang diperoleh

    adalah untuk memperoleh sesuatu yang baik dan berkualiti, prosedur dan langka-langkah

    kerja perlulah dipatuhi.

    3.3 Perkembangan Domain Psikomotor

    Iberahim Hassan (2001), menjelaskan domai psikomotor meujuk kepada usaha memupuk

    kepada pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk

    melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kualiti koordinasi antara mata,

    tangan, otot dan mental. Objektif ini dikemukakan oleh Simpson (Kapfer, 1965) ia

    mementingkan perkembangan dan memelihara kecergasan diri, bersedia menjalankan amalan

    menggunakan masa lapang secara berfaedah, memperolehi kemahiran-kemahiran asas praktik

    dalam kehidupan seharian; dan mempunyai asas kemahiran vokasional.

    Hasil aktiviti interaksi dengan kreatif dan kritis dengan alat dan bahan, secara tidak langsung

    akan menggalakkan pergerakan anggota badan atau psikomotor dengan lebih brkesan.

    Gerakan-gerakan tangan, pererakan jari dan postur badan semasa menggunakan bahan untuk

    menghasilkan karya merupakan pergerakan asas yang perlu dikuasai oleh murid. Dengan itu,

    perkembangan domain psikomotor berlaku apabila murid berinteaksi dengan bahan.

  • 7/30/2019 TEMPLET HBAE 1103 Pengenalanan Pendidikan Seni Visual ZAIDAH

    12/15

    HBAE 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

    11

    3.4 Perkembangan Domain Kreativiti

    Paul Torrance (1974) memberikan definisi kreativiti sebagai proses yang mana seseorang

    menjadi peka terhadap masalah kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang,

    ketidakharmonian dan sebagainya; mengenal pasti perkara-perkara yang sukar, mencari

    penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan-kekurangan itu,

    menguji dan mengkaji semula hipotesis-hipotesis ini dan memungkinkan pengubahsuaian dan

    mengujinya semula dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain

    Pemupukan perkembangan domain kreatuviti turut berlaku melalui perlaksanaan aspek

    organisasi krikulum. Melalui aspek pemerhatian secara aktif, muid akan memperoleh

    motivasi yang mendorong kepada penghasilan karya yang lebih menarik. Selainitu juga,

    aktiviti ini memberi peluang kepada murid untuk membuat perbandingan, membuat kritikan,

    mengsan kelemahan dan mencuahkan idea. Kesemua peluang ini secara tidak langsung akan

    menjadikan muid lebih kreatif dan kritis.

    Melalui aktiviti aspresaisi seni pula, murid akan belajar mengenai konsep perbincangan,

    pencetusan idea, mengesan kelemahan dan sebagainya. Di samping itu juga, murid dapat

    mempelajari bagimana sesebuah hasil seni itu dihasilkan. Pengatahuan dan pengalaman ini

    secara tidak langsung akan mengalakkan perkembangan domain kreativiti murid.

    3.5 Perkembangan Domain Sosial

    Domain sosial ini khusus untuk hubungan atau tingkah laku. Domain ini terdiri daripada

    lapan peringkat objektif iaitu berhubung, berkomunikasi, melibatkan diri, berunding,

    bekerjasama, menghakim, memulakan dan menukar.

    Melalui perlaksanaan aktiviti empat aspek organisasi kuikulum akan dapat

    memperkembangkan domain sosial kerana kesemua aspek ini melibatkan perbincangan,

    pencetusan perasaan dan idea, kerjasama, penrkongsian pendapat dan sebagainya. Selain itu

  • 7/30/2019 TEMPLET HBAE 1103 Pengenalanan Pendidikan Seni Visual ZAIDAH

    13/15

    HBAE 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

    12

    juga, murid juga berpeluang untuk menghargai dan menyanjungi hasil-hasil karya masyarakat

    terdahulu seperti wau dan tembikat.

    3. KESIMPULAN

    Pengenalan Pendidikan Seni Visual merupakan salah satu langkah untuk mencapai hasrat

    melahirkan masyarakat yang seimbang dan harmonis seperti yang terkandung dalamWawasan 2020. Pada tahun tersebut, masyarakat Malaysia bukan saja mempunyai

    pengetaahuan dan kemahiran untuk menggunakan teknologi baru tetapi juga mampu

    mengeluarkan teknologi untuk kepentingan masyarakat keseluruhannya.

    Oleh sebab itu, melalui Pendidikan Seni Visual, perkembangan kognitif, kreativiti, efektif ,

    psikomotor dan sosial akan dapat dilakukan. Penekanan terhadap unsur pemerhatian,penggunaan alat, dan bahan, penerokaan dan kajian akan menggalakkan murid untuk berfikir

    secara kraetif dan kritis. Di samping itu juga, pendedahan kepada kemahiran asas seni akan

    membolehkan murid bersedia untuk menguasai kemahiran yang lebih tinggi.

    Kejayaan memperkembangkan potensi murid melalui proses pembelajaran Pendidikan Seni

    Visual merupakan cerminan kepada hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan

    2020 kerana perkembangan potensi diri yang hendak dicapai melalui Seni Visual merupakan

    sebahagian daripada ciri-ciri insan yang seimbang dan harmoni. Iaitu ciri-ciri insan yang

    dihajati oleh negara menjelang tahun 2020.

    Kesimpulannya, Pendidikan Seni Visual merupakan pelengkap kepada mata pelajaran yang

    lain kerana pemupukan nilai murni dan perkembangan potensi diri dilakukan melalui medium

    aktiviti yang berbeza dengan mata pelajaran yang lain. Keindahan dan keunikan merupakan

  • 7/30/2019 TEMPLET HBAE 1103 Pengenalanan Pendidikan Seni Visual ZAIDAH

    14/15

    HBAE 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

    13

    unsur utama yang menunjangi perubahan perkembangan potensi murid kerana manusia itu

    sendiri secara fitrahnya menyukai yang unuk dan cantik. Oleh itu, perubahan paradigma dan

    persepsi guru dan murid terhadap mata pelajaran ini perlu diubah agar mata pelajaran ini

    tidak dipandang mudah yang menyebabkan proses pengajaran dan pembelajarannya berlaku

    dalam keadaan pasif dan sambil lewa.

  • 7/30/2019 TEMPLET HBAE 1103 Pengenalanan Pendidikan Seni Visual ZAIDAH

    15/15

    HBAE 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

    14

    Bibliografi

    Chapman, Laura (1985).Discover Art. (Series 1-6). Davis Publications,.

    Iberahim Hassan. (2000). Matlamat Dan Objektif Pendidikan Seni Visual Untuk Sekolah

    Menengah: Perlu Kajian Semula. Proseding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni

    Visual. Balai Seni Lukis Negara.

    Iberahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan

    dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI.

    Lowenfeld, V. & Brittain, W.L (1970). Creative and Mental Growth. 5th Ed. New

    York: Macmillan Company

    Mazlan Mohamad. (1997). Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni. Kuala Lumpur:

    Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    Modul Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah, 2010. Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Bahagian Pendidikan Guru.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5.

    Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2011). Kurikulum Standard sekolah Rendah : Panduan

    Pengajaran Dunia Seni Visual. Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia,

    Bahagian Pembangunan Kurikulum.

    Noriati Binti A. Rashid, 2000. Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni

    Visual, Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru.

    Zakariah Abd. Ghani, 2000. Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual,

    Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru.

    Rujukan Tambahan

    http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_2/PSV3103_Kreati

    viti_Dan_Seni_Kanak-Kanak.pdf

    http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_2/PSV3103_Kreativiti_Dan_Seni_Kanak-Kanak.pdfhttp://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_2/PSV3103_Kreativiti_Dan_Seni_Kanak-Kanak.pdfhttp://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_2/PSV3103_Kreativiti_Dan_Seni_Kanak-Kanak.pdfhttp://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_2/PSV3103_Kreativiti_Dan_Seni_Kanak-Kanak.pdfhttp://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_2/PSV3103_Kreativiti_Dan_Seni_Kanak-Kanak.pdf