Temuramah

8
Temuramah bersama CIKGU AZEMI(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kg Baharu) Tarikh : 10 Mac 2014 Tempat : Di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. JASMI: Bismilllahhirahmanirahim, Assalamualaikum CIKGU AZEMI dan Selamat Pagi. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana CIKGU AZEMIsudi untuk ditemuramah bagi menyiapkan tugasan dalam Program Sarjana Pendidikan Open University Malaysia. Terima kasih diucapkan sekali lagi walaupun CIKGU AZEMIsibuk dengan kekangan masa dalam urusan pentadbiran dan urusan pdp dalam kelas. Saya rasa bersemangat dan teruja bagi memulakan sesi temuramah bagi mendapatkan input. Boleh cikgu perkenalkan diri atau latar belakang cikgu? AZEMI YAZID: Terima kasih diucapkan kepada JASMI kerana menemuramah saya. Nama saya Azemi bin Yazid. Saya berumur 34 tahun. Lahir pada 1980. Lahir di Jerthi dan dibesarkan di Tanah Merah. Anak seramai 3 orang. JASMI: Adakah isteri Cikgu bekerjaya?

Transcript of Temuramah

Temuramah bersama CIKGU AZEMI(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kg Baharu)Tarikh: 10 Mac 2014 Tempat: Di Sekolah Kebangsaan Kampung BaharuMasa: 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.

JASMI: Bismilllahhirahmanirahim, Assalamualaikum CIKGU AZEMI dan Selamat Pagi. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana CIKGU AZEMIsudi untuk ditemuramah bagi menyiapkan tugasan dalam Program Sarjana Pendidikan Open University Malaysia. Terima kasih diucapkan sekali lagi walaupun CIKGU AZEMIsibuk dengan kekangan masa dalam urusan pentadbiran dan urusan pdp dalam kelas. Saya rasa bersemangat dan teruja bagi memulakan sesi temuramah bagi mendapatkan input. Boleh cikgu perkenalkan diri atau latar belakang cikgu?AZEMI YAZID: Terima kasih diucapkan kepada JASMI kerana menemuramah saya. Nama saya Azemi bin Yazid. Saya berumur 34 tahun. Lahir pada 1980. Lahir di Jerthi dan dibesarkan di Tanah Merah. Anak seramai 3 orang. JASMI: Adakah isteri Cikgu bekerjaya?AZEMI YAZID: Ya, isteri saya bekerjaya. Isteri saya bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerteh.JASMI: Bolehkah CIKGU AZEMI jelaskan jawatan cikgu sekarang Di Sekolah Kebangsaan Kg Baharu ?AZEMI YAZID: Jawatan saya sekarang ini sebagai Guru Besar.JASMI: Cikgu bertindak Ketua dan dalam masa yang sama cikgu juga terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bolehkah cikgu nyatakan berkenaan urusan pentadbiran dan urusan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.AZEMI YAZID: Urusan sebagai Guru Besar amatlah besar bagi saya, dan tanggungjawab paling besar sekali iaitu dalam pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid pengurusan. Sebahagian besar pengurusan adalah melibatkan pengajaran dan pembelajaran.JASMI: Boleh cikgu ceritakan mengenai latarbelakang pendidikan cikgu?AZEMI YAZID: Saya memasuki Maktab pada tahun 1998 selama 3 tahun di Institut Perguruan Darul Aman, di Jitra, Kedah dan tamat pengajian pada 2001. Saya telah mengajar selama 14 tahun. Pada tahun 2006, saya telah menyambung pengajian jarak jauh di Open University Malaysia (OUM) selama 4 tahun. Saya mengambil jurusan Sarjana Muda Sains dengan Kepujian. Di Maktab dahulu, saya mengambil jurusan Diploma Sains, major sains dan minor kemahiran hidup.JASMI: Bolehkah cikgu ceritakan serba sedikit mengenai sekolah tempat cikgu bertugas sekarang? Dari segi sejarah, jumlah murid, bilangan guru, kedudukan sekolah dan sebagainya. AZEMI YAZID: saya bertugas disin dah hamper 5 yahun. Ju,lah murid seramai 700 orang pelbagai bangsa.JASMI: Berdasarkan kenyataan cikgu, bolehkah saya klasifikasikan bahawa sekolah ini sekolah yang baik? AZEMI YAZID: Ye, Sekolah Kampung Baharu ini diklasifikasikan sebagai sekolah yang ramai murid.. JASMI: Adakah murid-murid sekolah ini datang dari sekitar kampong Kampung Baharuataupun ada murid-murid dari kampong lain yang datang bersekolah di sekolah ini?AZEMI YAZID: Murid-murid Sekolah Kampung Baharuterdiri daripada pelbagai kampung, JASMI: Kebanyakan pengangkutan untuk ke sekolah adalah menggunakan pengsnkutan sendiri.JASMI: Dengan wujudnya pelbagai kekangan bagi murid untuk hadir ke sekolah, kekurangan kemudahan asas. Bagaimanakah sambutan atau keinginan mereka untuk belajar?AZEMI YAZID : mereka menunujukkan minat yang amat baik , saling beriteraksi dan menyumbang antara satu sama lai,JASMI: Sewaktu cikgu mula-mula melapor diri di sekolah ini, apakah fokus utama yang perlu diubah? Adakah dari segi kebersihan atau pengajaran dan pembelajaran?AZEMI YAZID: Pada 1 haribulan 1 2010, saya telah dihantar ke sekolah post Kampung Baharuini, pertamanya banyak yang perlu diubah, ini kerana sebelum ini saya mengajar di Petaling Jaya selama 3 tahun dan menetap di briekfields di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur. Sebelum itu saya mengajar di Port Klang selama 7 tahun, murid-murid seratus peratus melayu. JASMI: Cikgu pernah mengajar di kawasan Bandar, dan apabila cikgu dipindahkan ke kawasan pedalaman. Boleh cikgu teruskan apa yang perlu diubah di sekolah ini?AZEMI YAZID: Pertama sekali saya lihat, perlu mengubah sikap pelajar dan komuniti guru disekolah agar selari dan selaras. Kita perlu bersatu untuk cemerlang.JASMI: Berdasarkan permasalahan yang dinyatakan cikgu tadi, saya simpulkan kekangan ini dalam bentuk konfliks. AZEMI YAZID: Faktor utama ialah kekurangan motivasi dan urustadbir sebelum ini yang tidak mesra.JASMI: Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, adakah mereka aktif atau pasif dalam kelas? Apakah yang mereka hadapi semasa dalam kelas? Dari segi ingatan, atau kesedaran untuk belajar? AZEMI YAZID: Mereka kurang berkeyakinan diri, tidak Nampak kemungkinan untuk berubah pada 2010. Sekarang murid telah banyak berubah dari peranan guru supaya berkeyakinan. Antara mengadakan program nasyid, bacaan di perhimpunan, pembelajaran melibatkan murid untuk menjawab. Saya di post Kampung Baharutidak menggunakan konsep memukul, saya menggunakan konsep nasihat. Sekiranya mereka melakukan kesalahan kita akan menyiasat, disitu murid suka dating ke sekolah. Dengan itu banyak perubahan, walaupun begitu peranan guru perlu banyak berusaha untuk membawa mereka ke zaman teknologi.JASMI: Keterbatasan sebagai seorang pendidikan di kawasan pedalaman. Khususnya di kawasan pedalaman di Terengganu bukanlah satu alasan untuk mendidik. Apakah ada usaha lain bagi menarik minat murid untuk ke sekolah?AZEMI YAZID: Pertama sekali, peranan guru bagaimana untuk menceritakan kepada murid tentang dunia luar. Keduanya, pihak sekolah mengadakan kem untuk murid darjah 6 di luar Gua Musang contohnya ke Bachok, mereka juga di bawa ke berjalan di Bandar, di situ mereka boleh melihat pemakaian, pembangunan dan mereka antara nampak dunia luar. Selain itu, guru-guru banyak mengadakan aktiviti-aktiviti untuk keyakinan murid seperti senam aerobik setiap khamis dan menjadikan mereka seronok untuk ke sekolah, dan mereka boleh maju seperti bangsa lain. JASMI: Apakah konfliks ibubapa adalah kurang kesedaran?AZEMI YAZID: hubungan ibubapa dengan sekolah tidak akrab, apabila datang guru besar berlaku perubahan. Apabila hubungan ibubapa dengan sekolah tidak baik, anak-anak tidak akan ke sekolah. Sebelum tahun 2010, banyak sejarah yang tidak saya boleh nyatakan di sini. Apabila datang guru besar baru ini telah memikirkan penyelesaian masalah ini.JASMI: Selain itu, apakah konflik yang dihadapi oleh ibubapa dalam proses pembelajaran anak-anak?AZEMI YAZID: Dikalangan ibubapa ramai yang menyerahkan Tanggungjawab sekolah dan pihak PIBG memaksa anak-anak ke sekolah untuk belajarJASMI: Adakah mereka menabung hasil dari bantuan pihak kerajaan? Adakah pihak sekolah menyediakan seminar kepada ibubapa untuk memberi kesedaran kewangan bagi menampung pembelajaran anak-anak? AZEMI YAZID: Ada, banyak program yang kita sediakan untuk ibubapaJASMI: Apakah pandangan cikgu untuk mengubah pendidikan mereka? Apakah cara lain?AZEMI YAZID: Pertama sekali, peranan guru. Guru perlu memberi penampilan yang hebat, membimbing murid supaya berdisiplin, penampilan diri, hebat, berkeyakinan diri. Guru perlu menunjukkan contoh yang baik, guru perlu berdisiplin, dan menganggap murid-murid itu anak-anak kita. Guru perlu ikhlas melakukan pengorbanan untuk anak-anak orang asli, semua factor ini membantu perubahan murid-murid secara sedikit demi sedikit.

JASMI: Guru sebagai agen perubahan. Adakah cikgu setuju dengan kenyataan saya ini? AZEMI YAZID: setuju, guru bukan sahaja menjadi contoh kepada murid, tetapi guru juga memberi contoh kepada masyarakat, ibubapa. Sekiranya persatuan PIBG bekerjasama dengan sekolah, berlakunya perubahan yang sangat besar kerana guru mempunyai pengetahuan, ilmu dan terpilih. Guru perlu menggunakan tenaga dia untuk membantu orang lain, guru perlu menjadikan masyarakat ini baik sepertimana guru itu sendiri. Baik bermaksud berdisiplin, tidak malas bekerja, bertanggungjawab, memaksa anak ke sekolah, guru memaksa ibubapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan ibubapa sanggup memaksa anak-anak menyertai program sekolah. Guru penting dalam memberi perubahan kepada murid dan ibubapa, ibubapa perlukan guru sebagai role model. Peranan guru seratus peratus dalam mengubah masyarakat orang asli, semua bergantung kepada guru.JASMI: Saya selaku pelajar Sarjana Pendidikan, pelajar OUM banyak input yang telah saya perolehi dari cikgu, dalam subjek Sociology of Education. Saya mengucapkan terima kasih kepada AZEMI YAZID.AZEMI YAZID: Sama-sama.