TENIS

7
Pengenalan Tenis merupakan satu sukan yang boleh dimainkan antara dua pemain (single) atau antara setiap dua pemain yang bertindak sebagai satu pasukan (double). Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada di luar mahupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat umur, lelaki dan wanita secara perseorangan, beregu dan beregu campuran. Antara peralatan utama yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola. Di samping itu, peralatan pemain juga harus disediakan. Sejak penciptaannya, tenis terkenal sehingga ke kelas atasan Inggeris sebelum berkembang di seluruh dunia. Tenis merupakan salah satu acara dalam sukan olimpik dan dimainkan oleh masyarakat dari pelbagai peringkat umur. Pemainan ini boleh dimainkan oleh sesiapa yang tahu memegang raket, termasuk orang yang berkerusi roda. Tenis dinikmati oleh berjuta pemain yang berekreasi bersamanya dan juga merupakan satu sukan yang terkenal di seluruh dunia, terutamanya empat kejohanan Grand Slam: Kejohanan Terbuka Australia, Kejohanan Terbuka US, Kejohanan Terbuka Perancis dan Kejohanan Wimbledon.

description

tenis

Transcript of TENIS

Page 1: TENIS

Pengenalan

Tenis merupakan satu sukan yang boleh dimainkan antara dua pemain

(single) atau antara setiap dua pemain yang bertindak sebagai satu pasukan

(double). Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang

sama ada di luar mahupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan

oleh semua peringkat umur, lelaki dan wanita secara perseorangan, beregu dan

beregu campuran. Antara peralatan utama yang diperlukan untuk permainan

tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola. Di samping itu, peralatan

pemain juga harus disediakan.

Sejak penciptaannya, tenis terkenal sehingga ke kelas atasan Inggeris

sebelum berkembang di seluruh dunia. Tenis merupakan salah satu acara dalam

sukan olimpik dan dimainkan oleh masyarakat dari pelbagai peringkat umur.

Pemainan ini boleh dimainkan oleh sesiapa yang tahu memegang raket,

termasuk orang yang berkerusi roda.

Tenis dinikmati oleh berjuta pemain yang berekreasi bersamanya dan

juga merupakan satu sukan yang terkenal di seluruh dunia, terutamanya empat

kejohanan Grand Slam: Kejohanan Terbuka Australia, Kejohanan Terbuka US,

Kejohanan Terbuka Perancis dan Kejohanan Wimbledon.

Page 2: TENIS

Sejarah dan Perkembangannya

Ada beberapa pendapat tentang asal usul tenis. Ada yang menyatakan

ianay berasal dari negara Perancis pada kurun ke 11 yang dikenali sebagai “jeu

de paume” yang bermakna “Main dengan tapak tangan.” Bola yang digunakan

ialah kulit kambing biri-biri yang digumpal dan bola mesti melepasi tali seperti

jaring badminton. Ada pula yang mengatakan ia berasal dari England pada kurun

ke 19 dan dimainkan oleh orang atasan yang dikenali sebagai “real tennis” atau

“Royal Tennis”.

Harry Gem dan kawannya Augurio Perera telah mereka cipta satu

permainan yang menggabungkan elemen-elemen raket dan permainan bola lisut

pelota, yang dimainkan di Birmingham, United Kingdom. Pada tahun 1972,

bersama dua orang doktor, mereka menemui kelab pertama tenis dunia di

Leamington Spa. Suruhanjaya Leamington telah merekodkan satu kejohanan

pertama tenis yang diadakan pada 23 Julai 1884 di Dewan Shrubland.

Walau bagaimanapun, pada Disember 1873, Major WC Wingfield seorang

pegawai tentera British telah mengubahsuai dan mengasaskan permainan ini

berdasarkan real tenis yang dimainkan di gelanggang rumput, reket seperti reket

badminton dan jaring setinggi 2.13m. Dari tarikh 1874 inilah tenis terus

berkembang dan terkenal sehingga kini.

Page 3: TENIS

Keperluan dan Alatan

Page 4: TENIS

Senarai Ahli Jawatankuasa Permainan Tenis

Pensyarah : Encik Mohd Hafni Bin Abdul Halim

Pengerusi : Kong Chiew Hui

Naib Pengerusi : Nur Farah Anis Binti Mohd Fuzi

Setiausaha : Lim Chung Huey

Bendahari : Chong Liu Qing

AJK Publisiti : Liew Chee San

AJK Teknikal : Malathy A/P Muniandy, Gan Hui Ying

AJK Dokumentasi : Nooradila Binti Othaman, Mohd Abree Bin Amin,

AJK Keselamatan : Tan Ssu Ping, Nurshahrina Binti Ahmad Tarmizi

AJK Pendaftaran : Vikneswary A/P Arjunan

AJK Kebersihan : Ooi Chew Woon, Nur’Afiqah Binti Jamaluddin

AJK Cenderahati : Nur Haffieza Binti Abdul Wahab

AJK Makanan : Liow Guat Chen, Chuah Sing Bee

AJK Peralatan : Norasida Binti Rosmin, Mohd Faizal Bin Jamil,

Ho Siew Yee

Page 5: TENIS

AJK Pengadil : Semua Ahli Jawatankuasa

Bidang Tugas Ahli Jawatankuasa

Jawatan Bidang Tugas

Pengurus Kejohanan 1. Bertanggungjawab menentukan

kelicinan perjalanan kejohanan.

2. Menentukan semua pegawai

melapor diri dan jika perlu

mencari pengganti.

3. Menentukan orang-orang

tertentu sahaja berada di arena.