Teori Binaan Sendiri
-
Upload
jameschiew -
Category
Documents
-
view
234 -
download
0
Transcript of Teori Binaan Sendiri
-
8/2/2019 Teori Binaan Sendiri
1/1
Teori Binaan Sendiri
Sepanjang pratikum saya di sekolah-sekolah di sekitar samarahan dan serian, saya
telah melihat banyak karenah murid-murid yang nakal dan sengaja tidak membawa
baju PJ. Murid-murid ini adalah sangat degil dan selalu berpura-pura dengan guru
dengan alasan yang sama setiap kali PJ iaitu lupa bawa baju PJ. Jadi, selepas
beberapa kali kes tersebut terjadi, saya telah mengambil tindakan dengan
mendenda murid-murid tersebut. Tetapi, hukuman tersebut menyebabkan mereka
lebih gembira dan berasa tidak malu melakukan hukuman tersebut. Jadi bagi
menyelesaikan masalah tersebut, saya telah bekerjasama dengan guru pratikum
dari opsyen lain. Setiap kali murid-murid yang tidak membawa baju pj akan masuk
ke kelas guru lain dan membuat latihan yang telah disediakan. Selepas didenda
sekali masuk ke kelas dan membuat latihan, murid-murid tersebut takut untuk
mengulangi kesalahan tersebut. Pada sesi pengajaran seterusnya, murid-murid saya
telah membawa baju pj mereka dan melibatkan diri dalam p&p. Jadi di sini, saya
telah membuat teori saya bahawa jika murid tersebut tidak takut didenda dan
dimarah, hantar murid tersebut kepada guru lain untuk diberi latihan yang perlu
disiapkan pada masa itu juga. Jadi, murid tersebut lebih rela untuk menghadiri waktu
PJ daripada membuat latihan-latihan tersebut. Saya telah mencuba teori tersebut di
2 sekolah sebelum ini dan ia telah berjaya dilaksanakan. Ini telah membantu saya
menyelesaikan masalah murid yang tidak suka bersukan atau melibatkan diri dalam
aktiviti fizikal. Jadi, saya dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran saya
dengan lebih baik tanpa ada murid yang tertinggal.