Teori Biogeografi Pulau

3
MOHD SAWAL BIN MAT NOR 109714 TEORI BIOGEOGRAFI PULAU DEKAT BESAR Pelbagai faktor boleh mempengaruhi teori biogeografi pulau. Antara faktornya ialah letakan sesebuah pulau yang dikaji dan saiz keluasan pulau yang dikaji. Secara relatifnya, saiz pulau yang kecil akan mempunyai jumlah spesis haiwan atau tumbuhan yang lebih kecil berbanding dengan saiz pulau yang lebih besar. Walau bagaimanapun, jika pulau yang kecil berkenaan hampir dengan tanah besar, ianya akan turut mempengaruhi jumlah taburan spesis di kawasan tersebut. Walaupun saiz sesebuah pulau adalah kecil, tetapi faktor letakan pulau berkenaan yang berhampiran dengan tanah besar akan meningkatkan kepelbagaian spesis di kawasan tersebut. Sebagai contohnya, Pulau Redang yang lebih hampir dengan negeri Terengganu mempunyai kepelbagaian spesis yang lebih tinggi berbanding Pulau Lang Tengah walaupun secara relatifnya Pulau Redang jauh lebih besar berbanding Pulau Lang Tengah. Perkara ini jelas dibuktikan dengan kewujudan kawasan Taman Laut

description

teori pulau

Transcript of Teori Biogeografi Pulau

MOHD SAWAL BIN MAT NOR 109714 TEORI BIOGEOGRAFI PULAU DEKAT BESAR

Pelbagai faktor boleh mempengaruhi teori biogeografi pulau. Antara faktornya ialah letakan sesebuah pulau yang dikaji dan saiz keluasan pulau yang dikaji. Secara relatifnya, saiz pulau yang kecil akan mempunyai jumlah spesis haiwan atau tumbuhan yang lebih kecil berbanding dengan saiz pulau yang lebih besar. Walau bagaimanapun, jika pulau yang kecil berkenaan hampir dengan tanah besar, ianya akan turut mempengaruhi jumlah taburan spesis di kawasan tersebut. Walaupun saiz sesebuah pulau adalah kecil, tetapi faktor letakan pulau berkenaan yang berhampiran dengan tanah besar akan meningkatkan kepelbagaian spesis di kawasan tersebut. Sebagai contohnya, Pulau Redang yang lebih hampir dengan negeri Terengganu mempunyai kepelbagaian spesis yang lebih tinggi berbanding Pulau Lang Tengah walaupun secara relatifnya Pulau Redang jauh lebih besar berbanding Pulau Lang Tengah. Perkara ini jelas dibuktikan dengan kewujudan kawasan Taman Laut Negara yang kaya dengan kepelbagaian spesis batu karang. Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian Coral Cay Conversation, Pulau Redang merupakan antara pulau yang terkaya dengan kepelbagaian biodiversiti marinnya dan dianggarkan sebanyak 149 spesis batu karang, 16 spesis makro invertebrate dan 209 spesis ikan direkodkan di Pulau Redang. Faktor jarak yang hampir dekat antara Pulau Redang dan Pulau Lang Besar telah menyebabkan wujud kepelbagaian spesis di kawasan tersebut. Jumlah taburan spesis di 2 kawasan kepulauan ini merupakan manisfestasi teori biogeografi pulau.

http://terengganuindah.blogspot.com/2010/08/duyong-terdampar-di-pulau-lang-tengah.html