Teori Kecerdasan Pelbagai & Seni dalam Pendidikan

6
TEORI KECERDASAN PELBAGAI DAN SENI DALAM PENDIDIKAN Teori kecerdasan pelbagai memainkan peranan yang sangat penting sebagai asas bagi penerapan Seni dalam Pendidikan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Penekanan yang khusus diberikan untuk mengenalpasti aspek-aspek dalam teori kecerdasan pelbagai. Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati `seven ways of knowing, preceiving and understanding life’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, serta kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population). Dr. Roger Sperry menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah otak sahaja. Teori Kecerdasan Pelbagai berkembang mengikut konteks penggunaannya. Setiap manusia mempunyai 8 kecerdasan yang mempunyai aspek dan kualitinya yang tersendiri. Kecerdasan setiap individu ialah dilihat pada kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, kebolehan mengenal dan mencipta masalah, membentuk keperluan terhadap pengetahuan baru, kebolehan mencipta sesuatu hasil atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Teori Kecerdasan Pelbagai berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan yang releven dalam pendidikan hari ini. Linda Campbell, Bruce Campbell dan Dee Dickinson merumuskan definisi teori kecerdasan pelbagai Howard Gardner sebagai; (a) kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, (b) kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan, (c) kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner adalah sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Guru perlu

Transcript of Teori Kecerdasan Pelbagai & Seni dalam Pendidikan

Page 1: Teori Kecerdasan Pelbagai & Seni dalam Pendidikan

TEORI KECERDASAN PELBAGAI DAN SENI DALAM PENDIDIKAN

Teori kecerdasan pelbagai memainkan peranan yang sangat penting sebagai asas bagi

penerapan Seni dalam Pendidikan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah. Penekanan yang khusus diberikan untuk mengenalpasti aspek-aspek dalam

teori kecerdasan pelbagai.

Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam

kajiannya Howard Gardner mendapati `seven ways of knowing, preceiving and

understanding life’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat

termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, serta kelompok penduduk yang

mempunyai kriteria yang istimewa (special population).

Dr. Roger Sperry menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang

berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri

mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap

menggunakan sebelah otak sahaja.

Teori Kecerdasan Pelbagai berkembang mengikut konteks penggunaannya.

Setiap manusia mempunyai 8 kecerdasan yang mempunyai aspek dan kualitinya yang

tersendiri. Kecerdasan setiap individu ialah dilihat pada kebolehan menyelesaikan

masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, kebolehan mengenal dan mencipta

masalah, membentuk keperluan terhadap pengetahuan baru, kebolehan mencipta

sesuatu hasil atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu

budaya.

Teori Kecerdasan Pelbagai berperanan sebagai penjana kecerdasan serta

mendefinisi konsep kecerdasan yang releven dalam pendidikan hari ini. Linda

Campbell, Bruce Campbell dan Dee Dickinson merumuskan definisi teori kecerdasan

pelbagai Howard Gardner sebagai;

(a) kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar,

(b) kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan,

(c) kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai

dalam lingkungan sesuatu budaya.

Page 2: Teori Kecerdasan Pelbagai & Seni dalam Pendidikan

Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner adalah sebagai asas

pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Guru perlu menggalakkan

murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka. Guru perlu

merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid yang

mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta

persekitaran yang memberi inspirasi.

PERKAITAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI DENGAN SENI DALAM

PENDIDIKAN

Kecerdasan Verbal Linguistik

Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataan

untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan samada dalam bentuk lisan atau

penulisan. Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka

kepada makna yang kompleks. Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang

lain.

Kecerdasan Logik Matematik

Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul

secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang

cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang

berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal,

menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.

Kecerdasan Visual-Ruang

Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi

tentang alam sekitar secara tepat. Dapat mengenali objek, bentuk, warna dan corak

dalam persekitaran. Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan

bayangan serta secara tiga dimensi. Berkebolehan menceritakan dan menggambarkan

pengalaman yang pernah dilalui. Bijak menghubungkaitkan antara objek dalam ruang.

Page 3: Teori Kecerdasan Pelbagai & Seni dalam Pendidikan

Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea visual

dan ruang secara grafik.

Kecerdasan Kinestetik

Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk

berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan

anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan

pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu

juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal

dengan mental.

Kecerdasan Muzik

Kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan,

muzik serta irama yang terdapat di persekitaran. Individu dapat menggunakan set asas

atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik.

Selain daripada itu seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah

rentak dan tempo dengan mudah.

Kecerdasan Intrapersonal

.Individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan

tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri

yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju kehidupan

serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari.

Secara keseluruahnnya seseorang itu kelihatanmurung dan mengelamun tetapi

sentiasa berwaspada dan berwawasan.

Kecerdasan Interpersonal

Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi,

tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh

bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang

berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.

Page 4: Teori Kecerdasan Pelbagai & Seni dalam Pendidikan

Kecerdasan Naturalis

Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna

dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar

bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam

sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.

KEPENTINGAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI DALAM SENI DALAM

PENDIDIKAN

(a) Menyokong penbelajaran bersepadu mengikut saranan JERIS (jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sosial) selaras dengan Falsafah Pendidikan

Negara

Falsafah Pendidikan Negara merupakan asas ke arah pembinaan jari diri

seseorang individu sama ada guru mahupun murid. Melalui penerapan Jasmani,

Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial kesemua ini dapat menjadi pemangkin kepada

kesepaduan ilmu yang dapat mencetus idea dan kreativiti kepada guru semasa

mengajar di sekolah.Murid-murid akan menjadi seronok dengan pengajaran guru

dan menjadikan sekolah sebagai sebuah tempat belajar yang kondusif.

(b) Menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasan yang berbagai.

Setiap individu mempunyai tahap kecerdasan masing-masing dan adalah tidak

sama antara satu dengan yang lain. Setiap kecerdasan adalah berlandaskan

yang mewujudkan persaingan antara setiap individu dengan indivitu yang lain.

Kita boleh berkongsi ilmu supaya kita mampu meningkatkan tahap kecerdasan

kita.

(c) Membentuk kepelbagaian untuk menilai.

Apabila kita melihat keupayaan individu yang lebih baik dari kita maka kita akan

membuat pemerhatian dan penilaian untuk mentafsir apakah kelebihan dan

kekurangan individu tersebut dan kita mampu membuat penilaian secara analitik

dan membuat perbandingan yang wajar supaya kita mampu membuat

Page 5: Teori Kecerdasan Pelbagai & Seni dalam Pendidikan

penambah baikan dari aspek diri kita dari segi jasmani mahupun rohani.

Kemudian cuba bersaing secara sihat untuk mempertingkatkan kecerdasan

secara optima.

(d) Wujudkan suasana kolaboratif

Dalam kerja berkumpulan misalnya menyiapkan sebuah poster dan harus

melakukannya secara kumpulan aspek koloboratif ini dapat diwujudkan melalui

perkongsian idea dan kemahiran supaya lukisan yang ingin dihasilkan dapat

dilukis dan diwarna dengan lebih menarik kesan daripada perkongsian maklumat

dan menerima idea orang lain secara terbuka dan membabitkan diri dalam

aktiviti tersebut secara aktif sesama ahli kumpulan dengan penuh kompromi.

(e) Tingkatkan profesionalisme guru dan galakkan inovasi penyelidikan dalam

pengajaran dan pembelajaran

Guru sebagai agen dan pemudahcara dalam meperkembangkan ilmu kepada

murid. Maka guru haruslah bertindak secara professional untuk menjadikan

interaksi antara guru dan murid lebih berkesan dan beretika. Guru memainkan

peranan yang sangat besar bagi menjamin tahap pencapaian murid berada di

tahap optima.pembaharuan serta strategi pengajaran ysng pelbagai mampu

membuatkan murid sentiasa tertarik dengan pengajaran guru. Bahan bantu

mengajar juga haruslah menarik dan membuatkan murid teruja untuk belajar di

dalam kelas.

(f) Tingkatkan kualiti diri dan motivasi diri.

Guru yang mempunyai daya motivasi yang tinggi akan mendorong murid menjadi

lebih yakin dengan diri dan bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu

pengetahuan kerana murid selalunya akan meletakkan sepenuh kepercayaan

kepada guru sebagai seorang yang sangat disanjung dan dihormati dalam

konteks hubungan guru dan murid. Hubungan yang rapat ini akan menjadikan

jalinan yang kukuh antara keduanya. Oleh itu unsur seni dalam pendidikan

bukan sahaja sempit atau terikat pada ruang yang kecil sahaja tetapi ianya

Page 6: Teori Kecerdasan Pelbagai & Seni dalam Pendidikan

mencakupi segenap aspek kehidupan yang kita tidak nampak dengan jelas

melainkan kita benar-benar fokus dengan tanggungjawab sebagai seorang guru

yang bersikap profesional dan matang.

(g) Tingkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang pelbagai dan seterusnya

meningkatkan potensi diri

Apabila kita sudah memahami teori kecerdasan pelbagai maka sebagai seorang

guru kita mampu mempraktikkannya kepada murid dan mengenalpasti potensi

kecerdasan murid. Hal ini dapat membantu murid menguasai aspek kecerdasan

diri mereka dengan lebih baik dan berkesan. Justeru setiap aspek kecerdasan

murid harus diteliti oleh guru meskipun murid ianya agak sukar tapi usaha

berterusan dari guru pasti akan membuahkan hasil dan membentuk murid

menjadi seorang yang sangat berguna kepada agama,bangsa dan tanah air

kelak.