Teori Konstruktivisme

4
Teori Konstruktivisme Pengenalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat. Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan. Pengertian Konstruktivisime Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

description

Bahasa Melayu

Transcript of Teori Konstruktivisme

Page 1: Teori Konstruktivisme

Teori Konstruktivisme

Pengenalan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi

murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani

kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai

matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran

dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-

murid yang pelbagai kebolehan dan minat.

Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud

secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman

pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu

diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan

dan pengabstrakan.

Pengertian Konstruktivisime

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama

dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan

universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan

daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu

pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada

usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu

pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid

sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan

menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui

murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea

dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil

kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan

dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka

baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan

konstruktivisme.

Page 2: Teori Konstruktivisme

Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang

bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.Rutherford

dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir

semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan

miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan

asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi

jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. John Dewey menguatkan lagi teori

konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara

berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.

Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan

berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian,

penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan

mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid

meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan

berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan

daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep

daripada kaca mata murid.

Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme

Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma

objektivisme. Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan.

Perbezaan antara objektivisme dengan konstruktivisme adalah sangat nyata. Objektivisme

berdasarkan tanggapan bahawa wujud pengetahuan di luar persepsi manusia. Menurut

pandangan ini, fungsi sains ialah untuk memastikan pengetahuan disampaikan secara

objektif. Proses pembelajaran dalam paradigma ini hanyalah untuk menyalarkan

pengetahuan dari pendidik kepada murid. Pengetahuan sains dari perspektif konsruktivisme

adalah penjelasan paling sesuai untuk menghuraikan fenomena yang diperhatikan.

Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan

siapa yang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya mengetahui segala-

galanya. Ini menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimana

yang dilihat oleh pihak `pakar'. Model autoritarian ini menjadikan guru sebagai sumber

Page 3: Teori Konstruktivisme

pengetahuan dan menjadikan guru sangat penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orang

awam beranggapan guru mempunyai segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal

melahirkan murid yang produktif dan berpengetahuan luas.

Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam

menentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murdi

dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka

menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. murid

bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada

proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu sesi perbincangan murid

bersama-sama menetnukan perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan

mempelajarinya. Dalam proses ini murid akan mengalami prosedur yang digunakan oleh

seorang saiantis seperti menyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperolehi

Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam

bilik sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini,

guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru

itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta

berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan

pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan.

Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu

sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka

menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah.

Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk

menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan menyelesaikan masalah.

Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing.

Hubungan guru dengan murid boleh diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan

dengan ibu yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu

murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk

murid. Murid yang membina fahaman sendiri.

Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalam

pengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang

dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang sama

dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan,

soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi

hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh

penggubal soalan sahaja. Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara

Page 4: Teori Konstruktivisme

menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik

penilaian yang sedemikian ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian

berpasukan.

Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahli

objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus

kelas dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi

individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu diangap

penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan

peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka

pelajari. Melalui proses ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan

diri dalam aktiviti pembelajaran mereka.Sebaliknya ahli objektivisme berpendapat bahawa

guru harus berperanan sebagai pengawal disiplin kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali

menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Mereka yang ingkar akan didenda.

Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada

guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan

sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di

samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya

kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi