Teori Konstruktivisme Model Needham

download Teori Konstruktivisme Model Needham

of 52

Transcript of Teori Konstruktivisme Model Needham

Teori Konstruktivisme Model NeedhamTuesday, August 18, 2009Tesis KuDEDIKASI Senarai Cinta dan Terima Kasih Pertama dan terulung, adalah kesyukuran yang tidak terhitung buat Allah SWT, Tuhan pencipta alam. Dialah Tuhanku yang memberikan segala-galanya. Menganugerahkan sebuah kehidupan, cita-cita dan matlamat. Kedua, buat bonda tercinta Puan Sabturiah bte Muslimin yang melahirkan aku dari rahim keibuannya. Berkongsi nafas dan nyawanya semenjak kelahiran sehingga kedewasaanku. Sabar menanggung kerenah dan perangaiku dengan melafazkan kata-kata kasih dan sayang. Ketiga, buat ayahanda tercinta Haji Saraamu bin Balamu. Seorang bapa yang sukar dimengerti dan difahami. Namun, mampu dirasai ketulusan hati. Merealisasikan impian dan cita-citaku menjadi satu kepastian. Seterusnya buat warga SK Taman Pelangi, Johor Bahru. Kalian adalah insan yang banyak membantu. Juga kepada mereka yang menyumbang masa, tenaga dan fikiran bagi menyiapkan kajian pendidikan ini. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya kepada kalian. Jazakumullahu khairan kathira. PENGHARGAAN Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dari-Nya dapat penulis menyiapkan Projek Sarjana dengan jayanya. Setelah bertungkus-lumus mencari, meneliti dan berbincang akhirnya inilah hasil yang dapat penulis persembahkan. Segala usaha yang telah penulis curahkan Insya-Allah semoga akan mendapat keredhaan dari Ilahi. Penulis berusaha dan merancang, Allah Taala juga merancang akhirnya penulis berdoa agar perancangan dan harapan penulis selari dengan perancangan Allah Taala dan Insya-Allah ganjarannya keredhaan dari Ilahi.

Setinggi-tinggi penghargaan penulis hulurkan buat Dr. Rio Sumarni bte Sharifudin selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing, mendorong dan memberi tunjuk ajar serta nasihat sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Siswazah, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, pelajar sarjana jabatan Teknologi Pendidikan. Tidak ketinggalan buat ahli keluarga serta rakan-rakan yang memahami dan telah banyak menolong penulis sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Segala jasa-jasa yang telah dicurahkan Insya-Allah akan dibalas jua oleh Allah Taala. ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat satu kajian eksperimen yang dijalankan ke atas pelajar Tahun enam dengan menggunakan Teori Konstruktivisme Model Needham (1987) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Terdapat beberapa fasa dalam Model Needham iaitu: Orientasi, Pencetusan idea, Penstrukturan semula idea, Aplikasi idea dan Refleksi. Pemilihan sampel kajian adalah difokuskan kepada sekolah A sahaja. Pelajar akan dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Kebolehan sampel dalam kedua-dua kumpulan adalah setara dari segi pencapaian akademik. Kumpulan A ialah Kumpulan Eksperimen dan telah diajar secara terancang dengan mengaplikasikan Model Needham (1987). Manakala pelajar dalam Kumpulan B pula ialah Kumpulan Kawalan yang diajar menggunakan pendekatan pengajaran secara tradisional. Antara dapatan kajian yang menarik ialah pengajaran dengan menggunakan Teori Konstruktivisme Model Needham (1987) dapat meningkatkan pencapaian subjek secara signifikan dalam pengajaran Bahasa Melayu berbanding pencapaian subjek Kumpulan Kawalan. Hasilan kajian juga mendapati bahawa minat dan kerjasama kumpulan A yang mengaplikasikan Model Needham (1987) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu juga turut meningkat secara signifikan. BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa menerusi teknologi maklumat dan komunikasi. Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan pelajar menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Pelajar mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melengkapkan pelajar dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri , memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003) Dalam objektif mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah juga mensasarkan agar pelajar dapat: i. mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti serta menghayatinya dalam konteks perbualan harian dan situasi formal; ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi; iii. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara; iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis; v. memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan; vi. memperkembang imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis; vii. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan dengan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul; viii. menggunakan bahasa baku meliputi tatabahasa, ejaan, kosa kata, serta sebutan dan intonasi yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis; ix. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya bukan sastera; dan x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan kewarganegaraan. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002: 2) LATAR BELAKANG MASALAH Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Enam menggariskan beberapa pendekatan yang perlu diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Tetapi masih terdapat lagi guru yang masih lagi menggunakan pendekatan pengajaran secara tradisional iaitu berpusatkan guru. Menurut Abdul Rahim (1998), faktor kegagalan guru dalam penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai menyebabkan pelajar berasa bosan, mengantuk dan berasa jemu. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) telah menyarankan beberapa kaedah dan teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa teknik yang disarankan berkenaan adalah, Pendekatan Berpusatkan Pelajar, Kepelbagaian Tekni, Kepelbagaian Sumber Bahan, Penggunaan Tatabahasa yang Tepat, Pengajaran dan Pembelajaran Bertema, Bacaan Luas, Penggabungjalinan, Penyerapan, Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan.

Menurut Abd Rahim, 1998, kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran perlu menarik minat dan mencabar kebolehan pelajar. Kriteria amat penting untuk menjadikan P & P lebih bersifat kreatif dan inovatif bagi mengembangkan minda kritis dan kreatif pelajar. Pendekatan pembelajaran yang berpusatkan pelajar, iaitu penglibatan aktif seperti menyatakan idea, dan penulisan secara kritis boleh meningkatkan pencapaian pelajar dan merangsang minda dapat membantu pelajar memperoleh dan menguasai pengetahuan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Teori konstruktivisme merupakan suatu teori yang digunakan sebagai panduan dalam pendidikan. Dalam pendidikan konstruktivis, terdapat beberapa prinsip asas iaitu pengetahuan dibina oleh para pelajar, setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas, proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial, dan guru merupakan fasilitator dalam pembinaan pengetahuan pelajar. Pendekatan penggunaan teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Menurut Arif Sukardi (1987) teori pembelajaran memainkan peranan yang penting kepada guru kerana menerusi teori-teori ini guru akan memahami proses pembelajaran yang berlaku di dalam diri pelajar, memahami faktor yang mempengaruhi dan mempercepatkan proses pembelajaran para pelajar. Selain itu guru akan dapat membuat ramalan yang tepat tentang hasil yang diharapkan dari proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu salah satu teori yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah konstruktivisme.Teori ini pada umumnya adalah merupakan pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. McBrien & Brandt (1997) menyatakan konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya menerima pengetahuan daripada orang lain.

Briner,M., (1999) pula menyebut pelajar membina sendiri pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Menurut Brooks & Brooks (1993), teori konstruktivisme menyatakan bahawa pelajar membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik. Sushkin,N (1999), pula menyatakan bahawa dalam teori konstruktivisme penekanan diberikan

lebih kepada pelajar berbanding kepada guru. Ini adalah kerana pelajarlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, pelajar membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif pelajar hendaklah diterima dan digalakkan. Nik Aziz Nik Pa (1999), menyebut konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang di terima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih. Berdasarkan pandangan-pandangan di atas maka pengertian pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Implikasi dari teori ini adalah pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan pelajar. Pengetahuan yang dipunyai oleh pelajar adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh pelajar tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Guru pula berperanan sebagai fasilitator yang membantu pelajar membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Guru juga sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru. Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Seterusnya ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme adalah mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh pelajar, menggalakkan pelajar bertanya dan berdialog dengan pelajar lain dan gurunya, menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen, memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang sebenar,mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana pelajar belajar sesuatu idea, menyokong pembelajaran secara koperatif, menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran, menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar dan akhirnya menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar yang digunakan sebagai panduan merancang pengajaran. Penggunaan teori konstruktivisme dalam pengajaran melatih daya pemikiran para pelajar dengan memastikan mereka tidak bergantung sepenuhnya pada guru untuk memindahkan ilmu pengetahuan. Selain itu, penggunaan teori tersebut juga melahirkan sikap yang positif dalam kalangan pelajar untuk menimba ilmu. Di samping itu, para pelajar akan menerima pendidikan yang lebih menyeluruh di mana mereka dilatih dari segi praktikal, sosial dan juga peribadi dan sikap mereka secara berkumpulan. Akhirnya, pendidikan konstruktivis menggalakkan budaya pembelajaran seumur hidup lifelong-learning menerusi penerapan semangat inquiri dan ingin tahu dalam sanubari para pelajar. Penggunaan teori konstruktivisme dalam pengajaran menghadapi beberapa cabaran yang mungkin menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Akan tetapi, cabaran ini mampu diatasi dengan

adanya kerjasama dan sikap yang positif oleh semua pihak. Dengan itu, dapatlah kesan-kesan positif penggunaan teori tersebut dalam pendidikan dapat dinikmati. Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan pelajar yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan pelajar lebih faham, yakin, dan seronok untuk belajar sepanjang hayat. (Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Bahasa Melayu Tahun Enam, 2002) Reformasi pendidikan, betapa kecil sekalipun, membewa rentetan perubahan iaitu sekurangkurangnya dari segi teknik, strategi dan pendekatan dalam pendidikan. Reformasi pula bila dilihat dari segi yang lebih luas merujuk kepada transformasi dalam matlamat dan objektif dan hubungkaitnya dengan sektor-sektor kehidupan yang lain. (Wawasan Pendidikan, 1993) PERNYATAAN MASALAH Pelajar merupakan pewaris yang akan memastikan hala tuju negara, pelajar perlu memberi sepenuh tumpuan ketika mempelajari mata pelajarn ini, dan guru perlu memberi sepenuh komitmen bagi memastikan isi kandungan mata pelajaran ini dipenuhi sepenuhnya kerana ia merupakan mata pelajaran pengantar ilmu. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat. Pengkaji memilih tajuk asas membina karangan dalam matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 6. Ia merangkumi aspek pengenalan, isi dan penutup karangan. Sistem bahasa yang mapan adalah sangat diperlukan bagi memastikan pelajar dapat menguasai sepenuhnya tajuk ini. Pendekatan yang relevan adalah perlu diaplikasikan. Oleh hal yang demikian, kajian ini adalah sangat perlu untuk mengetahui sejauhmanakah keberkesanan teori pembelajaran konstruktivisme model Needham dalam pencapaian dan minat pelajar. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah: Menilai keberkesanan penggunaan teori pembelajaran konstruktivisme Model Needham terhadap pencapaian pelajar dalam 6 aras taksonomi Bloom: a. Pengetahuan b. Pemahaman c. Aplikasi d. Analisis e. Sintesis

f. Penilaian Mendapatkan maklumbalas pelajar terhadap kesesuaian penggunaan teori pembelajaran konstruktivisme model Needham di dalam P&P. PERSOALAN KAJIAN Adakah terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian ujian pos antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan secara keseluruhan (6 aras Taksonomi Bloom)? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian ujian pos antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan secara keseluruhan (6 aras Taksonomi Bloom)? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam soalan aras pengetahuan Taksonomi Bloom bagi ujian pos? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam soalan aras pemahaman Taksonomi Bloom bagi ujian pos? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam soalan aras aplikasi Taksonomi Bloom bagi ujian pos? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam soalan aras analisis Taksonomi Bloom bagi ujian pos? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam soalan aras penilaian Taksonomi Bloom bagi ujian pos? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam soalankeseluruhan mengikut aras Taksonomi Bloom bagi ujian pos? Apakah maklumbalas pelajar terhadap kesesuaian penggunaan teori pembelajaran Konstruktivisme Model Needham dalam pengajaran dan pembelajaran? KEPENTINGAN KAJIAN Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pihak-pihak yang terlibat di dalam perlaksanaan P & P Bahasa Melayu Tahun 6 khususnya di peringkat Sekolah Rendah. Dapatan kajian ini sangat penting kepada guru-guru Bahasa Melayu dan pelajar-pelajar yang diharap mampu melahirkan pelajar yang cemerlang. Perubahan persekitaran pembelajaran di kalangan pelajar di mana terdapat pelbagai media massa yang menyalurkan maklumat menyebabkan pelajar perlu melatih diri daripada tidak pandai berdikari, pembelajaran berpusatkan pengajar kepada pelajar yang pandai belajar secara kendiri dan berpusat pelajar. Dengan adanya kajian ini, para guru dapat mengenalpasti aspek-aspek penting dalam P & P. Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat mengetahui tahap kefahaman pelajar terhadap isi kandungansubtopik yang dipilih pengkaji seterusnya mengetahui persepsi mereka terhadap keberkesanan implementasi Konstruktivisme terhadap prestasi akademik mereka. Kepentingan

kajian ini dibahagikan kepada tiga pihak yang terlibat iaitu, pelajar, guru Bahasa Melayu dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar Pelajar perlu mengambil pendidikan sormal sehingga ke Tingkatan 5 bagi mengelakkan keciciran berlaku. Pelajar seharusnya memberi tumpuan penuh semasa proses P&P kerana ketika itu maklumat berguna diberikan secara berterusan kepada pelajar. Pelajar perlu memahami isi kandungan silubus yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kerana ianya telah disusun dengan teratur dan teliti yang seharusnya dapat melahirkan insan yang lengkap dalam pengetahuan asas. Ianya juga menyediakan pelajar menjawab peperiksaan UPSR dengan cemerlang. Guru Pendidikan Islam Kajian ini penting bagi membantu meningkatkan kemahiran pengetahuan golongan guru khususnya guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah di dalam usaha memantapkan gaya pengajaran bagi subtopik membina karangan yang telah digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia juga dapat meningkatkan keberkesanan dan boleh dijadikan sebagai panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Kajian yang dihasilkan ini dapat dijadikan sebagai rujukan untuk pihak KPM khususnya dalam meyediakan kurikulum dan keperluan-keperluan yang mencukupi bagi melaksanakan kaedah P & P bagi subtopik membina karangan seterusnya akan menjadi rujukan bagi tugas pemurnian silibus yang dilakukan setiap 3-5 tahun sekali. BATASAN KAJIAN Kajian yang dilakukan ini adalah tertumpu kepada pelajar Tahun 6 yang dibahagikan kepada 2 kumpulan. Seramai 60 orang dimana kumpulan kawalan diwakili oleh 30 puluh orang pelajar dan kumpulan eksperimen pula adalah seramai 30 orang. Subjek merupakan pelajar yang mempunyai tahap pencapaian yang sederhana dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Umumnya, tahap kefahaman pelajar adalah berbeza-beza di antara seorang individu dengan individu yang lain. ini bergantung kepada pengetahuan asas pelajar, pendedahan dan pengatuh sekeliling. Kesemua dapatan kajian ini hanya sesuai untuk digeneralisasikan dan terbatas kepada subtopik yang dipilih pengkaji sahaja. Ianya juga hanya sesuai untuk pelajar yang mempunyai tahap yang sederhana seperti sampel yang dipilih penulis. Oleh itu, dapatan yang diperolehi daripada kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada semua isi kandungan mata pelajaran Bahasa Melayu ataupun untuk kesemua peringkat kecerdasan pelajar. Keputusan hasil penyelidikan ini adalah bergantung kepada kefahaman. Keikhlasan dan kejujuran pelajar semasa menjawab item-item dalam borang soal selidik yang dikemukakan dan juga jumlah borang soal selidik yang dikembalikan setelah menjawab borang soal selidik tersebut. Dapatan kajian ini mungkin berbeza dengan dapatan yang diperolehi oleh kajian di masa hadapan. DEFINISI ISTILAH

Beberapa istilah yang digunakan dalam penulisan ini merupakan definisi yang terperinci. Definisi ini perlu kerana pengertian umm dengan pengertian dalam kajian ini mungkn berbeza. Istilahistilah tersebut adalah seperti berikut: Pembelajaran Menurut Kamus Dewan (2005), pembelajaran bermaksud proses (kegiatan) belajar. Pembelajaran ialah perolehan tabiat , pengetahuan dan sikap. Ia melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja dan ia bertugas dalam percubaab individu untuk mengatasi rintangan untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. Ia merupakan perubahan tingkah laku yang progresif sambil individu itu bertindak balas kepada situasi baru atau pelbagai situasi dalam usaha menyesuaikan tingkah laku dengan berkesan kepada permintaan yang dibuat terhadapnya (Crow dan Crow, 1983). Pembelajaran aktif Pembelajaran aktif merujuk kepada proses pembelajaran yang memerlukan pelajar aktif dalam proses pengumpulan maklumat atau isi pelajaran. Pelajar akan melakukan sesuatu tugas seperti memproses, mengguna dan membuat refleksi terhadap maklumat yang diberi. Aktiviti yang boleh dijalankan dalam pembelajaran aktif boleh berlaku tidak kira sama ada secara individu, secara berpasangan atau aktiviti secara berkumpulan. Bahan kandungan kursus (Silibus) Menurut Kamus Dewan (2005), bahan kandungan kursus (Silibus) adalah sesuatu yang terkandung oleh sesuaitu jyang lain, apa yang termuat ( di dalam sesuatu). Strategi Menurut Kamus Dewan (2005), strategi bermaksud rancangan yang teratur (menghitung pelbagai faktor) untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Sharifah Alawiah, 1985 menyatakan kaedah pengajaran ialah peredaran ke arah sesuatu tujuan pengajaran yang telah dirancang dengan teratur. Persekitaran Menurut Kamus Dewan (2005), persekitaran kawasan di sekeliling sesuatu tempat, kawasan sekitar. Suasana fizikal bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran di mana ia merupakan sumber pembelajaran utama (Sharifah Alawiah, 1985) Konstruktivisme Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia (2001), Konstruktivisme adalah suatu kefahaman atau konsep bahawa pelajar membina pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. PENUTUP Pembelajaran melalui strategi pembelajaran Konstruktivisme Model Needham ini adalah praktikal kerana kandungannya yang melibatkan pembelajarn berpusatkan pelajar. Guru hanya sebagai fasilatator. Dengan itu adalah menjadi tanggungjawab guru membentuk persekitaran pembelajaran yang aktif dan kolaboratif (Abdullah, 2000). Pemilihan sesuatu kaedah atau strategi harus digunakan dengan meluas berdasarkan kriteria-kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran, tajuk

pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian pelajar, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk. Tahap persepsi, sikap dan pengetahuan pelajar berkaitan pendekatan Konstruktivisme merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar. Untuk meningkatkan pencapaian, maka setiap pelajar perlulah melalui suatu proses pembelajaran yang bermakna. Oleh itu pelajar sebagai penerima maklumat, perlu belajar mengemudikan proses ini dengan baik supaya mereka dapat memperolehi pengetahuan yang mendalam dalam Bahasa Melayu. jadi sikap seseorang pelajar yang ingin berjaya dalam pelajarannya hendaklah membentuk sikap yang positif terhadap apa yang dipelajarinya di dalam kelas. Pemikiran dan sikap positif pelajar akan mendorong minat belajar. Sikap positif terhadap pelajaran yang dipelajarinya boleh dipupuk dengan mengambil iktibar dan azam yang kuat terhadap bidang yang diceburinya. Seseorang pelajar perlu bersedia menerima sebarang teguran dan tunjuk ajar dari gurunya untuk memperbaiki kelemahan yang wujud. Sikap yang baik ini seterusnya akan membentuk insan yang cemerlang. BAB 2

SOROTAN PENULISAN PENGENALAN Menurut Abdul Rahim (1998), faktor kegagalan guru dalam penggunaan kaedah pengajaran dan pemebelajaran yang sesuai menyebabkan pelajar berasa bosan, mengantuk dan jemu. Pelajar sebenarnya berupaya menguasai, menyimpan dan memperolehi pengetahuan baru bagi setiap aktiviti pembelajaran yang dilakukan sekaligus membantu dalam pembinaan pengetahuan melalui pengalaman pembelajaran mereka. Menurut Abdul Shukor (2003), untuk menjadikan pengajaran guru berkesan, guru-guru bukan sahaja perlu mempunyai isi pengetahuan yang mencukupi, tetapi mereka juga perlu mengetahui cara-cara untuk menterjemahkan pengetahuan itu kepada satu bentuk imej supaya pelajar boleh memahaminya dengan mudah dan menggunakannya dalam kehidupan sehari-harian. Pelbagai teori dan strategi P & P yang boleh digunakan untuk memastikan pembelajaran menarik dan dapat dikuasai pelajar dengan melakukan pembelajaran aktif. Contoh pembelajaran aktif yang berpusatkan pelajar ialah seperti menggunakan teori Konstruktivisme Model Needham. Teori Konstruktivisme merupakan suatu teori yang digunakan sebagai panduan dalam pendidikan bertujuan untuk menghasilkan P & P yang aktif seterusnya bermakna. Beberapa prinsip asas dalam teori Konstruktivisme ialah pengetahuan dibina oleh para pelajar, setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas iaitu pengetahuan sedia ada, proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial, dan guru hanyalah fasillitator atau disebut pemudahcara dalam pembinaan pengetahuan pelajar.

Teori pembelajaran Konstruktivisme melatih daya pemikiran para pelajar dengan memastikan mereka tidak bergantung sepenuhnya pada guru untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Penggunaan teori tersebut juga melahirkan sikap yang positif dalam kalangan pelajar untuk menimba ilmu. Di samping itu, para pelajar akan menerima pendidikan yang lebih menyeluruh di mana mereka dilatih dari segi praktikal, sosial, peribadi dan sikap mereka secara berkumpulan. Akhirnya, pendidikan Konstruktivisme menggalakkan budaya pembelajaran seumur hidup menerusi penerapan semangat inkuiri dan ingin tahu dalam diri para pelajar. Penggunaan teori Konstruktivisme dalam pengajaran menghadapi beberapa cabaran yang mungkin menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Akan tetapi, cabaran ini mampu diatasi dengan adanya kerjasama dan sikap yang positif oleh semua pihak. Dengan itu, dapatlah kesan-kesan positif penggunaan teori tersebut dalam pendidikan dapat dinikmati. KAEDAH PENGAJARAN Proses pengajaran merupakan proses bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka berkebolehan dan berkemungkinan untuk belajar (Ramsden 1993; Trigwel, Prosser, & Lyons 1997). Jadi guru mesti merealisasikan proses kerjasama ini supaya penyampaian ilmiah sampai kepada murid. Pengajaran juga konsep yan menekankan murid mesti mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan oleh Huraian Sukatan. Apabila semua guru memastikan setiap murid mencapai hasil pembelajaran, maka akan berlaku perubahan sama ada dari aspek tingkah laku mahupun kognitif. Menurut Ramsden (1988) belajar atau pembelajaran di sekolah seharusnya merupakan satu pergerakan ke arah pembentukan insan yang berupaya menyelesaikan persoalan yang kompleks, mengiktiraf kuasa dan keelokan konsep-konsep sesuatu bidang pelajar, dan menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam kelas dalam meyelesaikan masalah di luar kelas. Keberkesanan pengajaran guru akan menghasilkan hasil pembelajaran yang berkualiti. Bagaimana kaedah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Oleh sebab itulah, wujudnya proses reka bentuk pengajaran. Menurut Dick & Reiser (1989), reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Setiap pengajaran yang dilakukan oleh guru akan menjadi lebih sistematik dan berkesan apabila guru menerapkan reka bentuk pengajaran dalam proses pengajaran mereka. Ia disebabkan oleh guru tersebut telah membuat reka bentuk kaedah pengajaran mereka seterusnya membangunkan sendiri kaedah tersebut dan membuat penilaian selepas itu. Situasi ini akan memberi keyakinan guru bahawa pengajaran mereka berkualiti dan mampu mencapai sasaran. DEFINISI TEORI KONSTRUKTIVISME Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidikan berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. (Mcbrien & Brandt, 1997) Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan

mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud(Briner, M. 1999) Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang difahami oleh mereka sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang telah dibentuk oleh mereka atau mereka akan menyesuaikan peraturan itu agar mereka dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik. (Brooks dan Brooks, 1993) Dalam teori konstruktivisme, penekanan yang diberikan kepada murid lebih daripada guru. Hal ini demikian kerana muridlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah tersebut. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan. (Sushkin, N. 1999) Pembelajaran secara konstruktivisme lahir daripada pandangan mengenai cara manusia belajar. Teori konstruktivisme mengatakan bahawa murid membina makna mengenai dunia dengan mensintesis pengalaman baru terhadap apa yang mereka telah fahami sebelumnya. Mereka membentuk peraturan me1alui refleksi mengenai interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bennakna kepada mereka: mereka akan sama ada: 1) Menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya sesuai dengan peraturan sedia ada; atau 2) Akan menyesuaikandengan peraturan mereka sendiri untuk menerangkan maklumat baru tersebut denganlebih baik (Brooks & Brooks, 1993). Sehubungan dengannya, ilmu pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak pula menyerap secara pasif sebarang ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Seorang murid akan menyesuaikan sebarang maklumat barn yang diperolehinya dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk pengetahuan barn dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya. Von Glasersfeld (1995) mengatakan melalui prinsip konstruktivisme, ilmu pengetahuan dibina secara aktif oleh setiap individu berasaskan pengalaman yang dilaluinya. Pembinaan ilmu pengetahuan seseorang individu adalah hasilan daripada proses modifikasi, penyesuaian, penyusunan dan pengorganisasian struktur pengalamannya yang lalu. Sehubungan dengan itu, pembelajaran secara-konstruktivisme akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan-murid sementara guru hanya berperanan sebagai fasilitator yang membimbing mereka membina ilmu pengetahuan ataupun menyelesaikankan masalah yang dihadapi. Guru juga sebagai perekabentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada mood untuk membina ilmu pengetahuan barn.

Ausubel (1963) berpendapat faktor yang paling penting dalam proses penerimaan maklumat barn adalah pengetahuan yang sedia wujud pada seseorang individu. Pengetahuan sedia wujud ini menjadi asas pemprosesan maklumat dalam pemikiran murid; dan idea barn yang dipelajari akan disimpan secara berhubungan (berkaitan) dengan konsep yang sedia wujud. Oleh itu, idea menghubung kait antara ilmu pengetahuan lama dan baharn sewaktu proses pengkonsepan perlu diketengahkan. Melalui konstruktivisme, guru akan mengenal pasti tahap pengetahuan murid dan dapat merancang kaedah pengajarannya berdasarkan tahap/sifatlciri pengetahuan tersebut. Ilmu pengetahuan yang dimilki murid adalah hasilan daripada aktiviti yang dila.kukan oleh mood tersebut dan bukannya pengajaran yang diterima secara pasif.

Menurut Piaget (1970) semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan bagaimana data dan maklumat ini sesuai dengan skema yang ada; dan murid pula akan menyerap maklumat tersebut ke dalam skema ini, lni bermakna, proses asimilasi berla.ku terhadap maklumat barn yang diterima. Sekiranya maklumat barn tersebut tidak dapat diserasikan dengan struktur mental sedia wujud maka proses akomodasi pula berlaku - satu kerangka skema barn akan dibina oleh murid. Teori pemprosesan maklumat telah dikembangkan oleh pakar-pakar pendidikan seperti Gagne (1965) dengan learning of concept; Taba (1966) dengan inductive thinking; Bruner, Goodnow, dan Austin (1967) dengan concept attainment. Mereka menyarankan maklumat yang diterima akan mula masuk melalui perekod-sensori untuk seketika; dan kemudian berpindah ke ingatan jangka pendek. Maklumat bam dalam ingatan ini mungkin mengganggu atau menutup ingatan lama. lnilah yang dikatakan wujud hubungan antara pengetahuan lama dan barn. Menurut Briner (2005) murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi barn yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Oleh yang demikian, pembelajaran secara-kontruktivisme berupaya membantu mood membina ilmu pengetahuan mereka sendiri. lni bermakna, sesuatu ilmu pengetahuan yang dimiliki seseorang individu adalah hasilan daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut; dan bukannya sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif dari luar kerana ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan dari pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap individu membentuk ilmu pengetahuannya sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih (Nik Azis Nik Pa, 1999). Prinsip-prinsip Asas Dalam Teori Kostruktivisme Terdapat beberapa prinsip asas dalam Teori Konstruktivisme [2],[3]. Berikut adalah penerangan secara ringkas tentang setiap prinsip tersebut. Setiap prinsip yang terlibat akan dibincangkan

tentang aplikasinya dalam proses pendidikan dengan selanjutnya dalam bahagian kesan-kesannya terhadap pembelajaran para pelajar nanti. a) Pengetahuan dibina oleh pelajar pelajar bukan merupakan tin kosong untuk diisi, tetapi merupakan individu aktif yang perlu berusaha mencari pengertian kepada perkara-perkara yang ditemuinya. Para pelajar mestilah construct iaitu membina pengetahuan. Dengan ini, para pelajar perlu menggunakan daya pemikiran mereka sendiri, dan bukannya bergantung semata-mata pada maklumat yang dimiliki oleh guru. Oleh itu, guru-guru tidak sekadar memberi maklumat dan ilmu yang terkandung dalam sukatan pelajaran begitu sahaja, tetapi menggalakkan pelbagai jenis aktiviti dilakukan oleh pelajar di mana setiap aktiviti merupakan suatu proses ke arah membina pengetahuan tertentu. b) Setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas pelajar perlu membina pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan yang sedia ada serta menggunakan idea mereka sendiri. Sememangnya, setiap pelajar mempunyai pandangan dan satu set idea sendiri tentang subjek yang dipelajari. Ideaidea ini tidak harus ditolak begitu sahaja, malah perlu digalakkan oleh guru dengan adanya bimbingan guru. Pengetahuan asas yang sudah ada perlu diaplikasikan oleh para pelajar untuk mewujudkan hubungkait antara subjek-subjek tertentu, seterusnya membentuk suatu pengetahuan dan kefahaman yang baru terhadap subjek tersebut.

c) Proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial para pelajar perlu berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat sesama sendiri dan juga dengan para pendidik tentang subjek yang sedang dipelajari, iaitu pembelajaran secara berkumpulan dititikberatkan. Hal ini adalah kerana para psikologi seperti Jean Piaget berpandangan bahawa pembelajaran merupakan proses yang dinamik dan sosial, iaitu idea-idea berbeza yang difikirkan oleh individu-individu yang berlainan perlu dikumpulkan dan dibandingkan supaya dapat membina pengetahuan yang kukuh asasnya. Para pelajar tidak digalakkan untuk belajar bersendirian semasa dalam kelas. d) Guru merupakan fasilitator dalam proses pembinaan pengetahuan pelajar guru hanya membimbing para pelajar, bukan memindahkan ilmu pengetahuan terus ke otak pelajar. Guru bertanggungjawab untuk memberi para pelajar penunjuk dan garis panduan yang sesuai. Guru tidak memberi jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan; malah, guru hanya berperanan untuk bertanyakan soalan-soalan yang dapat memberangsang pemikiran para pelajar. Menerusi tugasan ini, prinsip-prinsip Teori Konstruktivisme akan diaplikasikan dalam pendidikan; seterusnya, dalam tugasan ini, kesan-kesannya terhadap pembelajaran para pelajar dan bagaimanakah kesan-kesan tersebut berlaku akan dianalisis dan dijelaskan. TEORI KONSTRUKTIVISME Teori Konstruktivisme merupakan satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan bagaimana manusia memperoleh ilmu. Pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme telah digunakan secara meluas dalam mata pelajaran Sains. Menurut Susan (1994), konstruktivisme bukan satu konsep yang baru. Konstruktivisme memang telah lama diamalkan dalam bidang falsafah, sosiologi dan

antropologi, psikologi dan pendidikan. Beliau menambah, teori konstruktivisme ialah satu teori pembelajaran yang sangat dominan dalam sistem pendidikan terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik mulai tahun 1980-an. Penggunaan teori konstruktivisme sangat penting kerana ia merupakan satu perubahan paradigma daripada pendekatan behaviourisme kepada pendekatan yang berasaskan teori Kognitif Model Konstruktivisme Lima fasa Needham yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada lima fasa yang berikut: a. Orientasi Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk menimbulkan minat pelajar terhadap pelajaran. Cara yang boleh digunakan ialah dengan menunjukkan tayangan video, keratan akhbar, tayangan filem, soal jawab dan sebagainya. b. Pencetusan idea Guru perlu mengadakan aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan kecil, meggunakan kaeda peta konsep serta membuat laporan dengan menghubung kaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang akan mereka belajar. Pelajar akan berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama serta interaksi yang rapat antara satu sama lain. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator atau pembimbing dengan membekalkan bahan dan membimbing pelajar untuk membuat pembelajaran inkuiri. c. Penstrukturan semula. Guru menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur untuk dea asal mereka atau idea daripada rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Dalam fasa ini kemahiran bahasa akan membantu pelajar membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea secara urutan, peranan guru ialah mengukuhkan konsep atau idea yang tepat. d. Aplikasi Idea Pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan masalah Ini mewujudkan pemahaman yang baru dan menggalakkan kuiri dalam kalangan pelajar. e. Refleksi Pelajar akan membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baru dan ali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada ea mereka. Pelajar juga boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh mana idea asal yang mereka telah ubah. Guru boleh menggunakan kaedah penulisan kendiri, perbincangan kumpulan dan catatan peribadi pelajar untuk meneliti tahap pemahaman pelajar. PERBEZAAN PENGGUNAAN TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DAN TEORI PEMBELAJARAN TRADISIONAL. Satu kajian yang dijalankan oleh Subadrah Nair dan Malar (2005), terdapat 5 perbezaan

penggunaan teori pembelajaran Konstruktivisme dan teori pembelajaran tradisional iaitu: Jadual: Perbezaan penggunaan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Teri Pembelajaran Tradisional. Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran Tradisional Peranan guru sebagai pengurus ilmu. Peranan guru sebagai penyebar ilmu pengetahuan. Pelajar telibat secara aktif mencari pengetahuan. Pelajar sebagai pendengar pasif. Aktiviti pengajaran adalah berpusatkan pelajar. Aktiviti pengajaran berpusatkan guru. Pelajar dapat mengaitkan fakta dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar menghafal. Pelajar melakarkan peta konsep mengikut pemahaman konsep masing-masing. Pelajar mencatat nota. KESAN PENGGUNAAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN GURU TERHADAP PEMBELAJARAN PELAJAR 2.1 Kesan terhadap daya pemikiran para pelajar Dalam pendidikan yang biasa iaitu pendidikan konvensional, para pelajar dilatih oleh guru untuk menjawab soalan semata-mata berdasarkan fakta-fakta. Meskipun cara menjawab soalan ini mampu memberikan jawapan yang betul serta tepat, cara ini tidak menitikberatkan daya pemikiran para pelajar. Mereka hanya perlu mengingati fakta-fakta tertentu dan memberikannya terus sebagai jawapan tanpa benar-benar memahami mengapa jawapan yang diberi adalah sedemikian. Daya ingatan, bukannya daya pemikiran, menjadi asas kepada kecemerlangan seseorang pelajar. Lebih-lebih lagi, para pelajar hanya akan menjalankan proses pembelajaran secara bersendirian, bukannya berkumpulan. Sebaliknya, hal tersebut adalah amat berbeza dalam pendidikan yang berbentuk konstruktivis. Dalam pendidikan konstruktivis, guru-guru mencabar para pelajarnya untuk mendapatkan jawapan bagi soalan secara lebih konstruktif, iaitu dengan mengaitkan dan merumuskan konsep-konsep yang diketahui. Cara ini lazimnya dikenali sebagai problem-solving di mana guru mengemukakan suatu situasi dan meminta pelajar-pelajar untuk menjelaskan situasi tersebut secara berkumpulan. Apabila para pelajar menganalisis data yang sedia ada iaitu data yang diberikan oleh guru ataupun data yang boleh diperhatikan oleh pelajar itu sendiri, mereka berupaya untuk membuat justifikasi terhadapnya, seterusnya melakukan suatu ramalan untuk membuat suatu kesimpulan tentang masalah yang hendak diselesaikan. Kesimpulan yang dibina itulah merupakan jawapan bagi soalan yang dikemukakan oleh guru. Tambahannya, kaedah pembelajaran secara berkumpulan dalam kelas ini meningkatkan lagi kualiti pendidikan yang disampaikan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Johnson and Johnson (1986) [4], terdapatnya bukti kukuh bahawa pembelajaran secara berkumpulan ini mencapai tahap pemikiran yang lebih tinggi dan para pelajar tersebut boleh mengingati maklumat yang dipelajari untuk jangka masa yang lebih lama berbanding dengan pelajar yang belajar secara bersendirian. Dalam konteks perbincangan ini, teori konstruktivisme mampu meninggalkan kesan yang signifikan khasnya dalam mata pelajaran berunsurkan Sains seperti Biologi, Fizik dan Kimia. Hal ini demikian kerana mata pelajaran tersebut menekankan cara membuat kesimpulan terhadap

fenomena alam menerusi eksperimen. Dalam pelaksanaan eksperimen, guru-guru akan menyatakan suatu masalah manakala para pelajar akan berfikir secara berkumpulan untuk merangka suatu eksperimen untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kumpulan pelajar itu perlu membuat pemerhatian sendiri dan seterusnya membuat penilaian terhadap pemerhatian yang dialami supaya boleh memberi penjelasan yang sesuai bagi pemerhatian tersebut. Sesungguhnya, proses ini hanya dapat dilakukan sekiranya kumpulan pelajar tersebut melakukan perbincangan, memikul tanggungjawab sendiri dalam proses pembelajaran, dan hasilnya, pelajarpelajar yang berfikiran kritis akan dilahirkan (Totten, Sills, Digby & Russ, 1991 [5])Akhirnya, dalam proses ini, para pelajar akan berjaya membina pengetahuan tentang sesuatu fenomena alam menerusi usaha sendiri dengan bimbingan oleh guru dari semasa ke semasa. Tidak dapat dinafikan, jawapan yang dibina secara konstruktivis ini tidak semestinya betul pada setiap masa. Akan tetapi, proses untuk membina jawapan tersebut membolehkan para pelajar untuk menggunakan daya pemikiran mereka, sekaligus melahirkan pelajar yang lebih kritis, kreatif dan rasional. Sememangnya, sama ada jawapan yang dibina itu betul atau salah tidak perlu dibimbangi, kerana pada akhir sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran (P & P), guru masih dapat menjelaskan jawapan yang sebenar. Malah, dalam Journal of Technology Education oleh Anuradha A. Gokhale [6], para pelajar yang telah melibatkan diri dalam suatu kajian terhadap pembelajaran secara berkumpulan telah memberi respons bahawa pembelajaran dengan cara sedemikian berjaya membantu pemahaman mereka, memberangsangkan pemikiran mereka dan memberi persepsi baru kepada mereka. Oleh hal demikian, melalui prosesproblem-solving ini yang berunsurkan teori konstruktivisme, pelajar-pelajar bukan sahaja mendapat jawapan yang betul, malah dalam proses tersebut, mereka melatih diri sendiri untuk berfikir secara invididu dalam usaha menjelaskan sesuatu fenomena. Hal ini jauh lebih berkesan berbanding dengan kelas konvensional di mana pelajar hanya mengetahui jawapan betul tanpa menggunakan daya pemikiran otak mereka. Selain itu, pendidikan konstruktivis melatih daya pemikiran pelajar apabila guru-guru mengemukakan soalan terbuka (soalan open-ended). Contoh-contoh soalan terbuka adalah seperti Apakah pendapat anda terhadap situasi ini?, Terangkan sebab-sebab anda membuat pilihan tersebut., Bagaimanakah anda boleh jelaskan masalah ini?, dan sebagainya. Haruslah disedari bahawa apabila pelajar-pelajar digalakkan untuk memberi respons terbuka, mereka bukan sahaja boleh memberi pandangan sendiri terhadap sesuatu subjek, malah lebih penting lagi, mereka akan didorong untuk memikirkan suatu penjelasan yang logikal bagi menyokong pandangan mereka terhadap subjek tersebut. Dalam konteks ini, guru-guru menerima mana-mana jawapan daripada pelajar, asalkan jawapan tersebut mempunyai asas yang logikal, matang dan bermakna. Soalan terbuka sedemikian sememangnya amat sesuai digunakan dalam proses P & P, terutamanya dalam mata pelajaran seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Contohnya, sekiranya dilihat menerusi komponen sastera mata pelajaran Bahasa Melayu, para pelajar dapat ditanyakan sama ada mereka bersetuju dengan tindakan watak-watak dalam sesebuah cerita dan untuk memberi penjelasan atas jawapan mereka. Di samping menggalakkan para pelajar untuk memberi penerangan yang bermakna sebagai sokongan jawapan mereka, soalan terbuka sedemikian boleh

melahirkan daya pemikiran yang lebih matang dalam diri pelajar-pelajar. Jelasnya, dari segi daya pemikiran para pelajar, penggunaan teori konstruktivisme dapat menghasilkan proses pembelajaran yang lebih saintifik, matang dan menyeluruh bagi para pelajar. 2.2 Kesan terhadap sikap para pelajar dalam proses pembelajaran Telahpun dibuktikan bahawa terdapatnya hubungan yang jelas antara sikap pelajar dalam kelas serta keberkesanan pembelajaran pelajar tersebut. Keaktifan penglibatan serta usaha yang disumbangkan oleh para pelajar dalam sesuatu aktiviti dalam kelas berhubung kait dengan tahap motivasi para pelajar (Pintrich & De Groot, 1990 [7]; Pintrich & Schrauben, 1992 [8]). Dalam konteks ini, penggunaan teori konstruktivisme dalam proses P & P juga dapat menanam sikap yang lebih positif dalam para pelajar dalam kelas. Hal ini disebabkan beberapa faktor iaitu tahap penglibatan pelajar dalam kelas, tahap bimbingan yang diberikan oleh guru dan juga kepelbagaian dalam cara pembelajaran. Sekiranya cara pendidikan konvensional dipraktikkan, para pelajar lazimnya merupakan golongan yang pasif, di mana guru-guru akan mengajar manakala penglibatan para pelajar hanya tertakluk kepada mendengar dan menerima segala maklumat yang disampaikan oleh guru. Dalam keadaan sedemikian, kemungkinan besar para pelajar merasakan diri sendiri tidak terlibat dalam kelas. Tidak hairanlah para pelajar berpendapat bahawa sesuatu kelas membosankan. Kesannya, penglibatan para pelajar yang minima ini mengakibatkan sesetengah pelajar hilang minat dan tidak bermotivasi untuk belajar. Menerusi cara pendidikan konstruktivis, tahap penglibatan pelajar dalam kelas ditingkatkan, dan ini mampu menyumbang kepada sikap mereka terhadap pembelajaran mereka. Menurut teori konstruktivisme, interaksi yang jelas antara guru dengan para pelajar perlu wujud. Misalnya, guruguru sentiasa mengemukakan soalan-soalan yang memberangsang untuk dijawab oleh pelajar, para pelajar turut digalakkan untuk menyertai sesi perbincangan dengan guru ataupun sesama sendiri. Menurut Garner (1990) [9], proses memperoleh pengetahuan dipengaruhi oleh faktor kontekstual kelas contohnya, interaksi yang dinyatakan tadi mampu menyediakan suasana yang menyumbang kepada pemahaman para pelajar. Pembelajaran yang optimum dapat dicapai dengan adanya komunikasi antara guru dengan pelajar serta dalam kalangan pelajar. Haruslah disedari juga bahawa aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam kelas konstruktivis sentiasa berbentuk ringkas supaya para pelajar dapat memahami konsep-konsep utama dalam sesuatu bidang dahulu, sebelum mempelajarinya secara teliti. Ini dapat memudahkan proses pembelajaran, sekaligus memberi motivasi dan keyakinan kepada para pelajar. Motivasi sedemikian pernah digambarkan mempunyai dua komponen: satu yang berkait dengan nilai sesuatu aktiviti dan satu lagi berkait dengan keyakinan pelajar terhadap kebolehannya sendiri untuk berjaya (Pintrich, Marx & Boyle, 1993 [10]). Tambahan lagi, aktiviti dalam kelas yang lebih berkemungkinan membuahkan hasil dalam pembelajaran adalah aktiviti yang dirasakan menarik, penting dan mudah dilakukan oleh pelajar (Strike & Posner, 1992 [11]).

Lebih-lebih lagi, apabila para pelajar berupaya mencari penyelesaian kepada masalah-masalah yang dikemukakan dalam kelas, baik secara berkumpulan mahupun individu, mereka akan berasa lebih yakin terhadap kebolehan diri dalam sesuatu bidang. Pokoknya, dengan penggunaan teori konstruktivisme, mereka akan berasa lebih bersemangat untuk menyertai sesi P & P, seterusnya meningkatkan tahap pembelajaran mereka. 2.3 Kesan terhadap pembelajaran para pelajar yang lebih menyeluruh dari segi praktikal, sosial dan nilai-nilai peribadi pelajar Teori konstruktivisme menekankan bahawa dalam proses P & P, haruslah wujudnya interaksi antara guru dengan pelajar dan juga interaksi dalam kalangan pelajar. Hal ini tidak menghairankan kerana para pakar psikologi masing-masing telah mendapati bahawa proses pembelajaran adalah sesuatu yang aktif, sosial dan melibatkan interaksi yang dinamik antara aktiviti yang dijalankan, guru atau pembimbing, dan pelajar [1]. Malah, menurut suatu kajian yang dijalankan oleh University of Canberra di Australia, pembelajaran berlaku dalam konteks sosial di mana komunikasi antara pelajar dengan rakan-rakan mereka adalah sesuatu yang wajib bagi pembelajaran untuk berlaku [12]. Sememangnya, penglibatan para pelajar dan guru secara sosial menerusi pendidikan konstruktivis meninggalkan kesan pembelajaran yang lebih menyeluruh terhadap para pelajar. Para pelajar bukan sahaja menimba pengetahuan dan melatih diri secara intelektual, malah kemahiran berkomunikasi ataupun soft-skills mereka turut diasah. Tambahannya, dalam proses ini, secara tidak langsung, perilaku dan kelakuan mereka terhadap pelajar-pelajar lain serta sebagai seorang individu juga berkemungkinan bertambah baik. Persoalannya, bagaimanakah kesan ini tercapai? Seperti yang dinyatakan tadi, kebanyakan aktiviti pembelajaran dalam sebuah kelas konstruktivisme berbentuk aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan. Sebagai contoh, kita boleh melihat kesan ini menerusi sesi perbincangan dalam sesi P & P bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Guru sebagai fasilitator kelas tersebut boleh mengemukakan sesuatu topik untuk dibincangkan ataupun dibahaskan. Misalnya, katakan dalam suatu kelas Bahasa Melayu, seorang guru boleh mengemukakan satu usul atau topik untuk dibahaskan dalam kalangan pelajar kelas tersebut. Para pelajar tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan, sesetengahnya akan menyokong usul tersebut manakala yang sesetengah lagi akan membantah usul yang diberikan oleh guru itu. Dalam menjalankan aktiviti bahas ini, para pelajar perlu bekerjasama antara satu sama lain untuk membincangkan strategi dalam membahaskan topik tersebut. Hal ini menggalakkan para pelajar berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka. Pada masa yang sama, menerusi kerja yang dilakukan secara bersama, tentunya hal ini akan menerapkan nilai-nilai sosial tertentu dalam diri pelajar seperti kerjasama, toleransi dan sikap bertanggungjawab. Setelah segala perbincangan dan persediaan selesai dilakukan, perbahasan yang dilakukan antara para pelajar akan melatih mereka untuk menjadi insan yang lebih yakin terhadap kebolehan diri serta menggalakkan mereka untuk meningkatkan kefasihan mereka dalam Bahasa Melayu atau

Bahasa Inggeris. Dengan ini, para pelajar dari kelas-kelas bahasa yang berbentuk konstruktivis bukan sahaja memilik pengetahuan tentang penggunaan bahasa dari segi teori iaitu sintaksis yang tepat, kosa kata yang berkesan ataupun tatabahasa yang betul; yang lebih penting lagi, pelajar-pelajar ini akan berjaya menguasai bahasa ini secara praktikal mereka boleh bertutur bahasa ini dengan fasih, lancar dan berkesan. Tidak dapat dipertikaikan, kesan-kesan positif sedemikian menjadi semakin penting saban hari. Kebolehan seseorang untuk bertutur sesuatu bahasa, terutamanya Bahasa Inggeris, serta kemampuannya untuk bekerja dengan orang lain (kini dikenali dengan meluas sebagai soft-skills) jelas telah menjadi kekunci yang penting bagi para lepasan sekolah ataupun mana-mana institusi pengajian untuk mendapat biasiswa, pekerjaan, dan lain-lain lagi. Kelas konstruktivis mampu melatih pelajar-pelajar untuk memilik kualiti-kualiti tersebut, bukan sahaja menerusi aktiviti perbahasan, malah, pelbagai aktiviti yang berunsurkan interaksi dan sosial boleh mencerminkan keadaan dalam dunia sebenar, sekaligus memberi mereka ilmu yang menyeluruh dan amat berguna. Dalam kata lain, pelajar-pelajar tersebut tidak akan memperoleh ilmu sekadar untuk lulus dalam peperiksaan dan tidak menggunakannya lagi setelah keluar daripada sekolah. Tanggapan bahawa kelas yang berbentuk konstruktivis ini akan mengganggu sukatan yang perlu diajar haruslah dikikis, kerana sememangnya, seperti dalam contoh aktiviti perbahasan yang dinyatakan tadi, pelajar-pelajar pada asasnya masih perlu bergantung pada penguasaan ilmu mereka dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Dengan ini, sementara mereka membina nilai-nilai sosial mereka, mereka juga akan memajukan diri dari segi ilmu yang diperlukan dalam sukatan pelajaran. Di samping itu, kesan ini juga boleh dikesan menerusi penggunaan teori konstruktivisme dalam mata pelajaran lain yang bukan bahasa, seperti mata pelajaran berunsurkan Sains, iaitu Fizik, Kimia dan Biologi. Dalam mata-mata pelajaran sedemikian, aspek praktikal boleh diberi penekanan yang sewajarnya menerusi penggunaan teori konstruktivisme dalam P & P seharian. Seperti dimaklumkan sebelum ini, kelas Sains yang mengamalkan teori konstruktivisme menggalakkan para pelajarnya menjalankan eksperimen untuk membina pengetahuan dirinya tentang fenomena-fenomena yang berkaitan dengan Sains. Tidak dapat dinafikan, pelaksanaan eksperimen dan aktiviti-aktiviti lain dalam makmal sedemikian dapat meninggalkan kesan yang amat baik terhadap para pelajar, iaitu para pelajar didedahkan kepada aspek praktikal bidang Sains mereka dapat melihat dengan mata sendiri fenomenafenomena yang berlaku yang telah dikaji dalam buku-buku teks mereka. Dengan ini, ilmu yang dibina terhadap sesuatu subjek itu lebih menyeluruh, iaitu bersifat kedua-dua teoritikal dan praktikal. Malah, secara tidak langsung, semasa pengendalian eksperimen ataupun aktiviti-aktiviti makmal, komunikasi dan interaksi dalam kalangan para pelajar turut akan berlaku. Baik dalam Fizik, Biologi mahupun Kimia, mereka perlu berbincang langkah-langkah untuk menjalankan sesuatu eksperimen, kaedah yang sesuai digunakan, cara untuk mengumpul, menganalisis dan

mentafsirkan data yang diperoleh semua ini akan melibatkan interaksi antara pelajar dan meningkatkan kemahiran sosial mereka. Hal ini telahpun dibincangkan oleh ahli psikologi Lord T.R. dalam bahagian 101 Reasons for using cooperative leaning in biology teaching (101 Sebab Untuk Menggunakan Pembelajaran Secara Berkumpulan Dalam Pengajaran Biologi) dalam bukunya, The American Biology Teacher [13]. Jelasnya, pembelajaran sedemikian yang berunsurkan teori konstruktivisme lebih menyeluruh kerana di samping dapat memastikan para pelajar mempelajari sukatan pelajaran yang disediakan, mereka turut digalakkan untuk mempraktikkan pengetahuan yang telah dipelajari itu. Dalam praktis, para pelajar dapat juga memperbaiki kemahiran sosial serta nilai-nilai sosial mereka. 2.3 Kesan terhadap pembelajaran para pelajar yang bersifat pembelajaran seumur hidup (lifelonglearning) Seringkali kita mendengari frasa Bahasa Inggeris lifelong-learning yang bermakna pembelajaran seumur hidup. Sebelum kita mengkaji bagaimana teori konstruktivisme menggalakkan lifelonglearning dalam kalangan para pelajar, adalah penting kita memahami apa sebenarnya itu lifelong-learning ataupun pembelajaran seumur hidup. Menurut Wikipedia, pembelajaran seumur hidup adalah konsep bahawa tiada waktu adalah terlalu lewat untuk pembelajaran, sejenis falsafah yang seharusnya sentiasa terbuka kepada idea baru, keputusan baru, kemahiran dan kelakuan baru [14]. Sememangnya, untuk memberi pendidikan yang boleh mencetuskan pembelajaran seumur hidup, pendidikan tersebut perlulah terbuka kepada idea-idea para pelajar di samping menggalakkan semangat ingin tahu ataupun inquiri dalam kalangan pelajar. Sekiranya direnung sejenak, haluan pendidikan yang sedemikian amatlah sesuai disediakan dengan adanya penggunaan teori konstruktivisme. Seperti yang telah dinyatakan tadi, pendidikan konstruktivis menggalakkan cara memperoleh jawapan secara konstruktif iaitu kaedah problem-solving dengan membina hubungkait antara konsep-konsep yang diketahui. Sesungguhnya, latihan-latihan problem-solving boleh melatih para pelajar untuk sentiasa mempunyai semangat ingin tahu tentang persekitaran mereka. Pada mulanya, guru-guru akan bertanggungjawab untuk mengemukakan soalan-soalan yang pertama dalam usaha memberangsang para pelajar untuk menjelaskan sesuatu masalah. Selepas seketika, para pelajar akan bertindak secara semulajadi untuk menggunakan pertanyaan soalan untuk mendapatkan penjelasan bagi setiap masalah yang ditemui. Menurut bahagian Investigative Case Based Learning dalam laman web Bioquest.Org [15], penyelesaian masalah yang dikemukakan dan persembahan penyelesaian itu oleh para pelajar membolehkan para pelajar melatih diri dalam menggunakan dan menilai kaedah yang saintifik dalam problem-solving. Dalam proses ini, para pelajar mempelajari untuk menggunakan apa-apa sumber yang sedia ada untuk membina pengetahuan. Tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran dan sikap yang inisiatif ini adalah kekunci utama dalam melahirkan para pelajar yang mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

Bezanya kesan penggunaan teori konstruktivisme dengan pendidikan yang konvensional adalah bahawa para pelajar bertanya diri sendiri soalan-soalan yang penting dalam proses membina pengetahuan, manakala tanpa penggunaan teori konstruktivisme, mereka hanya akan mendapatkan maklumat yang dicari semata-mata daripada guru ataupun buku. Oleh itu, dengan adanya budaya problem-solvingmereka dilatih untuk sentiasa menyelesaikan fenomena-fenomena yang berlaku di sekeliling mereka. Budaya sedemikian akan dibawa dalam diri para pelajar meskipun telahpun keluar daripada sekolah hasilnya, mereka boleh mempraktikkan pembelajaran seumur hidup ataupun lifelonglearning dengan sentiasa mengemukakan persoalan baru tentang dunia ini, diikuti dengan ideaidea baru tentang jalan penyelesaian untuk persoalan tersebut. Selain kaedah problem-solving, kelas konstruktivis turut menggalakkan pertanyaan soalansoalan open-ended yang telah dibincangkan dalam bahagian kesan penggunaan teori konstruktivisme terhadap daya pemikiran para pelajar. Dalam konteks ini, guru-guru boleh mempraktikkan latihan Mind Games. Menurut rencana School Science and Mathematics pada bulan Mac 2001 [16], latihan Mind Games merupakan aktiviti inquiri yang berpusat pada situasi bersifat hipotetikal. Latihan tersebut boleh mengambil bentuk perbincangan, perbahasan, projek, lukisan, laporan dan lain-lain lagi. Soalan-soalan terbuka seperti How do you know? What was your evidence? What makes you think this was true? (Bagaimanakah anda mengetahui ini? Apakah bukti anda? Apakah yang menyebabkan anda yakin bahawa hal ini adalah benar?) Di sini, kita dapat melihat bahawa para pelajar dilatih untuk sentiasa mempersoal fenomenafenomena alam sekeliling mereka. Sememangnya, latihan-latihan tersebut akan membentuk sejenis budaya pembelajaran yang tidak tertakluk kepada pengetahuan yang sedia ada, malah, budaya pembelajaran yang boleh ditanam menerusi penggunaan teori konstruktivisme ini menggunakan pengetahuan yang sedia ada untuk meluaskan lagi skop ini yang dikenali sebagai ilmu pengetahuan. Budaya inilah yang dinamakan lifelong-learning dan mampu dicapai dengan adanya aplikasi teori konstruktivisme dalam pengajaran.

Penutup Tidak dapat dinafikan, dalam usaha penggunaan teori konstruktivisme dalam proses P & P, terdapat beberapa cabaran serta masalah yang perlu dikawal dan ditangani untuk memastikan teori ini dapat diimplementasi dengan berkesan. Disebabkan teori konstruktivisme menggalakkan para pelajar untuk membina pengetahuan sendiri

berdasarkan idea-idea sendiri, kemungkinannya jawapan yang diperoleh oleh para pelajar tidak begitu konstruktif seperti yang diharapkan. Hal ini adalah kerana setiap individu mempunyai tahap pemikiran serta cara pemikiran yang berlainan. Meskinpun para pelajar akan melatih daya pemikiran mereka, akan menjadi suatu masalah untuk menjadikan sebuah kelas konstruktivis efektif dalam melengkapi mereka dengan ilmu pengetahuan yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi, setiap guru masing-masing mengejar masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang telah disediakan. Kelas konstruktivis lebih menekankan penerokaan yang lebih bebas oleh para pelajar dalam sesuatu bidang. Masalah yang mungkin timbul daripada kebebasan ini adalah bahawa para pelajar akan mengemukakan pelbagai persoalan yang tidak terkandung dalam sukatan pelajaran. Akibatnya, sukatan pelajaran yang patut diajar tidak dapat dihabiskan dan para pelajar mungkin mencapai keputusan yang tidak memuaskan dalam peperiksaan awam. Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang perlu dipertimbangkan [17] seperti kebolehan para pendidik, kedudukan kewangan keluarga para pelajar yang masing-masingnya berlainan (ini menyediakan persekitaran yang mungkin kondusif ataupun sebaliknya bagi para pelajar yang berlainan status ekonomi), sikap ibu bapa yang berlainan dan kurangnya sumber maklumat bagi sesetengah kumpulan pelajar. Akan tetapi, haruslah disedari bahawa cabaran-cabaran tersebut bukanlah mustahil untuk diatasi. Dengan adanya kerjasama yang utuh antara guru-guru dengan ibu bapa serta subsidi oleh pihak kerajaan, pendidikan yang mempunyai unsur konstruktivis dapat mencapai matlamatnya dengan para pelajar. Tambahannya, teori-teori pembelajaran yang lain juga dapat digabungkan dengan teori konstruktivisme untuk membentuk pendidikan yang lebih terkawal dan boleh diajar mengikut sukatan pelajaran. Kesimpulannya, memandangkan penggunaan teori konstruktivisme mendatangkan kesan yang amat p ositif terhadap pembelajaran para pelajar, teori tersebut perlulah dipraktikkan di mana-mana yang sesuai dalam proses P & P seharian untuk memberi pendidikan yang lebih efektif, selaras dengan hasrat negara Malaysia untuk melahirkan generasi masa depan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang BAB 3 METODOLOGI Pengenalan Bab metodologi dalam kajian ini akan membincangkan beberapa perkara secara jelas meliputi proses reka bentuk pengajaran dan model rekabentuk pengajaran yang digunakan untuk membangunkan keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran Konstruktivisme Model Needham dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Perancangan yang teliti dapat membantu memudahkan data serta maklumat penyelidikan dikumpul, dianalisa dan sekaligus

dinilai. Dalam bab ini akan dihuraikan tentang pengkaedahan dan prosedur kajian. Aspek-aspek yang akan diberikan penekanan ialah reka bentu kajian, prosedur kajian, tempat kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis dan kaedah analisis data. Rekabentuk Kajian Reka bentuk kajian merupakan satu rangka kerja unruk mendapatkan satu kesimpulan atau jawapan terhadap satu persoalan (Yin 1994). Dengan adanya rekabentuk kajian, penyelidik akan dibimbing sepanjang proses pengumpulan maklumat, menganalisis dan menterjemahkan pemerhatian yang telah dijalankan. Kajian ini merupakan satu kajian eksperimen di mana ia melibatkan 2 kumpulan pelajar di mana setiap satu kumpulan mempunyai 30 ahli. Kedua-dua kumpulan ini mempunyai keputusan yang hampir sama dalam pencapaian subjek Bahasa Melayu. Rekabentuk kajian ini adalah seperti berikut: Jadual: Rekabentuk Kajian. Kumpulan Eksperimen Ujian Pra X Ujian Pos dan Soal selidik Kumpulan Kawalan Ujian Pra Y Ujian Pos X: Pengajaran menggunakan Teori Konstruktivisme Model Needham Y: Pengajaran menggunakan Pendekatan Tradisional Ujian Pra dijalankan bagi mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar. Ujian pra akan dijalankan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Manakala borang soal selidik untuk mengetahui tahap minat pelajar hanya akan diedar kepada kumpulan eksperimen. Sebulan selepas mengadakan ujian Pra, penyelidik akan mengadakan ujian pos setelah mengajar menggunakan kaedah Konstruktivisme menggunakan Model Needham kepada kumpulan eksperimen. Kumpulan kawalan pula akan diajar menggunakan kaedah tradisional, kemudian, langkah yang terakhir bagi mendapatkan maklumat iaitu soal selidik akan diedarkan bagi mengetahui penambahan minat pelajar terhadap pelajaran yang dipelajarinya yang akan diedarkan kepada kumpulan eksperimen sahaja. PROSEDUR KAJIAN Data-data kajian ini dikumpulkan dengan beberapa prosedur berikut: Mendapatkan kebenaran Guru besar SK Taman Pelangi Johor Bahru untuk menjadikan 60 seramai 60 orang pelajar. Selain itu, pengkaji juga mendapatkan kebenaran daripada guru kelas bagi Kelas A dan Kelas B. Kumpulan A adalah kumpulan eksperimen, manakala kumpulan B pula adalah kumpulan kawalan. Pelajar akan menjawab ujian pra untuk mendapatkan pengetahuan sedia ada pelajar. Sebulan kemudian, pelajar kumpulan eksperimen akan diajar menggunakan kaedah konstruktivisme Model Needham, manakala kumpulan kawalan akan diajar menggunakan kaedah tradisional untuk tajuk karangan berpandu

Seterusnya, pelajar kedua-dua kumpulan akan dipuji dengan soalan ujian pos dan soal selidik berhubung peningkatan minat pelajar untuk kumpulan eksperimen manakala soalan ujian pos untuk kumpulan kawalan. Setelah mendapatkan data mentah daripada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan yang terlibat, penulis menganalisis data-data yang telah diperoleh ndengan menggunakan perisian komputer Statistical Package For Social Science (SPSS) v. 10.0. sterusnya data-data yang diperolehi dibincangkan. PERLAKSANAAN PENGAJARAN KAEDAH KONSTRUKTIVISME MODEL NEEDHAM Teori pembelajaran Konstruktivisme Model Needham mempunyai 5 fasa iaitu, Orientasi, Pencetusan idea, Penstrukturan semula idea, Aplikasi idea, dan Refleksi. Oleh itu, berikut adalah perancangan karangan berpandu, proses tersebut dijalankan dengan tajuk Karangan Fakta Jadual: pernacangan proses P & P menggunakan kaedah Konstruktivisme model Needham dengan tajuk pembelajaran Karangan Fakta Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran Cadangan Pengalaman Pembelajaran Karangan berpandu: Karangan FaktaKesan-kesan Penggunaan Internet. 1. Menyatakan pendapat, saranan dan penghujahan terhadap tajuk yang diberikan. 2. Menyatakan samada murid murid memahami tajuk yang diberikan. 3. Menyatakan kebaikan dan keburukan penggunaan internet. 4. Menyatakan rumusan keseluruhan tentang kesan penggunaan internet. Orientasi: Guru menunjukkan gambar-gambar alatan teknologi maklumat seperti, komputer, broadband, membuka internet dan memaparkan menggunakan LCD. Kemudian sumbang saran dengan pelajar tentang Kesan-kesan penggunaan internet berdasarkan pengetahuan pelajar dan mengaitkan kebaikan dan keburukan dengan kesan yang jelas. Guru akan membuat rumusan, dan membuat saranan agar teknologi dapat digunakan dengan baik. Pencetusan idea: Guru akan membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil dan membincangkan aspek-aspek tersebut: a) Kebaikan penggunaan internet kepada pelajar. b) Keburukan penggunaan internet kepada pelajar. Penstrukturan semula idea: Mengadakan aktiviti pembentangan bagi setiap kumpulan bagi tajuk kesan penggunaan internet. Setiap kumpulan akan diwakili oleh seorang pelajar dalam membentangkan tajuk yang diberikan berkenaan. Aplikasi idea: Pelajar akan cuba menyelesaikan masalah melalui proses bersoal jawab di akhir forum dan ahli kumpulan yang lain boleh memberikan pendapat mereka untuk membantu wakil pelajar yang berada di hadapan sebagai pembentang. Refleksi: Pelajar akan dikehendaki menulis karangan mengenai kesan-kesan penggunaan internet.

TEMPAT KAJIAN Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah bandar di daerah Johor Bahru. Jarak antara sekolah ini dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah 2 kilometer. Rasional pemilihan lokasi adalah kerana memudahkan proses pemilihan sampel. Ini kerana pengkaji adalah seorang pendidik di sekolah berkenaan. Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar sekolah harian biasa di kawasan bandar. Pendedahan berkaitan dengan aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat meluas. Ini difikirkan adalah dirasakan bahawa ianya memudahkan pengkaji untuk menerangkan berkenaan konsep dan tidak dipengaruhi oleh pemboleh ubah yang lain sepanjang kajian kerana sampel faham secara signifikan tentang persoalan yang akan diutarakan oleh pengkaji. SAMPEL KAJIAN Sampel kajian ini melibatkan 60 orang pelajar. 30 orang bagi Kelas A akan dijadikan kumpulan eksperimen manakala 30 orang pelajar bagi Kelas B pula akan dijadikan kumpulan kawalan. Sampel berkenaan merupakan sampel yang dipilih secara rawak. Ianya bertujuan untuk dimana ianya dipilih berdasarkan keputusan Peperiksaan Penilaian Kendalian Berasaskan sekolah 2 (PKBS 2) mereka yang berada di tahap sederhana di dalam subjek Bahasa Melayu Kertas 2. Jadual menunjukkan pencapaian sampel di dalam Peperiksaan Penilaian Kendalian Berasaskan sekolah 2 (PKBS 2) dalam subjek Bahasa Melayu Kertas 2. Jadual: Taburan sampel Markah Pencapaian (%) 40-50 51-60 61-70 Kumpulan Eksperimen 3 22 5 Kumpulan Kawalan 4 23 3 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian adalah penting dalam proses mendapatkan data. Menurut Mohd Najib (1994), instrumen kajian merupakan satu alat ukur bagi penyelidikan dan ia adalah penting bagi mencapai objektif dalam penyelidikan. Instrumen kajian yang digunakan ialah: i) Ujian Pra dan Pos ii) Soal Selidik Bagi mendapatkan kesahan ujian, pengkaji telah menyedikan soalan yang bersesuaian menggunakan 6 fasa taksonomi Bloom seperti mana soalan ujian dan peperiksaan sebenar dibuat. Soalan-soalan ini dibina dengan merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6, dan buku teks Bahasa Melayu Tahun 6. Soalan-soalan terdiri daripada soalan objektif, soalan subjektif dan soalan esei. Jadual: Contoh soalan Ujian Pra dan ujian Pos Aras Taksonomi Bloom Contoh soalan Pengetahuan [ 5 soalan ] Maksud Teknologi internet ialah: a. b. c. d.

Pemahaman [ 4 soalan ] Aplikasi [ 4 soalan ] Analisis [ 4 soalan ] Sintesis [ 4 soalan ] Penilaian [ 4 soalan ] Borang soal selidik pula mempunyai 10 item soalan berdasarkan skala Likert. Pengkaji telah mengambil 10 item daripada soal selidik yang digunakan oleh Subadrah Nair & Malar (2005) dalam kajiannya yang bertajuk Penggunaan Model Konstruktivisme Lima fasa Needham Dalam Pembelajaran dan mengubahsuainya mengikut keperluan pengkaji.

Soal selidik berasaskan Skala Likert yang mengandungi lima nilai iaitu: a) Sangat Tidak Setuju (STS) b) Tidak Setuju (TS) c) Tidak Pasti (TP) d) Setuju (S) e) Sangat Setuju (SS) Dengan menggunakan Skala Likert, responden hanya perlu menandakan jawapan mereka tentang soalan berdasarkan satu skala dari satu skla ekstrim ke ekstrim yang lain (Mohd Najib, 1999). Maka ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk menjawab. Dalam bahagian ini, terdapat sebanyak 10 item yang dikemukakan yang mempunyai kaitan dengan kefahaman pelajar dan keberkesanan perlaksanaan teori pembelajaran konstruktivisme model Needham dalam aspek: a) Kefahaman konsep teori konstruktivisme model Needham b) Kepuasan pelajar terhadap pencapaian mereka setelah melalui teori pembelajaran konstruktivisme model Needham. Item-item soalan yang dikemukakan adalah seperti di dalam jadual.

Jadual: Contoh soalan borang soalan selidik Item Aspek soalan Contoh soalan 1 5 Kefahaman tentang Konstruktivisme Konstruktivisme merupakan kaedah pembelajaran 6 - 10 Kepuasan pelajar terhadap pencapaian mereka setelah melalui teori pembelajaran Konstruktivisme Model Needham. Saya berpuas hati dengan pencapaian saya sepanjang saya

menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme Madel Needham. KAJIAN RINTIS Menurut Bailey (1992) kajian rintis ialah peringkat terakhir dalam pembentukan soal selidik. Kajian rintis ini dijalankan bertujuan untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahan alat kajian yang digunakan. Disamping itu, ia juga bertujuan bagi memastikan kefahaman responden dari segi bahasa atau struktur ayat yang digunakan. Hasil kajian rintis dianalisa untuk memperbaiki mutu soalan dan juga reka bentuk kajian. Penyelidik telah menjalankan satu kajian terhadap sekumpulan 35 orang pelajar Tahun 6 yang tidak dilibatkan dalam kajian ini. Tujuan kajian rintis ini dijalankan adalah untuk membantu penyelidik menapis perancangan pengumpulan data dengan memberi perhatian kepada kandungan data dan prosedur yang perlu diikuti. Ia juga membantu penyelidik membina satu panduan soal selidik yang sesuai dan seterusnya dapat menyediakan penjelasan tentang konsep kepada reka bentuk kajian dengan baik. Bagi tujuan kajian ini, pengkaji telah menjalankan kajian rintis terhadap borang soal selidik yang digunakan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen kajian yang digunakan. Kajian telah dijalankan ke atas 35 orang pelajar Tahun 6, SK Sri Tebrau yang terletak berdekatan dengan sekolah responden di dalam kajian ini. Dia telah dianalisis melalui ujian Cronbach Alpha dengan nilai alpha 0.932. Ini bertujuan instrumen yang digunakan untuk kajian ini adalah boleh diterima pakai. ANALISIS DATA Maklumat-maklumat dan data-data mentah yang diperolehi hasil daripada penelitian dokumen dan soal selidik yang dijalankan akan dianalisa. Menurut Mohamed Sharif (2001), tujuan penganalisaan data ialah untuk mencari makna dalam data dan ini dijalankan secara menyusun dan membentangkan maklumat secara sistematik. Menurut Schwandt (1997), analisa data merupakan aktiviti untuk memberikan makna, menginterpretasi atau memberi teori kepada data. Penyelidik menyusun data supaya perbandingan, kontra dan pemerhatian yang lebih halus dibuat dan ditunjukkan. Data telah dikategorikan bukan sahaja untuk mengira kejadian bahkan untuk membenarkan analisis dan perbandingan dalam satu kategori. Data yang dikumpulkan melalui ujian pasca dan pra, juga borang soal selidik dianalisis melaui kompuetr dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package For Social Science (SPSS) v.10.0 bagi mendapatkan data yang tepat. Bagi melihat perbezaan keberkesanan perlaksanaan teori pembelajaran konstruktivisme pengkaji menggunakan ujian t bagi menguji hipotesis yang dibina. Bagi menguji hipotesis tersebut, ujian aras signifikan alpha 0.05 digunakan bagi menentukan aras signifikan. Ini bermaksud bahawa penerimaan dan penolakan hipotesis adalah berasaskan kesignifikan nilai pada araskeyakinan 95%. Markah beza bagi setiap pemboleh ubah bersandar bagi kumpulan ekspeimen doperoleh dengan

cara: Markah Ujian Markah Ujian Pra Min markah beza digunakan untuk menjalankan ujian t. Ujian t digunakan untuk mengesan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar dalam 6 bahagian Taksonomi Bloom iaitu Pengetahuan, Pemahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis, dan Penilaian. Minat kumpulan eksperimen terhadap subjek Bahasa Melayu selepas melalui teori pembelajaran Konstruktivisme Model Needham juga dianalisa dengan menggunakan borang soal selidik. KESIMPULAN Pengumpulan data yang dilakukan dalam kajian ini berdasarkan langkah-langkah sistematik dengan menggunakan kajian eksperimen. Rumusan serta kesimpulan akan dibuat berdasarkan data yang telah dianalisa khususnya tentang perlaksanaan teori pembelajaran Konstruktivisme Model Needham yang menguji sama ada ia memberi kesan terhadap peningkatan pencapaian dalam 6 fasa Taksonomi Bloom iaitu Pengetahuan, Pemahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis, Penilaian yang sememangnya digunakan di dalam pembinaan ujian dan peperiksaan sebenar. BAB 4 ANALISIS DATA DAN ULASAN PENGENALAN Bab ini akan mempersembahkan analisis data dan keputusan kajian eksperimen yang dijalankan. Sebanyak 60 set soalan ujian pra dan 60 set soalan ujian pos telah diedarkan oleh pengkaji. 30 set soalan merupakan ujian pra dan ujian pos yang disediakan untuk kumpulan eksperimen manakala 30 set soalan ujian pra dan ujian pos lagi adalah untuk kumpulan kawalan. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) v. 15.0. alat ukur di dalam kajian ini adalah menggunakan i. Ujian Pra dan Ujian Pos ii. Soal Selidik Ujian t digunakan untuk melihat kesan pemboleh ubah bebas ke atas pemboleh ubah bersandar. Sekiranya nilai signifikan adalah kurang daripada 0.05, ini bermakna, pemboleh ubah tersebut mempunyai perbezaan yang signifikan, nmanakala sekiranya nilai signifikan lebih besar daripada 0.05, ini bermaksud tiadk terdapat perbezaan yang signifikan diantara pemboleh ubah- pemboleh ubah tersebut. DATA DEMOGRAFI Seramai 60 orang pelajar yang dipilih berdasarkan pencapaian mereka di dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu telah terlibat dalam kajian ini. Pelajar dari kumpulan eksperimen terdiri daripada pelajar yang mempunyai pencapaian sederhana di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu dalam Kelas A. Manakala pelajar Kelas B daripada kumpulan kawalan merupakan pelajar yang mendapat keputusan pencapaian di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. jadual menunjukkan taburan pencapaian pelajar daripada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 pada peperiksaan Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah 2 (PKBS 2) tahun 2009. Jadual: Taburan pelajar mengikut keputusan pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu Peperiksaan Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah 2 (PKBS 2) Gred D E Kumpulan eksperimen Kumpulan kawalan Jumlah Jadual menunjukkan taburan pelajar mengikut keputusan pencapaian Peperiksaan Penilaian Kendalian berasaskan Sekolah 2 (PKBS 2) dalam mata pelajarn Bahasa Melayu. kesemua pelajar mendapat keputusan yang sederhana. Tiada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang iaitu A, begitu juga pencapaian lemah iaitu E. Jadual ini menunjukkan bahawa prestasi kumpulan kawalan lebih memberansangkan di mana pelajar yang mendapat keputusan B dan C adalah ramai berbanding pelajar daripada kumpulan kawalan berbanding kumpulan eksperimen. ANALISIS DATA Analisis keputusan kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam pencapaian ujian pra secara keseluruhan. Jadual: Keputusan kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam pencapaian ujian pra mengikut aras Taksonomi Bloom. Aras pengetahuan N Min SD Perbezaan min Nilai t Df Sig (2 hujung) Eksperimen Kawalan Aras Pemahaman Eksperimen kawalan Aras Aplikasi Eksperimen Kawalan Aras Analisis Eksperimen Kawalan Aras Sintesis Eksperimen Kawalan Aras Penilaian Eksperimen Kawalan Berdasarkan jadual, didapati nilai signifikan ( 2 hujung ) melebihi nilai aras signifikan iaitu 0.05 bagi setiap aras. Ini bermaksud, tiada perbezaan signifikan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam pencapaian ujian pra secara keseluruhan. Secara tidak langsung, data ini menunjukkan pengetahuan sedia ada pelajar kedua-dua kumpulan tidak ada perbezaan. Ini sesuai

bagi pengkaji menjalankan kajian eksperimen apabila menjadikan satu kumpulan sebagai kumpulan kawalan agar dapat membezakan kesan antara penggunaan kaedah pembelajaran secara tradisional dan pembelajaran secara konsruktivisme. ANALISIS KEPUTUSAN KUMPULAN EKSPERIMEN DAN KUMPULAN KAWALAN DALAM PENCAPAIAN UJIAN PRA DAN SECARA KESELURUHAN Jadual: keputusan kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam pencapaian ujian pos mengikut secara keseluruhan. Kumpulan N Min SD Perbezaan Min Nilai t df Sig ( 2 hujung ) Eksperimen Kawalan Aras signifikan 0.05 Jadual menunjukkan nilai signifikan ( 2 hujung ) adalah 0.000, scara kurang daripada aras seignifikan iaitu 0.05. maka, wujud perbezaan signifikan dalam pencapaian ujian pos antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan secara keseluruhan. Apabila lihat kepada min, min markah ujian pos kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi berbanding min kumpulan kawalan. Perbezaan min adalah sebanyak 29.733 meskipun pada mulanya kedua-dua kumpulan ini mempunyai pengetahuan sedia ada yang tidak ada perbezaan signifikan menerusi keputusan ujian pra. Bukan itu sahaja, malah min markah kumpulan akawalan adsalah lebih tinggi di dalam ujian pra berbanding mni kumpulan eksperimen. Ini membuktikan, potensi sebenar kumpulan kawalan masih tidak digunakan sepenuhnya melalui pembelajaran menggunakan kaedah tradisional meskipun kumpulan kawalan tetap menunjukkan peningkatan setelah diajar menggunakan kaedah tradisional meskipun kumpulan kawalan tetap menunjukkan peningkatan setelah diajar menggunakan kaedah tradisional. ANALISIS PENCAPAIAN KUMPULAN EKSPERIMEN DAN KUMPULAN KAWALAN DALAM SOALAN ARAS PENGETAHUAN TAKSONOMI BLOOM BAGI UJIAN POS Jadual: keputusan pencapaian kumpulan aksperimen dan kumpulan kawalan dalam soalan aras pengetahuan Taksonomi Bloom bagi ujian Pos. Kumpulan N Min SD Perbezaan Min Nilai t df Sig ( 2 hujung ) Eksperimen Kawalan Aras signifikan 0.05 Jadual pula memperlihatkan min pencapaian kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi iaitu 8.93 berbanding min pencapaian kumpulan kawalan sebanyak 1.009 di dalam ujian pos. Perbezaan min adalah sebanyak 1,4333. Setelah membuat ujian t (Independent Samples T Test), didapati soalan aras pengetahuan mempunyai nilai signifikan ( 2 hujung ) sebanyak 0.000. Maka terdapat perbezaan signifikan diantara keputusan pencapaian kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen di dalam aras pengetahuan. Kaedah pembelajaran konstruktivisme mempunyai kesan yang lebih baik berbanding pembelajaran secara tradisional. ANALISIS PENCAPAIAN KUMPULAN EKSPERIMEN DAN KUMPULAN KAWALAN DALAM SOALAN ARAS PEMAHAMAN TAKSONOMI BLOOM BAGI UJIAN POS

Jadual: Keputusan pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam soalan aras pemahaman Taksonomi Bloom bagi ujian pos. Kumpulan N Min SD Perbezaan Min Nilai t df Sig (2 hujung) Eksperimen Kawalan Aras signifikan 0.05 Aras pemahaman adalah aras kedua yang mudah di dalam 6 aras Taksonomi Bloom. Ho 4 juga ditolak apabila nilai signifikan ( 2 hujung ) adalah 0.000 iaitu kurang daripada 0.05. ini bermakna terdapat perbezaan yang signifikan terhadap keputusan pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam soalan aras pemahaman dalam Taksonomi Bloom. Perbezaan min menunjukkan jumlah 7.10 berbanding kumpulan kawalan yang memperoleh markah min sebanyak 5.63. ANALISIS PENCAPAIAN KUMPULAN EKSPERIMEN DAN KUMPULAN KAWALAN DALAM SOALAN ARAS APLIKASI TAKSONOMI BLOOM BAGI UJIAN POS. Jadual: Keputusan pencapaian kumpulan kawalan dalam soalan aras aplikasi Taksonomi Bloom bagi ujian pos. Kumpulan N Min SD Perbezaan min Nilai t df Sig (2 hujung) Aras signifikan 0.05 Pencapaian kumpulan eksperimen di dalam ujian pos adalah tinggi berbanding kumpulan kawalan. Perbezaan min adalah sebanyak 1.267 dengan nilai min bagi pencapaian kumpulan eksperimen adalah sebanyak 6.77 berbanding kumpulan kawalan sebanyak 0.777 sahaja. Nilai signifikan 2 hujung juga menunjukkan nilai 0.000 adalah lebih rendah berbanding 0.05. ANALISIS PENCAPAIAN KUMPULAN EKSPERIMEN DAN KUMPULAN KAWALAN DALAM SOALAN ARAS ANALISIS TAKSONOMI BLOOM BAGI UJIAN POS. Jadual: Keputusan pencapaian kumpulan kawalan dalam soalan aras analisis Taksonomi Bloom bagi ujian pos. Kumpulan N Min SD Perbezaan min Nilai t df Sig (2 hujung) Aras signifikan 0.05 Pencapaian dalam bahagian analisis pula mempunyai perbezaan min sebanyak 1.000. Kumpulan eksperimen mendapat nilai min sebnayak 6.53 berbanding kumpulan kawaan mendapat min 5.63. perbezaan kedua-dua min untuk aras analisis kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan adalah sebanyak 1.000. nilai signifikan (2hujung) pula adalah 0.000. ini bererti terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen di dalam aras analisis di dalam Taksonomi Bloom. ANALISIS PENCAPAIAN KUMPULAN EKSPERIMEN DAN KUMPULAN KAWALAN DALAM SOALAN ARAS SINTESIS TAKSONOMI BLOOM BAGI UJIAN POS. Jadual: Keputusan pencapaian kumpulan kawalan dalam soalan aras Sintesis Taksonomi Bloom bagi ujian pos. Kumpulan N Min SD Perbezaan min Nilai t df Sig (2 hujung)

Aras signifikan 0.05 Aras sintesis memerlukan pelajar menyepadukan, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi. Ternyata kumpulan eksperimen mendapat kelebihan min sebanyak 1.333 hasil perbincangan mereka menggunakan kaedah pembelajaran Konstruktivisme berbanding kumpulan kawalan yang diajar menggunakan kaedah pembelajaran tradisional. Nilai signifikan adalah sebanyak 0.000 iaitu kurang daripada 0.05. ini bermakna terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam pencapaian soalan aras sintesis dalam Taksonomi Bloom. ANALISIS PENCAPAIAN KUMPULAN EKSPERIMEN DAN KUMPULAN KAWALAN DALAM SOALAN ARAS ANALISIS TAKSONOMI BLOOM BAGI UJIAN POS. Jadual: Keputusan pencapaian kumpulan kawalan dalam soalan aras analisis Taksonomi Bloom bagi ujian pos. Kumpulan N Min SD Perbezaan min Nilai t df Sig (2 hujung) Aras signifikan 0.05 Aras yang paling sukar merupakan aras penilaian di dalam Taksonomi Bloom. Ianya menguji pelajar membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional, atas alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Dengan erti kata lain, pelajar perlu memilih, memberikan alasan atau kritikan selain membuktikan sesuatu perkara. Tidak dinafikan aras ini memberi kelebihan kepada pelajar untuk menggunakan daya pemikiran sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada maklumat di dalam buku. Aras penilaian ini mempunyai perbezaan min sebanyak 0.767 dengan nilai signifikan sebanyak 0.002 dan ianya masih tidak melebihi aras signifikan iaitu sebanyak 0.05. maka, secara tidak langsung membawa maksud terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam aras penilaian Taksonomi Bloom bagi ujian Pos. ANALISIS PENCAPAIAN KUMPULAN EKSPERIMEN DAN KUMPULAN KAWALAN DALAM SOALAN KESELURUHAN MENGIKUT TAKSONOMI BLOOM BAGI UJIAN POS. Jadual: Keputusan pencapaian kumpulan kawalan dalam soalan soalan keseluruhan mengikut Taksonomi Bloom bagi ujian pos. Aras Pengetahuan N Min SD Perbezaan Min Nilai t df Sig ( 2 hujung ) Eksperimen kawalan Aras pemahaman Eksperimen kawalan Aras aplikasi Eksperimen kawalan Aras analisis Eksperimen kawalan Aras sintesis Eksperimen kawalan

Aras Penilaian Eksperimen Kawalan Berdasarkan jadual, dilihat kesemua aras di dalam Taksonomi Bloom memberi kesan yang lebih baik untuk kumpulan eksperimen yang diajar menggunakan kaedah pembelajaran Konstruktivisme berbanding kumpulan kawaan