Teori Pembelajaran Humanisme

11
Teori Pembelajaran Humanisme Dalam teori pembelajaran humanisme, belajar dianggap berhasil sekiranya pelajar memahami lingkungannya dan dirinya sendiri. Oleh itu, teori amat menekankan dasar keperluan motivasi, minat dan nilai. Tujuan utama para pendidik adalah membantu pelajar untuk mengembangkan dirinya, iaitu membantu masing-masing individu untuk mengenal diri mereka sendiri sebagai manusia yang unik dan membantu dalam mewujudkan potensi- potensi yang ada dalam diri mereka. Teori Pembelajaran Humanisme adalah suatu teori dalam pembelajaran yang mengedepankan bagaimana memanusiakan manusia serta peserta didik mampu mengembangkan potensi dirinya. Teori Pembelajaran Humanisme Teori Pembelajaran Carl Rogers Teori Pembelajaran Maslow

description

teori

Transcript of Teori Pembelajaran Humanisme

Teori Pembelajaran Humanisme

Dalam teori pembelajaran humanisme, belajar dianggap berhasil sekiranya pelajar memahami lingkungannya dan dirinya sendiri. Oleh itu, teori amat menekankan dasar keperluan motivasi, minat dan nilai. Tujuan utama para pendidik adalah membantu pelajar untuk mengembangkan dirinya, iaitu membantu masing-masing individu untuk mengenal diri mereka sendiri sebagai manusia yang unik dan membantu dalam mewujudkan potensi-potensi yang ada dalam diri mereka. Teori Pembelajaran Humanisme adalah suatu teori dalam pembelajaran yang mengedepankan bagaimana memanusiakan manusia serta peserta didik mampu mengembangkan potensi dirinya.

Teori Pembelajaran Carl Roger

Implikasi

Abraham Maslow Manusia dimotivasikan untuk memuaskan keperluan-keperluan. Dalam keperluan kekurangan, apabila diaktifkan semula ia menjana individu untuk memuaskan kekurangannya. Abraham Maslow, seorang pakar motivasi terkenal dan pencipta teori keperluan mengemukakan suatu hubungan hierarki di antara pelbagai keperluan. Menurutnya jika keperluan pertama terpuaskan atau terpenuhi, maka keperluan kedua dirasakan oleh individu sangat penting untuk dipuaskan. Demikian seterusnya sampai keperluan yang paling tinggi, iaitu keperluan aktualisasi diri. (Drs. Robert J.Songgok) Para pakar Humanistik menitikberatkan pentingnya motivasi dari dalam diri sendiri (self motivation). Mereka menganjurkan agar guru-guru mendorong berkembangnya rasa ingin tahu dan minat semula jadi pelajar dalam belajar.

Aplikasi Teori Humanistik Terhadap PembelajaranAplikasi teori humanistik lebih menunjuk pada ruh atau spirit selama proses pembelajaran yang mewarnai kaedah - kaedah yang digunakan . Peranan guru dalam pembelajaran humanistik adalah menjadi fasilitator bagi para pelajar manakala guru memberikan motivasi , kesedaran mengenai makna belajar dalam kehidupan pelajar . Guru memudahkan pengalaman belajar kepada pelajar dan mendampingi pelajar untuk memperoleh tujuan pembelajaran.

Aplikasi dan Implikasi Humanisme terhadap guru :Guru Sebagai Fasilitatora.Psikologi humanisme memberi perhatian atas guru sebagai fasilitator. b.Fasilitator sebaiknya memberi perhatian kepada penciptaan suasana awal, situasi kumpulan, atau pengalaman kelasc.Fasilitator membantu untuk memperoleh dan memperjelas tujuan-tujuan individu di dalam kelas dan juga tujuan-tujuan kumpulan yang bersifat umum.Dia mempercayai adanya keinginan dari masing-masing pelajar untuk melaksanakan tujuan-tujuan yang bermakna bagi dirinya, sebagai kekuatan pendorong, yang tersembunyi di dalam belajar yang bermakna tadi. Dia mencuba mengatur dan menyediakan sumber-sumber untuk belajar yang paling luas dan mudah dimanfaatkan para pelajar untuk membantu mencapai tujuan mereka. Dia meletakkan dirinya sendiri sebagai suatu sumber yang fleksibel untuk dapat dimanfaatkan oleh kumpulan. Di dalam menanggapi ungkapan-ungkapan di dalam kumpulan kelas, dan menerima baik isi yang bersifat intelektual dan sikap-sikap perasaan dan mencuba untuk bertindak balas dengan cara yang sesuai, baik bagi individu ataupun bagi kumpulan. Bilamana cuaca penerima kelas telah mantap, fasilitator beransur-ansur dapat berperanan sebagai seorang pelajar yang turut mengambil bahagian, seorang ahli kumpulan, dan turut menyatakan pendangannya sebagai seorang individu, seperti pelajar yang lain. Dia mengambil inisiatif untuk ikut serta dalam kumpulan, perasaannya dan juga fikirannya dengan tidak menuntut dan juga tidak memaksakan, tetapi sebagai suatu andil secara peribadi yang boleh saja digunakan atau ditolak oleh pelajar.

Aplikasi dan Implikasi Humanisme terhadap siswa :

Pelajar berperanan sebagai pelaku utama ( student center ) yang memberi makna proses pengalaman belajarnya sendiri . Diharapkan pelajar memahami potensi diri, mengembangkan potensi dirinya secara positif dan meminimumkan potensi diri yang bersifat negatif .Pembelajaran berdasarkan teori humanisme ini sesuai untuk digunakan pada bahan-bahan pembelajaran yang bersifat pembentukan keperibadian , hati nurani, perubahan sikap, dan analisis terhadap fenomena sosial. Penunjuk dari kejayaan aplikasi ini adalah pelajar merasa senang ghairah , berinisiatif dalam belajar dan terjadi perubahan pola fikir , perilaku dan sikap atas kemahuan sendiri . Pelajar diharapkan menjadi manusia yang bebas , berani , tidak terikat oleh pendapat orang lain dan menetapkan peribadinya sendiri secara bertanggungjawab tanpa mengurangkan hak - hak orang lain atau melanggar peraturan , norma , disiplin atau etika yang berlaku .

KesimpulanSecara keseluruhannya, kebanyakkan teori pembelajaran amat menekankan motivasi. Motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinsik amat penting dalam pembelajaran seseorang murid atau individu. Oleh itu, guru perlulah sentiasa memberi motivasi kepada murid supaya murid tidak mudah putus asa dalam pembelajaran mereka. Sebagai seorang guru, kita memiliki pelbagai tanggungjawab dan tugas yang harus dilaksanakan sesuai dengan tuntutan profesion guru.Tugas utama dan terpenting yang menjadi tanggungjawab seorang guru adalah memajukan, merangsang dan membimbing pelajar dalam proses belajar. Segala usaha ke arah itu harus dirancang dan dilaksanakan. Guru yang berkesan dalam menjalankan tugasnya adalah guru yang berjaya menjadikan pelajarnya bermotivasi dalam pelajaran. Oleh itu untuk keberkesanan dalam pengajaran, guru harus berusaha memahami makna motivasi dan mengembangkan serta menggerakkan motivasi pembelajaran pelajar itu ke tahap yang maksimum.