TEORI PERSONALITI

11
TEORI PERSONALITI NAMA AHLI KUMPULAN: JOANNE TANG (KETUA) LOH SOH HWEE TAN HUI LI CHEONG CHIEW SHEN SIM YEAN KIM

description

vzv

Transcript of TEORI PERSONALITI

Page 1: TEORI PERSONALITI

TEORI PERSONALITI NAMA AHLI KUMPULAN:

JOANNE TANG (KETUA)LOH SOH HWEE

TAN HUI LICHEONG CHIEW SHEN

SIM YEAN KIM

Page 2: TEORI PERSONALITI

DEFINISI PERSONALITI Personaliti berasal daripada perkataan Latin

“Persona” yang membawa maksud topeng atau pelindung muka iaitu merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu.

Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya.

Page 3: TEORI PERSONALITI

Teori Personaliti Sigmund Freud Beliau seorang doktor perubatan tetapi

minat beliau mendalam dalam bidang psikologi dan psikiatri.

Menurut Freud personality manusia terdiri daripada tiga bahagian, iaitu

i) id ii)ego

iii)superego

Page 4: TEORI PERSONALITI

Id ialah personaliti tidak sedar yang menekankan kepuasaan serta-merta tapi inginkan keseronokan ketahap maksima. Id tempat menyimpan segala keinginan manusia dan ia didorong oleh tenaga labido ( seks ) yang mengandungi desakan asas.

Page 5: TEORI PERSONALITI

Ego adalah persepsi seseorang tentang harga dirinya yang seterusnya mempengaruhi kepada keyakinan dirinya (Kamus Dewan Edisi ketiga – DBP).

Ego adalah komponen personaliti yang terbentuk melalui pengalaman dalam alam realiti.

Ego adalah berbeza dengan Id kerana ego merupakan komponen psikologikal yang mengutamakan realiti dan pemikiran logik.

Page 6: TEORI PERSONALITI

Ego tidak wujud semasa kelahiran, tetapi hanya mula terbentuk pada tahun pertama kehidupan individu di mana kanak-kanak mendapati tidak semua yang dikehendaki oleh id dapat dipenuhi dengan segera.

Jika id tidak dapat memenuhi sesuatu keperluan, ego mula wujud untuk mencari cara yang rasional untuk mengatasi kekecewaan tetapi secara rasional dan munasabah.

Contohnya: Id memberitahu badan ingin tidur, oleh itu, ego

akan mencari tempat yang sesuai untuk tidur.

Page 7: TEORI PERSONALITI

Superego ialah bahagian personaliti yang bermoral. Superego berkembang secara beransur-ansur sejak kanak-kanak ketika berinteraksi dengan ibubapa atau gurunya.

Super ego adalah bahagian fikiran bawah sedar yang sentiasa menyedarkan kita tentang kebaikan dan keburukan sesuatu, dan yang menbuatkan kita berasa bersalah sekiranya kita melakukan kesalahan (Kamus Dewan Edisi ketiga – DBP).

Page 8: TEORI PERSONALITI

Super ego berfungsi berlandaskan prinsip moral, keagamaan atau prinsip ideal.

Super ego akan mengawal kehendak ego dan memberi penilaian samada tingkah laku yang ditunjuk ego benar atau salah.

Ia juga mengawal segala kehendak id, mempengaruhi ego dalam usaha mencari jalan memenuhi kehendak id dengan cara yang terbaik bersesuaian dengan cara, nilai, budaya, kepercayaan, dan agama sesebuah masyarakat.

Page 9: TEORI PERSONALITI

Teori Personaliti Erikson

Menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu di persekitaran.

Perkembangan psikososial ini membentuk personaliti kanak-kanak.

Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini.

Page 10: TEORI PERSONALITI

Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untul dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu.

Page 11: TEORI PERSONALITI