Teori Token Star Fish

6
TEORI SENDIRI YANG DIHASILKAN NAMA TEORI SENDIRI: Bintang Asas Tingkah Laku PENERANGAN TENTANG TEORI SENDIRI: Ekonomi token adalah program modifikasi tingkahlaku yang dirancang untuk meningkatkan tinglahlaku yang diingini dan mengurangkan tingkahlaku yang tidak diingini melalui penggunaan token (tanda-tanda). Individu akan menerima token setelah menunjukkan tingkahlaku yang diingini manakala token akan ditarik balik sekiranya individu menunjukkan tingkahlaku yang tidak diingini. Token yang dikumpulkan kemudian ditukar dengan peneguh (back up reinforcer) seperti hadiah atau penghargaan. Ekonomi token boleh dikategorikan sebagai salah satu peneguhan positif bagi membentuk tingkah laku murid-murid.

description

praktikum

Transcript of Teori Token Star Fish

TEORI SENDIRI YANG DIHASILKAN

NAMA TEORI SENDIRI:Bintang Asas Tingkah LakuPENERANGAN TENTANG TEORI SENDIRI:Ekonomi token adalah program modifikasi tingkahlaku yang dirancang untuk meningkatkan tinglahlaku yang diingini dan mengurangkan tingkahlaku yang tidak diingini melalui penggunaan token (tanda-tanda). Individu akan menerima token setelah menunjukkan tingkahlaku yang diingini manakala token akan ditarik balik sekiranya individu menunjukkan tingkahlaku yang tidak diingini. Token yang dikumpulkan kemudian ditukar dengan peneguh (back up reinforcer) seperti hadiah atau penghargaan. Ekonomi token boleh dikategorikan sebagai salah satu peneguhan positif bagi membentuk tingkah laku murid-murid.Antara pengkaji yang berpengaruh dalam teori ini ialah B.F Skinner. Berdasarkan teori ini Skinner telah mereka bentuk pendekatan dan rancangan pengajaran yang dinamakan 'programmed instruction' atau pengajaran terancang. Ramai guru di sekolah menggunakan teori ini. Sebagai contoh dalam pengajaran guru selalu menggunakan pujian 'bagus' atau 'betul' bagi murid yang menjawab soalan dengan betul, untuk mengukuhkan jawapannya; manakala cuba lagi bagi jawapan yang salah atau tidak tepat. Gred dan markah digunakan bagi menggalakkan murid tersebut belajar. Murid yang terbaik pula di beri hadiah tahunan. Kesemua ini adalah berdasarkan teori tingkah laku.Pembelajaran berlaku dalam proses pelaziman operan kerana ia melibatkan berbagai-bagai gerak balas operasi. Menurut B.F. Skinner (dalam Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008), dalam teori pelaziman operan gerak balas dilakukan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi) jika diberikan peneguhan sebaik-baik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Dalam Teori Pelaziman Operan terdapat peneguhan (reinforcement) dan hukuman.Menurut Mahmood Nazar Mohamed 1990), peneguhan positif ialah ransangan yang diberi kepada organisma selepas berlakunya sesuatu tingkah laku yang dapat meningkatkan kebarangkalian berlakunya tingkah laku yang dikehendaki. Manakala menurut Mok Soon Sang (2003), menyatakan bahawa peneguhan positif merupakan stimuli yang boleh menambah kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan. Berdasarkan takrifan-takrifan yang diberikan dapat kita simpulkan bahawa peneguhan positif ini merupakan suatu ransangan yang boleh menyebabkan berulangnya sesuatu tingkah laku yang dikehendaki.Peneguhan (reinforcement) adalah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Peneguhan (reinforcement) terbahagi kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah seperti ganjaran, hadiah dan juga pujian yang diberikan bagi menggalakkan seseorang itu melakukan pekerjaan secara berulang-ulang. Peneguhan ini dianggap oleh Skinner sebagai asas dalam proses pembelajaran. Peneguhan berlaku apabila lakuan itu diberi balasan dengan hadiah. Keinginan mendapat balasan hadiah ini menimbulkan keinginan supaya berbuat demikian untuk mendapa hadiah yang sama. Oleh itu, lakuan itu akan diulang. Pengulangan yang kerap dilakukan akan mengukuhkan proses pembelajaran.Peneguhan negatif pula ialah sesuatu yang menyakitkan dan ingin dielakkan oleh individu (Mohamad Saleh Lebar, 1999). Sebagai contoh, seorang murid akan membersihkan papan hitam bagi mengelakkan dimarahi oleh gurunya dan bukan untuk mendapatkan pujian.Hukuman adalah sesuatu tingkah laku negatif jika dipamerkan, boleh menghasilkan sesuatu yang menyakitkan atau yang boleh menyebabkan kurang selesa (Roediger dalam Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008). Hukuman dibahagikan kepada hukuman persembahan (presentation punishment) dan hukuman penyingkiran (removal punishment).Oleh itu, teori yang dihasilkan dapat membantu guru membentuk tingkah laku yang dikehendaki, Melalui teori ini guru dapat memberi peneguhan positif terhadap tingkah laku murid seperti berikut : Melaksanakan tugasan yang diberi dengan betul, cepat dan kemas. Memberi jawapan tepat kepada soalan-soalan mencabar yang ditanya oleh guru. Tidak membuat bising sewaktu makan. Makan dengan kemas. Mengambil dan membaca buku tanpa diberitahu oleh guru. Menunjukkan sesuatu tingkah laku yang positif tanpa diberitahu oleh guru. Lain-lain tingakah laku positf yang ditunjukkan oleh murid-murid.

Kesimpulannya, diharapkan pengamalan teori ini dapat membantu guru dalam memberi peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan juga tingkah laku yang tidak diingini. Selain itu, guru juga berjaya mendisiplinkan murid apabila mereka tertarik dengan peneguhan yang diberi. Mereka juga lebih yakin dan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Diharapkan semua tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-murid menjadi amalan walaupun tidak ada peneguhan. Ia amat penting untuk guru dalam mencapai objektif penciptaan inovasi ini.