Teori Tradisional - Teori Tingkah Laku

20
TEORI TRADISIONAL TEORI TINGKAH LAKU

description

EDU 3108

Transcript of Teori Tradisional - Teori Tingkah Laku

TEORI TRADISIONAL

TEORI TINGKAH LAKU

Memberikan tumpuan kepada bagaimana pemimpin bertingkah laku dalam proses kepemimpinan.

Merupakan pengarah dominan dalam kajian kepemimpinan sehingga 80-an.

Mengandaikan kepemimpinan yang berjaya merupakan tingkah laku yang boleh dilatih atau dipelajari secara formal dan tidak formal.

Teori tingkah laku:Teori X dan Teori Y oleh Dougllas

McGregor (1960).Grid Pengurusan (Managerial Grid)

oleh Blake dan Mouton (1964, 1978).

TEORI X DAN TEORI Y• Mewakili perbezaan dalam cara

seseorang pemimpin beranggapan terhadap stafnya dalam sesebuah organisasi.

• Dalam Teori X, pemimpin beranggapan stafnya dimotivasikan oleh:wang ringgitmalas dan akan mengelakkan tugas

kecuali dipaksa tidak akan memberikan kerjasama

kecuali diarahkan dan dikawal

• Pemimpin akan bertingkah laku lebih autokratik, bertindak mengarah dan mengawal stafnya dalam proses kerja.

• Selagi pemimpin bertingkah laku atas andaian Teori X, organisasi tidak akan mempunyai ruang dan peluang untuk stafnya memaksimumkan kebolehan dan potensi mereka.

• Pemimpin Teori Y beranggapan stafnya sebagai rajin, melihat kerja sebagai suatu perkara semula jadi, bercita-cita tinggi dan mempunyai sikap positif terhadap kerja.

• Pekerja sememangnya mencari dan mahukan tanggungjawab kerana sifat itu membawa kepuasan kepada dirinya.

• Pemimpin akan mengurangkan kawalan malahan mengupayakan mereka dalam pelaksanaan tugas.

GRID PENGURUSAN (MANAGERIAL GRID)

• Menjelaskan dua dimensi yang berbeza berkaitan dengan keprihatinan pemimpin, iaitu:Keprihatinan terhadap penghasilan:

pemimpin menunjukkan keprihatinan terhadap tugas dan produktiviti pekerja demi mencapai matlamat organisasi.

Keprihatinan terhadap manusia: pemimpin memberikan perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baiknya dengan pekerja-pekerja dalam organisasi.

• Grid Pengurusan yang dihasilkan oleh Blake dan Mouton berdasarkan kajian-kajian Ohio State dan Michigan mengukur jenis-jenis tingkah laku pemimpin berdasarkan dua paksi:paksi mendatar untuk mengukur

Keprihatinan Terhadap PenghasilanPaksi menegak bagi mengukur

Keprihatinan Terhadap Manusiadengan menggunakan skala sembilan-poin.

• Pada teorinya, pemimpin ideal akan memperoleh ukuran 9-9, iaitu berskala tinggi untuk Keprihatinan Terhadap Manusia (Pengurusan Berpasukan).

• Grid Pengurusan mengutarakan lima jenis tindakan kepemimpinan, iaitu:Kelab Rekreasi – Penekanan diberi

kepada keperluan manusia, perhubungan manusia dan budaya kerja yang harmoni dan menyenangkan.

Papa – Pemimpin menyumbangkan usaha yang amat minimum, sama ada terhadap kebajikan pekerja mahupun pencapaian matlamat organisasi.

Berpasukan – Memberikan penekanan kepada semangat saling bergantungan yang positif antara ahli dan komitmen terhadap matlamat organisasi.

Berorientasikan Tugas – Memberikan penekanan kepada keefisienan kerja tanpa mengambil kira faktor kemanusiaan.

Di pertengahan Jalan – Pemimpin cuba menyimbangkan keperluan untuk memastikan kerja disempurnakan di samping mengekalkan harga diri manusia pada aras yang sederhana.

• Moorhead dan Griffin (1998) merumuskan kombinasi dua bentuk tingkah laku kepemimpinan yang membawa kepada keberkesanan prestasi kumpulan seperti berikut:Pemimpin yang lebih berkesan

berkecenderungan membina hubungan mesra dengan pekerjanya yang juga menyokong pucuk pimpinan. Hal ini akan meningkatkan harga diri pekerjanya.

Pemimpin yang lebih berkesan menggunakan kaedah penyeliaan dan proses membuat keputusan berbentuk kumpulan lebih daripada bentuk individu.

Pemimpin yang lebih berkesan berkecenderungan menetapkan matlamat organisasi yang lebih tinggi.

• Teori tingkah laku kepemimpinan menganalisa kepelbagaian tindakan pemimpin tanpa mengambil kira kepelbagaian situasi yang mungkin berbeza dari satu organisasi ke organisasi yang lain.

• Keberkesanan satu-satu cara kepemimpinan bergantung pada situasi dalam konteks tersebut.

IMPLIKASI TEORI TINGKAH LAKU

Seorang pemimpin sekolah perlu bijak menganalisa dan menunjukkan keprihatinan terhadap kedua-dua aspek, iaitu tugas dan perhubungan manusia.

Seperti mana yang dipaparkan dalam Grid Pengurusan Blake dan Mouton, guru yang berkejar untuk menghabiskan sukatan pelajaran hinggakan mengabaikan kebajikan murid tidak bererti beliau seorang guru yang berkesan.

Begitu juga bagi guru yang terlalu menjaga hati dan emosi murid sehingga mengabaikan isi kandungan pelajaran.

Peranan Guru: Kebijaksanaan Menyeimbangkan Aspek Tugas

Cth:- Kejelasan peraturan dan prosedur bilik darjah

- Perancangan dan pelaksanaan pengajaran yang rapi

- Penekanan kepada daya usaha dan pencapaian murid

Mengekalkan perhubungan mesra guru-murid Menggalakkan budaya nilai murni yang

dikongsi bersama-sama secara positif.

Peranan Pengurus: Membina hubungan mesra dengan

guru akan memperoleh sokongan daripada mereka dalam pelaksanaan aktiviti atau program sekolah

Mewujudkan perasaan bahawa diri mereka dihargai.

Mencipta ruang dan peluang untuk menimbulkan semangat kerjasama dan keakraban antara rakan sekerja ke arah mencapai matlamat organisasi.

Dengan itu, guru-guru akan menunjukkan minat yang lebih untuk bekerja jika suasana kerja yang harmonis dapat dirasakan, bebas daripada tekanan emosi, mental dan sosial.

Dengan demikian, produktiviti kerja dapat dipertingkatkan.