Teoriperlazimanoperan skinner
-
Upload
nurul-fatihah -
Category
Documents
-
view
390 -
download
1
Transcript of Teoriperlazimanoperan skinner
Teori Perlaziman Operan Skinner
Berdasarkan kepada kes kegelisahan pelajar, kami mendapati bahawa teori yang
sesuai dikaitkan dengan situasi dalam kes tersebut ialah teori perlaziman operan
Skinner. Burhrus Frederic Skinner berpendapat sama dengan Pavlov, tetapi
menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang
panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang
mudah. Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti
tikus dan burung merpati. Menurut Skinner (1953), dalam teori perlaziman operan
gerak balas boleh diperkuatkan atau dihapuskan, jika diberikan peneguhan sebaik
sahaja gerak balas itu ditunjukkan.(Prof. Madya Dr. Mansor Fadzil et. All., 2003)
Alam sekeliling kita dipenuhi dengan pengukuhan positif dan pengukuhan
negatif yang membentuk tingkah laku. Kita dikongkong atau dikawal oleh ahli
keluarga sama ada dalam bentuk direstui atau tidak direstui akan sesuatu tingkah
laku. Sekolah mengawal kita sama ada
kita berjaya atau sebaliknya. Oleh itu pengukuhan positif atau negatif membentuk
setiap tingkah laku individu dalam sepanjang hayatnya. Menurut Skinner (1984),
corak tingkah laku yang membezakan antara seorang individu dengan yang lain
adalah hasil daripada pengalaman hidup seseorang. Tingkah laku operan
merupakan tingkah laku dikawal dan ditentukan oleh alam sekeliling. Dalam lain
pengertian tingkah laku operan ditentukan oleh kehendak seorang
individu.
Ahli psikologi mengatakan bahawa walaupun tingkah laku operan adalah
voluntari tetapi
masih dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran khususnya akibat sejenis tingkah laku.
Rangsangan
yang meningkatkan kadar sejenis tingkah laku diertikan sebagai pengukuhan atau
penghargaan
manakala hukuman mengurangkan kadar sejenis tingkah laku. Tingkah laku akibat
pengukuhan atau hukuman berbeza antara seorang individu dengan individu lain.
Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar yang mengganggu perjalanan kelas,
dihukum oleh guru dan diberi perhatian oleh pelajar lain, kemungkinan pelajar itu
akan merasa kesalan itu pada masa-masa akan datang kerana berlaku pengukuhan
dalam kelas.
Begitu juga yang berlaku dalam situasi Trenna dimana dia berasa malu kerana
telah diejek oleh rakan sekelasnya disebabkan kegagalannya untuk menyelesaikan
masalah matematik yang disuruh oleh Mr.Jordan di hadapan kelas. Akhirnya, Trenna
berasa hilang semangat sehingga dia tidak dapat menjawab soalan tersebut.
Keadaan ini menyebabkan Trenna menjadi pelajar yang pasif di dalam kelas dan
tidak lagi aktif untuk menjawab soalan di hadapan kelas. Berdasarkan teori Skinner
ini, peneguhan boleh berupaya positif dan negatif. Peneguhan positif ialah stimuli
yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku
operan seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya. Selain itu,
terdapat juga peneguhan yang boleh menyakiti atau menghindari seseorang
individu kerana tingkah laku operannya kurang sesuai seperti mengejek kesilapan
seseorang individu di depan orang ramai seperti mana yang berlaku terhadap
Trenna.
Oleh itu, dalam situasi Trenna ini, Mr.Jordan seharusnya memberikan
peneguhan yang positif seperti memberikan dorongan dan kata semangat serta
motivasi kepada Trenna supaya dapat membantu Trenna dalam mengurangkan
perasaan gelisahnya. Dalam bukunya “The Technology of Teaching”, yang
diterbitkan dalam tahun 1968, Skinner menerangkan hasil kajiannya bahawa murid-
murid dalam empat tahun persekolahan yang pertama hanya diberikan beberapa
ribu peneguhan positif sahaja, sedangkan sebanyak 25,000 peneguhan itu
diperlukan untuk menguasai kemahiran-kemahiran matematik yang diperlukan.
Untuk mengatasi masalah tentang kurang cukup peneguhan yang diberikan kepada
murid-murid, Skinner mengusulkan supaya bahan-bahan pembelajaran
diprogramkan dalam bentuk arahan. (Mok Soon Sang,1989)
Guru mempunyai peranan yang penting dalam menyumbang kepada
kecemerlangan pelajar dalam akademik. Guru yang bijaksana akan menjadikan
proses pengajaran sesuatu yang bermanfaat (Widad, 1998). Menurutnya lagi
kecekapan dan keberkesanan seseorang guru memainkan peranan yang penting
sebagai pembimbing atau model kerana ia akan mempengaruhi pelajar untuk
menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian akademik. Menurut Robiah
(1994), faktor pengajaran guru sangat memberikan kesan kepada corak
pembelajaran dan penglibatan pelajar dalam Matematik. Di samping itu, daya
tarikan sesuatu pelajaran amat bergantung kepada kemahiran mengajar dan
pengajaran guru (Kamaruddin, 1989). Sesuatu pengajaran yang baik dan berkesan
memerlukan guru yang pandai dan berkebolehan mempelbagaikan kaedah, teknik
dan aktiviti yang dijalankan dalam pengajarannya.
Rujukan
http://eprints.utm.my/10401/1/30.9_Pendekatan_Teori.pdf
Mok Soon Sang. (1989). Psikologi, Strategi Pengajaran Dan Penilaian Matematik. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Skinner, B. F. (1968). The Technology of Teaching. New York: Appleton-Century- Crofts.
Widad Othman. (1998). Kaedah Mengajar Lukisan Kejuruteraan. Universiti TeknologiMalaysia : Tesis Sarjana Muda.