teori.ppt

78
KURSUS KPLI (BIMBINGAN & KAUNSELING) AMBILAN JULAI 2007 INSTITUT PERGURUAN BATU LINTANG “TEORI-TEORI KAUNSELING” PENSYARAH: PUAN ROJIAH BINTI ABDULLAH DISEDIAKAN OLEH: ROZITA BINTI PAUZI

Transcript of teori.ppt

Page 1: teori.ppt

KURSUS KPLI (BIMBINGAN & KAUNSELING)

AMBILAN JULAI 2007INSTITUT PERGURUAN BATU LINTANG

“TEORI-TEORI KAUNSELING”

PENSYARAH: PUAN ROJIAH BINTI ABDULLAH

DISEDIAKAN OLEH: ROZITA BINTI PAUZI

Page 2: teori.ppt

TEORI PEMUSATAN KLIEN

• Diasaskan dan dikembangkan olah Carl Rogers (1902 – 1987) dan rakan-rakannya (1940-an).

• satu cara untuk menilai personaliti seseorang ialah dari segi pengalaman subjektif dalam kehidupannya sebagaimana mereka melihat dan menerimanya dari perspektif mereka sendiri sebagai satu kenyataan (realiti).

• Klien mempunyai kemampuan untuk memahami punca permasalahan mereka dan menyampai semula perkembangan personaliti yang telah dihalangi oleh ketidakseragaman antara konsep kendiri dan pengalaman mereka

Page 3: teori.ppt

Konsep Utama Teori Pemusatan Klien

• Klien sebagai individu yang mempunyai banyak pengalaman dan berguna yang boleh dikongsi bersama dalam usaha menyelesaikan sesuatu masalah.

• Menekankan aspek suasana penerimaan, aman, tenteram, saling memahami antara satu kaunselor dan klien serta wujud hubungan yang erat dan mesra antara mereka.

• Mengambil kira pandangan subjektif klien terhadap fenomena dunia

• Memberi sepenuh kepercayaan kepada klien untuk memilih arah sendiri semasa proses terapi.

Page 4: teori.ppt

samb

• Pendekatannya mengajar klien memanfaatkan hubungan yang unik itu sebagai satu cara untuk menambahkan kesedaran dan melahirkan maklumat-maklumat terpendamnya yang berguna untuk mengubah aspek-aspek dirinya yang perlu diubah.

• Mengutamakan pengalaman-pengalaman individu • Menetapkan ahli terapi atau kaunselor sebagai fasilitator

(pemudah cara) dalam menolong klien mengetahui keupayaan diri dan mencari jalan penyelesaian yang sesuai.

• Secara keseluruhannya, pendekatan teori ini memberi kepercayaan dan tanggungjawab yang lebih kepada klien yang sedang mengendalikan masalahnya.

Page 5: teori.ppt

Pandangan teori terhadap sifat manusia

• Manusia mempunyai pilihan untuk membentuk diri mereka.

1) Manusia dianggap mempunyai sifat-sifat positif, baik, rasional, sosial, realistic dan dinamik iaitu berkecenderungan ke arah kesempurnaan diri sendiri

2) Manusia yang berkembnag bebas (mutlak), maka dia akan berkembang dengan sempurna. Seterusnya akan menjadi individu yang positif dan mencapai kejayaan yang diinginkan.

3) Manusia yang diberi peluang atau disediakan dengan persekitaran yang sempurna dan galakan dapat berkembang dengan yakin ke arah nirwana dirinya (self-actualization)

Page 6: teori.ppt

Samb.

4) Manusia yang tidak menerima kasih-sayang, sokongan atau dorongan daripada orang lain lebih cenderung menganggap dirinya tidak berharga (tidak berguna) lagi dan orang lain pula tidak boleh dipercayai. Oleh itu, perkembangan terhadap nirwana akan terhalang.

5) Manusia mempunyai persepsi yang penting terhadap dirinya sendiri, orang lain dan persekitarannya. Semua persepsi ini adalah realiti dan mempengaruhi tingkah lakunya walaupun wujud perbezaan antara dirinya dengan orang lain.

6) Semua manusia yang lahir mempunyai pengalaman yang mampu memahami tentang pengalamannya itu.

Page 7: teori.ppt

Samb.

7) Manusia juga bertindak mengikut tanggapannya tersendiri dalam usaha mencapai kehendaknya dan kadang-kadang tindakannya tersasar atau tidak mengikut sesuatu kenyataan yang sebenar (realiti).

8) Manusia yang mengalami keadaan tidak seimbang dari aspek tingkah lakunya akibat daripada perpecahan antara konsep kendirinya dengan pengalamannya sendiri.

9) Manusia boleh membuat perubahan terhadap tingkah lakunya jika perubahan juga telah dibuat dari aspek tanggapannya dalam bentuk yang positif. Ini kerana segala tingkah laku individu dipengaruhi oleh tanggapannya terhadap sesuatu situasi itu (Zulkifli, 1992:56).

Page 8: teori.ppt

Samb.

10) Kesimpulannya, teori ini beranggapan manusia berkecenderungan ke arah penyempurnaan kendiri (self- actualization) sekiranya dia diberi kebebasan mengalami, memenuhi dan menyempurnakan keperluan-keperluan asasnya

Page 9: teori.ppt

Matlamat Terapi Pemusatan Klien Dalam

Kaunseling 1. Memudahkan penerokaan terhadap pemikiran dan

perasaan klien ketika menjalani sesuatu sesi.

2. Sesuai dan berkean terhadap klien yang menghadapi masalah emosi yang memerlukan terapi.

3. Menjimatkan masa sesi pertemuan walaupun kadang-kadang terpaksa diadakan banyak sesi pertemuan.

4. Memberi peluang kepada klien menceritakan sama ada dari aspek emosi atau pengalaman dengan lebih mendalam dalam suasana terapeutik.

Page 10: teori.ppt

Samb.

5. Mengajar klien memahami dan menerima dirinya, boleh bertimbang rasa, bertolak ansur, memahami serta boleh menerima orang lain.

6. Mewujudkan satu konsep kendiri yang konsisten dan selesa pada diri klien dan seterusnya bertindak dengan tingkah laku yang lebih sesuai ke arah kesempurnaan kendiri.

7. Mengajar klien membina nilai diri berdasarkan pengalamn-pengalaman yang dirasai sendiri dan bukannya terlalu bergantung kepada nilai atau pengalaman orang lain.

Page 11: teori.ppt

Proses dan Teknik

• Kaedah yang dijalankan dengan mewujudkan perhubungan satu dengan satu (kaunselor dengan klien sahaja).

• Kaunselor hendaklah menerima perasaan klien dengan bersifat empati dan jujur serta tidak memaksa klien menerima nilai atau pandangannya.

• Klien diberi peluang secukupnya untuk menceritakan dan berkongsi masalahnya dengan kaunselor dalam suasana yang terapeutik.

Page 12: teori.ppt

Peranan Guru Bimbingan

• Menerima perasaan klien dengan bersifat empati dan jujur serta tidak memaksa klien menerima nilai atau pandangannya.

• Klien diberi peluang secukupnya untuk menceritakan dan berkongsi masalahnya dengan kaunselor dalam suasana yang terapeutik.

Page 13: teori.ppt

TEORI ANALISIS TRANSAKSIONAL

• Dipelopori oleh Dr. Eric Lennard Berne (1910 – 1970)

• Teori ini terhasil daripada pemerhatian yang dilakukan terhadap kliennya dalam sesi kelompok dari aspek tingkah laku dan cara proses terapi berjalan (Zuraidah, 1991:1).

• Teori ini merupakn satu teori Personaliti yang praktikal dan mudah kerana ia berdasarkan pengalaman-pengalaman yang pernah dilalui oleh setiap individu.

Page 14: teori.ppt

Samb.

• Pendekatan teori ini berasaskan kepada analisis berstruktur serta penerapan teori Skrip yang beranggapan setiap individu mempunyai perancangan hidupnya sendiri dan sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat yang diimpikan.

Page 15: teori.ppt

Konsep Utama Teori Analisis Transaksional/TA

1.Merupakan teori personaliti yang berdasarkan pengalaman-pengalaman yang pernah dialami oleh individu.

2.Menggunakan pendekatan analisis berstruktur serta penerapan teori Skrip (berkaitan dengan penempatan kehidupan yang terancang sejak awal lagi dalam diri individu)

3. Skrip timbal balik yang mengawal perancangan skrip awal tanpa disedari individu tersebut (Skrip ini biasanya berasaskan arahan-arahan yang diterima daripada ibu bapa tentang cara kehendak individu berkenaan boleh diterima pakai)

Page 16: teori.ppt

Samb.

4. Mengemukakan permainan pendirian ego (konsep ini bermaksud ciri saling hubungan yang berlaku antara dua pihak ketika berinteraksi dan mempunyai hasilnya tersendiri) yang berkait rapat dengan penempatan kehidupan individu.

5. Percaya bahawa pendirian ego stat merupakan asas dalam penentuan corak analisis berstruktur. Ini kerana dalam diri seseorang terdapat ego sebagai seorang ibu bapa, ego sebagai dewasa dan ego sebagai seorang kanak-kanak. Ego stat penting kekrana ia merupakan pengalaman sebenar yang boleh dilihat dan dianalisis.

Page 17: teori.ppt

Samb.

6. Mempamerkan konsep muslihat tabiat iaitu yang terhasil daripada permainan pendirian ego (ego stat).

• Konsep ini juga dikenali sebagai “Mengumpul setem” yang bermaksud dalam kehidupan seharian manusia akan mengumpul perasaan positif (setem emas) dan perasaan negatif (setem kelabu).

• Jika banyak mengumpul setem kelabu, maka boleh merosakkan diri sendiri dan orang lain kerana ia boleh menekan jiwa dan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti sakit kepala, darah tinggi, tekanan dan sebagainya.

• Dengan mengumpul setem emas pula, individu berasa gembira dan sihat mental serta fizikal.

Page 18: teori.ppt

Pandangan teori Analisis Transaksional

Terhadap Manusia 1.Setiap manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk

mengembangkan potensinya ke tahap paling maksimum untuk kebaikan dirinya dan masyarakat.

2.Sejak lahir lagi, manusia menghadapi pelbagai halangan dan kerumitan yang menjadi sekatan terhadap dirinya untuk mengembangkan potensinya secara bersungguh-sungguh.

3.Setiap manusia berkebolehan untuk memahami keputusan-keputusan hidup sejak dari kecil dan berupaya untuk menukar keputusan hidup itu jika mereka mahu.

Page 19: teori.ppt

Samb.

4.Manusia perlu sedar segala kesilapan lampaunya dan berusaha membetulkan perlakuan dan “tabiat” kepada yang lebih sempurna.

5.Setiap manusia tidak berupaya menukar keputusan hidup yang telah lama terbina sejak kecil dengan mudah dan bersendirian melainkan dia disedarkan tentang kekuatan dan kelemahan keputusan hidupnya dan berusaha untuk menukarnya.

Page 20: teori.ppt

Samb.

6.   Masalah atau kerumitan hidup adalah berpunca daripada pengaruh-pengaruh dan signifikan seperti ibu bapa dan adik-beradik dalam keluarganya.

7.   Setiap mempunyai pilihan yang tidak terikat dengan masa lalu (Harris,1967) manakala Dr. Barne (1970) pula berpendapat bahawa manusia hanya berupaya membuat keputusan baru dalam perkara-perkara tertentu sahaja kerana dia masih lagi terikat dengan “didikan kepatuhan” yang diajar sejak kecil lagi.

8. Manusia berkuasa mengarah hidupnya dan mereka bukan mangsa masa lampau (Goulding dan Goulding (1978).

Page 21: teori.ppt

Konsep Khas dalam Teori Analisis Transaksional

• Empat konsep khas yang digunakan untuk menganalisis personaliti dengan menggunakan teknik-teknik berikut:

1. Analisis Berstruktur

-Untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang perasaan, sikap dan tingkah laku individu serta dengan itu, individu dapat berusaha mengubah perlakuannya yang ingin diubahnya..

-Alat ukur teknik ini ialah ego stat (personaliti kecil), sama ada sebagai ibu bapa, dewasa atau kanak-kanak.

Page 22: teori.ppt

2. Analisis Transaksi-    Menganalisis cara individu berinteraksi antara satu sama

lain, di samping memberi kesedaran tentang aspek komunikasi bermasalah yang boleh diubah.

-  Mengikut Clements (1986), transaksi ialah unit asas komunikasi yang mengandungi rangsangan (lisan) dan respons untuk mewakili setiap individu yang terlibat.

3 jenis transaksi yang diutarakan Berne: a) Sejajar (Parallel) b) Transaksi Bersilang (Cross) c) Transaksi Berlapis (Ulterior)

Page 23: teori.ppt

Samb.

a) Sejajar (Parallel)

- Respon yang diberi adalah seperti yang diharapkan dalam bentuk komunikasi terbuka, mesej yang disampaikan atau diterima adalah jelas

Ibu bapa

Dewasa

Kanak-kanak

Dewasa

Ibu bapa

Kanak-kanak

Page 24: teori.ppt

b) Transaksi Bersilang (Cross)- Maksud yang disampaikan mendapat respon

yang tidak disangka, seperti terkejut, tersinggung atau diketepikan.

Ibu bapa Ibu bapa

Dewasa Dewasa

Kanak-kanak Kanak-kanak

Page 25: teori.ppt

c) Transaksi Berlapis (Ulterior) - Merupakan jenis yang rumit kerana “cakap tidak

serupa bikin” atau “lain di mulut lain di hati”. Ia melibatkan lebih daripada dua ego stat. Terdapat 2 jenis:

Ibu bapa Ibu bapa

Dewasa Dewasa

Kanak-kanak Kanak-kanak

Page 26: teori.ppt

Samb.

a)      Jenis Angular

-         Maksud sebenar yang disampaikan tidak diucap secara terus terang. 3-ego stat yang terlibat, iaitu dua secara lisan yang dinyatakan dan satu secara psikologikal yang dinyatakan di dalam hati dan tersembunyi di sebalik kata-katanya.

Ibu bapa Ibu bapa

Dewasa Dewasa

Kanak-kanak Kanak-kanak

Page 27: teori.ppt

b) Jenis Duplex

-         Mempunyai maksud di sebaliknya yang berbentuk sinikal dan mencemuh. Ini menimbulkan perasaan marah dan benci yang disembunyikan melalui “senyum palsu”, suka mengumpat dan sebagainya.

Kanak-kanak Kanak-kanak

Dewasa Dewasa

Ibu bapa Ibu bapa

Page 28: teori.ppt

3. Analisis Permainan Hidup • Teknik ini menganalisis beberapa jenis komunikasi yang

mempunyai maksud di sebaliknya secara psikologikal (maksud tersirat).

• Menurut Cooper (1981), Permainan Hidup adalah satu urutan Transaksi Berjajar dan Berlapis yang membawa kepada hasil yang boleh diteka.

• pemain berperanan sama ada sebagai mangsa (victim), penyelamat (rescuer) atau penghukum (persecutor).

PenyelamatPenghukum

Mangsa

Page 29: teori.ppt

Samb.

• Mangsa: Individu yang sengaja membangkitkan kemarahan orang lain, suka memberi mesej secara psikologikal yang dia tidak berkeupayaan dan seorang yang suka mengambil kesempatan untuk lupa.

• Penghukum: Individu yang suka membuat keputusan yang zalim, tidak munasabah dan tidak bertimbang rasa atau suka mencari kesalahan orang lain.

• Penyelamat: Individu yang memberi pertolongan secara tidak jujur dan mengharapkan orang bergantung kepadanya dan supaya dia boleh terus menjadi penyelamat demi kepuasan dirinya sendiri.

Page 30: teori.ppt

4. Analisis Skrip• Membantu seseorang untuk memahami tentang

perasaan, sikap, tingkah laku dan segala perlakuan dirinya.

• Ia akan menggambarkan latar belakang diri semasa kecil dan cara berinteraksi dengan diri dan orang lain serta pengaruh mereka terhadap diri dan sikapnya sehingga dewasa. Skrip hidup ini berkaitan dengan empat gaya penempatan iaitu:

a) Saya okey; Anda Okey b) Saya Okey; Anda Tidak Okey c) Saya Tidak Okey; Anda Okey d) Saya Tidak Okey; Anda Tidak Okey

Page 31: teori.ppt

Konsep Larangan dan Strok Dalam Analisis Transaksional

• Menurut Gouldings, Larangan (injunctions) ialah mesej daripada ego stat kanak-kanak dalam diri ibu bapa yang dikeluarkan berasaskan penderitaan, kedukaan, kebimbangan, kekecewaan, kemarahan dan keinginan sulit

• Strok yang mula diperkenalkan Rene Spitz merupakan perlakuan yang mengiktiraf sama ada dilakukan secara lisan, tanpa lisan atau dalam bentuk fizikal. Terdapat empat jenis strok iaitu:

a) Strok positif b) Strok negatif c) Strok plastik d) Strok kebiasaan

Page 32: teori.ppt

Matlamat Analisis Transaksional Dalam Kaunseling

1. Klien dapat menikmati keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain lebih sempurna.

2. Klien memperoleh perubahan serta pembaharuan pendirian ego dalam kendiri agar dapat menjurus perubahan perlakuannya.

3. Klien boleh untuk mengubah penempatan kehidupan antara dirinya dengan orang lain dalam kehidupan yang realiti (sebenar).

Page 33: teori.ppt

Samb.

4. Klien berkeupayaan untuk menjalinkan pendirian ego yang sealiran iaitu selari dan sesuai dengan apa yang diidamkan sama ada bagi dirinya atau orang lain.

5. Terapi Analisis Transaksional bermatlamatkan ke arah menolong individu untuk menilai penentuan-penentuan yang telah mereka rencanakan atau laksanakan mengikut kesesuaian semasa.

Page 34: teori.ppt

Proses dan Teknik Teori Analisis Transaksional

• Analisis Transaksional banyak menggunakan teknik yang dipinjam daripada terapi Gestalt, Psikodrama dan Modifikasi Tingkah Laku Kognitif.

• Merupakan satu teori personaliti atau komunikasi yang praktikal dengan menggunakan pendekatan yang sistematik dan rasional dalam memahami tingkah laku manusia.

Page 35: teori.ppt

Peranan Guru Bimbingan • Bertindak sebagai guru, jurulatih, atau pakar yang akan

menganalisa perlakuan, permainan, skrip hidup dan sebagainya yang dimiliki oleh seseorang kaunseli itu;

• Menunjukkakn kepada kaunselinya yang dia mempunyai kedudukan atau taraf yang sama dengan kaunselinya, Dia dan kaunselinya adalah partners di dalam terapi;

• Mengajar dan menunjukkan cara-cara bagaimana kaunselinya boleh mengubah perlakuannya, skrip hidupnya, permainannya dan menggantikannya dengan yang baru;

Page 36: teori.ppt

Samb.

• Menunjukkan kepada kaunselinya bahawa kaunselinya memang mempunyai keupayaan dna kuasa untuk membuat keputusan-keputusan baru, ia tidak semstinya dibelenggu oleh keputusan-keputusan yang sudah usang dan lapuk;

• Selalu dipandu oleh 3 prinsip pokok iaitu: 1. Campur tangan kaunselor hendaklah dibuat apabila

perlu, dan sekadar yang diperlukan sahaja. 2. Peranannya hanyalah sekadar mengubah atau

menghapuskan rintangan-rintangan yang menyekat pertumbuhan dan perkembangan kaunseli.     

3. Kaunselor akan memberikan rawatan yang sebaik mungkin, tetapi yang menentukan sembuh atau tidak sembuhnya penyakit kaunseli itu ialah Tuhan.

Page 37: teori.ppt

Samb.

• Menjelaskan bahawa bagi sesuatu bidang terapi itu, kaunselor dan kaunseli hendaklah membuat suatu ikatan janji yang menentukan perkara-perkara tertentu, seperti perlunya kaunseli menemui kaunselor mengikut jangka waktu tertentu.

Page 38: teori.ppt

TEORI TINGKAH LAKU

• Diasaskan oleh Burhuss Frederick Skinner (1904 – 1990).

• Tingkah laku ditentukan oleh akibat, iaitu apa yang mengiringi tingkah laku tersebut (keadaan, kejadian yang lalu atau sekarang dan bukan terpengaruh oleh tarikan dalaman.

• Teori kaunseling tingkah laku merupakan pendekatan baru berdasarkan teori terdahulu iaitu teori pembelajaran yang dikenal sebagai fahaman tingkah laku.

Page 39: teori.ppt

Konsep Teori Kaunseling Tingkah Laku

• Terapi tingkah laku menekankan kepada dimensi kognitif manusia dan memberi beberapa cara berorientasikan tindakan untuk mengambil langkah tertentu untuk mengubah perlakuan.

• Perkataan pengubahsuaian tingkah laku dan terapi tingkah laku mempunyai pengertian dan fokus yang sama dalam teori ini.

• Takrifnya seperti berikut:1. Satu penggunaan prosedur-prosedur klinikal secara

meluas dengan memberi penerangan dan rasional dan selalunya bergantung kepada hasil dapatan penyelidikan psikologikal.

Page 40: teori.ppt

Samb.

2. Satu pendekatan menggunakan eksperimen dan analisis yang mempunyai fungsi untuk data klinikal dan bergantung kepada matlamat objektif dan boleh diukur.

3. Penggunaan hasil penyelidikan asas dan teori yang didapati daripada eksperimen psikologi untuk mempengaruhi tingkah laku dengan tujuan menyelesaikan masalah personal dan sosial supaya boleh meningkatkan fungsi kehidupan manusia.

Page 41: teori.ppt

Samb.

• Dari segi pendekatannya, terapi tingkah laku adalah berlainan dengan terapi lain.

1. Ia menjurus kepada tingkah laku yang terang-terang atau terbuka.

2. Ia adalah ketepatan dan sebagai menceritakan matlamt-matlamat perawatan.

3. Suatu pembentukan peraturan rawatan khusus dan tepat terhadap permasalahan.

4. Sebagai satu objektif penilaian terhadap hasil terapi itu sendiri.

Page 42: teori.ppt

Samb.

• Terapi tingkah laku tidak mengasaskan kepada suatu set konsep yang sistematik.

• Ia mengandungi pelbagai teknik, iaitu ada yang berasaskan percubaan-percubaan menggunakan kaedah-kaedah percubaan terhadap proses terapeutik.

• Ahli-ahli tingkah laku menekankan kepada jawapan yang konkrit pada perubahan tingkah laku dan pentingnya kedudukan yang khusus, yang menentukan masalah tingkah laku sehingga keadaan yang baru boleh dicipta sebagai sesuatu yang bermakna dalam perubahan tingkah laku.

Page 43: teori.ppt

Pandangan Teori Tingkah Laku Terhadap

Manusia 1. Manusia itu dilihat sebagai manusia biasa, tidak ada

yang sepenuh-penuhnya jahat atau baik, tetapi adalah organisma berpengalaman yang mempunyai potensi kepada semua jenis tingkah laku.

2. Manusia berkeupayaan memahami konsep serta mengawal tingkah lakunya sendiri.

3. Manusia berupaya memperoleh tingkah laku yang baharu.

4. Manusia mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi tingkah laku lain sebagaimana ia dipengaruhi oleh orang lain terhadap tingkah laku sendiri.

Page 44: teori.ppt

samb.

• Ada dua jenis pensyaratan mengapa tingkah laku berlaku:

1) Pensyaratan klasik (orang yang tertuduh)• Terjadi apabila rangsangan dikeluarkan untuk

mendapatkan suatu hasil yang merangsang seseorang itu. Tingkah laku orang yang bertindak balas adalah terkawal oleh hal-hal yang terdahulu dan adalah tingkah laku biasa seperti berpeluh akibat bahang kepanasan.

1) Pensyaratan operan (alat dan perkakas).• Pemusnahan (Penghadaman): Tingkah laku dapat

dilenyapkan apabila ia tidak lama bertapak.

Page 45: teori.ppt

Matlamat Teori Tingkah Laku

1. Meminda tingkah laku yang tidak diterima oleh klien semasa berterapi.

2. Membantu klien mempelajari dengan lebih berkesan akan proses membuat keputusan.

3. Mencegah dan melindungi dari masalah masa depan.

4. Menyelesaikan tingkah laku yang bermasalah khas, seperti yang diminta oleh klien.

5. Mencapai perubahan-perubahan tingkah laku yang diterjemahkan kepada tindakan dalam hidup seseorang.

Page 46: teori.ppt

Proses Dan Teknik

• Strategi:1. Latihan Beristirahat

- Klien diajar bagaimana merehatkan diri dengan teknik pernafasan dan regangan otot. Mereka diajar untuk merasai keregangan otot dan melatih mereka menggambarkan perkara-perkara yang menyenangkan mengikut hierarki yang dipersutujui. Terdapat cara lain untuk bertenang, contohnya: hipnosis, biofeedback dan meditasi. Ini adalah sesuai untuk mengurangkan ketegangan yang dihadapi akibat tekanan hidup sehari-harian.

Page 47: teori.ppt

Samb.

2. Penghapusan Deria Secara Bersistem

• Diutarakan oleh Joselph Wolpe (1958). Ia digunakan bagi menghapuskan perasaan risau dan juga reaksi-reaksi mengelak. Ada tiga peringkat dalam terapi ini:

a)  Kaunselor dan kaunseli akan menganalisa rasa risau dan takut atau fobia yang dialami kaunseli. Setelah itu, sama-sama merangka situasi-situasi yang boleh menimbulkan rasa risau itu. Kemudian, menyusun kerisauan yang paling serius kepada yang lebih mudah.

b)  Kaedah istirahat digunakan pada peringkat ini.

Page 48: teori.ppt

Samb.

c) Kaunselor dan klien akan melaksanakan ujian di mana klien akan disuruh membayangkan situasi yang menyenangkan klien

• Apabila klien sudah bertenang, klien diminta membayangkan situasi yang merisaukan dari yang paling kurang sehingga yang kritikal.

• Klien akan memberi isyarat apabila dia mula berasa risau dan takut. Kaunselor akan suruh berhenti dan memastikan klien bertenang semula. Apabila ia bertenang dan bersedia, maka proses tersebut boleh diulangi.

Page 49: teori.ppt

3. Terapi Implosif• Klien akan disuruh menggambarkan suasana yang

merisaukannya dan kaunselor akan membuat gambaran selari dengan menjadikan situasi tersebut bertambah buruk. Jika klien dapat menangani situasi itu, bermakna ia bersedia menghadapi situasi yang sebenarnya.

• Terdapat juga alternatif untuk teknik ini yang dinamakan “pembanjiran”. Teknik ini menyuruh klien menggambarkan situasi yang merisaukan tanpa kaunselor menambah burukkan situasi tersebut. Diharapkan pendedahan yang lama kepada rangsangan ini akan menghapuskan kesan negatif.

Page 50: teori.ppt

4. Teknik yang Menyakitkan (Aversif)• Teknik ini memaksa klien melakukan sesuatu atau

bertindak balas dengan cara tertentu bagi mengelakkan kesan yang menyakitkan. Menurut Corey, ada 6 jenis terapi aversif:

a)      Aversif Kimia b)      Kejutan Kimia c)      Pendirian Tak Nyata d)      Time Out e)      Pembetulan Lampau f)  Kos Tindak Balas

Page 51: teori.ppt

5. Ekonomi token

• Kaunselor dan klien akan berbincang bagi menentukan:

a)      Tingkah laku yang ingin dihapuskan

b)      Tingkah laku yang ingin dibentuk

c)      Peneguhan boleh ditukarkan dengan token.

Token bolah ditukarkan dengan sesuatu yang diingini oleh klien. Setiap kali dapat melakukan tingkah laku yang diingini, klien akan mendapat token dan apabila bilangan token mencukupi, klien boleh mendapat apa yang dingini.

Page 52: teori.ppt

6. Contoh atau Model

• Ada juga individu yang lebih mudah mempelajari tingkah laku baru dengan melihat contoh atau model.

• Ia mungkin meniru model hidup yang akan mengajar bagaimana melakukan sesuatu tingkah laku itu di dalam situasi kaunseling.

7. Pendekatan Kognitif

• Ia membuat andaian proses kognitif yang berlaku secara covert ini juga boleh menghasilkan tingkah laku overt atau nyata. Jika ingin membetulkan tingkah laku yang disebabkan proses kognitif maka proses ini yang perlu dibetulkan.

 

Page 53: teori.ppt

Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling • Menghapuskan sesuatu masalah yang khusus dan

meningkatkan tingkah laku produktif murid • Memperbaiki hubungan antara perorangan yang lebih

memuaskan murid. • Bersikap menerima, mencuba memahami murid,

memahami apa yang sedang dia sampaikan dan bersikap tidak mengadili.

• Kaunselor perlu menunjukkan kemahiran dari aspek melayan, mendengar, menghargai, menerima dan memahami.

• Kaunselor menganalisis, merancang, memproses dan membantu klien melupuskan tingkah laku yang menyeleweng.

Page 54: teori.ppt

TEORI RASIONAL-EMOTIF (RATIONAL-EMOTIVE THERAPY/RET)

• Diasaskan oleh Albert Ellis (1962) yang dikemukakan melalui bukunya Reason and Emotion in Psychotherapy. Menurut Ellis, RET merupakan satu teori personaliti, satu sistem falsafah dan satu teknik rawatan psikologi.

• Teori yang bersifat pendidikan ini lebih menekankan peranan pemikiran dan sitem-sistem kepercayaan sebagai punca masalah peribadi.

• Manusia berupaya untuk bertindak sama ada dalam bentuk rasioanl (positif) atau tidak rasional (negatif).

• Teori ini turut mengakui bahawa manusia berkeupayaan untuk mengubah dan mengawal tingkah lakunya seperti yang dijelaskan melalui personaliti “A – B – C”.

Page 55: teori.ppt

Konsep Utama Teori Rasional-Emotif (RET) 1. Teori ERT merupakan satu teori personaliti, berfalsafah

dan lebih berbentuk pendidikan daripada perubatan.2. Menganggap setiap manusia mempunyai potensi

bertindak sama ada secara rasional atau tidak rasional.3. Bergantung kepada konsep rasioanlisasi dalam

menyeleaikan masalah atau persoalan diri yang sedang dihadapi akibat system kepercayaan yang negatif atau tidak raional.

4. Mengemukakan kaunselor yang aktif, berwibawa, berkeyakinan dan mampu mengaplikasikan pelbagai teknik kaunseling dalam mengubah sstem kepercayan klien.

5. Berfokuskan aspek kognitif mengajar klien untuk mempunyai keyakinan semula dalam menangani masalah yang dihadapi.

Page 56: teori.ppt

Pandangan Teori Rasional-Emotif (RET)

Terhadap Manusia 1. Manusia mempunyai potensi untuk bertindak rasional

dan tidak rasional. Potensi atau tingkah laku yang rasional dianggap sebagai individu yang sihat, begitu juga sebaliknya.

2. Menganggap manusia berkebolehan dan mempunyai keyakinan untuk menggunakan rasional mereka sendiri dalam menyelesaikan masalah, dan tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

Page 57: teori.ppt

Samb.

3. Manusia berfungsi secara menyeluruh (holistic). Ini disebabkan manusia pada asasnya mempunyai empat proses utama yang saling berkaitan antara satu sama lain untuk hidup dalam suasana yang gembira iaitu:

a)      berprihatin;

b)     berperasaan;

c)      bergerak; dan

d)     bertaakul atau berfikir

Page 58: teori.ppt

Samb.

4. Menganggap proses pemikiran manusia mempunyai perkaitan yang rapat dengan proses emosi dan bertingkah laku. Jika salah satu daripadanya dirawat atau “diubati” sehingga sempurna, maka proses lain juga akan sempurna.

5. Menganggap semua masalah yang timbul bukannya berpunca daripada faktor luaran, tetapi hasil daripada pemikiran yang tidak rasional terhadap sesuatu peristiwa yang dialaminya.

6. Manusia berfikir tentang sesuatu perkara atau masalah yang menimpa ke atas diri dalam pelbagai bentuk iaitu bentuk perkataan, frasa, ayat, imej, fantasi dan mimpi. Justeru, kognitif berbentuk bukan lisan boleh meninggalkan kesan yang signifikan terhadap tingkah laku dan emosi individu berkenaan.

Page 59: teori.ppt

Samb.

7. Kebanyakan idea individu yang tidak logik wujud paling ketara ketika masih kecil lagi. Di peringkat kanak-kanak, mereka lebih bersikap menerima daripada orang yang lebih dewasa dan signifikan dengan diri mereka melalui proses didikan seperti ibu bapa, guru atau media massa.

8. Faktor utama wujudnya gangguan emosi ialah dirinya sendiri dan bukan apa yang berlaku ke atasnya. Ini kerana manusia juga berkecenderungan untuk mereka-reka kepercayaan yang boleh menganggu mereka atau sengaja menyebabkan diri mereka terganggu dengan gangguan tadi.

Page 60: teori.ppt

Samb.

9. Seseorang individu masih dianggap normal jika segala pemikiran, perasaan dan tingkah laku tidak rasional belum sampai ke tahap menganggu cara dia berfungsi dalam masyarakat. Sekiranya yang sebaliknya berlaku, maka individu tersebut tergolong dalam golongan “neorotik atau psikosis”.

10. Manusia semakin tidak rasional apabila menerima idea-idea yang tidak rasional dalam system kepercayaan mereka. Ini kerana kepercayaan ini dikukuhkan melalui proses saranan kendiri (autosuggestion) dan pengulangan diri (self-repeition).

Page 61: teori.ppt

Matlamt Terapi Rasional-Emotif (RET)

1. Untuk membina minat kendiri (self-interest) apabila mempunyai pemikiran yang sihat.

2. Untuk menanam minat bersosial (social-interest) secara berkesan dalam kehidupan bermasyarakat.

3. Untuk membina arahan kendiri (self-direction) dan bertanggungjawab terhadap kehidupannya dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa bergantung kepada orang lain.

4. Untuk membina sikap bertoleransi hasil daripada pemikiran yang sihat dan matang serta tidak mengamalkan sikap menyalahkan orang lain akibat tingkah lakunya.

Page 62: teori.ppt

samb.

5. Untuk membina sikap fleksibiliti dan mudah menerima peubahan hasil daripada pemikiran yang sihat.

6. Untuk mewujudkan sikap boleh menerima hakikat dalam suasana atau keadaan yang kurang pasti.

7. Untuk menanamkan sikap komitmen atau rasa berkewajipan dalam sesuatu perkara walaupun perkara tersebut kurang berkaitan dengan dirinya.

8. Untuk membina pemikiran yang saintifik supaya dapat merasai sesuatu dengan lebih mendalam serta berkebolehan mengawal tingkah laku dan pemikirannya.

Page 63: teori.ppt

Samb.

9. Untuk melatih supaya menggunakan pemikiran yang sihat agar hanya mengambil risiko yang sederhana dan munasabah dalam sesuatu perkara (risk-thinking).

10. Untuk melahirkan kebolehan menerima diri sendiri.

11. Untuk melahirkan sikap boleh memahami bahawa tidak semua perkara yang diingini atau disukai akan diperoleh dan tidak semestinya boleh mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini ke atas dirinya.

Page 64: teori.ppt

Proses dan Teknik

• (Mengikut Personaliti A – B – C) Huraian ringkas:A – Orang mentertawakan saya (peristiwa)B – Saya ditertawakan kerana miskin dan bodoh

(kepercayaan)C – Menjadi murung da tidak mahu bergaul dengan rakan-

rakan (akibat kepda emosi tingkah laku)D – Terima hakikat kekurangan diri dan terus berusaha

(merasionalkan kepercayaan yang tidak rasional)E – Boleh bersabar, bercakap dengan sopan, boleh bergaul

dan sebagainya.

Page 65: teori.ppt

PERISTIWA SISTEM KEPERCAYAAN AKIBAT

KESAN BARU EMOSI HUJAH ATAU CABARAN KESAN

TINGKAH LAKU KEPADA SISTEM

Emosi terganggu

A B C

E D E

Page 66: teori.ppt

Samb.

• Terapi Rasional-Emotif tidak menekankan perhubungan antara kaunselor dengan klien, namun tidak bermakna ia tidak menjamin kejayaan dalam proses kaunseling. Oleh itu, syarat-syarat terapeutik boleh diamalkan untuk memudahkan perubahan kepada klien.

• Bagi menjayakan terapi ini, individu mesti berusaha membebaskan dirnya daripada pemikiran yang tidak rasional kepada sistem kepecayaan yang baru iaitu pemikiran yang rasional.

• Dalam hal ini, kaunselor akan membetulkan system kepercayaan tidak rasional kepada kepercayaan yang rasional.

Page 67: teori.ppt

Ciri-ciri Kepercayaan Tidak Rasional 1. Rasa malu yang teramat (awfulizing). Ini berkaitan

dengan rasa malu yang amat mendalam lalu cuba membesar-besarkan masalahnya atau melihatnya secara sedih dan kebimbangan yang tidak menentu.

2. Terlalu menuntut (demandingness). Ini berkaitan dengan kecenderungan mengaggap sesuatu perkara sebagai sesuatu yang mesti, patut dan harus berlaku. Kegagalan untuk mencapainya akan mengakibatkan wujudnya perasaan kecewa yang mendalam, terlalu marah dan kebencian terhadap dirinya sendiri.

3. Mengherdik diri (self-devaluation). Iaitu merujuk kepada individu yang suka membuat kenyataan yang merendahkan diri. Akibatnya akan menghasilkan perasaan malu tanpa sebab, kecewa yang tiada arah dan rasa bersalah yang tiada sebabnya.

Page 68: teori.ppt

Samb.

• Ciri-ciri lain ialah mudah merajuk (overgeneralization), mempunyai daya toleransi yang rendah, lemah semangat atau cepat putus harapan dan mudah mengalah atau menyalahkan diri sendiri (deservingness and damnation).

• Biasanya teknik yang diamalkan untuk mengubah kepercayan tersebut adalah:

• 1)Teknik evokatif-emotif (Ellis, 1993) iaitu yang menggabungkan antara proses kognitif dan emotif.

• 2)Unsur-unsur kecindan (humor)• 3)Kemahiran interpersonal• 4)Main peranan (role-play)• 5)Imaginasi• 6)Mengadakan latihan-latihan kelompok (kaunseling

kelompok).

Page 69: teori.ppt

Peranan guru bimbingan dalam kaunseling

• Kaunselor mesti mendampingi murid yang bermasalah ini dan bertindak ke atas proses pemikiran tidak rasional yang menjadi asas kepada semua jenis gangguan emosi.

• Menyatakan kepada klien tentang sistem kepercayaan yang tidak rasional yang ada dalam diri serta kaedah atau cara-cara berhadapan dengan ketidakrasionalan ini.

• Murid akan dicabar untuk membuang falsafah “mesti” dan “sepatutnya”. Ini adalah tahap guru akan mengkonfrontasikan kliennya secara rasional dan intelektual.

Page 70: teori.ppt

Samb.

• Kaunselor juga perlu berupaya untuk mengatasi helah bela diri atau pertahanan tertentu dalam usahanya mnegubah pemikiran tidak logik itu.

• Kaunselor juga perlu mematahkan hujah yang tidak rasional klien secara intelektual.

• Kesimpulannya, bentuk kaunseling yang dirangka adalah menolong individu mengenali dan menukar kepercayaan-kepercayaan yang tidak rasional kepada yang lebih rasional (menolak idea atau pemikiran yang tidak logik).

Page 71: teori.ppt

Hubungan Teori-Teori dengan Peranan Guru

Bimbingan dan Kaunseling • Guru bimbingan yang berkesan akan membuat keputusan

tentang pemilihan sesuatu teori berdasarkan latar belakang pendidikan dan falsafah hidup guru bimbingan itu sendiri dan mengikut keperluan murid atau kliennya.

• Guru yang cekap boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dan patut mempelajari pelbagai teori dan tahu mengaplikasikannya tanpa melanggar prinsip-prinsip teori tersebut.

Page 72: teori.ppt

Samb. • Sekiranya guru bimbingan berhadapan dengan individu

yang percaya bahawa manusia bermasalah kerana manusia tidak dapat menerima keadaan yang bertentangan dengan konsep kendirinya dengan realiti, tiada keselarasan konsep kendirinya dengan realiti, tiada keselarasan antara diri sebenarnya dengan diri yang diingini, maka pendekatan pemusatan klien sangat sesuai dalam proses kaunseling.

• Sekiranya individu yang ditangani kaunselor adalah individu yang mempunyai masalah yang disebabkan pengaruh-pengaruh luar atau jangkaan yang tinggi daripada orang lain yang menyebabkan keputusna hidup telah terbina sejka kecil lagi, maka kaunselor bolah menggunakan teori analisis transaksional.

Page 73: teori.ppt

Samb.

• Jika guru bimbingan percaya bahawa yang mendatangkan masalah kepada manusia disebabkan oleh cara mereka berfikir iaitu mempercayai andaian yang tidak rasional, menggunakan perkataan yang mendatangkan kesan yang merugikan, terapi rasional-emotif adalah sesuai.

• Terapi tingkah laku sesuai apabila guru bimbingan percaya bahawa tingkah laku manusia adalah hasil pembelajaran, sama ada melalui pemerhatian serta peniruan dari orang lain, ataupun mendapat ganjaran, atau kerana pengalaman mengaitkan perasaa dengan sesuatu peristiwa.

Page 74: teori.ppt

Perbezaan Antara Teori-teori Tersebut TEORI PENGASAS KONSEP PANDANGAN

ASAS TENTANG MANUSIA

TEKNIK

PEMUSATAN KLIEN

Carl Rogers (1902 – 1987)

Klien mempunyai kemampuan untuk memahami punca permasalahan mereka dan menyampai semula perkembangan personaliti yang telah dihalangi oleh ketidakseragaman antara konsep kendiri dan pengalaman mereka

Manusia tidak terikat dengan konflik dalam diri atau dengan masyarakat, namun beliau memandang manusia sebagai biasa, rasional, bermasyarakat, bergerak maju dan realistik (Schultz & Schultz, 2001). 

Dalam proses dan teknik untuk teori pemusatan klien, Rogers membongkar perasaan dan sikap klien terhadap diri sendiri dan orang lain. Dia mendengar tanpa prasangka, dan berusaha untuk memahami pengalaman persekitaran yang dialami klien tersebut. Secara amnya, bentuk terapi yang diutarakan adalah berdasarkan satu kuasa motivasi diri manusia yang cenderung ke arah kesempurnaan kendiri. Kaedah yang dijalankan adalah dengan mewujudkan perhubungan satu dengan satu (kaunselor dengan klien sahaja).

Page 75: teori.ppt

ANALISIS TRANSAKSIONAL

Dr. Eric Lennard Berne (1910 – 1970)

Pendekatan teori ini berasaskan kepada analisis berstruktur serta penerapan teori Skrip yang beranggapan setiap individu mempunyai perancangan hidupnya sendiri dan sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat yang diimpikan.

Setiap manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk mengembangkan potensinya ke tahap paling maksimum untuk kebaikan dirinya dan masyarakat. Pada masa yang sama, keupayaan ini membolehkannya menikmati hidup dan bekerja dengan kreatif, produktif dan bebas daripada sekatan-sekatan psikologikal. 

Dalam menjalankan proses kaunseling, Analisis Transaksional banyak menggunakan teknik yang dipinjam daripada terapi Gestalt, Psikodrama dan Modifikasi Tingkah Laku Kognitif.Kesimpulannya Analisis Transaksional merupakan satu teori personaliti atau komunikasi yang praktikal dengan menggunakan pendekatan yang sistematik dan rasional dalam memahami tingkah laku manusia. Di samping itu, ia juga menggunakan istilah khas dan bicara yang mudah difahami selepas diterangkan dan digunakan iaitu “ibu bapa”, “dewasa”, “kanak-kanak”, “skrip”, “permainan hidup”, “mangsa” dan sebagainya. 

Page 76: teori.ppt

TINGKAH LAKU Burhuss Frederick Skinner (1904 – 1990)

Tingkah laku ditentukan oleh akibat, iaitu apa yang mengiringi tingkah laku tersebut (keadaan, kejadian yang lalu atau sekarang dan bukan terpengaruh oleh tarikan dalaman.  

Manusia itu dilihat sebagai manusia biasa, tidak ada yang sepenuh-penuhnya jahat atau baik, tetapi adalah organisma berpengalaman yang boleh memahami serta mengawal tingkah laku dan mempunyai potensi kepada semua jenis tingkah laku, sama ada boleh mempengaruhi atau dipengaruhi tingkah laku lain. 

Matlamat rawatan dinyatakan secara khusus, konkrit dan objektif. Setiap pemasalahan klien ditakrif dan dihuraikan secara khusus, begitu juga rawatan yang dilakukan secara khusus. Kaunselor perlu menunjukkan kemahiran dari aspek melayan, mendengar, menghargai, menerima dan memahami. Kaunselor menganalisis, merancang, memproses dan membantu klien melupuskan tingkah laku yang menyeleweng. 

Page 77: teori.ppt

TEORI RASIONAL-EMOTIF

Albert Ellis (1962)

Teori yang bersifat pendidikan ini lebih menekankan peranan pemikiran dan sitem-sistem kepercayaan sebagai punca masalah peribadi. Oleh itu, manusia berupaya untuk bertindak sama ada dalam bentuk rasioanl (positif) atau tidak rasional (negatif). 

Manusia mempunyai potensi untuk bertindak rasional dan tidak rasional. Potensi atau tingkah laku yang rasional dianggap sebagai individu yang sihat, begitu juga sebaliknya. Manusia juga berkebolehan untuk memahami dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. 

Terapi Rasional-Emotif tidak menekankan perhubungan antara kaunselor dengan klien, namun tidak bermakna ia tidak menjamin kejayaan dalam proses kaunseling. Oleh itu, syarat-syarat terapeutik boleh diamalkan untuk memudahkan perubahan kepada klien. Bagi menjayakan terapi ini, individu mesti berusaha membebaskan dirnya daripada pemikiran yang tidak rasional kepada sistem kepecayaan yang baru iaitu pemikiran yang rasional. Dalam hal ini, kaunselor akan membetulkan system kepercayaan tidak rasional kepada kepercayaan yang rasional. 

Page 78: teori.ppt

BIBLIOGRAFI

 

Fakulti Pendidikan, Sastera dan Sains Sosial (2003). HBEF 2203 Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM)ز

Ibrahim Ahmad (2002). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd..

Malek Muhammad Said (2007). Mengurus Khidmat Bimbingan & Kaunseling Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd..

Mohamaed Fadzil Che Din & Rasidah Dato Hj Omar (2002). Pengantar Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Sdn. Bhd..

Muhd Mansur Abdullah (1985). (edidi kedua). Kaunseling: Teori, Proses dan Kaedah. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd..

Suradi Salim (1996). Bimbingan dan kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd..