Terapi Muzik 1

2
3.0 Terapi Muzik Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap- tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan. “Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang” (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology). Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik membantu klien (pesakit ) yang mempunyai masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku. Selain itu, klien juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka. Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran koordinasi fizikal. Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan dan diperbaiki apabila kaedah rawatan ini digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan saraf dan masalah pertumbuhan. Muzik dapat mengalihkan kesakitan pesakit, menyedari hal itu penggunaan terapi muzik digunakan secara lebih meluas di hospital-hospital dan klinik bersalin untuk mengurangkan tekanan dan kesakitan ketika ibu ingin melahirkan bayi. Selain

Transcript of Terapi Muzik 1

Page 1: Terapi Muzik 1

3.0 Terapi Muzik

Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.

“Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang” (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology).

Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik membantu klien (pesakit ) yang mempunyai masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku. Selain itu, klien juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.

Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran koordinasi fizikal. Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan dan diperbaiki apabila kaedah rawatan ini digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan saraf dan masalah pertumbuhan.

Muzik dapat mengalihkan kesakitan pesakit, menyedari hal itu penggunaan terapi muzik digunakan secara lebih meluas di hospital-hospital dan klinik bersalin untuk mengurangkan tekanan dan kesakitan ketika ibu ingin melahirkan bayi. Selain itu, terapi muzik juga berkesan untuk mereka yang menderita sakit kepala atau migrain.

Terapi muzik dapat meningkatkan kualiti hidup kepada pesakit-pesakit yang Alzheimer dan penyakit yang hampir serupa. Cara ini sangat berguna kepada mereka yang mempunyai masalah pembelajaran , masalah pertuturan dan komunikasi di mana terapi muzik amat membantu golongan yang kurang bernasib baik ini.

Kajian menunjukkan bahawa keberkesanan teknik terapi muzik memberi relaksasi secara fisiologi dan psikologi.

Jellison 1975, mendapati muzik latar dapat mengurangkan stress dan membantu dalam proses relaksasi.

Scartelli & Borling, 1986 membantu proses relaksasi dengan teknik biofeedback.

Hanser 1998, mendapati kajian literature menggunakan keberkesanan muzik dalam relaksasi.

Page 2: Terapi Muzik 1

American Music Therapy Association (2009), terapi muzik sebagai penggunaan intervensi muzik berasaskan klinikal dan bukti untuk mencapai matlamat individu dalam perhubungan antara terapeutik oleh professional yang mempunyai kredential yang telah menamatkan program terapi muzik yang diiktirak.

Satu tinjauan yang dijalankan di Amerika Syarikat ke atas penuntut kolej menunjukkan bahawa tahap kecerdikan dapat dipertingkatkan dengan mendengar muzik gubahan Mozart. Muzik penggubah termasyur itu berupaya menurunkan denyutan jantung dan membuat anda bersantai.