terapi.docx

3
3.0 KEPENTINGAN TERAPI BERCERITA Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan. Terapi bertujuan mengembalikan fungsi badan secara normal. Namun, dalam konteks pendidikan, terapi bermaksud satu kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Oleh yang demikian, terapi dalam konteks pendidikan bermaksud kaedah yang dilaksanakan oleh guru dalam proses mendidik dan mengajar anak bangsa bagi mencapai sesuatu objektif. Terapi bercerita merupakan salah satu pendekatan yang paling berkesan yang digunakan dalam kaunseling kanak-kanak yang mempunyai tingkahlaku bermasalah. terapi bercerita ialah suatu aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan peristiwa dengan perkataan, imej dan suara. Elemen-elemen penting yang terkandung dalam cerita ialah plot, watak-watak serta pandangan dan nilai-nilai murni. Namu persoalannya disini, apakah kepentingan terapi bercerita? Antara kepentingan terapi bercerita ialah, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan terpendam dan berkongsi maklumat diri sesama kawan – kawan mereka. Hal ini membuatkan mereka berasa diri mereka dihargai dengan adanya perkongsian masalah dalam kaunseling kelompok. Perasaan dihargai merupakan salah satu kehendak manusia yang amat penting bagi meningkatkan motivasi dan tindakan yang wajar dilakukan. Hal ini disokong oleh teori Maslow yang menetapkan, penghargaan merupakan salah satu kehendak manusia. Oleh yang demikian, dengan wujudnya perasaan dihargai, kanak-kanak yang bermasalah tidak melakukan penyelesaian yang tidak baik bagi mengelakkan diri mereka dalam situasi yang bermasalah, kerana teknik bercerita dapat membantu kanak kanak yang menghadapi masalah meluahkan maslah tersebut dan rakan-rakannya membantu dan memberi idea untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, kanak-kanak dapat mengembangkan lagi kemahiran fizikal mereka dalam bercerita dan ekspresi emosi mereka melalui bahasa tubuh, juga merupakan salah satu kepentingan terapai bercerita. Semasa kanak-kanak bercerita, emosi mereka akan berhubung

Transcript of terapi.docx

3.0 KEPENTINGAN TERAPI BERCERITAMenurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan. Terapi bertujuan mengembalikan fungsi badan secara normal. Namun, dalam konteks pendidikan, terapi bermaksud satu kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Oleh yang demikian, terapi dalam konteks pendidikan bermaksud kaedah yang dilaksanakan oleh guru dalam proses mendidik dan mengajar anak bangsa bagi mencapai sesuatu objektif.Terapi bercerita merupakan salah satu pendekatan yang paling berkesan yang digunakan dalam kaunseling kanak-kanak yang mempunyai tingkahlaku bermasalah. terapi bercerita ialah suatu aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan peristiwa dengan perkataan, imej dan suara. Elemen-elemen penting yang terkandung dalam cerita ialah plot, watak-watak serta pandangan dan nilai-nilai murni. Namu persoalannya disini, apakah kepentingan terapi bercerita?Antara kepentingan terapi bercerita ialah, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan terpendam dan berkongsi maklumat diri sesama kawan kawan mereka. Hal ini membuatkan mereka berasa diri mereka dihargai dengan adanya perkongsian masalah dalam kaunseling kelompok. Perasaan dihargai merupakan salah satu kehendak manusia yang amat penting bagi meningkatkan motivasi dan tindakan yang wajar dilakukan. Hal ini disokong oleh teori Maslow yang menetapkan, penghargaan merupakan salah satu kehendak manusia. Oleh yang demikian, dengan wujudnya perasaan dihargai, kanak-kanak yang bermasalah tidak melakukan penyelesaian yang tidak baik bagi mengelakkan diri mereka dalam situasi yang bermasalah, kerana teknik bercerita dapat membantu kanak kanak yang menghadapi masalah meluahkan maslah tersebut dan rakan-rakannya membantu dan memberi idea untuk menyelesaikan masalah tersebut.Selain itu, kanak-kanak dapat mengembangkan lagi kemahiran fizikal mereka dalam bercerita dan ekspresi emosi mereka melalui bahasa tubuh, juga merupakan salah satu kepentingan terapai bercerita. Semasa kanak-kanak bercerita, emosi mereka akan berhubung dengan cerita yang mereka sampaikan. Bahasa tubuh, dan ekspresi emosi mereka ditonjolkan. Hal ini secara tidak lansung dan meningkatkan kemahiran fizikal kanak-kanak dengan pelbagai ekspresi dan bahasa tubuh. Kepentingan terapi bercerita juga ialah, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan yang terpendam secara refleks atau tidak langsung melalui perwatakan yang ditonjolkan semasa mereka memegang sesuatu watak ketika bercerita. Hal ini menjadikan kanak-kanak itu menjadi lebih tenang dan berfikiran wajar dalam sesuatu tindakan yang mereka lakukan. Sebagai contoh, watak seorang pengemis yang miskin dan akhirnya menjadi kaya dengan usaha yang dilakukannya. Watak ini menjadikan murid lebih bermotivasi dalam mencapai sesuatu kejayaan. Oleh yang demikian, kanak-kanak akan lebih bersemangat dan berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu perkara. Antara kepentingan terapi bercerita ialah, kepercayaan dalam ahli kumpulan dapat diwujudkan. Hal ini dapat dilihat melalui kemahiran interpersonal yang dipelajari seperti komunikasi mata, berunding dan menerima pandangan orang lain dan membantu sesebuah kumpulan untuk membuat keputusan secara bersama. Kepentingan ini dapat dilihat apabila aktiviti secara berkumpulan dilaksanakan. Ahli kumpulan yang wujud, harus mempercayai dan yakin terhadap ahli kumpulan masing-masing. Dengan ini perasaan seperti dihargai dan mempunyai kawan yang menjadi kekuatan bagi diri kanak-kanak wujud. Hal ini menjadikan kanak-kanak lebih bersemangat dalam menghadapi cabaran kehidupan pada masa kini.Dapat dilihat juga kepentingan terapi bercerita daripada guru dan guru kaunseling itu sendiri. Hal ini berkaitan dengan bagaimana guru cuba untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak itu sendiri. Murid yang bermasalah kadang-kadang sukar untuk meluahkan perasaan mereka secara terbuka kepada guru atau kaunselor. Oleh itu, guru perlu mencari sumber yang berkaitan dalam masalah yang sedang dihadapi atau pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh murid tersebut. Berdasarkan sumber tersebut, guru perlu mereka dan mencipta jalan cerita yang sesuai supaya berkaitan dan sesuai dengan masalah yang dihadapi. Apabila murid mendengar cerita tersebut dia akan terdorong untuk mendengar lantas meluahkan perasaan atau masalah yang dihadapi secara tidak langsung. Malah, jika murid masih malu atau tiada keyakinan untuk bercerita kepada kaunselor, guru perlulah menyatakan pengakhiran cerita yang baik dan boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada murid tersebut. Hal ini supaya murid dapat membuat keputusan atau menyelesaikan masalah berpandukan penutup cerita yang disediakan oleh guru.Secara keseluruhannya, terapi bercerita merupakan cara yang paling berkesan untuk guru atau guru kaunseling dalam melaksanakan tanggujawab. Tugas seorang guru atau kaunseling bukan sahaja mendidik dan mengajar bagi memenuhi bidang akademik sahaja. Namun aspek sosial seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlulah dititikberatkan oleh guru supaya murid dapat menjadi seorang modal insan yang seimbang, harmonis, berdikari,fleksibel dan cemerlang dalam pelbagai bidang.