Terimaan

33
TERIMAAN Salmah binti Selamat JANM NS 06-7612244 [email protected]

description

saja syer dgn u all..

Transcript of Terimaan

Page 1: Terimaan

TERIMAAN

Salmah binti SelamatJANM [email protected]

Page 2: Terimaan

AP 60

Resit rasmi secara manual atau elektronik mestilah dikeluarkan sebagai akuan terima wang yang dibayar.

Page 3: Terimaan

AP 62 (a)

Meminda resit adalah dilarang. Jika resit rosak dan tidak boleh dikeluarkan, ianya hendaklah dibatalkan dan disimpan. Resit batal dan salinannya hendaklah dikemukakan untuk diaudit. Dalam persekitaran elektronik, resit batal dan laporan resit batal perlu dikemukakan untuk diaudit.

Page 4: Terimaan

AP 62(b)

Resit mesti dibatalkan oleh pegawai yang diberikuasa secara bertulis.

Contoh AP62(b)

Page 5: Terimaan

AP 63 (a)

Resit, lesen atau borang akuan terima yang lain yang memerlukan penggunaan karbon dua belah muka sama ada dalam sebuah buku atau mesin daftar wang.

Page 6: Terimaan

AP 63 (b)

Sistem pengeluaran resit, lesen atau borang akuan terima lain secara berkomputer hendaklah memenuhi ciri-ciri kawalan tertentu yang ditetapkan.

Page 7: Terimaan

AP 64Hasil dipungut dengan setem. Pastikan :

a)Pejabat pemungut mempunyai surat kebenaran memungut setem hasil daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan

b)Kaedah memungut hasil dengan cara setem hasil hanya dibenarkan di bawah Akta Setem 1949 (Akta 378)

c) Pegawai diberikuasa untuk menjual dan membatalkan setem. Pembatalan setem mesti dilakukan oleh pegawai yang lain daripada yang menjual setem

d)Penyata bulanan mengenai setem yang dibatalkan menunjukkan amaun hasil bagi sesuatu bulan dan hendaklah dituntut daripada Pos Malaysia Berhad

Page 8: Terimaan

AP 66 (c)

Stok resit hendaklah dikeluarkan mengikut susunan yang betul

Page 9: Terimaan

AP 67

Daftar Borang Hasil mengikut bentuk yang ditetapkan, menunjukkan resit, lesen dan borang akuan terima lain yang diterima dan dikeluarkan hendaklah diselenggara dan dikemukakan untuk diaudit

Page 10: Terimaan

AP 69

Pemungut hendaklah menyelenggara suatu rekod mengenai kebenaran bertulis kepada pegawainya untuk menerima wang

Contoh AP69

Page 11: Terimaan

AP 70(a)Resit mestilah ditulis dengan berkarbon oleh pegawaiyang menerima wang tetapi ditandatangani olehpegawai yang lain. Pengecualian;i) Resit dikeluarkan menggunakan sistem terimaan

bermesin atau elektronikii) Bayaran tetap tercetak pada Resit Rasmi, lesen

atau tiketvi)Pegawai membuat pungutan luar dan bekerja

seoarng dirivii)Tiada pegawai lain dan mendapat kebenaran khas

dari Akauntan Negara/ Akauntan Negeri/ Bendahari Negeri

Contoh AP70(a)

Page 12: Terimaan

AP 70(b)

Kunci bagi sistem resit bermesin yang diluluskan mestilah disimpan oleh pemungut atau pegawai kanan selain dari operator atau juruwang. Jika sistem bermesin digunakan, katalaluan/ kata pengenalan perlu dirahsiakan, ditukar dari masa ke semasa dan ditukarkan jika terdapat pertukaran pegawai

Contoh AP70(b)

Page 13: Terimaan

AP 72Setiap resit mestilah direkodkan satu persatu dalambuku tunai/ buku tunai elektronik pada masa hariyang sama. Pengecualian daripada kaedah inidiberikan atas sebab-sebab tertentu.

f) Sistem bayaran elektronik

h)Pungutan melalui ejen

j) Membuat pungutan luar; rekod sebaik kembali ke pejabat

l) Keadaan lain, kebenaran khas dari Akauntan Negara/ Akauntan Negeri/ Bendahari Negeri

Page 14: Terimaan

AP 72A

Buku tunai manual perlu menunjukkan resit rasmi batal. Kecuali buku tunai elektronik di mana satu senarai resit rasmi batal telah disediakan oleh sistem

Page 15: Terimaan

AP 73

Semua pungutan hendaklah direkodkan oleh seorang pegawai lain daripada pegawai yang menerima pungutan kecuali dengan kebenaran Akauntan Negara dan sistem peresitan bermesin dapat menjana Buku Tunai

Contoh AP73 dan AP80(b)

Page 16: Terimaan

AP 74

Pegawai yang menyediakan daftar atau senarai, dan dalam keadaan rekod-rekod dijana secara berkomputer perlu memberitahu pemungut secara bertulis jika terdapat perselisihan antara amaun yang dipungut dengan sepatutnya dipungut

Page 17: Terimaan

AP 75

Lebihan semasa mengimbang buku tunai perlu dikreditkan kepada hasil kerajaan di mana pemungut berkhidmat dan perlu dilapor kepada Ketua Jabatan.

Page 18: Terimaan

AP 76(a)

Pemungut atas budi bicara boleh menerima cek sebagai bayaran. Cek hendaklah dipalang “Akuan Penerima Sahaja”. Resit yang dikeluarkan untuk penerimaan cek mestilah dicatatkan dengan nombor cek dan bank pembayar.

Page 19: Terimaan

AP 76(b)

Pelarasan perlu ditunjukkan dalam buku tunai atau buku tunai elektronik apabila cek diketahui tidak laku

Page 20: Terimaan

AP 78Terimaan hendaklah dimasukkan ke Akaun Bank Kerajaan

Hendaklah dibankkan pada hari yang sama ataukeesokkan hari

iv)pungutan wang kertas dan duit syiling melebihi RM500.00

vi)Jumlah pungutan melebihi RM2,000.00

Cek hendaklah dibankkan tidak lewat dari satuminggu dari tarikh terima

Contoh kebenaran membankkan pungutan

Page 21: Terimaan

AP 79(a)

Penyata Pemungut hendaklah disediakan apabila pungutan hendak dimasukkan ke dalam bank. Jika pungutan mengandungi nombor cek/ wang pos/ kiriman wang/ draf bank, nombor dan nilai setiap satunya perlu ditunjukkan dalam penyata pemungut. Bagi pungutan yang diakaunkan terus ke akaun bank, penyata pemungut perlu disediakan berdasarkan amaun dan maklumat transaksi.

Page 22: Terimaan

AP 79(b)

Amaun tiap-tiap satu kemasukkan ke bank hendaklah dicatatkan dalam buku tunai/ buku tunai elektronik pada hari yang sama

Page 23: Terimaan

AP 79(f)

Jika tiada pungutan dibuat dalam tempoh akaun yang ditetapkan maka suatu penyata “tiada” hendaklah dihantar

Page 24: Terimaan

AP 80(b)

Pemungut atau wakilnya hendaklah menyemak semua catatan dalam buku tunai atau laporan-laporan yang dijana secara elektronik setiap hari untuk memastikan akaun mereka adalah betul. Pegawai yang menyemak buku tunai mestilah bukan pegawai yang mencatat buku tunai tersebut. Pegawai berkenaan hendaklah menandatangan ringkas dan mencatat tarikh di tempat setakat mana buku tunai atau laporan yang dijana secara elektronik itu telah disemak

Contoh AP73 dan AP80(b)

Page 25: Terimaan

AP 80(d)

Bayaran kepada bank hendaklah disemak dengan Penyata Pemungut untuk menentukan tarikh dan cop terima dengan mesin oleh bank telah dibuat ke atas Penyata Pemungut. Bagi pungutan elektronik, tandatangan ringkas hendaklah dibuat ke atas penyata pemungut sebagi bukti semakan telah dibuat ke atas penyata pemungut dengan buku tunai

Page 26: Terimaan

AP 80(e)

Bayaran kepada Kerajaan hendaklah disemak dengan Resit Perbendaharaan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perakaunan

Page 27: Terimaan

AP 91

Sistem resit bermesin atau elektronik atau cara lain mengeluarkan resit rasmi tidak boleh digunakan tanpa kelulusan bertulis Akauntan Negara/ Pegawai Kewangan Negeri

Page 28: Terimaan

AP 145(a)

Lembaran asal buku tunai beserta baucar penyokong yang perlu hendaklah dihantar dalam tempoh 10 hari selepas akhir tiap-tiap bulan untuk diaudit

Page 29: Terimaan

AP 145(b)

Jika tiada terimaan dalam satu tempoh akaun yang ditetapkan, maka satu penyata ‘tiada terimaan’ perlu dihantar dalam tempoh yang sama iaitu 10 hari selepas akhir tiap-tiap bulan

Page 30: Terimaan

AP 147

Pindaan/ pemadaman angka di buku tunai adalah tidak dibenarkan. Sekiranya pembetulan diperlukan, angka asal hendaklah digaris dengan satu garisan untuk menunjukkan dengan terang angka asal. Angka yang betul ditulis di atas angka asal dan pembetulan tersebut perlu ditandatangan ringkas oleh Ketua Jabatan atau wakilnya yang diberi kuasa

Page 31: Terimaan

AP 292

Semua cadangan borang kewangan baru atau pindaan borang kewangan dan buku rekod sedia ada perlu dirujuk kepada Perbendaharaan untuk kelulusan

Page 32: Terimaan

Terimaan Wang (AP69, AP70(a), AP71)

CARTA ALIRAN KERJA PENYEDIAAN PENYATA KKWT

Masukkan Wang Ke Dalam Bank (AP78)

Sediakan Penyata Pemungut (AP79(a))

Keluarkan Resit (AP60, AP61, AP62, AP63, AP66(c))

Rekod Butiran Resit Di Buku Tunai (AP72, AP72A, AP73)

Semak Penyata Pemungut (AP80(d))

Penyediaan Penyata Penyesuaian Hasil Ke Pejabat Perakaunan (AP143)

Semakan Resit Perbendaharaan Dan Rekod Butiran Di Buku Tunai (AP80(e))

Semakan Harian Di Buku Tunai (AP80(b))

Rekod Butiran Penyata Pemungut Di Buku Tunai (AP79(b))

Hantar Penyata KKWT Ke Bhgn Pgrsn Audit Dalam, JANM (AP79(f), AP145)

Page 33: Terimaan