Terma Dan Syarat Kad Kredit-i Bank · PDF file3 Terma Dan Syarat Pembiayaan Kad Kredit-i Bank...

32
Terma Dan Syarat Kad Kredit-i Bank Islam Tertakluk pada terma dan syarat Kad Kredit-i Bank Islam

Transcript of Terma Dan Syarat Kad Kredit-i Bank · PDF file3 Terma Dan Syarat Pembiayaan Kad Kredit-i Bank...

1

Terma Dan SyaratKad Kredit-i Bank Islam

Tertakluk pada terma dan syarat

Kad Kredit-i Bank Islam

2

3

Terma Dan SyaratPembiayaan Kad Kredit-i Bank Islam

(“Pembiayaan KKBI”)

1. Tinjauan Keseluruhan

Terma dan syarat di dalam ini hendaklah berkuatkuasa ke atas semua kad(-kad) dan kad tambahan yang dikeluarkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank”).

2. Penerimaan Perjanjian

Sebelum Ahli Kad-i menandatangani dan/atau menggunakan Kad-i yang dilampirkan, Ahli Kad-i perlu membaca Terma dan Syarat ini terlebih dahulu kerana penggunaan atau penerimaan Kad-i oleh Ahli Kad-i adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat ini. Dengan me-minta Bank mengeluarkan Kad-i atau menandatangani borang permo-honan Bank, Ahli Kad-i dengan ini bersetuju untuk terus terikat dengan terma dan syarat berikut. Dengan menandatangani, menggunakan atau menerima Kad-i, sama ada sebagai Ahli Kad Utama atau Ahli Kad Tambahan, Ahli Kad-i bersetuju dan/atau dianggap telah ber-setuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan di bawah ini.

Penggunaan Kad-i oleh Ahli Kad-i dan penerimaan Penyata Bulanan yang dihantar kepada Ahli Kad-i oleh Bank hendaklah menjadi bukti muktamad kontrak yang mengikat antara Ahli Kad-i dan Bank dan bukti tersebut boleh digunakan di mana-mana Mahkamah Undang-Undang sekiranya berlaku pertikaian.

Ahli Kad-i menerima tanggungjawab terhadap caj yang ditanggung termasuk pembelian runcit, pendahuluan tunai, pindahan baki, ansuran, e-dompet dan sebarang bentuk caj lain. Ahli Kad-i menerima tanggungjawab bagi had pembiayaan yang diberikan dan/atau disediakan kepada Ahli Kad-i atau Ahli Kad Tambahan.

Ahli Kad-i hendaklah memastikan bahawa tandatangan Ahli Kad-i pada Kad-i adalah sama seperti yang diturunkan pada borang permohonan.

Tandatangan Ahli Kad-i pada sebarang draf jualan, rekod urus niaga, baucar kredit dan/atau sebarang rekod caj urus niaga hendaklah membentuk bukti yang mengikat dan muktamad bagi persetujuan dan penerimaan Ahli Kad-i terhadap caj tersebut. Bagaimanapun, ketiadaan tandatangan Ahli Kad-i bagi mana-mana pesanan dan/atau urus niaga elektronik atau telefon atau menerusi alamat pos tidak menepikan liabiliti Ahli Kad-i bagi urus niaga sedemikian. Ahli Kad-i dengan ini memberi persetujuan yang tidak boleh dibatalkan bahawa selagi Kad-i

4

digunakan menerusi pesanan dan/atau urus niaga elektronik atau internet atau telefon atau pos, Ahli Kad-i hendaklah menanggung liabiliti dan penggunaan Kad-i seperti yang dinyatakan di atas hendaklah dianggap sebagai bukti yang mengikat dan muktamad bagi persetujuan dan penerimaan Ahli Kad-i terhadap caj yang dikenakan.

3. Kaedah Pembiayaan

Kaedah pembiayaan KKBI dilaksanakan di bawah Konsep Syariah Tawarruq. Tawarruq bermakna pembelian komoditi (iaitu bahan dagangan Tawarruq) atas dasar bayaran tertunda sama ada menerusi jualan langsung (Musawamah) atau Murabahah. Kemudian komoditi tersebut dijual secara tunai kepada pihak selain daripada penjual asal.

Berkenaan dengan Pembiayaan KKBI, Bank menjual komoditi kepada Ahli Kad-i atas dasar bayaran tertunda. Ahli Kad-i kemudian menjual komoditi kepada pihak ketiga (broker komoditi) atas dasar tunai menerusi Bank sebagai ejen kepada Ahli Kad-i. Hasil kutipan (wariq) daripada jualan komoditi akan didepositkan ke dalam akaun KBI Wadi’ah untuk penggunaan Ahli Kad-i.

4. Definisi

Dalam Terma dan Syarat ini, sekiranya sesuai dengan konteksnya, perkataan berikut hendaklah mempunyai maksud yang ditetapkan baginya:-

PERKATAAN MAKSUD

“Di Saudagar Bukan Kendalian Kami”

mana-mana urus niaga di mana pemeroleh dan pengeluar kad bukan ahli yang sama;

“Di Saudagar Kendalian Kami”

mana-mana urus niaga di mana pemeroleh dan pengeluar adalah ahli yang sama;

“PusatPengeluaranTunai Sah”

mana-mana bank, ATM atau gedung yang dibenarkan menerima MasterCard atau Visa atau mana-mana pemilik jenama lain di mana Bank merupakan ahli pengeluaran tunai;

“Saudagar Sah”gedung yang menjual barangan dan/atau perkhidmatan yang menerima Kad-i sebagai kaedah bayaran;

“TempohPenyediaan”

tempoh tidak melebihi tempoh Pembiayaan KKBI di mana wang dalam Akaun Wadi’ah disediakan untuk digunakan oleh Ahli Kad-i;

“Akaun KBI Wadi’ah”

akaun Ahli Kad-i bersama Bank yang akan didepositkan dengan Hasil/Wariq dan digunakan oleh Ahli Kad-i menurut Terma dan Syarat ini;

5

“Kad-i”

Kad Kredit-i MasterCard atau Visa Bank Islam atau sebarang kad kredit atau caj lain yang dikeluarkan oleh Bank dan termasuk Kad Tambahan yang dikendalikan menurut Terma dan Syarat ini;

“Penyata Kad”penyata berkala yang dikeluarkan oleh Bank kepada Ahli Kad-i yang antara lain menunjukkan urus niaga yang dilaksanakan dalam Akaun KBI Wadi’ah;

“Pengeluaran Tunai”

tunai yang dikeluarkan dari mana-mana Bank, ATM atau gedung yang diberi kuasa untuk menerima MasterCard atau Visa atau mana-mana pemilik jenama lain di mana Bank merupakan ahlinya;

“Komoditi”komoditi yang diterima Syariah yang dibeli oleh Ahli Kad-i daripada Bank;

“KegagalanPembayaran”

apa-apa keadaan yang dinyatakan dalam Fasal 19 di dalam ini;

“Barangan dan perkhidmatan halal”

barangan dan perkhidmatan yang diterima dan memenuhi keperluan Syariah;

“Keberhutangan”

Harga Jualan atau mana-mana bahagian yang belum dijelaskan dan semua wang lain yang termasuk tetapi tidak terhad kepada yuran, kos (termasuk kos guaman atas dasar peguam cara dan pelanggan), caj dan perbelanjaan yang matang dan perlu dibayar kepada Bank di bawah Terma dan Syarat ini;

“MasterCard”

MasterCard Worldwide ditubuhkan dan diasaskan di bawah undang-undang Negeri Delaware, Amerika Syarikat dan beribu pejabat di 2000 Purchase Street, Purchase NY 10577 di mana Bank ialah ahli utama;

“Bank Ahli”institusi kewangan yang merupakan ahli MasterCard Worldwide atau Visa International atau mana-mana pemilik jenama lain di mana Bank merupakan ahli;

“Jumlah Minimum Perlu Dibayar”

tarikh yang dinyatakan pada Penyata Kad di mana Jumlah Minimum Perlu Dibayar atau sebarang jumlah lain dinyatakan di dalam ini;

“Bulan” bulan kalendar Gregory;

“Tarikh Matang Bayaran”

Tarikh yang dinyatakan dalam Penyata Kad bagi Jumlah Minimum Perlu Dibayar di mana jumlah tersebut ialah;• 5% daripada baki semasa seperti yang

dinyatakan dalam Penyata Kad bersama dengan sebarang bayaran minimum lain terdahulu yang masih belum dijelaskan atau Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) sahaja, yang mana lebih tinggi; atau

• Jumlah melebihi Pembiayaan KKBI (Had Qardh) serta bayaran minimum baki semasa bersama sebarang bayaran minimum terdahulu yang masih belum dijelaskan.

6

“PIN”nombor pengenalan peribadi Ahli Kad-i atau Ahli Kad Tambahan;

“MarginKeuntungan”

perbezaan antara Harga Jualan yang perlu dibayar di dalam ini dan Pembiayaan KKBI dan kaedah pengiktirafan margin keuntungan sebagai pendapatan Bank hendaklah dibuat menurut dasar perakaunan Bank yang wujud pada masa yang berkenaan;

“Hasil/Wariq”

jumlah yang perlu dibayar kepada Ahli Kad-i bagi jualan komoditi kepada mana-mana pihak ketiga oleh Bank sebagai ejen bagi Ahli Kad-i yang mana jumlah tersebut juga mewakili Pembiayaan KKBI;

“Ringgit Malaysia”mata wang sah Malaysia dan diguna pakai bagi semua pembayaran yang perlu dibuat di bawah Terma dan Syarat ini;

“Harga Jualan”jumlah perlu dibayar oleh Ahli Kad-i kepada Bank bagi jualan komoditi oleh Bank kepada Ahli Kad-i;

“Kad Tambahan”Kad-i yang dikeluarkan oleh Bank kepada Ahli Kad Tambahan;

“Ahli KadTambahan”

sesiapa yang dicalonkan dan dibenarkan oleh Ahli Kad-i untuk mengendalikan Akaun KBI Wadi’ah yang telah bersetuju untuk terikat dengan peruntukan Terma dan Syarat ini dan Dokumen Keselamatan lain;

“Visa”

Visa International Service Association, sebuah syarikat yang ditubuhkan di Negeri Delaware, beribu pejabat di 900 Metro Centre Boulevard, Foster City, State of California, United States of America 94404 di mana Bank adalah ahli utama;

5. Tafsiran

a. Perkataan dan pernyataan yang merujuk kepada kata mufrad hendaklah termasuk bentuk jamak dan sebaliknya dan perkataan dan pernyataan yang merujuk kepada jantina lelaki sahaja hendaklah termasuk jantina perempuan atau genus neutral.

b. Rujukan kepada fasal dan jadual hendaklah merujuk kepada Fasal dan Jadual kepada Terma dan Syarat ini, melainkan dinyatakan sebaliknya secara tersurat.

c. Tajuk dalam Terma dan Syarat ini disertakan untuk kesenangan pembaca sahaja dan hendaklah diabaikan apabila mentafsirkan peruntukan Terma dan Syarat ini.

6. Bayaran Harga Jualan

a. Harga Jualan atau sebahagian daripadanya yang masih belum dibayar oleh Ahli Kad-i menurut Penyata Kad yang

7

dikeluarkan oleh Bank pada Tarikh Matang Pembayaran atau dalam sebarang jumlah lain yang dinyatakan dalam Penyata Kad. Jumlah yang dinyatakan dalam Penyata Kad yang matang dan perlu dibayar oleh Ahli Kad-i hendaklah, sekiranya tiada kesilapan ketara, menjadi bukti muktamad bahawa jumlah tersebut adalah matang dan perlu dibayar oleh Ahli Kad-i kepada Bank. Semua bayaran yang dibuat oleh Ahli Kad-i menurut setiap Penyata Kad hendaklah dianggap sebagai bayaran untuk menjelaskan Harga Jualan atau bahagian yang belum dibayar di bawah Terma dan Syarat ini.

b. Walau apa pun peruntukan Fasal 6(a) di atas, selepas menerima Penyata Kad, Ahli Kad-i hendaklah membayar Jumlah Minimum Perlu Dibayar kepada Bank atau sehingga jumlah belum jelas pada atau sebelum Tarikh Matang Bayaran seperti yang dinyatakan pada Penyata Kad.

c. Semua bayaran kepada Akaun KBI Wadi’ah hendaklah dibuat dalam mata wang pengebilan di dalam Penyata Kad. Bayaran oleh Ahli Kad-i tidak akan dianggap sudah dibuat sehingga bayaran tersebut telah diterima nilainya oleh Bank. Semua bayaran menerusi cek luar hendaklah disertakan dengan Komisen Tukaran Dalam Negeri, di mana berkenaan. Kegagalan memasukkan komisen tersebut membolehkan Bank untuk mendebitkan akaun Ahli Kad-i dengan jumlah tersebut.

d. Sekiranya Kad-i dikendalikan sebagai kad caj dan bayaran jumlah penuh baki semasa diperlukan setiap bulan, Jumlah Minimum Perlu Dibayar ialah jumlah baki semasa belum jelas yang dinyatakan dalam Penyata Kad.

e. Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana peruntukan di dalam ini, Bank hendaklah bertanggungjawab menguatkuasakan semua atau sebarang bayaran tersebut dalam sebarang cara lain yang dianggap sesuai dan wajar atas budi bicara mutlak Bank.

7. Penerimaan Kad-i

a. Sebagai pertimbangan Bank untuk mengeluarkan Kad-i kepada Ahli Kad-i dan Kad Tambahan kepada Ahli Kad Tambahan, Ahli Kad-i dan Ahli Kad Tambahan bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat yang terkandung di dalam ini dan sebarang terma dan syarat lain yang mungkin dikenakan oleh Bank dari masa ke masa.

8

b. Penggunaan Kad-i terhad kepada Ahli Kad-i yang menerima Kad-i yang dikeluarkan kepadanya, untuk digunakan di Saudagar Sah yang dibenarkan menerima MasterCard atau Visa atau mana-mana pemilik jenama lain sebagai kaedah pembayaran di mana Bank merupakan ahli. Ahli Kad-i hendaklah menandatangani di belakang Kad-i serta-merta selepas menerima Kad-i.

c. Ahli Kad-i tidak boleh membenarkan atau memberi kuasa kepada mana-mana pihak ketiga untuk menggunakan Kad-i dan tidak boleh memindahkan atau melepaskan kawalan atau pemilikan Kad-i atau menggunakannya untuk tujuan yang tidak dibenarkan oleh Bank.

d. Sekiranya Ahli Kad-i tidak mahu terikat dengan Terma dan Syarat ini, Ahli Kad-i hendaklah memusnahkan Kad-i dengan cara memotong jalur magnetik & cip dan memulangkan kedua-dua bahagian serta-merta kepada Bank dengan notis bertulis bahawa beliau memulangkan Kad-i untuk dibatalkan dan selepas itu menjelaskan Harga Jualan atau mana-mana bahagian daripadanya yang belum dibayar di bawah Terma dan Syarat ini bersama jumlah belum jelas di dalam Akaun KBI Wadi’ah.

8. Penggunaan Kad-i

a. Ahli Kad-i hendaklah menanggung liabiliti Bank bagi semua urus niaga yang dilaksanakan oleh Ahli Kad-i dan/atau Ahli Kad Tambahan menggunakan Kad-i dan bagi semua yuran berkaitan yang dibilkan kepada Akaun KBI Wadi’ah.

b. i. Untuk melaksanakan pembelian kredit dari mana-mana Saudagar Sah, Ahli Kad-i mesti menandatangani Draf

Jualan yang disediakan oleh Saudagar Sah;

ii. Untuk melaksanakan Pengeluaran Tunai menggunakan Kad-i dari mana-mana Pusat Pengeluaran Tunai Sah, Ahli Kad-i mesti menandatangani Draf Pengeluaran Tunai yang disediakan oleh Pusat Pengeluaran Tunai Sah;

iii. Untuk melaksanakan Pengeluaran Tunai menerusi ATM, Ahli Kad-i hendaklah menggunakan PIN untuk mengakses Akaun KBI Wadi’ah.

c. Walau apa pun peruntukan yang ditetapkan dalam Fasal 8 (a) di atas, Ahli Kad-i dengan ini memberi kebenaran kepada Bank untuk membeli draf jualannya yang tidak ditandatangani dan mendebitkan Akaun KBI Wadi’ah untuk bayaran yang dibuat oleh

9

Bank kepada Saudagar Sah atau bank ahli MasterCard Worldwide atau Visa International atau mana-mana pemilik jenama di mana Bank merupakan ahli, bagi pembelian tersebut, jika Bank berpendapat bahawa berasaskan bukti dokumen yang memuaskan, bahawa ketiadaan tandatangan tersebut disebabkan oleh jenis urus niaga atau disebabkan kesilapan di pihak Ahli Kad-i dan/atau Saudagar Sah dan/atau bank ahli MasterCard Worldwide atau Visa International atau mana-mana pemilik jenama lain di mana Bank merupakan ahlinya.

d. Bank berhak untuk menganggap rekod sebarang urus niaga yang dilaksanakan menerusi penggunaan Kad-i, termasuk tetapi tidak terhad kepada urus niaga yang dilaksanakan menerusi perdagangan elektronik, pesanan pos, menerusi telefon atau Terminal Tempat Jualan khusus termasuk tetapi tidak terhad kepada urus niaga di stesen petrol dan/atau menerusi sebarang kaedah lain yang diperkenalkan/diguna pakai dari masa ke masa sebagai bukti hutang yang ditanggung oleh Ahli Kad-i yang perlu didebitkan ke dalam Akaun KBI Wadi’ah walaupun jika rekod sedemikian tidak mengandungi tandatangan Ahli Kad-i.

e. Ahli Kad-i hendaklah menggunakan Kad-i hanya untuk melaksanakan transaksi yang diterima oleh undang-undang dan patuh Shariah. Ahli Kad-i sedia maklum bahawa sesetengah pembelian barangan dan perkhidmatan, seperti alkohol, urusniaga berkenaan dengan barangan yang berhubungkait dengan babi, judi, bahan-bahan lucah dan lain-lain adalah tidak dibenarkan di bawah kehendak Shariah. Adalah menjadi tanggungjawab Ahli Kad-i untuk memastikan Kad-i hanya digunakan untuk barangan yang tidak bertentangan atau berlawanan dengan kehendak Shariah.

f. Penggunaan Kad-i untuk melaksanakan pengeluaran tunai hendaklah terhad kepada jumlah yang ditentukan oleh Bank atas budi bicara mutlaknya.

g. Jika Ahli Kad-i menggunakan Kad-i untuk membeli barangan dan/atau perkhidmatan menerusi laman atau portal Internet, Ahli Kad-i hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan penggunaan sedemikian pada setiap masa. Ahli Kad-i bersetuju bahawa catatan maklumat Kad-i pada Internet hendaklah menjadi bukti mencukupi tentang kesahihan arahan sedemikian. Bank tidak akan bertanggungjawab untuk bertindak terhadap penggunaan Kad-i sedemikian tanpa mengira sama ada orang tersebut diberi kebenaran atau tidak diberi kebenaran dan tanpa mengira keadaan yang wujud pada masa

10

urus niaga. Bagaimanapun, Bank berhak menggunakan budi bicaranya untuk tidak menyempurnakan urus niaga sedemikian menerusi Internet jika Bank mempunyai sebab untuk meragui kesahihannya atau berpendapat urus niaga tersebut tidak sah di sisi undang-undang atau tidak wajar untuk disempurnakan atas sebarang sebab lain.

h. Apabila Ahli Kad-i mempunyai dua atau lebih Kad-i, jumlah Pembiayaan KKBI tergabung akan diberikan oleh Bank kepada Akaun KBI Wadi’ah yang mewakili jumlah keseluruhan Pembiayaan KKBI yang diberikan untuk meliputi penggunaan semua Kad-i yang dipegang oleh Ahli Kad-i dan Ahli Kad Tambahan, jika ada.

i. i. Bank tidak akan menanggung liabiliti bagi sebarang tindakan atau kegagalan bertindak di pihak Saudagar Sah termasuk keengganan Saudagar Sah untuk menerima Kad-i atau sebarang kerosakan atau kekurangan dalam mana-mana barangan atau perkhidmatan yang disediakan oleh Saudagar Sah.

ii. Ahli Kad-i hendaklah menyelesaikan semua aduan, tuntutan dan pertikaian dengan Saudagar Sah secara terus dan bukan menerusi Bank. Ahli Kad-i berjanji untuk tidak membabitkan Bank dalam sebarang tuntutan dan/atau pertikaian atau tindakan undang-undang terhadap Saudagar Sah.

iii. Sebarang tuntutan/pertikaian yang mungkin melibatkan Ahli Kad-i dan Saudagar Sah tidak akan melepaskan Ahli Kad-i daripada kewajipan untuk membayar Bank jumlah tanggungan yang timbul daripada penggunaan Kad-i oleh Ahli Kad-i dan/atau Ahli Kad Tambahan seperti yang dinyatakan dalam Penyata Kad.

j. Ahli Kad-i tidak dibenarkan untuk menggunakan Pembiayaan KKBI selepas tamat Tempoh Penyediaan melainkan urus niaga Tawarruq baru dimeterai di antara Bank dan Ahli Kad-i.

k. Tertakluk kepada terma dan syarat Pembiayaan KKBI, Ahli Kad-i boleh menggunakan wang yang disimpan dalam Akaun KBI Wadi’ah dari masa ke masa tertakluk kepada jumlah Pembiayaan KKBI.

9. Kad-i Tambahan

a. Atas permintaan Ahli Kad-i, Bank boleh atas budi bicara tunggal dan mutlaknya, mengeluarkan Kad Tambahan kepada orang yang dinamakan oleh Ahli Kad-i di bawah Akaun KBI Wadi’ahnya.

11

b. Ahli Kad-i hendaklah bertanggungjawab dan menanggung semua liabiliti, kewajipan dan caj yang ditanggung oleh Ahli Kad-i dan/atau Ahli Kad Tambahan di bawah Akaun KBI Wadi’ah. Bagaimanapun, Ahli Kad Tambahan hanya bertanggungjawab terhadap liabiliti, kewajipan dan caj ditanggung olehnya sendiri. Tambahan lagi, Ahli Kad-i hendaklah memastikan bahawa Ahli Kad Tambahan mematuhi semua terma, syarat dan kewajipan yang ditetapkan di dalam ini.

c. Kad Tambahan yang dikeluarkan boleh dibatalkan menerusi notis bertulis daripada Ahli Kad-i, disertakan dengan Kad Tambahan kepada Bank Islam setelah memotong jalur magnetik & cip. Walaupun notis terdahulu telah diberikan tentang hasrat Ahli Kad-i untuk membatalkan atau menamatkan penggunaan Kad Tambahan, Ahli Kad-i hendaklah dan masih perlu menanggung liabiliti bagi sebarang urus niaga (sah atau tidak sah) yang dilaksanakan menerusi penggunaan Kad Tambahan sehingga tarikh Kad-i tersebut dipulangkan kepada Bank oleh Ahli Kad-i.

d. Kesahihan Kad Tambahan bergantung kepada kesahihan Kad-i. Selepas penggunaan Kad-i ditamatkan atau penamatan Terma dan Syarat ini dan/atau penamatan sebarang Dokumen Sekuriti lain atas apa jua sebab, Kad Tambahan yang dikeluarkan di bawahnya juga akan ditamatkan.

10. Urus Niaga Luar Negara

a. Ahli Kad-i boleh menggunakan Kad-i di luar Malaysia di gedung Saudagar Sah dan Pusat Pengeluaran Tunai Sah tetapi Ahli Kad-i hendaklah memaklumkan Bank setiap kali Ahli Kad-i pergi atau bercadang untuk pergi ke luar Malaysia.

b. Ahli Kad-i boleh menggunakan Kad-i untuk mengeluarkan tunai di mana-mana ATM Bank yang ditetapkan dan ATM bank ahli turut serta yang lain bagi MasterCard Worldwide atau Visa International atau mana-mana pemilik jenama lain di mana Bank merupakan ahli.

c. Apabila Ahli Kad-i menggunakan Kad-i di luar Malaysia, urus niaga hendaklah dicaj dalam mata wang rasmi negara berkenaan dan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia pada kadar tukaran dan pada masa yang akan ditetapkan oleh MasterCard Worldwide atau Visa International atau mana-mana pemilik jenama di mana Bank merupakan ahli, atas budi bicara mutlaknya.

d. Di mana berkenaan, Ahli Kad-i hendaklah memberi kuasa kepada Bank untuk mengambil langkah untuk mematuhi Peraturan Kawalan Tukaran yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bagi sebarang urus niaga luar negara.

12

11. Akaun KBI Wadi’ah

a. Bank akan menyenggarakan Akaun KBI Wadi’ah bagi Ahli Kad-i dan Ahli Kad Tambahan untuk setiap Kad-i yang dipegang dan semua urus niaga yang dilaksanakan menggunakan Kad-i dan sebarang yuran yang didebitkan ke dalam Akaun KBI Wadi’ah.

b. Penyata Kad asal bagi Akaun KBI Wadi’ah yang dimiliki oleh Ahli Kad-i dan Ahli Kad Tambahan yang menyatakan urusniaga yang dilaksanakan bagi Akaun KBI Wadi’ah akan dihantar kepada Ahli Kad-i secara bulanan atau pada tarikh yang ditentukan oleh Bank dan yang seterusnya dirujuk sebagai Tarikh Penyata. Penyata Kad asal ini tidak akan dikenakan sebarang caj.

c. Semua rekod dan catatan dalam Penyata Kad hendaklah dianggap sebagai betul dan mengikat Ahli Kad-i melainkan Ahli Kad-i memaklumkan Bank secara bertulis tentang sebarang kesilapan (jika ada) dalam Penyata Kad tidak lewat daripada empat belas (14) hari dari tarikh Penyata Kad ini.

d. Ahli Kad-i hendaklah memaklumkan Bank dengan segera secara bertulis tentang sebarang perubahan alamat kediaman dan/atau alamat pejabat dan/atau alamat pengebilan, nombor telefon atau perubahan pekerjaan Ahli Kad-i. Ahli Kad-i juga hendaklah memaklumkan Bank tentang hasratnya untuk berada di luar Malaysia untuk tempoh lebih daripada tiga puluh (30) hari.

e. Sekiranya pembiayaan KKBI dibatalkan/ditamatkan, Akaun KBI Wadi’ah juga akan ditutup dan baki kredit lebih daripada RM5.00 selepas potongan menurut Fasal 15 di dalam ini, hendaklah dibayar kepada Ahli Kad-i. Jika baki kredit adalah RM5.00 atau kurang, Ahli Kad-i bersetuju bahawa wang tersebut hendaklah dipindahkan kepada Tabung Wang Ehsan Bank dan hendaklah digunakan atas budi bicara mutlak Bank untuk tujuan kebajikan.

12. Pemilikan Kad-i

Kad-i ini tetap menjadi milik Bank pada setiap masa dan Ahli Kad-i hendaklah memulangkannya kepada Bank setelah memotong jalur magnetik & cip apabila diminta untuk berbuat demikian atau jika penggunaan Kad-i oleh Ahli Kad-i dibatalkan atau digantung.

13

13. Kad-i Hilang/Dicuri dan Pendedahan PIN

a. Pemegang Kad-i hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk mencegah kehilangan, kecurian, pendedahan PIN kepada mana-mana pihak yang tidak dibenarkan atau penggunaan Kad-i secara tidak sah. Sebarang kehilangan, kecurian, pendedahan PIN kepada mana-mana pihak yang tidak dibenarkan atau penggunaan Kad-i secara tidak sah hendaklah dilaporkan serta-merta kepada Pusat Kad Bank menerusi telefon, telegram, faksimile atau teleks dan pengesahan laporan mesti dibuat oleh Ahli Kad-i serta-merta selepas kejadian tersebut berlaku dan satu salinan dokumen mesti diberikan kepada Bank tidak lewat daripada tujuh (7) hari selepas kehilangan, kecurian, pendedahan PIN kepada orang yang tidak dibenarkan atau penggunaan Kad-i secara tidak sah.

b. Ahli Kad-i bertanggungjawab untuk menunjukkan bahawa Kad-i tidak digunakan oleh Ahli Kad-i pada masa urus niaga yang dipersoalkan dicatatkan dalam rekod. Semua urus niaga ATM (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengeluaran tunai) hendaklah dianggap dibuat oleh Ahli Kad-i dan Ahli Kad-i hendaklah menanggung liabiliti bagi semua caj dan pengeluaran yang timbul daripada urus niaga sedemikian. Tanggungjawab untuk membuktikan bahawa sebarang urus niaga ATM tidak dibuat oleh Ahli Kad-i terletak di tangan Ahli Kad-i.

c. Ahli Kad-i hendaklah bertanggungjawab terhadap semua caj dan apa saja pendahuluan yang timbul daripada urus niaga, sama ada dibenarkan atau tidak dibenarkan, yang dilaksanakan dengan Kad-i sebelum notis bertulis dalam bentuk yang ditetapkan diberi tentang kehilangan, kecurian, pendedahan PIN kepada orang yang tidak dibenarkan atau penggunaan Kad-i secara tidak sah diterima oleh Bank. Rekod Bank mengenai sebarang urus niaga yang dilaksanakan menggunakan Kad-i adalah muktamad dan mengikat Ahli Kad-i. Ahli Kad-i hendaklah membayar jumlah tersebut seperti yang ditetapkan oleh Bank untuk membayar kos dan perbelanjaan lain yang ditanggung oleh Bank yang timbul akibatnya atau berkaitan dengannya.

d. Liabiliti maksimum Ahli Kad-i untuk transaksi yang tidak sah berpunca dari kehilangan atau kecurian Kad-i dan pendedahan PIN, adalah terhad kepada RM250.00, jika didapati Ahli Kad-i tidak melakukan penipuan/pemalsuan atau tidak gagal untuk memaklumkan pada Bank dengan kadar segera selepas mendapati Kad-i hilang atau dicuri.

14

e. Apabila Kad-i yang hilang atau dicuri ditemui, Ahli Kad-i tidak boleh menggunakan Kad-i yang ditemui dan hendaklah memulangkannya, kepada Bank serta-merta setelah memotong jalur magnetik & cip dan selepas Kad-i ditemui. Bank tidak wajib untuk mengeluarkan kad gantian kepada Ahli Kad-i selepas Kad-i hilang atau dicuri.

14. Penggantungan, Pembatalan atau Penamatan

a. Di samping dan tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini, Bank boleh menamatkan Terma dan Syarat ini menerusi notis bertulis tanpa memberikan sebarang sebab untuk penamatan, dengan syarat Bank mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa Ahli Kad-i telah menyalahgunakan Kad-i untuk sebarang aktiviti yang tidak dibenarkan undang-undang atau telah melanggar mana-mana terma dan syarat yang ditetapkan di dalam ini. Selepas ditamatkan penggunaan, Kad-i akan dibatalkan serta-merta sama ada Kad-i dipulangkan oleh Ahli Kad-i kepada Bank atau tidak. Kad Tambahan juga akan dibatalkan sama ada atas permintaan Ahli Kad-i atau tidak, dan sama ada Kad-i tersebut dipulangkan kepada Bank atau tidak.

b. Tanpa menjejaskan fasal sebelum ini, apabila terma dan syarat ini tidak dipatuhi atau sekiranya berlaku kegagalan pembayaran, semua wang yang dihutang kepada Bank di bawah Akaun KBI Wadi’ah Ahli Kad-i menurut Penyata Kad hendaklah dianggap matang dan perlu dibayar dengan serta-merta, dan Bank berhak untuk melaksanakan haknya di bawah Terma dan Syarat ini.

c. Ahli Kad-i dengan ini mengakui bahawa mana-mana Kad-i yang dibatalkan atau ditarik balik oleh Bank akan diletakkan dalam “Senarai Pembatalan” yang akan diedarkan kepada semua Saudagar Sah dan Pusat Pengeluaran Tunai Sah dan semua cawangan Bank.

d. Ahli Kad-i boleh pada bila-bila masa menamatkan penggunaan Kad-i dengan menghantar notis bertulis kepada Bank dan memulangkan Kad-i setelah memotong jalur magnetik & cip kepada Bank. Tiada pemulangan yuran tahunan atau sebahagian daripadanya akan dibuat. Walaupun pemberitahuan terdahulu telah diberikan tentang hasrat Ahli Kad-i untuk membatalkan atau menamatkan penggunaan Kad-i atau Terma dan Sayrat ini, Ahli Kad-i hendaklah terus menanggung liabiliti bagi sebarang urus niaga (sah atau tidak sah) yang dilaksanakan menerusi penggunaan Kad-i sehinggalah tarikh Kad-i dipulangkan kepada Bank oleh Ahli Kad-i.

15

e. Walau apa pun Tarikh Matang Bayaran yang dinyatakan dalam Penyata Kad, seluruh baki belum jelas dalam Akaun KBI Wadi’ah menjadi matang dan perlu dibayar selepas berlakunya perkara di atas.

f. Selepas tamat penggunaan Kad-i, semua caj keuntungan dan caj lain yang ditetapkan hendaklah dibayar serta-merta kepada Bank. Dengan ini dipersetujui secara tersurat oleh Ahli Kad-i dan Bank bahawa semua peruntukan yang terkandung di dalam ini akan terus berkuatkuasa dan diguna pakai, walaupun dengan penamatan penggunaan Kad-i menurut Terma dan Syarat ini. Semua wang yang seterusnya didebitkan ke dalam Akaun KBI Wadi’ah selepas tamat penggunaan Kad perlu dijelaskan dengan serta-merta apabila dicatatkan dalam Akaun KBI Wadi’ah dan semua caj keuntungan dan caj lain hendaklah dibayar dengan serta-merta.

15. Yuran dan Caj

a. Ahli Kad-i bersetuju untuk membayar dan membenarkan Bank untuk mendebitkan wang yang ada dalam Akaun KBI Wadi’ah untuk menjelaskan yuran berikut :

i. Pengeluaran Tunai di Pusat Pengeluaran Tunai Kendalian Kami: 2.5% daripada jumlah yang dipindahkan atau RM12.00, yang mana lebih tinggi;

ii. Pengeluaran Tunai di Pusat Pengeluaran Tunai Bukan Kendalian Kami: 3% daripada tunai yang dikeluarkan atau Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) yang mana lebih tinggi;

iii. Yuran tahunan seperti yang ditetapkan oleh Bank bagi Kad-i dan setiap Kad Tambahan yang dikeluarkan atau diperbaharui, yuran akan ditentukan atau diubah oleh Bank dari masa ke masa dengan memberikan notis bertulis terlebih dahulu kepada Ahli Kad-i. Yuran tahunan tidak boleh dipulangkan;

iv. Yuran guaman (atas dasar peguam cara dan pelanggan) dan kos dan perbelanjaan lain yang ditanggung oleh Bank untuk menguatkuasakan hak dan kelayakannya di bawah Terma dan Syarat ini dan kutipan wang yang matang dan perlu dibayar oleh Ahli Kad-i kepada Bank;

16

v. Sebarang yuran dan caj munasabah lain yang dikenakan oleh Bank bagi perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan kepada Ahli Kad-i.

b. Walaupun dengan peruntukan di atas, Bank atas budi bicara mutlaknya boleh mengubah yuran dan caj sedemikian menerusi notis bertulis kepada Ahli Kad-i dan kadar yang dipinda ini akan berkuatkuasa sekurang-kurangnya 21 hari selepas tarikh notis sedemikian.

16. Peringatan SMS

Bank berhak pada bila-bila masa dan atas budi bicara mutlaknya untuk menghantar peringatan kepada Ahli Kad-i berkenaan dengan Jumlah Minimum Perlu Dibayar dan Tarikh Matang Bayaran setiap bulan (“Peringatan”), tidak kira sama ada diminta oleh Ahli Kad-i atau tidak dan Ahli Kad-i boleh menerima setiap peringatan menerusi telefon bimbit (jika disokong oleh pengendali telefon bimbit Ahli Kad-i) tertakluk kepada kadar dan caj berkaitan pengendali telefon.

Ahli Kad-i sedar sepenuhnya bahawa penerimaan setiap peringatan oleh Ahli Kad-i mungkin ditangguhkan atau dihalang oleh faktor yang mempengaruhi pembekal perkhidmatan berkenaan, pengendali telefon dan entiti berkaitan yang lain. Ahli Kad-i mengakui bahawa Bank tidak menjamin penghantaran atau ketepatan kandungan setiap peringatan dan tidak bertanggungjawab terhadap kerugian dan kerosakan yang timbul daripada:

i. kegagalan penghantaran, kelewatan penghantaran atau kesilapan penghantaran setiap peringatan;

ii. kandungan setiap peringatan yang tidak tepat; atau

iii. penggunaan atau pergantungan Ahli Kad-i kepada kandungan mana-mana peringatan untuk sebarang tujuan.

Maklumat berkaitan mana-mana peringatan mungkin terlewat dan/atau tertunda. Ciri mana-mana peringatan boleh ditukar atau ditamatkan oleh bank pada bila-bila masa, dengan atau tanpa memberi notis, atas budi bicara mutlaknya.

17. Pemantauan dan Rakaman Telefon

Ahli Kad-i membenarkan Bank untuk menghubungi Ahli Kad-i menerusi telefon dalam hal berkaitan dengan Pembiayaan KKBI. Ahli Kad-i bersetuju bahawa panggilan sedemikian daripada Bank mungkin dibuat tanpa diminta. Dari masa ke masa, Bank boleh memantau dan/

17

atau merakamkan panggilan telefon antara Ahli Kad-i dan Bank. Ahli Kad-i bersetuju selanjutnya bahawa pemantauan dan/atau rakaman boleh dilakukan dan tiada notis tambahan kepada Ahli Kad-i atau kelulusan tambahan daripada Ahli Kad-i diperlukan.

18. Pernyataan dan Jaminan daripada Ahli Kad-i

Ahli Kad-i memberi pernyataan dan jaminan berikut kepada Bank:

a. bahawa Terma dan Syarat ini merupakan kewajipan yang sah di sisi undang-undang, dan mengikat terhadap Ahli Kad-i yang boleh dikuatkuasakan di bawah syaratnya sendiri dan kewajipan Ahli Kad-i di dalamnya tidak menyalahi sebarang undang-undang atau peraturan yang mengikat terhadap Ahli Kad-i;

b. bahawa tidak terdapat perintah mana-mana mahkamah atau agensi kerajaan atau peruntukan dalam sebarang perjanjian sedia ada yang mengikat ke atas Ahli Kad-i atau yang membabitkan-nya yang akan dicabuli atau dilanggar dengan menandatangani, melaksanakan dan mematuhi Terma dan Syarat ini;

c. bahawa tiada tindakan undang-undang atau penyiasatan oleh mana-mana badan agensi kerajaan atau pihak berkuasa kawal selia lain atau mana-mana pihak lain sedang dilaksanakan atau menanti pelaksanaan terhadap Ahli Kad-i;

d. bahawa Ahli Kad-i tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang, perintah mahkamah, keputusan hakim dan lain-lain;

e. bahawa Ahli Kad-i tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana menghadapi kemuflisan;

f. bahawa hak dan kewajipan pihak di bawah Terma dan Syarat ini dikuatkuasakan dan ditakrifkan di bawah undang-undang Malaysia;

g. bahawa Pembiayaan KKBI tidak digunakan untuk tujuan yang bertentangan dengan prinsip Syariah.

Kebenaran dan ketepatan semua perkara yang dinyatakan dalam pernyataan dan jaminan dalam perenggan yang sebelumnya di bahagian ini membentuk asas bagi komitmen Bank untuk menyediakan Pembiayaan KKBI kepada Ahli Kad-i. Jika mana-mana pernyataan dan/atau jaminan sedemikian dibuat pada bila-bila masa selepas ini didapati tidak betul dalam sebarang perkara penting, maka dalam keadaan tersebut dan walau apa pun yang menyatakan sebaliknya dalam

18

Terma dan Syarat ini, Bank berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menamatkan Pembiayaan KKBI atau sebahagian daripadanya.

19. Kegagalan Pembayaran

Sekiranya berlaku mana-mana kejadian berikut pada bila-bila masa dan tanpa mengira sama ada kejadian tersebut berada di dalam atau di luar kawalan Ahli Kad-i:

a. jika Ahli Kad-i gagal, enggan dan/atau tidak menjelaskan Jumlah Minimum Perlu Dibayar yang dinyatakan dalam Penyata Kad buat (2) Tarikh Matang Pembayaran berturut-turut;

b. jika sebarang prosiding, saman atau tindakan undang-undang dalam apa jua bentuk (sama ada jenayah atau sivil) diambil terhadap Ahli Kad-i;

c. jika Ahli Kad-i diputuskan sebagai muflis atau tidak mampu bayar atau prosiding kemuflisan difailkan atau dilaksanakan terhadap Ahli Kad-i atau Ahli Kad-i meninggal dunia atau menjadi tidak waras atau tidak siuman;

d. jika pelaksanaan distres, penahanan atau prosiding undang-undang lain dikenakan, dikuatkuasakan atau dikeluarkan terhadap semua atau mana-mana harta Ahli Kad-i dan prosiding tersebut tidak dilepaskan atau digantung;

e. jika selepas semakan kredit dibuat, Bank berpendapat bahawa demi kepentingannya, Bank tidak patut terus memberikan Pembiayaan KKBI kepada Ahli Kad-i;

f. sekiranya satu kejadian atau siri kejadian sama ada yang berkaitan atau tidak (termasuk, tetapi tidak terhad kepada sebarang perubahan penting ketara dalam perniagaan, aset atau keadaan kewangan Ahli Kad-i) telah berlaku yang pada pendapat Bank mempunyai kesan muktamad dan mengikat (tanpa memberikan sebarang sebab atau bukti) yang boleh atau mungkin mempengaruhi atau menjejaskan keupayaan atau kesanggupan Ahli Kad-i untuk menunaikan atau mematuhi semua atau mana-mana kewajipannya di dalam ini;

g. jika Ahli Kad-i menggunakan Kad-i melebihi jumlah Pembiayaan KKBI Ahli Kad-i;

h. jika Ahli Kad-i gagal mematuhi sebarang peruntukan yang ditetapkan di dalam Terma dan Syarat ini;

i. jika Ahli Kad-i melanggar atau mengancam untuk melanggar mana-mana terma, syarat, ketetapan atau perjanjian yang terkandung di dalam ini sama ada secara tersurat atau tersirat dalam apa jua cara sekalipun;

19

j. jika Ahli Kad-i gagal membayar atau mengancam untuk tidak membayar sebarang tanggungannya di bawah kontrak dengan mana-mana pihak lain termasuk Bank, berkaitan dengan pinjaman/pembiayaannya;

k. jika kedudukan Ahli Kad-i tidak diketahui oleh Bank atau jika Ahli Kad-i tidak dapat dikesan, dihubungi atau dicari;

l. jika Ahli Kad-i meninggalkan Malaysia untuk menetap atau bekerja di tempat lain;

m. jika Ahli Kad-i membuat penyerahan hak bagi manfaat pemiutang Ahli Kad-i atau membuat atau cuba membuat pengaturan atau pembahagian demi manfaat pemiutang atau tidak mematuhi mana-mana keputusan mahkamah untuk tempoh empat belas (14) hari atau lebih;

n. jika Terma dan Syarat ini dicabar kesahihannya oleh Ahli Kad-i atau mana-mana pihak lain;

o. jika pada pendapat Bank Ahli Kad-i tidak menyenggara dengan cara yang memuaskan, mana-mana akaun dengan Bank atau mana-mana cawangannya atau mana-mana entiti yang berkaitan dengan Bank;

p. jika Ahli Kad-i enggan atau gagal mendedahkan sebarang maklumat atau memberikan sebarang bukti berdokumen yang pada pendapat Bank (dianggap muktamad dan mengikat) diperlukan oleh Bank untuk menentukan kedudukan kewangan Ahli Kad-i;

q. jika Kad-i berulang kali dilaporkan hilang atau rosak;

r. jika terdapat kejadian, yang pada pendapat Bank (dianggap muktamad dan mengikat) boleh dipersoalkan atau tidak boleh dijelaskan atau urus niaga menyalahi undang-undang yang membabitkan penggunaan Kad-i;

s. jika tindakan Bank untuk terus menawarkan penggunaan Kad-i atau Pembiayaan KKBI kepada Ahli Kad-i melanggar mana-mana undang-undang, peraturan, arahan kerajaan atau keperluan perundangan yang berkenaan;

t. jika Ahli Kad-i cuai dalam menjaga dan mengawal Kad-i atau PIN, atau jika pada pendapat Bank (yang dianggap muktamad dan mengikat), Ahli Kad-i telah membenarkan atau membolehkan penyalahgunaan dan penipuan dilakukan berkaitan dengan atau berhubung dengan Kad-i menerusi sebarang tindakan, kegagalan melakukan sesuatu atau menerusi sebarang cara lain; atau

20

u. jika Ahli Kad-i menamatkan penggunaan Kad-i menurut Terma dan Syarat ini, Bank berhak:-

a. untuk menamatkan Terma dan Syarat ini, maka Harga Jualan atau mana-mana bahagiannya yang belum dibayar akan menjadi matang dan perlu dibayar kepada Bank, dan untuk membatalkan dan menarik balik Kad-i; atau

b. untuk menggantung atau mengehadkan penggunaan Kad-i oleh Ahli Kad-i di bawah Akaun KBI Wadi’ah; atau

c. tidak memperbaharui atau menggantikan Kad-i apabila tamat tempohnya di mana Terma dan Syarat ini akan ditamatkan dan Harga Jualan atau mana-mana bahagiannya yang belum dibayar seterusnya menjadi matang dan perlu dibayar kepada Bank.

(Rujukan yang dibuat kepada Ahli Kad-i dan Kad-i di atas juga termasuk Ahli Kad Tambahan).

20. Hak Penyatuan dan Pengimbangan

Selepas berlakunya kegagalan membayar, dan setelah memberikan notis tidak kurang 7 hari kepada Ahli Kad-i, Bank boleh menggabungkan, menyatukan atau mencantumkan semua atau mana-mana akaun Ahli Kad-i, sama ada akaun semasa, pelaburan atau akaun lain, dengan liabiliti terhadap Bank dan Bank boleh mengimbangi atau memindahkan sebarang jumlah yang ada di bahagian kredit akaun tersebut untuk menjelaskan mana-mana liabiliti Ahli Kad-i kepada Bank.

21. Penyata Akaun

Penyata akaun bertulis yang menyatakan jumlah perlu dibayar oleh Ahli Kad-i di bawah Terma dan Syarat ini yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Bank, dan sekiranya tiada kesilapan nyata, dianggap bukti muktamad bahawa jumlah tersebut matang dan perlu dibayar oleh Ahli Kad-i.

22. Indemniti

Walau apa pun yang terkandung dalam peruntukan Terma dan Syarat ini, Ahli Kad-i hendaklah menanggung sepenuhnya kerugian Bank daripada dan terhadap sebarang perbelanjaan termasuk kos guaman atas dasar peguam cara dan pelanggan, kerugian, kerosakan, tuntutan atau liabiliti (di mana jumlah dalam sijil Bank, tanpa kesilapan nyata, dianggap sebagai muktamad) yang mungkin ditanggung atau dialami oleh Bank dalam apa jua cara untuk menguatkuasakan atau dalam usahanya menguatkuasakan bayaran dan Terma dan Syarat ini terhadap Ahli Kad-i dan/atau Ahli Kad Tambahan.

21

23. Penepian

Sebarang kelonggaran, pengecualian penguatkuasaan, lanjutan masa, kegagalan atau kelewatan pihak Bank untuk mengambil tindakan atau kegagalan untuk melaksanakan sebarang hak, kuasa, keistimewaan atau remedi yang ada pada pihak Bank di bawah Terma dan Syarat ini, atau sebarang cagaran yang memihak Bank apabila berlaku kegagalan pembayaran oleh Ahli Kad-i, tidak akan menjejaskan apa-apa hak, kuasa, keistimewaan atau remedi atau tidak dianggapsebagai penepian atau sebagai persetujuan Bank terhadap mana-mana kegagalan pembayaran dan tidak akan mempengaruhi atau menjejaskan sebarang hak, kuasa, keistimewaan atau remedi Bank berhubung dengan sebarang kegagalan pembayaran lain atau seterusnya, dan mana-mana satu usaha atau sebahagian daripada usaha untuk melaksanakan mana-mana hak atau remedi tidak akan menghalang sebarang pelaksanaan hak atau remedi selanjutnya atau pelaksanaan hak atau remedi lain. Hak dan remedi yang diberikan di dalam ini adalah terkumpul dan tidak menepikan sebarang hak atau remedi lain yang diberi di bawah undang-undang.

24. Masa

Masa di mana sahaja disebutkan, adalah sangat penting dalam konteks Terma dan Syarat ini.

25. Kata Mula dan Jadual

Kata Mula dan Jadual yang terkandung di dalam ini hendaklah dibaca dan ditakrifkan sebagai sebahagian penting daripada Terma dan Syarat ini.

26. Pembayaran Penuh

Walau apa pun yang menyatakan sebaliknya yang terkandung di dalam ini, adalah dengan ini dipersetujui bahawa apabila hutang dijelaskan menerusi bayaran atau cara lain, semua peruntukan yang terkandung di dalam ini tidak lagi dikuatkuasakan tetapi tanpa menjejaskan hak dan remedi Bank terhadap Ahli Kad-i berkaitan dengan sebarang tuntutan atau perlanggaran syarat sebelum itu.

27. Penyusunan Semula Bank dan Ahli Kad-i

Sekuriti, hak, liabiliti, kewajipan yang diwujudkan oleh Terma dan Syarat ini hendaklah terus dianggap sah dan mengikat untuk semua tujuan walaupun berlaku perubahan menerusi penggabungan, penyusunan semula atau cara lain yang mungkin dibuat terhadap

22

perlembagaan Bank dan dengan cara yang sama liabiliti dan/atau kewajipan yang diwujudkan oleh Terma dan Syarat ini akan terus dianggap sah dan mengikat untuk semua tujuan walaupun terdapat perubahan menerusi penggabungan, penyusunan semula atau cara lain dalam perlembagaan Ahli Kad-i dan adalah dengan ini dinyatakan secara tersurat bahawa tiada perubahan sekalipun yang dibuat berkaitan dengan atau yang mempengaruhi Ahli Kad-i akan mempengaruhi sekuriti, liabiliti dan/atau kewajipan yang diwujudkan di bawah ini berkaitan dengan apa jua bentuk urus niaga sama ada masa lalu, masa kini atau masa depan.

28. Lanjutan Masa

Liabiliti dan kewajipan Ahli Kad-i tidak akan terjejas atau dilepaskan atas sebab sebarang pengecualian penguatkuasaan atau lanjutan masa lain yang diberikan oleh atau dengan kebenaran Bank kepada Ahli Kad-i, kepada mana-mana orang yang bertanggungjawab atau mungkin menanggung liabiliti dalam apa jua cara untuk membayar sebarang wang yang dicagarkan di dalam ini atau menerusi sebarang cagaran lain untuk Bank atau atas sebab perjanjian yang dibuat atau pembahagian yang diterima oleh Bank yang mengubah pelaksanaan undang-undang atau yang mengubah hak dan remedi Bank di bawah peruntukan Terma dan Syarat ini.

29. Perubahan Syarat

Dengan ini dipersetujui dan diperakui oleh pihak di dalam ini bahawa jika pihak tersebut bersama-sama bersetuju untuk mengubah atau meminda terma dan/atau syarat dalam Terma dan Syarat ini, terma dan/atau syarat dalam Terma dan Syarat ini boleh pada bila-bila masa dan dari masa ke masa diubah dan dipinda menerusi persetujuan bersama oleh pihak di dalam ini menerusi penghantaran surat kepada satu sama lain, dan maka pindaan atau perubahan tersebut dianggap telah berkuatkuasa dan peruntukan Terma dan Syarat ini yang berkenaan dianggap telah dipinda dan diubah dengan sewajarnya dan hendaklah dibaca dan ditakrifkan seolah-olah pindaan dan perubahan tersebut telah digabungkan dalam dan membentuk sebahagian daripada Terma dan Syarat ini pada masa perjanjian ditandatangani dengan syarat bahawa walau apa pun yang menyatakan sebaliknya sebelum ini di dalam Fasal ini, Bank tetap, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, layak atas budi bicara mutlaknya mengubah atau meminda terma dan/atau syarat dalam Terma dan Syarat ini dengan memberikan notis bertulis kepada Ahli Kad-i dan pindaan dan perubahan tersebut hendaklah mempunyai kesan yang sama seperti yang dirujuk sebelum ini di dalam Fasal ini dan tidak ada apa yang terkandung di dalam ini boleh ditakrifkan sebagai mengehadkan

23

atau menyekat atau menjejaskan hak Bank di dalam ini untuk menggubah atau meminda terma dan/atau syarat tanpa keperluan untuk mendapatkan persetujuan dan pengesahan Ahli Kad-i.

30. Salinan Dokumen

Terma dan syarat ini boleh ditandatangani dalam sebarang jumlah salinan, di mana setiap satu apabila dilaksanakan dan disampaikan, hendaklah dianggap sebagai dokumen asal, tetapi semua salinan hendaklah secara bersama mewakili satu instrumen tunggal dan sama.

31. Penyerahan Manfaat, Pengganti, dll.

Terma dan Syarat ini hendaklah mengikat dan berkuatkuasa ke atas Bank dan Ahli Kad-i dan pengganti hak milik dan penerima serah hak masing-masing, kecuali Ahli Kad-i tidak boleh menyerahkan hak atau kewajipannya di bawah ini atau sebarang kepentingan di dalam ini tanpa kebenaran bertulis Bank terlebih dahulu, namun begitu Ahli Kad-i tetap menanggung liabiliti bagi semua kewajipannya di bawah ini sekiranya berlaku kegagalan mendedahkan fakta penting berkaitan dengan penyerahan hak Ahli Kad-i, yang sekiranya didedahkan akan mempengaruhi keputusan Bank untuk bersetuju dengan penyerahan hak tersebut. Semua aku janji, perjanjian, pernyataan dan jaminan yang diberikan, dibuat atau dimeterai oleh Ahli Kad-i di bawah Terma dan Syarat ini hendaklah terus kekal dalam sebarang penyerahan hak yang dilaksanakan di bawahnya.

32. Tajuk

Tajuk Perkara dan Fasal Terma dan Syarat ini adalah untuk kemudahan rujukan sahaja dan tidak menjejaskan pentafsiran dan pengertiannya.

33. Pelantikan Ejen

Untuk mengukuhkan dan bukan mengurangkan haknya di bawah Terma dan Syarat ini, Bank hendaklah berhak atas budi bicara mutlaknya dan apabila dianggap perlu untuk melantik atau memberi kebenaran kepada ejen pilihannya untuk bertindak bagi pihaknya untuk tujuan mengutip kembali sebarang atau semua wang yang matang dan perlu dibayar daripada Ahli Kad-i kepada Bank di bawah Terma dan Syarat ini. Ahli Kad-i dengan ini memberi kebenaran kepada Bank untuk mendedahkan sebarang maklumat berkenaan Ahli Kad-i dan Akaun KBI Wadi’ah kepada mana-mana ejen yang dilantik dengan sewajarnya untuk tujuan mendapatkan kembali sebarang atau semua wang yang dihutang dan perlu dibayar oleh Ahli Kad-i kepada Bank di bawah Terma dan Syarat ini.

24

34. Undang-Undang

Terma dan Syarat ini hendaklah dikuatkuasakan dan ditakrifkan dalam segala hal menurut undang-undang Malaysia.

35. Perbelanjaan yang Ditanggung oleh Bank untuk dan bagi pihak Ahli Kad-i

Semua wang yang dibelanjakan oleh Bank di bawah Terma dan Syarat ini dari masa ke masa untuk dan bagi pihak Ahli Kad-i dan untuk akaunnya hendaklah akan dikutip semula daripada Ahli Kad-i dan hendaklah dibayar balik apabila diminta.

36. Akaun Tergantung dan Akaun Baru atau Berasingan

a. Sebarang wang yang diterima di bawah Terma dan Syarat ini boleh diletakkan atau disimpan di bahagian kredit akaun tergantung selagi Bank berpendapat tindakan ini wajar, tanpa sebarang kewajipan untuk menggunakan wang tersebut atau mana-mana bahagiannya untuk melunaskan sebarang wang atau liabiliti yang dihutang atau ditanggung oleh Ahli Kad-i kepada Bank. Walau apa pun bayaran sedemikian sekiranya berlaku prosiding atau pembubaran atau pengaturan bagi kemuflisan, Bank boleh membuktikan dan bersetuju untuk menerima sebarang dividen atau pembahagian bagi semua atau sebahagian daripada wang dan liabiliti tersebut dengan cara yang sama seolah-olah Terma dan Syarat ini tidak wujud.

b. Jika Ahli Kad-i melaksanakan atau menyebabkan pelaksanaan atau mewujudkan sebarang bebanan tambahan atau lanjutan ke atas mana-mana aset untuk mana-mana syarikat atau orang lain dan Bank menerima notis mengenainya sama ada secara sebenar atau membina, apabila menerima notis tersebut Bank boleh membuka akaun baru atau berasingan bagi Ahli Kad-i dalam bukunya dan jika Bank tidak membuka akaun baru atau berasingan, Bank tetap dianggap telah melakukannya pada masa Bank menerima atau dianggap menerima notis tersebut dan mulai dan selepas masa tersebut, semua bayaran ke akaun yang dibuat oleh Ahli Kad-i kepada Bank hendaklah (walau apa pun peraturan di bawah undang-undang atau saksama atau andaian yang sebaliknya) diletakkan atau dianggap diletakkan di bahagian kredit akaun baru atau berasingan yang dibuka atau dianggap dibuka dan tidak akan digunakan untuk mengurangkan jumlah yang dihutang oleh Ahli Kad-i kepada Bank pada masa notis tersebut dianggap diterima.

25

Dengan syarat dalam segala keadaan bahawa peruntukan Fasal ini tidak akan menjejaskan cagaran yang sepatutnya disediakan di bawah Terma dan Syarat ini untuk membayar wang yang perlu dibayar oleh Ahli Kad-i walaupun jumlah tersebut mungkin matang atau dihutang atau ditanggung selepas Bank menerima atau dianggap menerima notis yang dinyatakan di atas.

37. Pendedahan kepada Unit Kredit Pusat

Bank, dan kakitangan atau penamanya boleh, pada bila-bila masa memberikan maklumat berkaitan Ahli Kad-i mengenai Pembiayaan KKBI kepada Unit Kredit Pusat Bank Negara Malaysia atau kepada sebarang agensi diluluskan lain atau untuk mematuhi undang-undang Malaysia dan Ahli Kad-i dengan ini membenarkan pendedahan maklumat tersebut dengan cara yang tidak boleh dibatalkan, dan dianggap bersetuju kepada pendedahan tersebut.

38. Pendedahan kepada syarikat berkaitan dll

Ahli Kad-i dengan ini bersetuju bahawa selagi terdapat hutang dan/atau selagi sebarang wang dihutang oleh Ahli Kad-i kepada Bank, Bank hendaklah layak mendedahkan maklumat mengenai Pembiayaan KKBI kepada syarikat yang sudah atau pada masa depan mungkin ada kaitan dengan Bank.

Dengan ini Ahli Kad-i bersetuju untuk berkongsi maklumat dengan pihak ketiga seperti yang dinyatakan oleh pihak Bank. Walaubagaimanapun, Ahli Kad-i diberi hak untuk membuat pilihan samada untuk membenarkan atau tidak ke atas tujuan Bank untuk mendedahkan maklumat Ahli Kad-i kepada pihak ketiga seperti yang dinyatakan, secara bertulis atau menghubungi Pusat Kad Bank Islam.

39. Perubahan Keadaan

Jika terdapat sebarang perubahan dalam undang-undang, peraturan atau keperluan peraturan yang berkuatkuasa atau dalam pentafsiran atau penggunaannya atau jika pematuhan Bank kepada sebarang arahan, permintaan atau keperluan berkaitan (sama ada mempunyai kuasa di bawah undang-undang atau tidak) daripada mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau pihak berkuasa lain menyebabkan Bank mengalami sebarang keadaan, beban atau kewajipan yang pada pendapat mutlak Bank, menjadikan penyediaan atau penyenggaraan Pembiayaan KKBI tidak memihak kepada Bank, maka dengan notis daripada Bank, Pembiayaan KKBI akan dianggap sebagai batal di mana Ahli Kad-i hendaklah membayar Bank Hutang tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan notis tersebut oleh Ahli Kad-i.

26

40. Ketaksahan Sebarang Peruntukan

Sebarang peruntukan Terma dan Syarat ini yang tidak sah, tidak boleh dikuatkuasakan atau dilarang tidak akan menjejaskan kesahihan atau keupayaan menguatkuasakan peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini.

41. Perkara Di Luar Kawalan

Walau apa pun peruntukan Terma dan Syarat ini, Bank tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kegagalan di pihak Bank untuk melaksanakan apa-apa kewajipan di bawah Terma dan Syarat ini yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh tindakan atau kegagalan bertindak mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau tempatan atau sebarang mogok, pemulauan, sekatan atau bencana alam, gangguan awam atau sebab di luar kawalan Bank.

42. Ta’widh (Pampasan)

Ta’widh akan dikenakan pada hari ke-5 selepas Tarikh Matang Bayaran, jika Ahli Kad-i gagal untuk membuat bayaran minimum bulanan. Dengan ini dipersetujui bahawa Ahli Kad-i hendaklah membayar Bank, menerusi Ta’widh (pampasan), yuran sebanyak 1% daripada jumlah belum jelas atau RM5.00 yang mana lebih tinggi, sehingga jumlah maksimum RM50.00.

43. Penyerahan Notis, Proses Perundangan dll.

a. Sebarang permintaan, notis atau proses undang-undang yang diperlukan atau dibenarkan untuk diberikan atau dibuat di bawah Terma dan Syarat ini yang dikemukakan kepada Bank atau Ahli Kad-i hendaklah dibuat secara bertulis dan bagi pihak Bank, hendaklah ditandatangani oleh mana-mana Pengurus atau pegawai sah Bank atau peguam cara atau firma peguam cara yang mewakili pihak Bank.

b. Sebarang permintaan, notis atau proses undang-undang sedemikian hendaklah dianggap diberikan atau dibuat dengan sewajarnya jika dihantar ke alamat pihak di dalam ini dan dianggap telah diserahkan dan diterima dengan sewajarnya oleh pihak yang satu lagi selepas tamatnya tempoh lima (5) hari dari tarikh ia dipos atau dihantar dengan tangan atau dihantar menerusi khidmat kiriman cepat kepada pihak yang satu lagi, yang perlu dikemukakan kepada peguam caranya, pada hari ia diserahkan.

27

c. Perubahan alamat Ahli Kad-i, tidak kira bagaimana ia dibuat, tidak akan dianggap berkesan atau mengikat Bank melainkan Ahli Kad-i telah memberi Bank notis sebenar secara bertulis tentang perubahan alamat dan tiada perkara yang dilakukan yang bergantung kepada peruntukan ini akan dipengaruhi atau terjejas oleh sebarang perubahan alamat selanjutnya Ahli Kad-i di mana Bank tidak mengetahui tentangnya pada masa tindakan atau perkara tersebut dilakukan atau dilaksanakan.

TAMAT

28

LINDUNGI KAD-i ANDA

1. Sila TANDATANGAN di bahagian belakang Kad Kredit-i Bank Islam anda sebaik sahaja menerima Kad-i anda.

2. Sila pastikan KESAHIHAN Kad-i dan tarikh luput Kad Kredit-i Bank Islam anda sebelum anda menggunakannya.

3. Sila HAFAL nombor PIN Kad-i anda.4. Setiap kali anda melakukan transaksi menggunakan Kad Kredit-i

Bank Islam anda, pastikan Kad-i anda DIPULANGKAN semula bersama-sama salinan draf jualan selepas setiap transaksi.

5. TANDAKAN pada jumlah amaun sebenar yang dibayar pada draf jualan bagi memastikan jumlah yang dicajkan kepada Kad Kredit-i Bank Islam adalah sama sebelum menurunkan tandatangan anda pada salinan draf jualan.

6. SIMPAN semua salinan draf jualan, termasuk transaksi yang dibuat di stesen-stesen minyak.

7. SEMAK setiap salinan draf jualan dengan Penyata Akaun Kad Kredit-i Bank Islam yang anda terima setiap bulan. Sila laporkan segera jika terdapat sebarang pertikaian.

8. Sekiranya Kad Kredit-i Bank Islam anda hilang, dicuri atau rosak, sila hubungi Pusat Panggilan kami di talian 03 2690 0900 dengan serta merta. Sila semak status laporan anda dengan menghantar surat, emel atau faksimili dengan menyertakan salinan LAPORAN polis berkaitan kehilangan Kad Kredit-i Bank Islam anda.

9. REKODKAN nombor akaun (-akaun) Kad Kredit-i Bank Islam dan semua rekod berkaitan aduan Kad-i anda untuk rujukan di masa akan datang. Sila simpan di tempat yang selamat.

10. Sekiranya anda tidak menerima PENYATA Akaun Kad-i anda, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Islam untuk sebarang pertanyaan dan aduan.

11. Bagi mengelakkan sebarang gangguan penggunaan Kad Kredit-i Bank Islam anda, sila pastikan pembayaran dibuat mengikut TARIKH yang ditetapkan.

12. LINDUNGI Kad-i anda sepenuhnya. Jauhkan Kad-i anda dari sebarang sumber api, cahaya matahari secara terus, kesan calar, bengkok, dan sebarang aplikasi elektrik, magnet, televisyen, radio dan komputer riba.

29

SETIAP AHLI KAD-i DIMINTA TIDAK MELAKUKAN YANG BERIKUT

1. Jangan MEMINJAMKAN Kad Kredit-i Bank Islam anda kepada orang lain, walaupun kepada ahli keluarga. Kad Kredit-i Bank Islam anda tidak boleh dipindah milik.

2. Jangan MENDEDAHKAN nombor akaun Kad Kredit-i Bank Islam anda kepada sesiapa melalui telefon melainkan anda berurusan dengan pihak yang berdaftar dan sah.

3. Sila hafal nombor PIN Kad Kredit-i Bank Islam anda. Jangan SIMPAN nombor tersebut di tempat yang terdedah kepada orang lain.

4. Pastikan Kad Kredit-i Bank Islam anda sentiasa berada dalam simpanan anda. Periksa dengan kerap untuk memastikan Kad-i anda tidak HILANG dalam simpanan.

5. Jangan biarkan Kad Kredit-i Bank Islam anda terdedah tanpa pengawasan. Ingat! Kad-i anda adalah sama pentingnya seperti TUNAI.

6. Anda digalakkan untuk tidak berbelanja BERLEBIHAN. Adalah penting untuk memastikan setiap perbelanjaan anda sentiasa menepati sumber kewangan anda.

30

Bahagian ini sengaja dikosongkan

31

32

Pusat Kad Bank Islam, Aras 24, Menara Bank Islam,No. 22 Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur

•PusatPanggilan:03-26900900•Emel:[email protected]