Terma dan Syarat “Promosi Pelancaran ProtectSecure … AmLife Insurance Berhad), ... “Pemilik...

4
Terma dan Syarat “Promosi Pelancaran ProtectSecure Style+” 1. Takrif 1.1. “Promosi Pelancaran ProtectSecure Style+” yang dianjurkan oleh AmBank (M) Berhad (selepas ini dirujuk sebagai “AmBank”) dan AmMetLife Insurance Berhad (selepas ini dirujuk sebagai “AmMetLife”). AmBank dan AmMetLife selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Syarikat”. 1.2. Bagi tujuan Terma dan Syarat ini, perkataan dan pernyataan berikut mempunyai maksud yang dikhususkan padanya, kecuali konteks menghendaki sebaliknya:- “AmBank” bermaksud AmBank (M) Berhad (No. Syarikat 8515-D), syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat berdaftar di Aras 22, Bangunan Kumpulan AmBank, No. 55, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. “AmMetLife” bermaksud AmMetLife Insurance Berhad (No. Syarikat 15743-P) (Dahulunya dikenali sebagai AmLife Insurance Berhad), syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dan penanggung insurans hayat yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan mempunyai alamat korporat di Aras 19, Menara AmMetLife, No .1, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur. “Kumpulan AmBank” bermaksud semua syarikat dan syarikat sekutu yang berkaitan dengan AmBank, sama ada ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia, yang sedia ada sekarang atau di masa hadapan dan rujukan terhadap „Kumpulan AmBank‟ di dalam Terma dan Syarat ini adalah merangkumi semua atau mana-mana entiti dalam Kumpulan AmBank. “Pemilik Polisi yang Layak” bermaksud Pemilik Polisi baru bagi ProtectSecure Style+ dalam Tempoh Promosi seperti yang dinyatakan di sini. “Promosi” bermaksud “Promosi Pelancaran ProtectSecure Style+” yang dianjurkan oleh Syarikat menurut Terma dan Syarat yang ditetapkan di sini. “Notis Terlebih Dahulu” bermaksud notis yang diberi oleh Syarikat untuk fakta tertentu atau keadaan tertentu hal sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar. “Tempoh Bertenang” bermaksud 15 hari kalendar dari tarikh polisi diterima oleh Pemilik Polisi yang Layak. 1.3. Perkataaan yang menggambarkan individu adalah termasuk orang yang masih hidup dan, jika mana yang berkenaan, badan atau orang-orang mereka yang diperbadankan atau tidak diperbadankan. Perkataan yang membawa maksud satu harus juga merangkumi maksud majmuk dan sebaliknya. 2. Tempoh Promosi 2.1. Promosi akan bermula dari 6.00am pada 15 Disember 2014 hingga 11.45pm pada 28 Februari 2015 (merangkumi kedua-dua tarikh) (“Tempoh Promosi”), atau sebarang tempoh lain yang akan ditentukan atas budi bicara pihak Syarikat dengan Notis Terlebih Dahulu. 3. Kelayakan 3.1. Promosi ini terbuka kepada semua Pemilik Polisi yang Layak yang mana baru menyertai ProtectSecure Style+ dalam Tempoh Promosi. 3.2. Bagi melayakkan diri untuk hadiah promosi yang ditawarkan, kriteria yang berikut mesti ditepati oleh Pemilik Polisi yang Layak:-

Transcript of Terma dan Syarat “Promosi Pelancaran ProtectSecure … AmLife Insurance Berhad), ... “Pemilik...

Page 1: Terma dan Syarat “Promosi Pelancaran ProtectSecure … AmLife Insurance Berhad), ... “Pemilik Polisi yang Layak” bermaksud Pemilik Polisi baru bagi ProtectSecure Style+ dalam

Terma dan Syarat “Promosi Pelancaran ProtectSecure Style+” 1. Takrif 1.1. “Promosi Pelancaran ProtectSecure Style+” yang dianjurkan oleh AmBank (M) Berhad (selepas

ini dirujuk sebagai “AmBank”) dan AmMetLife Insurance Berhad (selepas ini dirujuk sebagai “AmMetLife”). AmBank dan AmMetLife selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Syarikat”.

1.2. Bagi tujuan Terma dan Syarat ini, perkataan dan pernyataan berikut mempunyai maksud yang

dikhususkan padanya, kecuali konteks menghendaki sebaliknya:- “AmBank” bermaksud AmBank (M) Berhad (No. Syarikat 8515-D), syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat berdaftar di Aras 22, Bangunan Kumpulan AmBank, No. 55, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. “AmMetLife” bermaksud AmMetLife Insurance Berhad (No. Syarikat 15743-P) (Dahulunya dikenali sebagai AmLife Insurance Berhad), syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dan penanggung insurans hayat yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan mempunyai alamat korporat di Aras 19, Menara AmMetLife, No .1, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur. “Kumpulan AmBank” bermaksud semua syarikat dan syarikat sekutu yang berkaitan dengan AmBank, sama ada ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia, yang sedia ada sekarang atau di masa hadapan dan rujukan terhadap „Kumpulan AmBank‟ di dalam Terma dan Syarat ini adalah merangkumi semua atau mana-mana entiti dalam Kumpulan AmBank. “Pemilik Polisi yang Layak” bermaksud Pemilik Polisi baru bagi ProtectSecure Style+ dalam Tempoh Promosi seperti yang dinyatakan di sini. “Promosi” bermaksud “Promosi Pelancaran ProtectSecure Style+” yang dianjurkan oleh Syarikat menurut Terma dan Syarat yang ditetapkan di sini. “Notis Terlebih Dahulu” bermaksud notis yang diberi oleh Syarikat untuk fakta tertentu atau keadaan tertentu hal sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar. “Tempoh Bertenang” bermaksud 15 hari kalendar dari tarikh polisi diterima oleh Pemilik Polisi yang Layak.

1.3. Perkataaan yang menggambarkan individu adalah termasuk orang yang masih hidup dan, jika

mana yang berkenaan, badan atau orang-orang mereka yang diperbadankan atau tidak diperbadankan. Perkataan yang membawa maksud satu harus juga merangkumi maksud majmuk dan sebaliknya.

2. Tempoh Promosi 2.1. Promosi akan bermula dari 6.00am pada 15 Disember 2014 hingga 11.45pm pada 28 Februari

2015 (merangkumi kedua-dua tarikh) (“Tempoh Promosi”), atau sebarang tempoh lain yang akan ditentukan atas budi bicara pihak Syarikat dengan Notis Terlebih Dahulu.

3. Kelayakan 3.1. Promosi ini terbuka kepada semua Pemilik Polisi yang Layak yang mana baru menyertai

ProtectSecure Style+ dalam Tempoh Promosi. 3.2. Bagi melayakkan diri untuk hadiah promosi yang ditawarkan, kriteria yang berikut mesti ditepati

oleh Pemilik Polisi yang Layak:-

Page 2: Terma dan Syarat “Promosi Pelancaran ProtectSecure … AmLife Insurance Berhad), ... “Pemilik Polisi yang Layak” bermaksud Pemilik Polisi baru bagi ProtectSecure Style+ dalam

3.2.1 Promosi ini terbuka kepada borang permohonan lengkap yang dihantar dan premium yang dibayar dalam Tempoh Promosi dari 6.00am pada 15 Disember 2014 hingga 11.45pm pada 28 Februari 2015.

3.2.2 Syarikat akan memberi Tempoh Bertenang selama lima belas (15) hari kalendar dari tarikh akhir Tempoh Promosi, 28 Februari 2015 bagi mana-mana borang permohonan baru yang dihantar dan premium yang dibayar dapat diproses dan diluluskan.

3.2.3 Semua polisi yang dikeluarkan akan perlu dilengkapkan lima belas (15) hari kalendar Tempoh Bertenang untuk layak menerima hadiah promosi.

3.2.4 Kelayakan untuk hadiah promosi adalah berdasarkan kepada kriteria seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah:-

Kekerapan Pembayaran

Amaun Premium (RM)

Hadiah Promosi Kuantiti

Tahunan

RM1,800 dan ke atas

Satu (1) unit Cakera Keras Western Digital 500GB ATAU; Satu (1) unit Bekas Makan Tengahari Thermos 1.6L dengan Penyepit dan Beg

25 unit

25 unit

Bulanan, Suku Tahunan ATAU Setengah Tahun

RM2,400 dan ke atas

Satu (1) unit Power Bank 5,200mAh

100 unit

3.2.5 Penebusan hadiah promosi dihadkan kepada satu (1) hadiah promosi bagi setiap Pemilik Polisi.

3.2.6 Penghantaran hadiah promosi dihadkan di Malaysia sahaja. 4. Pemilihan Pemilik Polisi Yang Layak 4.1. Prosedur bagi pemilihan Pemilik Polisi yang Layak adalah seperti berikut:-

4.1.1 Dalam Tempoh Promosi, Pemilik Polisi yang Layak akan mendapatkan hadiah promosi

seperti yang dinyatakan dalam perkara 3.2.4 dalam Terma dan Syarat ini. 4.1.2 Kuantiti hadiah promosi yang diperuntukkan dalam Tempoh Promosi adalah seperti yang

dinyatakan di bawah.

No Hadiah Promosi Kuantiti (Unit)

1 Power Bank 5,200mAh 100

2 Cakera Keras Western Digital 500GB 25

3 Bekas Makan Tengahari Thermos 1.6L dengan Penyepit dan Beg

25

5. Penebusan Hadiah Promosi 5.1. Hadiah promosi akan dihantar kepada Pemilik Polisi yang Layak dalam masa empat puluh lima

(45) hari dari tarikh polisi dikeluarkan, tertakluk kepada penamatan Tempoh Bertenang. 5.2. Hadiah promosi tidak termasuk aksesori, insurans, menaik taraf dan lain-lain caj sama ada

ditunjukkan atau tidak ditunjukkan di dalam mana-mana bahan bercetak memandangkan barang-barang yang ditunjukkan adalah bertujuan untuk illustrasi sahaja. Semua kos sampingan, caj dan perbelanjaan (jika ada) di dalam hal ini akan ditanggung oleh Pemilik Polisi yang Layak.

Page 3: Terma dan Syarat “Promosi Pelancaran ProtectSecure … AmLife Insurance Berhad), ... “Pemilik Polisi yang Layak” bermaksud Pemilik Polisi baru bagi ProtectSecure Style+ dalam

5.3. Hadiah promosi tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga dan tidak boleh

ditukar dengan wang tunai kehadapan, kredit atau lain-lain jenis. 5.4. Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa cukai, kos sampingan, caj dan/atau

kerosakan yang disebabkan oleh hadiah promosi dan ketidakpatuhan oleh mana-mana ejen/pengedar.

5.5. Syarikat tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menerima sebarang bentuk liabiliti dalam

apa jua bentuk dan apa jua yang timbul atau yang dialami oleh Pemilik Polisi yang Layak (termasuk kecuaian) berhubung dengan kematian, kecederaan, apa-apa kerugian, kerosakan atau kemalangan yang timbul akibat daripada penggunaan hadiah promosi yang dimenangi oleh Pemilik Polisi yang Layak.

5.6. Syarikat dengan nyata mengecualikan dan menafikan sebarang bentuk representasi, waranti atau

pengendorsan, nyata atau tersirat, bertulis atau lisan berkenaan dengan kualiti atau kesesuaian hadiah promosi. Syarikat juga tidak akan bertanggungjawab untuk menyelesaikan pertikaian dengan pengilang atau pembekal hadiah promosi dan Pemilik Polisi yang Layak hendaklah berurusan secara langsung dengan pengilang atau pembekal untuk semua maklumat jaminan.

5.7. Walau apa pun yang terkandung di sini, Syarikat berhak untuk menggantikan hadiah dengan

hadiah promosi yang lain dengan nilai runcit yang sama pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya dengan Notis Terlebih Dahulu kepada Pemilik Polisi yang Layak atas apa jua sebab.

6. Am 6.1. Pemilik Polisi yang berjaya akan dimaklumkan oleh kakitangan pihak Syarikat yang diberikan

kuasa melalui panggilan telefon pada bila-bila masa semasa hari bekerja dari Isnin hingga Khamis (8.45am hingga 5.45pm) dan Jumaat (8.45am hingga 4.45pm) mengenai pengumuman Pemilik Polisi yang berjaya dan hadiah promosi yang akan diberikan.

6.2. Panggilan telefon yang dibuat kepada Pemilik Polisi yang Layak adalah berdasarkan kepada

nombor telefon terkini yang diberikan kepada Syarikat dan dikekalkan di dalam rekod Syarikat. Pemilik Polisi bertanggungjawab untuk memastikan bahawa nombor telefon dan alamat surat-menyurat yang diberikan adalah terkini dan dikemaskinikan dengan pihak Syarikat.

6.3. Tidak dalam mana-mana keadaan pihak Syarikat bertanggungjawab terhadap sebarang

kehilangan atau kerosakan, termasuk tanpa had kepada kehilangan pendapatan, keuntungan, nama baik, secara langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak termasuk pihak ketiga, walau apa jua yang timbul di dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya yang berkaitan dengan mana-mana hadiah promosi. Walaupun pihak Syarikat telah dinasihatkan mengenai kemungkinan kerosakan tersebut terlebih dahulu, semua ganti rugi sedemikian adalah dikecualikan.

6.4. Keputusan Syarikat terhadap semua perkara dan/atau pertikaian yang berkaitan dengan Promosi

ini adalah muktamad dan mengikat semua Pemilik Polisi yang Layak dan/atau Pemilik Polisi yang berjaya dalam Promosi ini dan sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan.

6.5. Semua urus niaga seperti yang direkodkan olen pihak Syarikat adalah muktamad dan tidak boleh

dipertikaikan. 6.6. Pemilik Polisi yang Layak tidak berhak menuntut apa-apa pampasan daripada Syarikat untuk apa-

apa kerugian dan kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Pemilik Polisi yang Layak disebabkan olen apa-apa pindaan, perubahan atau pengubahsuaian Terma dan Syarat serta pembatalan, penamatan atau penggantungan Promosi ini. Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa representasi, kecederaan, kerugian atau kerosakan yang ditanggung secara

Page 4: Terma dan Syarat “Promosi Pelancaran ProtectSecure … AmLife Insurance Berhad), ... “Pemilik Polisi yang Layak” bermaksud Pemilik Polisi baru bagi ProtectSecure Style+ dalam

langsung atau tidak langsung oleh Pemilik Polisi yang Layak disebabkan penyertaannya dalam Promosi dan/atau tindakan atau peninggalan oleh pihak Syarikat.

6.7. Syarikat mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengubah, meminda, memadam atau

menambah kepada mana-mana Terma dan Syarat yang dinyatakan secara khusus dalam dokumen ini, secara keseluruhan atau dalam mana-mana bahagian dari semasa ke semasa termasuklah mengubah Tempoh Promosi seperti yang dianggap perlu dan sesuai dengan Notis Terlebih Dahulu. Promosi ini mungkin digantikan secara keseluruhan atau sebahagian oleh Promosi yang lain atas budi bicara pihak Syarikat dengan Notis Terlebih Dahulu.

6.8. Syarikat akan mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk membatalkan kelayakan bagi mana-

mana Pemilik Polisi yang Layak daripada menyertai Promosi sekiranya mendapati atau menetapkan bahawa individu tersebut telah memberikan maklumat yang tidak benar atau bertindak secara penipuan dengan apa jua cara sekalipun semasa proses penyertaan atau sepanjang Tempoh Promosi. Hak yang sama bagi Syarikat juga akan diterima pakai sekiranya berlaku perlanggaran atau potensi perlanggaran terhadap Terma dan Syarat di dalam dokumen ini oleh Pemilik Polisi yang Layak.

6.9. Melainkan dinyatakan sebaliknya, Terma dan Syarat ini akan mengatasi mana-mana peruntukan

lain dan/atau representasi yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi yang mengiklankan Promosi ini.

6.10. Dengan menyertai Promosi ini, Pemilik Polisi yang Layak dan/atau mana-mana pihak yang

berkaitan di sini bersetuju untuk terikat oleh Terma dan Syarat ini termasuk apa-apa pindaan atau variasi kepadanya dan keputusan pihak Syarikat berhubung dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan Promosi adalah muktamad dan mengikat Pemilik Polisi yang Layak.

6.11. Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kealpaan yang bersangkutan dengan

Promosi ini akibat daripada bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, sekatan, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, kegagalan teknikal atau sistem atau sebarang kejadian di luar kawalan Syarikat yang sewajarnya.

6.12. Semua Terma dan Syarat-Syarat yang ditetapkan ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras

dengan undang-undang Malaysia. 6.13. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan atau konflik dalam mentafsirkan Terma dan Syarat ini,

versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia bagi setiap satu Terma dan Syarat ini akan diperjelaskan sebagai sama atau setara dan setiap satu Terma dan Syarat yang ditentukan itu akan membawa makna yang sama.

6.14. Pelanggan diminta melayari laman web korporat AmBank di www.ambank.com.my untuk

mengetahui versi terkini bagi Terma & Syarat ini jika ada.